Wednesday, January 07, 2009

Bila dah jadi biasa...

Banyak sekali perkara yang ada di keliling kita, pada asasnya tak betul, tapi dek kerana ianya di terima akal orang yang melakukannya, maka lama kelamaan ianya menjadi perkara yang diterima oleh masyarakat. Yang biasa jadi betul dan yang betul kadang2 jadi luar biasa.
Agaknya atas dasar inilah Regim Zionis tu terus membedil bumi Palestin dari dulu, mungkin mereka merasakan suatu hari nanti ianya menjadi perkara kebiasaan dan umat Islam dunia hanya akan terus berbahas mengutuk, membuat kencaman, menghulurkan bantuan dan akhir2 ini ada desakan memboikot barang2 keluaran Zionis dan sekutunya. Namun perkara ini telah lama berlarutan dan sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah jiwa kita. Kita memang mengutuk tindakan kejam mereka, namun dari segi solidaritinya, kita masih sama, masih ada hati untuk menyambut sambutan itu dan ini, masih membuak2 gelora rasa ingin bersukaria, berdansa dsbnya, ada kalanya dengan keterlaluan dan penuh pembaziran.... macam biasa.
Jiwa Islam kita menjadi hangat, geram dan terasa hina apabila ada orang yang sanggup meletakkan bangkai binatang najis di kawasan suci kita. Jiwa kita merasakan seperti diherdik hina bila ada yang mencela ketuanan bangsa kita di bumi kita, namun,,,, apa rasanya bila ramai yang memperlekehkan kepentingan solat? Berapa ramai jiwa2 yang namanya Islam yang merata2 berpeleseran, sibuk membeli belah di gedung dan pasaraya diantara waktu Maghrib dan Isya' hingga terlepas waktu Maghribnya. Namun tiada jiwa yang merasakan tersentuh..kerana inilah kebiasaannya. (Dulupun sipenulis pernah menjadi mangsa 'kebiasaan' ini, Ya Allah, terimalah taubatku yang hina ini).
Kesimpulannya, ada banyak perkara yang menjadi kebiasaan itu membuatkan yang keji menjadi diterima. Yang betul amalannya, seperti org yang sangat memberatkan solat berjemaah, majlis2 ilmu pula dilihat sebagai luar biasa, taksub, ektrem dan sebagainya.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

0 comments: