Showing posts with label Salam Pengenalan. Show all posts
Showing posts with label Salam Pengenalan. Show all posts

Tuesday, July 28, 2009

Saya pindah tapak.

Sempena bulan Sya'ban yg penuh dengan keberkatan ini, dan sebagai menyambut bulan Ramadhan yang akan tiba, saya dengan ini berpindah tapak ke seberang sana. Walaupun ada sedikit sebanyak yang belum siap, saya akan siapkan dalam perjalanan travel nanti.

Kepada sesiapa yang masih ingin mengikuti perkembangan travel, silalah ke sana. Dan kepada sesiapa yang pernah terguris hati kerana apa yg saya titipkan, mohon maaf. Yang baik itu adalah dari Allah dan apa2 yg jelek itu adalah dari kelemahan diri penulis sendiri. Salam hormat dan jumpa di seberang....


Catatan Selanjutnya...

Cadangan untuk berhijrah ke sebelah sana

Hajat dihati memang ingin benar berhijrah ke sebelah sana, dimensi baru yang nampaknya tidak kurang hebatnya. Kenapa tidak terus saja melangkah? Kerana semuanya mengikut masanya. Sepanjang masa dalam kehidupan ini, kita cuma mampu merancang, tetapi Kekuasaan Allah lah yang mengizinkan segalanya. Barangkali, hari ulang tahun kelahiran dunia kali ini saya sertakan juga dengan penghijrahan ke sebelah sana yang seperti lebih sesuai dengan diri saya. Semoga kita semua mendapat keberkatan dari apa yang kita lakukan dalam kehidupan seharian, kerana tujuannya masih kekal sama, mencari Cinta Abadi dan keredhaanNya.

klick pic untuk ke sana .... tapi saya belum cukup ilmunya


Catatan Selanjutnya...

Sunday, January 04, 2009

BerHijrahlah seadanya...

Assalamualaikum,

Mungkin ada yang tertanya2 mengapa sudah lama nota ini tidak dikemaskinikan. Bukan ditinggalkan terus Cuma kebelakangan ini amat terbatas sekali waktu yang tinggal dek sibuk menguruskan tuntutan hidup dunia dan akhirat. Inilah kita, selagi kita bernama manusia, maka tidak lari kita dari mengejar akan sesuatu. Ada yang mengejar dunia, ada yang sebaliknya dan ada yang di antara kedua2nya. Namun, syukurlah, kerana dengan izinNya, dikala ini masih lagi diberi peluang untuk terus menikmati kehidupan dunia sambil terus mencari CintaNya.

Sementara kita masih di ambang Muharram ini, banyak sekali peristiwa2 penting yang berlaku di sekeliling kita. Dari tirai 1429H yang dilabuhkan dengan doa akhir tahun dan 1430H di langkah dengan laungan doa awal tahun, langsung disusuli dengan sambutan 2009 yang penuh dengan pelbagai kecelaan yang terdedah maupun yang tersembunyi. Inilah sambutan tahunan kita saban tahun, dan terus tercemar dari tahun ke tahun. Semoga yang terjebak dengan kecelaan itu akan diberi hidayah dan kembali ke jalan yang benar. Kita terus diberitakan dengan serangan kejam Rejim Zionis di bumi Gaza. Inilah janji Allah berkenaan kekejaman Yahuni yang tiada batasnya. Akan dicatatkan satu nota berkenaan hal ini di lain waktu.

Semoga bulan Muharram ini akan dapat dihidupkan dengan amalan2 baik selain dari amalan2 harian mengikut kebiasaannya, marilah sama2 berdoa agar terus diberi kelapangan untuk melakukan amalan2 baik bagi memperkemaskan B.A.S.S (Belajar - Amal - Sebar - Sabar) dengan izinNya. Semoga hijrah kali ini akan berkekalan dan tidak lagi digoyahkan walaupun sedikit.

Insyaallah dengan izinNya, dapatlah kita berpuasa pada 9 dan 10 Muharram nanti bagi mengikut Sunnah. Adalah diriwayatkan bahawa semasa Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah, bagida diberitakan mengenai sambutan pada hari ke 10 hijrah (kita sambut dengan hari Assyura) oleh kaum bani Israel bagi memperingati kemenangan Nabi Musa a.w. Maka Baginda Nabi s.a.w telah bersabda yang orang Islamlah yang lebih berhak menyambut hari 10 Muharram dengan berpuasa. Dan pada tahun akhir sebelum kewafatan Baginda s.a.w, beliau telah berhajat untuk berpuasa pada 9 Muharram sekiranya dipanjangkan umur, namum Baginda s.a.w telah wafat sebelum sempat berpuasa. Maka adalah menjadi satu sunnah untuk kita berpuasa pada 9 & 10 Muharram.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui.


Catatan Selanjutnya...

Sunday, December 28, 2008

Salam Awal Muharram 1430H

Pejam celik pejam celik 1429H akan melabuhkan tirainya beberapa jam je lagi dan dengan izinNya terbukalah tirai 1430H. Kepada sesetengah jiwa, akan merasakan bertambahlah umur dan meningkatlah usia. Ada juga jiwa yang akan merasakan akan terlebih pendeklah usia dan meningkatlah umur. Apa pun yang bakal menanti di tahun hadapan, yang di pinta hanyalah keredhaanNya dan semestinyalah CintaNya yang Abadi lagi sempurna.
Di kesempatan ini adalah baik kiranya kita bermuhasabah diri dengan penuh rasa syukur dan rendah diri, moga2 akan terus mendapat perlingdungan dari Ar-Rahman dan Ar-Rahim dengan rezeki halal yang tidak putus2 dariNya.
Banyak sungguh pinta kita bila kita diberikan peluang untuk meminta, moga2 bertambah2 lah rasa syukur kita kepadaNya.

Dengan izinNya, aku berharap benar untuk memperkembangkan B.A.S.S yang telah dirancangkan untuk tahun 1430H nanti. Segala perancangan akan dikemas kinikan dengan teliti agar masa yang suntuk ini akan dapat digunakan sebaik mungkin.
Marilah kita sama2 menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang hambaNya, seorang khalifah di bumiNya, sebagai ibupada yang diberi amanah untuk memdidik generasi akan datang serta sebagai seorang saudara kepada orang2 Islam yang lain. Amin
Salam maal Hijrah 1430H


Catatan Selanjutnya...

Sunday, November 16, 2008

Ku datang ke Dunia Bloggers dengan...

Inilah dikira permulaannya....

Di pagi dinihari ini aku membuka tirai Tangsibiru dengan lafaz ....


Akan aku gunakan tempat ini untuk aku simpan nota2 baru pengajianku dalam mencari Redha Allah, sebagai insan yang penuh dengan kesalahan dan kekurangan.

Ini bukanlah medan untuk menonjol atau menampilkan kelebihan, keperibadian tinggi, cuma tempat nota rujukan, luahkan hati kecil dan mungkin sedikit pengajian yang boleh dikongsi bersama.
Segala yang baik itu adalah dariNya, dan yang terkurang itu adalah kelemahan diriku sendiri.


Catatan Selanjutnya...