Showing posts with label kaya. Show all posts
Showing posts with label kaya. Show all posts

Friday, June 05, 2009

Rediscovery Diri Siri #6 - Kikis Sifat Kikir

Salam Jumaat buat diri dan sesiapa yang terbaca nota ini. Saya sambung catatan Rediscovery Diri yang dimulakan sekian masa dahulu dalam mencari Cinta Abadi. Kali ini berkenaan sikap saya terhadap tuntutan 'memberi', 'menghulurkan'. Bukanlah niat untuk membuka pekung di dada, tetapi melihat dari mana saya datang beberapa ketika dahulu, memang sifat cinta dunia dan cinta harta dunia itu menebal dalam diri (... dahulunya cita-cita adalah untuk ada nilai harta tujuh angka sebelum mencapai umur 40-an). Lantas sekarang sepertinya berperang dengan emosi diri melawan sikap cinta dunia yang sebetulnya menggunung bab gunung Kinabalu ini.

Bila disemak dalam kitab Ihya Ulumuddin karya ulung Imam Al-Ghazali, dinyatakan yang cinta harta itu sendiri ada dua sebab;

Pertama: kesukaan bersenang-senang (ialah, siapa diantara kita yang mampu untuk tidak mahu bersenang-senang?). Kerana kecintaan untuk bersenang-senang, maka tidak tercapai kecintaan itu jika tidak dengan harta dan disertai pula dengan angan-angan. Barangkali anak-anak pula dijanjikan bayangan kesenangan sehingga panjang angan-angan menyebabkan kita mengumpulkan harta demi anak-anak...

Nabi s.a.w pernah bersabda yang maksudnya " anak-anak itu menyebabkan sifat kikir dan sifat pengecut serta kebodohan." (rujuk Mukhtasar Ihya' Ulumuddin - Zaid Husein al Hamid)

Kedua: Bila kita mencintai harta sedangkan kita sudah mengetahui bahawa kita tidaklah memerlukan kesemuanya dikala hari tua (jika umur sepanjang itu), kecintaan harta ini seperti satu penyakit kronik dalam hati hanya untuk dicapai sebagai tujuan, bukanlah memilikinya yang diutamakan tetapi perasaan untuk memiliki itu lebih utama. Semoga Allah melindungi kita dari penyakit kronik ini.

sekadar gambar hiasan: bukanlah kehidupan sebegini yang saya perjuangkan

Menurut kitab Mukhtasar Ihya' Ulumuddin, untuk mengatasi sifat kikir, satu caranya ialah dengan mengurangi nafsu terhadap keduniaan serta keinginan untuk itu dan ini, banyak mengingati mati, merenung kematian teman-teman, menziarahi kubur, termasuk memikirkan cacing-cacing yang ada di dalam kubur itu. Perhatian terhadap peinginan untuk anak diatasi dengan menyedari bahawa Penciptanya mengurniakan rezeki bersama anak itu. Ramai anak yang mewarisi sedang itu bukan rezekinya, dan ramai pula anak yang tidak mewarisi, padahal Allah SWT mengurniakannya harta yang banyak selepas itu. Jika anak itu seorang yang soleh, maka Allah SWT akan memimpin orang-orang soleh. Tetapi jika anak itu orang yang fasik, maka ia akan menggunakan harta dunia yang ditinggalkan untuk jalan yang bathil.

Pernah saya ditanya rakan samada saya sanggup menyerahkan segala apa yang ada dari harta dunia kepada orang yang lebih memerlukan dan meneruskan kehidupan dengan seadanya ala-ala kadar sahaja, saya tidak mampu menjawab di mulut, tapi di hati saya pantas menjawab mana mungkin!.... jauh lagi rupanya apa yang saya impikan dari apa yang sebenarnya ada di dalam hati... semoga Allah terus memberi saya kekuatan untuk berjihad ke jalan yang perintahkannya, dan semoga saya menjadi lebih ringan hati untuk memberi...amin


Catatan Selanjutnya...

Wednesday, March 04, 2009

Yang Gawat Cuma Kita2 Je

Dalam masa satu dunia duduk sibuk2 cerita pasal gawatnya ekonomi dan gawatnya masa akan datang, sesetengah dari kita yang sedikit masih gah dengan kemewahan. Mula2 tu ingat time kita, golongan org banyak ni gawat, sure golongan org sedikit pun gawat. Tapi meleset sekali tohmahan....
Tengah2 sibuk melayan komitmen keluarga, hari Sabtu lepas (28/2/09) sempat saya menjenguk bilik pameran hartanah di kawasan taman perumahan. Bukan saja2 pergi tapi menyambut jemputan pemaju yang tengah sibuk membuat promosi. Mungkin untuk cepat2 get comfirmed order sebelum pasaran menjunam.

Wakil pemaju memaklumkan siri2 hartanah yang akan dilancarkan dalam masa sebulan dua. Rupa2nya hartanah semi-dee dengan harga DARI RM 1.1 juta ringgit selepas 7% diskaun bumi. Rasa terharu jugak kerana pemaju mengkategorikan saya dalam golongan yg mampu beli rumah dengan harga sedemikian (dia blom tahu hal sebenor)....Tapi lagi terharu bila diberitahu,,, yang semua 50 unit semi-dee yg harganya DARI RM1.1 juta itu telah pun HABIS ditempah...mengucap panjanglah dibuatnya, time2 kita tengah gawat ni ada juga org yg berebut membeli hartanah sebegitu hebat, sebelum pun dibuka untuk tempahan. Hebatnya org Malaysia nih.


Kesimpulannya: (1) Tak kala kita, orang kebanyakkan ni tengah budget2 dalam perbelanjaan seharian, termasuklah Kak Ezza, teman blog dari Klang (promo kak), ada juga manusia lain yg lebih bernasib baik dan mencari peluang untuk membuat pelaburan atau pindah rumah yg lebih gah. (2) Mungkinkah nasib 50,000 pekerja yg telah hilang pekerjaan itu akan mendapat pembelaan yg lebih baik berbanding dgn 50 pembeli rumah harga lebih sejuta ringgit di taman saya ini. (3) nasib saya tidaklah seteruk ramai lagi yang lain, dan saya bersyukur seadanya. Semoga Allah terus merahmati hidup kami sekeluarga.


Amin


Catatan Selanjutnya...

Saturday, January 31, 2009

VVIP yang palsu dan yg tulen

Di mana2 tempat di bumi yang fana' ini sesiapa sahaja yang mempunyai kedudukan, harta, pangkat dan darjat akan mendapat layanan khas, spt VIP atau untuk yg lebih lagi masuk kategori VVIP. Ada yg mendapat layanan VVIP ini sekadar setempat aje, se kawasan kampung, daerah, negeri je. Maknanya ada VVIP kampung yang tidak akan mendapat layanan seumpama itu bila keluar kawasan, datang je ke bandar maka jadilah mereka tidak di kenali langsung. Ada VVIP yg mendapat layanan istemewa hanya kerana mereka membayar lebih, jadi dapat laluan express, Q express, kaunter express dan macam2 lagi yg nak di expresskan.

Ada juga VVIP negeri yg bila ke luar negeri atau negara akan hilanglah tahap VVIP mereka lalu menjadilah mereka masyarakat sahaya seperti org2 lain. Walaupun ada segelintir yg masih mampu membayar wang sehingga terus mendapat layanan istemewa walaupun sudah ke luar kawasan, namun bila mereka merantau lebih jauh, ke negara yg lebih tinggi kosnya maka sedikit demi sedikit tahap VVIP mereka akan hilang; samada dengan sengaja (nak low profile lah) atau tidak. Cuma beberapa kelompok spt hartawan, ketua2 negara yg akan berterusan mendapat layanan VVIP.


Samada kita sedar atau lupa (atau tidak ambil peduli), di dalam Al Qur'an telah Allah jelaskan bagaimana caranya untuk kita mendapat layanan VVIP bilamana hari pembalasan tiba. Ada difirmankan dalam beberapa ayat mengenai jaminan VVIP yg Allah janjikan kepada golongan manusia biasa (yg bukan dari golongan para Nabi dan Rasul). Itulah jaminan Allah kepada orang2 yg bertaqwa (bukan sekadar org Islam). Seperti firmanNya;






Orang yang patuh kepada Allah dan RasulNya, takut dan bertakwa kepadaNya, itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan. An Nuur 052




Sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik, sesungguhnya untuk mereka ada taman (syurga) yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka beroleh pemberian di dalam syurga dari semacam buah-buahan, mereka mengatakan: Ini pemberian yang kita terima dahulu, dan kepada mereka diberikan pemberian yang serupa, untuk mereka di dalam syurga ada jodoh yang suci dan mereka kekal di dalamnya. al Baqarah 025


Golongan yg bertaqwa sahajalah yg diberi jaminan Syurga di akhirat kelak. Memanglah telah berbuih2 mulut ustaz2, imam2 mengingatkan kita untuk menjadi ahli golongan ini. Saban waktu Jumaat akan diingatkan oleh khatib supaya kita menjadi orang yg bertaqwa, namun adakah kita sudah mencapai tahap spesifikasi org2 yg bertaqwa?


Kesimpulannya:
kepada mereka yg sudah merasai kedudukan dan layanan VVIP di dunia ini, bersyukurlah dan teruslah berusaha untuk mendapat VVIP yg tulen dan kekal di akhirat nanti. Kepada yg masih belumpun sampai ke tahap sipi2 tu (termasuklah si penulis ni), teruslah juga bersyukur dengan nikmat yg diberikan, dan terus beristiqamah untuk mencapai tahap spesifikasi bagi membolehkan ganjaran VVIP di hari kekal nanti. Insyaallah


Catatan Selanjutnya...

Wednesday, January 21, 2009

Siri Jutawan 2 - Rahsia menjadi Jutawan

Baik, sambung semula siri menjadi jutawan. Nota berasaskan satu penulisan dari Lembaga Zakat Selangor untuk renungan dan nota bersama.
Menjadi fitrah manusia, semuanya ingin menjadi jutawan hartawan dan dikala ditanya apa yg akan dilakukan apabila mencapai impian untuk bergelar jutawan, maka yg beragama Islam akan memasang pelbagai impian dan perancangan yg lunak dan muluk. Namun tidak ramai yg melunaskan apa yg dirancang2kan seandainya kekayaan RM1juta itu benar2 menjadi kenyataan. Sebaliknya impian2 lunak itu diganti dengan rancangan2 mega lain yg akan terus membuncitkan nafsu sendiri. Kenapa ye?
Jangan Sayang Pada Dunia yg Fana'

Memang telah diberi amaran oleh Rasulullah s.a.w didalam satu hadits yg bermaksud " Wahai anak Adam!, jika kamu memberikan lebihan hartamu (bersedekah) adalah terbaik bagimu, dan sekiranya kamu menahannya (bakhil) adalah celaka dan tiadalah kamu akan dicela jika tiada lebihan (dari hartamu). Mulakan pemberianmu kepada org yg engkat tanggung (keluarga). Tangan yang memberi adalah lebih utama daripada yang menerima.
Kenapa manusia menjadi bakhil? Mungkinkah kerana kita merasakan nikmat yg diperolehi itu adalah atas usahanya sendiri dan bukan kurniaan Allah. Lalu kita merasakan bahawa manusia lain tidak berhak untuk merasainya walau sedikit daripada harta yg diusahakan siang dan malam itu. Mungkin pernah kita terdengar ungkapan sebegini " penat2 aku kerja, senang2 kau nak minta" (minta2 jgn kita pulak yg pernah merasai sebegini). Sampai ada yg memperlekehkan seruan2 manusia prihatin yg meminta kita bersedekah, memberi wakaf atau infak.
Kita kerap lupa bahawa harta yg dikumpul tidaklah sebanyak mana. Dan yg paling kita lupa (ini termasuklah sipenulis) yg harta terkumpul tidaklah ada nilai secara langsung untuk kita bawa ke perjalanan hijrah seterusnya. Tak kala kita melangkah ke alam barzah, semua harta2 dunia yg di tinggalkan akan dibahagi2 kan sesama anak2 dan waris yg tinggal. Yang akan kita bawa cuma kain kafan putih sahaja.
Baginda Rasulullah s.a.w memberi peringatan kepada kita melalui soalan yg baginda s.a.w tujukan kepada para sahabat; tahukah kamu apakah harta yg sebenarnya yg kamu miliki? maka jawab para sahabat: harta kami ialah wang dinar, dirham, bangunan dan tanah ladang. Lalu baginda bersabda; harta2 itu adalah kepunyaan warismu. Hartamu yg sebenar ialah amal2 yg kamu lakukan semasa hayat.
Calon Jutawan Sebenar

Ingatlah (terutama kepada penulis), nikmat dunia yg pernah dan sedang kita kecapi ini tiada nilainya di sisi Allah S.W.T walaupun sebelah sayap nyamuk. Pernah Nabi s.a.w bersabda yg bermaksud; Kalaulah nilai dunia ini sama dengan sebelah sayap nyamuk, nescaya Allah S.W.T tidak akan memberikan rezeki kepada orang2 kafir.
Memang sudah ada tips untuk kita menjadi jutawan akhirat di antaranya dalam surah Al Qasas ayat 77 yg bermaksud;
Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan. (77)
Bilamana kita memanafaatkan harta kekayaan yg Allah kurniakan itu untuk amalan2 yg mendatangkan pahala (dengan niat hanya keranaNya dan bukan untuk menunjuk2 dan mendapat sanjungan manusia), maka amalan itulah yang akan menjadi harta (mudah-mudahan dengan RahmatNya) yg tidak ternilai di akhirat kelak.
Kesimpulannya, marilah kita mengorbankan sedikit daripada hasil kurnia Allah ke jalanNya. Tambahan pula waktu2 yg mendatang ini dengan kegawatan ekonomi yg semakin meruncing, masa di mana kita akan berusaha untuk mengoptimakan perbelanjaan kita, maka masa inilah nilai setiap amalan yg kita lakukan menjadi berlipat ganda. Bak kata orang ilmuan, memberi semasa kita pun tengah susah adalah lebih tinggi nilainya berbanding semasa kita senang. Semoga kita bukan saja menjadi usahawan dunia yg bercita2 mendapat pulangan jutaan ringgit, tetapi marilah kita sama2 pasang wawasan untuk menjadi insan yg bergelar jutawan akhirat.


Catatan Selanjutnya...

Tuesday, December 23, 2008

Siri Menjadi Jutawan (1)

Siapa di kalangan kita yang tidak teringin untuk menjadi kaya, hartawan, wangwang, dsbnya. Saban waktu kita didedahkan dengan pelbagai tawaran wang mudah, harta, modal kecil tapi pulangannya berlipat ganda, terutama di zaman2 ekonomi gawat yang dijangka akan lebih gawat pada 2009 nanti.

Namun, bilamana menjelajahi siri B.A.S.S (baca – amal – sebar – sabar) aku diketemukan dengan satu hadith dari Mahmud Ibn Labid r.a. pernah berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

“Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam. (i) Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). (ii) Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab. [1]
[1] Jami-ul-Saghir (Terjemahan H. Nadjih Ahjad), Imam Suyuthi, PT Bina Ilmu, Jakarta, 2003; Riwayat Ahmad, hadith #166.

Sekali imbas, bunyinya seperti lebih baik untuk tidak menjadi hartawan daripada menghadapi hisab yang berat dihari perhitungan kelak. Walaubagaimanapun, dengan B.A.S.S yang lebih mendalam, kita akan bertemu dengan satu rangkap ayat Al-Qur’an surah An-Nuur ayat 37 – 38 yang maksudnya:

“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”

“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”

Voila!, kuncinya ada banyak dinyatakan di dalam kitab suci kita ini, termasuklah ayat di atas. Dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan dihisab seadil-adilnya, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti yang dinyatakan dalam ayat An Nuur di atas.

Siri Jutawan ini akan diperhalusi dihari2 mendatang dengan izinNya.


Catatan Selanjutnya...

Thursday, November 27, 2008

Self Reminder...Happiness

Kata2 manis yg tercatat dlm notebook, tak ingat dari mana sumbernya, namum sesuatu yg baik utk diingati...

We can never understand joy till we feel sorrow,

faith till we're tested, peace till we're faced with conflicts,

trust till we're betrayed,

and love till it's gone...


Life ends when you stop dreaming, hope ends when you stop believing, love ends when you stop caring, friendship ends when you stop sharing.....



ORANG-ORANG yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


Catatan Selanjutnya...