Pagi Sabtu 31 Jan, aku diberitakan mengenai kembalinya ke Rahmatullah isteri seorang kenalan rapat semasa di Taiping dahulu. Kawanku ini adalah teman sekuliah semasa mengikuti pengajian tambahan di Pulau Muntiara. Bila kami pindah ke Lembah Klang dan menetap di Puchong, mereka sekeluarga pun turut serta berpindah dan berjiran dgn kami. Pendek kata anak2 kami pun berkawan cuma batasannya anak2nya semuanya puteri dan anak2 kami semuanya putera, jadi adalah batasan malu2 tu.
Seingat aku isterinya sudah sekian lama mengidap sejenis penyakit yg sukar untuk diubati, namun si suaminya yg berpangkat tinggi dalam kerajaan tidak lokek tenaga dan usaha untuk mengubati penyakit isterinya. Kawanku ini memang ku kenali dgn sikap fatherly and lovely nya. Walaupun ada kata2 nakal yg memgossipkan kepadaku yg sidia telah membuka 'cawangan baru' tapi memang tersasar jauh lah mereka yg menjaja gossip nakal tu.
Bila lama menyepi diri dek kesibukan tugasan harian masing2, tup-tup dapat SMS menyatakan yg mereka semua berada di Segamat untuk menyempurnakan pengebumian isterinya yg telah meninggalkan kita. Hampir pengsan aku dibuatnya. Terlintas difikiran wajah puteri2nya yg comel2, 'maybe calon2 menantu', adakah mereka kuat untuk tabah menghadapi dugaan ini? Terbayang wajah tua atok dan nenek mereka yang sering datang menjaga mereka ketika di Puchong dahulu.
Sebagai pengajaran, aku cuba bayangkan apakah aku sekuat kawanku ini? Adakah aku sanggup menjaga isteriku jika dia jatuh sakit seteruk arwah Cikgu Salina? Adakah anak2 kuat dan tabah sekiranya hal yang sama berlaku dalam keluargaku? Apakah persediaan psikologi yang perlu kita semua ada untuk menghadapi sebarang kemungkinan, sedangkan kita menjalani hidup harian seolah2 kematian itu kita yg tentukan. Bila ada peluang2 untuk menambah amalan ada2 saje alasan kita spt "nanti bila tak sibuk aku akan buatlah". "Bagilah chance utk aku nikmati hidup macam sekarang dulu, bila tua esok2 aku jadi warak lah", seolah2 kita yg punyai kuasa untuk tentukan untuk hidup sampai hari tua....Mungkin kerana tidak sekuat dialah maka Allah tidak menguji aku dengan ujian getir seperti ini. Untuk Tuan Di dan keluarga, alFatihah utk arwah isterimu dan harap kalian tabah dalam menghadapi ujian ini. Hanya Allah yang Mahamengetahui.
2 comments:
Innalillah..al Fatihah buat arwah..
ujian yg berat utk si suami..semoga beliau tabah..tp normally lelaki ni senang jer dpt penggantikan ;-) jgn mare gurau jer..
btw cuba letakkan diri kita dlm keadaan beliau..mmglah rasa tak bersedia..aduhaii..mmg selalu terpk menda yg sama jugak..rasa takut jer..apapun kita panjatkan doa semoga diberikan kesihatan yg baik dan semoga tidak menyusahkan org sekeliling pabila ajal memanggil kelak..kita hanya merancang Allah jua yg menentukan..
ye lah tu. sayu bebenor bunyinyer tapi inilah realiti..
Post a Comment