Thursday, January 15, 2009

Tak Kenal Manalah Nak Cinta

Menjadi ungkapan biasa yang berkatanya bila tak kenal maka camna nak cinta? So kena lah kenal hati budi dahulu baru boleh menjiwai samada sehaluan ataupun tidak.
Dalam ketandusan cinta kepada yang Satu maka marilah kita mencari jalan dan peluang untuk lebih mengenaliNya. Bagaimana? dengan merujuk kepada Al Qur'an dan Hadits, dan banyakkan masa untuk berdampingan dengan orang2 yang mahir dalam hal2 Al Qur'an dan Hadits. Dari situ maka akan bertambahlah peluang kita untuk lebih mengenali Allah dan dengan izinNya akan dapat menemui jalan untuk mendapatkan CintaNya.
Bak kata Imam Ghazali dalam Minhajul Abidin: "Bagaimana jadinya apabila engkau menyembah yang engkau belum kenal dengan namaNya dan ZatNya dan yang wajib bagiNya dan yang mustahil dalam sifatNya, sebab terkadang engkau mengiktikadkan sesuatu yang tidak layak bagiNya dan sifat2Nya. Jika demikian maka ibadatmu itu berhamburan seperti debu2 ditiup angin."
Minhajul Abidin, Al Ghazali

3 comments:

fazemy said...

Betul..kena slalu berdampingan dengan alim ulamak..baru jiwa dpt dibersihkan slalu. tapi org zaman skrg nk mengaku pangkah PAS tp pilihanraya pun segan. Takut org ckp dia alim sangat.

nurazzah8 said...

terimakasih kepada info yg sangat berguna.

AyKay said...

Emy, betul lah tu, bila kita duk rapat dgn org baik2 ada suara nakai la kata kita jadi ektrems, tak ikhlas la dsbnya. Tu semua bisikan yg memang nak kita terus hanyut.

Azzah, sama2. saya pun baru2 jinak dari kehidupan 'liar' menular

Google Search