Di mana2 tempat di bumi yang fana' ini sesiapa sahaja yang mempunyai kedudukan, harta, pangkat dan darjat akan mendapat layanan khas, spt VIP atau untuk yg lebih lagi masuk kategori VVIP. Ada yg mendapat layanan VVIP ini sekadar setempat aje, se kawasan kampung, daerah, negeri je. Maknanya ada VVIP kampung yang tidak akan mendapat layanan seumpama itu bila keluar kawasan, datang je ke bandar maka jadilah mereka tidak di kenali langsung. Ada VVIP yg mendapat layanan istemewa hanya kerana mereka membayar lebih, jadi dapat laluan express, Q express, kaunter express dan macam2 lagi yg nak di expresskan.
Ada juga VVIP negeri yg bila ke luar negeri atau negara akan hilanglah tahap VVIP mereka lalu menjadilah mereka masyarakat sahaya seperti org2 lain. Walaupun ada segelintir yg masih mampu membayar wang sehingga terus mendapat layanan istemewa walaupun sudah ke luar kawasan, namun bila mereka merantau lebih jauh, ke negara yg lebih tinggi kosnya maka sedikit demi sedikit tahap VVIP mereka akan hilang; samada dengan sengaja (nak low profile lah) atau tidak. Cuma beberapa kelompok spt hartawan, ketua2 negara yg akan berterusan mendapat layanan VVIP.
Samada kita sedar atau lupa (atau tidak ambil peduli), di dalam Al Qur'an telah Allah jelaskan bagaimana caranya untuk kita mendapat layanan VVIP bilamana hari pembalasan tiba. Ada difirmankan dalam beberapa ayat mengenai jaminan VVIP yg Allah janjikan kepada golongan manusia biasa (yg bukan dari golongan para Nabi dan Rasul). Itulah jaminan Allah kepada orang2 yg bertaqwa (bukan sekadar org Islam). Seperti firmanNya;
Orang yang patuh kepada Allah dan RasulNya, takut dan bertakwa kepadaNya, itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan. An Nuur 052
Sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik, sesungguhnya untuk mereka ada taman (syurga) yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka beroleh pemberian di dalam syurga dari semacam buah-buahan, mereka mengatakan: Ini pemberian yang kita terima dahulu, dan kepada mereka diberikan pemberian yang serupa, untuk mereka di dalam syurga ada jodoh yang suci dan mereka kekal di dalamnya. al Baqarah 025
Golongan yg bertaqwa sahajalah yg diberi jaminan Syurga di akhirat kelak. Memanglah telah berbuih2 mulut ustaz2, imam2 mengingatkan kita untuk menjadi ahli golongan ini. Saban waktu Jumaat akan diingatkan oleh khatib supaya kita menjadi orang yg bertaqwa, namun adakah kita sudah mencapai tahap spesifikasi org2 yg bertaqwa?
Kesimpulannya: kepada mereka yg sudah merasai kedudukan dan layanan VVIP di dunia ini, bersyukurlah dan teruslah berusaha untuk mendapat VVIP yg tulen dan kekal di akhirat nanti. Kepada yg masih belumpun sampai ke tahap sipi2 tu (termasuklah si penulis ni), teruslah juga bersyukur dengan nikmat yg diberikan, dan terus beristiqamah untuk mencapai tahap spesifikasi bagi membolehkan ganjaran VVIP di hari kekal nanti. Insyaallah
2 comments:
kebanyakkan vvip tak sedar..bukan vvip je..bahkan vip pun...bahkan orang biasapun..bahkan kita2 ni termasuklah aku..tapi usaha mesti ada..insyaAllah..
memang kehidupan dan kemewahan dunia membuatkan kita alpa dan mudah lupa
Post a Comment