Diriwayatkan bahawa Saidina Umar bin Al Khattab r.a pernah berkata berkenaan rasa takut dan mengharapnya, yg maksudnya lebih kurang begini...(tak sempat salin, sipencerita tu laju sangat)
"sekiranya di padang Mahsyar nanti Allah takdirkan yang seluruh umat manusia akan diRahmatkan syurga kecuali seorang yang akan ke neraka, aku amat2 takut yang seorang itu adalah diriku... dan sekiranya ditakdirkan Allah bahawa seluruh kaum itu dimasukkan ke neraka kecuali seorang di antaranya, aku amat2 berharap yang seorang itu adalah diriku"
Begitulah kata2 seorang yang hebat bernama Umar bin Al Khattab r.a. Bagaimana hebatnya Saidina Umar r.a ini? Pernah diriwayatkan bahawa suatu hari Saidina Umar r.a berjalan melintasi Nabi Muhammad s.a.w lalu Nabi s.a.w menoleh dan bertanya kepada Malaikat Jibril, "apakah kebaikan si Umar ini wahai Jibril?" lalu dijawabnya Jibril," wahai Muhammad, jika aku ambil semua air laut untuk dijadikan dakwat untuk menulis semua kebaikkan si Umar ini, nescaya belum cukup untuk ku tulis semua kebaikkannya"... begitulah hebatnya perwatakkan Saidina Umar r.a ini.
Kenapalah kita yang langsung tidak hebat jika nak dibandingkan dengan cerita tadi, kekadang langsung tidak takut bila melakukan sesuatu dosa, atau mengengkari sesuatu tuntutan agama? Kenapa kita kekadang begitu malas untuk berdoa dan meluahkan rasa mengharap kepada Ilahi? Sampai ada yang dah masuk kategori terlampau malas, cuma angkat tangan sambil berdoa dengan lafaz " Ya Allah, macam biasa la, doa yang biasa lah, amin"....
Ada juga yang merasakan kejayaan yang dikecapi itu adalah atas usaha titik peluhnya semata2 dan tidak ada kena mengena dengan sesuatu apa yang lain pun. Jarang sekali kita menzahirkan rasa syukur kita.
Ya Allah, Hanya Engkaulah yang Maha Mengetahui akan sesuatu.
0 comments:
Post a Comment