Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0476.Salman Al Farisi r.a. mengkhabarkan, bahawa Nabi saw. bersabda:
"Siapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian dia membersihkan tubuhnya sedapat-dapatnya, setelah itu dia memakai harum-haruman, kemudian pergi ke Jumaat, tidak memisahkan dua orang (yang duduk berdekatan), kemudian solat sebanyak mungkin, dan diam apabila imam telah berkhutbah, nescaya diampuni Allah dosanya semenjak itu sampai Jumaat yang akan datang."
Semoga amalan ini akan terus menjadi amalan berterusan. Amin
0 comments:
Post a Comment