Nota peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa yang membaca. Panjangkanlah doa untuk kedua orang tuamu (samada yang masih hidup mahupun yg telah meninggalkan kita - ni saya punya keslah).
Berdasarkan satu Hadits Nabi s.a.w :"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"
Secara ringkasnya hadits ini dihuraikan sebagai peringatan bersama seperti berikut:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada)
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2....tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah
Doa kepada kedua orang tuamu;
Maksudnya : Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.
Disamping itu doakan juga kebahagian keluarga
Doa untuk kebahagian keluarga:
Maksudnya : Wahai Tuhan Kami! Berilah kepada kami dan isteri-isteri kami dan anak cucu kami pendingin mata dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.
Dan doakan agar kita mendapat keturunan yang baik2 (yang akan mendoakan untuk kita), bila kita sudah berhijrah ke alam seterusnya dari sini;
Maksudnya : Wahai Tuhanku! Berilah kepadaku dari pihak-Mu keturunan yang baik, kerana sesungguhnya Engkau mendengar doa.
Insyaallah dapat kita sama2 amalkan. Lama kelamaan ianya akan jadi sebati dalam diri dan dalam tiap2 kali doa kita. Selamat beramal
3 comments:
memang betul berbuat baik dan sentiasa berdoa kpd ibu bapa (tak kiralah mcm mana mak ayah kita tu kan) menjamin kehidupan yg baik buat kita dunia akhirat..
restu org tua amat penting utk mendapat kebahagiaan berumahtangga..insyaAllah..
Itu tandanya kewajipan seorang anak kepada orang tuanya tidak boleh dipisahkan.
itulah...
kepada yang masih ada ayah dan ibu sendiri, maka jgnlah lepas peluang utk berbuat baik kpd keduanya.
kepada yg dua2 ayah ibu telah pergi menemui Ilahi (ni kes macam saya), jgn dilupakan walau sewaktu untuk berdoa kepada mereka.
Alahai, berderaulah pulak...
Post a Comment