Daripada Tsauban ra berkata : Rasulullah saw bersabda :
"Hampir tiba suatu masa di mana bnagsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?". Nabi menjawab : "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
Jika disemak dari segi bilangan memanglah jumlah orang Islam dunia ialah sekitar 1bil atau 1/5 penduduk dunia, tetapi kita sering kali diperlekehkan, dipersendakan, dipijak2, dilabelkan dgn pelbagai label keji spt org yg suka keganasan, kaum yg boleh diperlakukan spt lembu dicucuk hidung, tunduk di bawah telunjuk kuasa dunia yg rata2 bukan dari kelompok kita. Walaupun rampasan wilayah atau tanah air sudah tidak berlaku kecuali di beberapa tempat di dunia, namu secara halus dan terancang kekuasaan dan keutuhan aqidah kita dirampas secara senyap2. Kaum lain di seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya Islam yg kita cintai.
Bagaimana 'mereka' ini sedang meruntuhi kekuatan Islam kita? Sebenarnya segala kekalahan Muslimin adalah berpunca dari sikap diri muslimin itu sendiri, termasuklah sipenulis ini. Kita dibelenggu dengan penyakit 'wahan' yang merupakan penyakit 2 serangkai yang selalu wujud dalam jiwa kita, iaitu "cinta dunia" dan "takut mati". Cinta dunia mendorong kita menjadi leka, tamak, rakus, kedekut dan menjerumuskan ramai ke kancah rasuah dsbnya sehinggakan mengeluarkan zakat pun dianggap sebagai merugikan. Takut mati pula bermakna leka dengan kehidupan dunia, mendahulukan yg kurang penting berbanding dgn yg lebih penting. Kita banyak membuat persiapan rapi untuk kehidupan dunia tetapi kurang dan bertangguh untuk membuat persiapan menghadapi negeri akhirat.
Sebagai contoh; sekiranya kita merancang untuk berpindah ke kediaman idaman baru, akan banyak sekali persiapan yang dibuat dengan teliti; dengan langsir barunya, cat baru, almari dan persiapan laman tema terkini. Namun, bila tiba bab persiapan untuk ke alam kehidupan kekal, kita akan bertangguh2, 'belum sampai seru', 'nak rasa nikmat dunia dulu', nantilah dsbnya menjadi ungkapan biasa, seolah2 kehidupan ini adalah hak mutlak kita dan kita yang tentukan bila dan ketika nak terus hidup dan bila nak menjenguk ke alam seterusnya. Itulah hakikatnya kehidupan kita di zaman ini, sepertimana yg telah Rasul s.a.w nyatakan dalam petikan hadits di atas. (penulis ini sedar dan akur betapa tebal cintanya kepada dunia dan betapa tak bersedianya dia untuk mati).
Semoga Allah membuka dan seterusnya menetapkan hati ini untuk terus sedar yang mana penting dan yang mana hanya untuk keperluan sementara. Amin
4 comments:
Hemmm..terlalu cinta pada dunia dan takut pada mati..
ye lah. yang menulis ni sendiri amat2 takut untuk mati, kerana belom sempurna rasanya hidup, namum kena sentiasa beringat dan bersyukur...maklumlah kita mudah lupa
Yelah..andai kata harini saya mati..apalah nasib saya di alam barzakh sana tu..kdg2 terpikir jugak..apalah bekalan yg boleh saya bawa. Klw tgk kes excident maut tu..slalu berdoa tak jd pada diri sendiri. Sbb amal belum cukup. Astagfirullah hal azim..
kita selalunya duk rasa time kita nak bertemu Malaikat Maut masih lambat lagi, that's y kita (my kes la) selalu berkira bila nak beramal, yg selalu menjadi alasan ialah kurang ilmu, tapi tak jugak p belajar ilmu, now moga2 dapat ubah to hidup lebih 'sempurna'..
Post a Comment