So sambil duduk tunggu sorang demi sorang hulur kepala mereka utk dibuat student's hair cut, sempatlah juga jenguk2 ke TESCO. Kot2 kosong lengang dek penangan kempen boikot pasaraya Yahudi nih. Aleh2 tengok makin meriah ada lah. Promosi harga lantai lah, harga bulat lah, harga nipis lah macam2 lagi. Pic di bawah tu sekadar gambaran kecil berkenaan kemeriahan pasaraya pada masa itu.
Pernah ku notakan berkenaan pulangan bersih 4.9% keuntungan oleh pasaraya ini didalam laporan kewangan syarikat induknya di London (2007 untung bersih RM826mil dari operasi Malaysia, Filipina, Thai dan sebahagian China). Bila ku tanya sorang kakak tu apesal tak boikot TESCO dia jawab dengan agak bengis; u buat je lah!. Ada beberapa pelanggan tu sampai tak cukup tangan nak bawa barangan yg dibeli. Yg ini kira belum mula boikot lagi dah KO dah nih.
Nampaknya kekuatan ukhwah Islam kita tidaklah seberapa jika nak dibandingkan dengan hasrat di hati. Nak melihat perjuangan bangkit menghadapi kongkongan Yahudi dalam ekonomi memanglah sukar, namum jika sikap endah tak endah ini berterusan, maka tak sempatlah kita nak merasakan sedikit hasil kebangkitannya dalam masa terdekat ini.
Betul juga kata seorang tenaga pengajar ditpt ku, jika kita tekad nak boikot kesemua yg ada sangkut paut dgn Yahudi laknatullah, maka guna daun lah kita buat baju, kain, etc. Nak pergi haji pun kena naik Boeing, Airbus atau yg sejenisnya. Nak tunggu kapalterbang Proton atau Perodua lambat lagi lah kot.
Tapi, pelik juga ye, kalau setakat milo, diapers, horlicks, lain2 barangan nestle tu kan ada alternatif lain, yg banyak di jual di Giant, Mydin Mart atau kedai2 runcit lain. Entahlah, orang kita, selagi tak kena kat batang hidung dia mana dia nak ambik kesah sangat...
6 comments:
haaa setujuuuuuuuuu..takat brg keperluan makanan tu sy. bumiputra berlambak jual pesal nak beli yg yahudi punyer..
klu hat teknologi ni mmglah diorg dh advance nak taknak terpaksa guna..tp bkn selalu naik ketebang tu..tu lah kata tepuk dada tanya Iman..kebanyakan masyarakat hanya hot2 ciken chit jer..
tp nasib i dr dulu mmg tak pegi sgt tesco tawww..lama dah boikot hehe..
lepas ni nak p take pic dekat Mcdo and KFC, tengok dah kureng ke sama je.
Lpas tu buat stok check dkt rumah; dari ubat gigi, sabun, susu tepung, gel rambut, shaving cream, make-up, etc, semua akan di tukar jenama yg syk induk dia taklah jauh2 sampai belas2 jam kapalterbang.
memang orang-orang kita nih tak ada kesedaran langsung..atau ada baca tapi buat tak tau aje sbb kata mereka, tak ada kena-mengena dengan diri mereka...biarlah orang Palestin tu berjuang tanah air dia orang sendiri...
Inilah sebab masing-masing dah complesant dengan hidup sekarang yang hanya mengutamakan kesenangan duniawi sahaja.... tiada lagi perasaan kasih sayang sesama umat Islam, bak kata pepatah...cubit peha kanan, peha kiri terasa sakitnya.
Masing-masing hidup untuk menyenangkan diri masing2, hidup aku, aku, hidup kau, kau,....
minggu lepas semasa Gaza teruk dibedil oleh Israel Laknatullah...saya perhatikan semasa lalu di tepi McD di sek 3 tu (belakang stesyen minyak) ...penuh orang makan...dua-dua tingkat atas dan bawah....terutamanya orang muda2 spt para pelajar....
sedih tengok...rasa macam nak print banyak2 flyers tu dan edarkan kat pintu masuk McD tu...
Bak kata seorang penceramah disurau berdekatan rumah. "Umat Islam belum cukup kesedaran dan belum kukuh aqidah, tapi kalau depan mata, anak dan isteri kita ditembak, maka waktu itu, barulah kita bersemangat untuk melawan".
Bak kata Rasululllah, "diakhir zaman, umatku seumpama buih dilautan, tiada kekuatan dalam mempertahankan agama ini"
betul kata Abang Long, ramai yg melayu dan may be islam, tapi kekuatan cuma macam buih2 yg bila2 masa nak meletup je.
Kak Zah, ada juga org kita yg bersemangat kobar2, tapi berapa ramai yg berani baling kasut kalau2 GBush mai sini.
Nak boikot McD pun rasa macam berat, konon2nya dah sedap sangat dgn burger dia, serasi. Apalagi ubat gigi colgate, ada yg rasa mual bila cuba ubat gigi mukmin :-)
Hanya Allah yg Mahamengetahui
salam kenal...
anak sy kalau ubat gigi lain tak nak guna... nak gak ubat gigi mukmin
Post a Comment