Sunday, January 04, 2009

BerHijrahlah seadanya...

Assalamualaikum,

Mungkin ada yang tertanya2 mengapa sudah lama nota ini tidak dikemaskinikan. Bukan ditinggalkan terus Cuma kebelakangan ini amat terbatas sekali waktu yang tinggal dek sibuk menguruskan tuntutan hidup dunia dan akhirat. Inilah kita, selagi kita bernama manusia, maka tidak lari kita dari mengejar akan sesuatu. Ada yang mengejar dunia, ada yang sebaliknya dan ada yang di antara kedua2nya. Namun, syukurlah, kerana dengan izinNya, dikala ini masih lagi diberi peluang untuk terus menikmati kehidupan dunia sambil terus mencari CintaNya.

Sementara kita masih di ambang Muharram ini, banyak sekali peristiwa2 penting yang berlaku di sekeliling kita. Dari tirai 1429H yang dilabuhkan dengan doa akhir tahun dan 1430H di langkah dengan laungan doa awal tahun, langsung disusuli dengan sambutan 2009 yang penuh dengan pelbagai kecelaan yang terdedah maupun yang tersembunyi. Inilah sambutan tahunan kita saban tahun, dan terus tercemar dari tahun ke tahun. Semoga yang terjebak dengan kecelaan itu akan diberi hidayah dan kembali ke jalan yang benar. Kita terus diberitakan dengan serangan kejam Rejim Zionis di bumi Gaza. Inilah janji Allah berkenaan kekejaman Yahuni yang tiada batasnya. Akan dicatatkan satu nota berkenaan hal ini di lain waktu.

Semoga bulan Muharram ini akan dapat dihidupkan dengan amalan2 baik selain dari amalan2 harian mengikut kebiasaannya, marilah sama2 berdoa agar terus diberi kelapangan untuk melakukan amalan2 baik bagi memperkemaskan B.A.S.S (Belajar - Amal - Sebar - Sabar) dengan izinNya. Semoga hijrah kali ini akan berkekalan dan tidak lagi digoyahkan walaupun sedikit.

Insyaallah dengan izinNya, dapatlah kita berpuasa pada 9 dan 10 Muharram nanti bagi mengikut Sunnah. Adalah diriwayatkan bahawa semasa Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah, bagida diberitakan mengenai sambutan pada hari ke 10 hijrah (kita sambut dengan hari Assyura) oleh kaum bani Israel bagi memperingati kemenangan Nabi Musa a.w. Maka Baginda Nabi s.a.w telah bersabda yang orang Islamlah yang lebih berhak menyambut hari 10 Muharram dengan berpuasa. Dan pada tahun akhir sebelum kewafatan Baginda s.a.w, beliau telah berhajat untuk berpuasa pada 9 Muharram sekiranya dipanjangkan umur, namum Baginda s.a.w telah wafat sebelum sempat berpuasa. Maka adalah menjadi satu sunnah untuk kita berpuasa pada 9 & 10 Muharram.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

0 comments: