Peristiwa semalam memang menyentuh hatiku, walaupun tidaklah sesebak bila melihat paparan kekejaman Regim Zionis di Gaza, namun sedikit sebanyak apa yang berlaku menyedarkan diriku betapa masih keras hatiku rupanya. Semoga ianya menjadi pengajaran dan peringatan kekal buatku.
Semuanya bermula semasa aku singgah di Masjid Negeri di Shah Alam dan selesaikan tuntutan solat Zuhur dan yg sunatnya. Tetiba ada suara yang mencelah " abang, boleh tolong sorongkan saya turun ke bawah?", bila ku menoleh rupa2 ada seorang insan berkerusi roda yang mungkin dari tadi memerhatikanku untuk menolongnya turun ke lantai bawah masjid. Aku pun naik heran, dari mana dan bagaimana sidia ni naik ke mari? Lalu ku bawanya ke lift dan ku sorong sampailah ke lantai bawah untuknya menuju ke destinasinya sendiri. Aku pun blom lunch so, adehhh kena cepat nih. Sambil sorong ku tanya beberapa soalan basic i.e. dari mana nak ke mana, buat apa, datang dengan siapa tadi dsbnya. Bila dia jawab sedang tunggu kawan so aku pun inginlah beredar utk lunch, biasa la bila perut kosong, darah angin naik tinggi. Then dia dengan muka malu2 bertanya semula " Bang, boleh hantarkan saya ke kantin?". Aku pun dah mula naik cuak, tadi kata tunggu "kawan" so, suruh je kawan tu hantarkan. Itulah kata2 logik akalku. Nampaknya suara hatiku dah mula naik, dan memang sah kekadang logik akal kita memang tak boleh pakai :-(. Aku ingatkan dia datang dengan kawan dan sikawan tu tengah solat, so tunggu je lah dia selesai dan dialah sorongkan ke kantin yang agak2 300m dari masjid di tengah2 panas terik ni. Tapi dek kesian tengok si dia yang duduk di kerusi roda yang agak2 uzur dan tidak pula berkasut ni, maka ku lawan hati logikku yang membuat pelbagai tohmahan pasal orang yg tidak dikenali ini.
Semasa perjalanan 300m tu dia pun berceritalah mengenai hal dirinya yang terumbang ambing ditolak ke sana ke mari oleh kerenah birokerasi yang bunyi macam cerita basi. Aku pun joinlah sama, ajak dia makan tapi dia tolak cuma sudi untuk segelas milo ais (dia belom terasa nak boikot milo keluaran nestle nih) dan aku pun makan. Barulah terasa keperitannya hidup sebagai seorang OKU. Tapi ini bukan sebarang OKU. Yang ini adalah satu OKU dalam seribu atau mungkin seMalaya. Dia ni seorang Ustaz Tahfiz lulusan Mesir rupanya. Terlopong aku dengar ceritanya. Mungkin juga terkenal dikalangan orang Klang kerana semasa makan tu tak putus2 orang menyapanya. Aduih,,,, senak dada menahan rasa malu dan insaf, yang logik akalku masih penuh dengan kekerasan rupanya :-(.
Si dia ini ialah seorang guru agama yang telah di tempatkan di satu sekolah rendah agama di Klang, namun penempatannya ditolak oleh si guru besar yang tidak mempunyai hati yg besar...Seorang yang dilahirkan dengan serba kekurangan namun mampu untuk mencapai kejayaan sedemikian..tahfiz dan mahir berbahasa arab...sepatutnya direbut2 dan dijadikan idola oleh majikan yang ingin melonjakkan emosi dan semangat anak2 kecik yang sempurna sifat dan persekitarannya. Namun sebaliknya pula kes guru besar berhati kecik ini.
Aku terus menghubungi seorang teman yang punyai kedudukan untuk menyemak kes ini dan apa sebenarnya berlaku. Selang 10 minit je, temanku memberitahu yang dia telah bercakap dengan tuan pengarah jabatan yang terbabit dan ustaz istimewa ini dapat berjumpa dengan tuan pengarah untuk menyelesaikan masalahnya. Setidak2nya dapat juga aku melapangkan sebak dadaku dek kekerasan hati logikku tadi.
Kepada Ustaz Reezal, maafkan ana kerana agak keterlaluan dan cepat berlaku prejudis kepada anta, semoga anta berbahagia dengan pasangan yang akan dikahwini tidak lama lagi. Dan kepada Encik Zahir, terima kasih kerana sudi menolong. Semoga terus aman hidup anda.
0 comments:
Post a Comment