Dalam sebilangan besar rakyat negara duduk kalut dengan Pilihanraya Kecil KT 17hb Jan yang lalu, sebahagian daripada Uni tempatan juga sibuk membuat pemilihan perwakilan pelajar. Proses kempennya pun tidak kurang hebatnya.
Semalam (19hb Jan), aku dibisikkan tentang apa yang berlaku di UM. Kita tak tahu hal ini kerana sudah lama meninggalkan alam Uni jadi hal2 pemilihan pelajar sudah tidak ada dlm dairi harian. Namun apa yg berlaku amat2lah dikesali dan harap2 tidaklah berlarutan.
Inilah yang berlaku, dilaporkan oleh m-star http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/1/16/mstar_berita/20090116152349&sec=mstar_berita juga dinyatakan oleh satu blog alternatif tapi tidak di dalam mana2 media arus perdana, mungkin atas dasar isu sensitif ataupun dek kerana terlalu sibuk dgn kempen KT.
Hebat sungguh pemilihan pelajar ini sehingga ada pihak2 yg sanggup memainkan isu2 jijik, sensitif dan luar biasa sebegini... aduih.
Berbalik kepada sistem demokrasi. Ini bukanlah sistem mengikut cara Islam dan sememangnya sistem demokrasi ini telah dipelopori oleh Barat atas dasar sekularisma dan kebebasan hak individu. Padahal, dalam sistem Islam, pemilihan pemimpin adalah mengikut permilihan secara syura (musyawarah). Abdul Qadim Zallum (1990) pernah menegaskan,”Demokrasi bukanlah syura, karena syura ertinya meminta pendapat (thalab ar-ra`y). Sedangkan demokrasi, adalah suatu pandangan hidup dan kumpulan menentukan perjalanan satu2 organisasi, undang-undang, dan sistem [pemerintahan] ...”
8 comments:
AyKay,u balik ke mengundi itu hari?
hmmm. Ana tak balik pasal daftar mengundi di luar kawasan tu, kan now duk Shah Alam...terpaksalah pilih wakil utk S Alam kota anggerik
emm..agak² bila nak dpt sistem syura ni eh..i mmg setuju 100% ;-)
tak taulah bila Qish. almaklumlah kita semua dah dikongkong dgn sistem sekular. kalau ikut perintah mahkamah 1987, Malaysia adalah sebuah negara sekular (dan sampai la la ni blom dibatalkan keputusan tu). Waallahualam
hmmm..hanya kuasa politik yang dapat mengubah apa yg telah digazet dalam federal constitution..
pasal sistem syura (pemerintahan islam) rasanya kita kena check samada negara kita ni;
1. Negara Islam (spt yg didakwa oleh para pemimpin yg dipemerintahan)
2. Negara yg ada umat Islam (ini ikut rasa hati saya je)
3. Negara Sekular (ikut perintah mahkamah 1987 spt yg dirujuk seorang Ahli Parlimen pembangkang)
macamana nak negara islamnya..org skrg tolak islam..tolak ulamak..tolak org yg bagi tazkirah..tolak itu tolak ini..pastu tambah buat salah tu salah ni..maksiat tu..ini..start dari atas sampailah org biasa..tp bukan semua..Wallahualam..
Pikirsendirilah,
masih ada peluang dan masanya untuk kita hidupkan minda islam, jiwai islam yg diterjemahkan kepada kehidupan islam dalam jiwa2 insan yg dekat dgn kita, ahli2 kita dan jiran2 kita. jika semuanya mantap maka adalah peluang untuk kita kembali ke jalan yg satu.
Post a Comment