Memang orang kita agak extreme bila beribadat. Apa2 je amalan yg dibuat orang lain yg agak2 berbeza dengan cara kita, terutama dalam solat, kita akan labelkan pengamal tersebut sebagai ajaran songsang, salah, tidak sah dan sebagainya.
Pernah diberitakan ada jemaah umrah yg diminta oleh pak mudir yg membawa mereka untuk bersolat semula di bilik2 hotel selepas selesai solat berjemaah di masjidil Haram, hanya kerana pak imamnya tidak kedengaran membaca Bismillah semasa membaca Al Fatihah dalam solat Maghrib dan Isya'. Padahal mungkin bacaan Bismillah nya dibacakan secara perlahan seperti yg juga disunnahkan oleh Baginda Nabi s.a.w.
Adakalanya bila berjemaah di masjid, bilamana ada sesiapa dari jemaah yg terus bangkit bila selesai memberi salam tanpa duduk bersama berwirid dan berdoa' bersama imam, ada sahaja mata2 tajam yg memerhatikan dan mempersoalkan tindakkan jemaah tadi. Kononnya tidak hormat dan terlalu gopoh meninggalkan jemaah. Padahal yg menjadi rukun kepada makmun apabila berjemaah bersama imam adalah hanya sehingga salam sahaja.
Adakalanya bila berjemaah di masjid, bilamana ada sesiapa dari jemaah yg terus bangkit bila selesai memberi salam tanpa duduk bersama berwirid dan berdoa' bersama imam, ada sahaja mata2 tajam yg memerhatikan dan mempersoalkan tindakkan jemaah tadi. Kononnya tidak hormat dan terlalu gopoh meninggalkan jemaah. Padahal yg menjadi rukun kepada makmun apabila berjemaah bersama imam adalah hanya sehingga salam sahaja.
Ada juga yang melabelkan sekian2 ustaz ini bida'ah, yg itu bida'ah, hanya kerana amalan mereka agak berbeza dengan apa yg kita amalkan sekian lama, dan lain dari apa yg kita pelajari semasa di KAFA dahulu. Dengan ilmu cetek kita, memanglah keterbatasan dalam amalan2 kita ini ketara. Sebagai contoh, dalam bab2 solat; Jika kita tidak mendalami kitab2 yg memperhalusi cara2 solat Rasulullah s.a.w dan sunnah2nya maka mana mungkin kita akan didedahkan dengan kepelbagaian yg di sunnahkan Baginda s.a.w. Mana mungkin kita akan didedahkan dengan 5 cara membaca salam dalam solat yg Baginda amalkan. Dengan hanya berbekalkan ilmu semasa di KAFA, mana mungkin kita didedahkan dengan beberapa doa' iftitah, beberapa cara mengangkat tangan semasa bertakbir yg Baginda s.a.w amalkan, dsbnya. Dan dengan ketandusan ilmu yg ada, dengan sempitnya ilmu yg ada, kita menjadi sangat mudah untuk menjadi prejudis kepada org2 yg melakukan sesuatu amalan termasuk dalam cara2 solat, sebagai amalan bida'ah, salah, songsang, etc.
Dengan ketandusan, kesempitan dan ceteknya ilmu inilah juga kita sentiasa menjadi extreme dan mudah menghukum cara org lain beramal, sedangkan yang menjadi pokoknya ialah bagaimana cara untuk kita menambahkan kekuatan ummah dengan membawa lebih ramai ahli2 untuk datang ke masjid berjemaah. Kerana ketandusan ilmu jugalah yg membuatkan kita senang untuk dipengaruhi oleh anasir2 jahat, yang beragenda, yg cuba menanamkan sikap buruk sangka, kepada rakan2 seagama, kekadang melampaui sikap buruk sangka kita kepada musuh Islam itu sendiri. Bayangkan, dek kerana sempit dgn satu cara amalan solat sahaja, kita dgn senangnya akan menghukum tidak sah itu dan tidak sah ini bila yg dilakukan org itu berbeza dgn cara kita. Bayangkan bilamana jika kita bermusafir ke India, Pakistan, Algeria atau ke Saudi, dengan berlainan pegangan Mazhab, adakah kita tidak akan menyertai mereka dalam solat berjemaah?
Sebagai peringatan untuk diri sendiri, jangan kita mudah membuat hukuman ke atas amalan org lain yg agak berbeza dengan cara kita. Dan dalam masa umur yg berbaki ini, rajin2lah mendalami ilmu untuk meningkatkan kefahaman dalam amalan harian.
4 comments:
bukan nak komen tapi nak kata betul tu..org sbnrnya byk tak faham apa yg menjadikan mazhab berbeza..benda yg wajib dan jelas dalam al-quran dan hadis pun tak reti nak faham tapi sibuk nak salahkan org bab khilaf..bab ilmu pun org mls cari skrg..org lebih suka pergi tmpt hiburan dari tmpt ilmu..so kena guna pelbagai pendekatan skrg dan beransur2..maaf sbb pjg skit tulis
Pikursendirilah,
welcome and tk for pandangan.
memang betul tu, org kita hanya gembira dgn ilmu akhirat tahap KAFA je. Lepas tu diamalkan sampai sekarang, sehingga malas nak mencari mendalami dan memperelokkan amalan. Alasan; sibuk dgn tugasan mencari rezeki. Yg utama menjadi secondary dan yg secondary menjadi priority.
Saya kenal 1 ustaz yg sanggup ke berceramah ke pasar minggu kerana katanya agak susah nak tunggu org yg dtg pasar minggu ni datang masjid.
senang citer kita jgn carik kesalahan org lebih baik tumpukan ibadah sendiri kan ;-)
Qish,
betul tu, kita tumpu dan perelokkan amalan sendiri.
tapi havocnya bila yg buat lain cara tu menjadi imam. Celaru dan harumaru makmum di belakang. Ada yg bisik2 soksek2 danitudanini lepas solat. Al tak maklum ilmu dihati cetek boleh ukur dgn jari. ini yg kita byk habiskan masa berbahas betul ke salah bab2 khaifiah sampai leka kepala kena ketuk lagi...
Post a Comment