Thursday, April 30, 2009

Janganlah kita berterusan terpedaya

Imbas kembali pesanan seorang kenalan baru *yang dikatakan oleh rakan2 rapatnya sebagai seorang yg hebat ilmu dan keperibadiannya.

Katanya... (saya lupa samada dari petikan satu Hadits ataupun dari mana).... wahai temanku, yg insyaAllah akan berterusan menjadi rakan, sahabat, dan semoga berkekalan perhubungan kita... katanya;


"Sesiapa yang sibukkan diri dengan perkara2 wajib sehingga dia tidak sempat melakukan perkara2 yang sunat, maka mereka ini dimaafkan (tiada apa2 kekhuatiran buat mereka), dan sesiapa yang sibukkan diri dengan perkara2 yang sunat sehingga tiada masa untuk yang wajib, maka mereka itu terpedaya"

Mulanya, pesanan ini berlalu begitu sahaja, kerana, al maklum kali pertama bertemu, kita tidaklah tumpukan sepenuh perhatian akan kata2 seseorang. Kita lebih sibuk dibenak mentafsirkan keikhlasan hatinya, dari mana asal usulnya, apa tujuannya dsbnya... Namun, sebaik sahaja memandu pulang, sambil melayan lamunan, teringat kata2 sifulan tadi, dan tetiba ia menjadi bahan pemikiran buat seketika.


Di manakah diri kita dalam pesanan tadi? Adakah kita sentiasa sibuk dengan yang wajib? Adakah kita sentiasa sibuk dengan yang sunat? Atau sentiasa sibuk dengan yang lain dari itu, yakni sibuk dengan yang lalai, laghar dan tiada manafaatnya. Dalam timbangan dan susunan amalan setiap waktu yang Allah kurniakan seharian, di manakah letaknya yang wajib, yang sunat, yang tiada kena mengena dengan tuntutan (malah mungkin termasuk dalam senarai yang di tegah?). Adakah kita ini tertipu dan sentiasa sibuk dengan kehendak duniawi sehingga terlepas tuntutan untuk sibukkan diri dengan keperluan akhirat?


Pagi ini saya hubungi sifulan yang berpesan mlm tadi untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Alhamdulillah, janjinya, akan dibantu saya untuk lebih memahami apa yg tersirat dari ungkapan tadi. Katanya, adalah menjadi wajib untuk setiap Muslim (yg cukup syaratnya) itu menuntut ilmu (keperluan hidup sebagai seorang hambaNya). Dan janjinya akan dihuraikan setiap key words dalam rangkap ini i.e. siapakah yg diwajibkan itu, apakah ilmu2 itu, apakah pula aturan prioritynya... supaya saya yang semakin hari semakin cetek ilmu ini tidak terusan tandus...amin


Catatan Selanjutnya...

Wednesday, April 29, 2009

Buku: Pendidikan Anak - Anak Dalam Islam

Wahai parents spt saya (atau bakal parents), sedar atau tidak, kita saban hari diomokkan dgn pelbagai promosi dalam hal ehwal didik anak, tips, tata cara, dsbnya dari penerbit2 orientalis, yg kebanyakkannya bertemakan sasaran kemewahan dan kecintaan duniawi semata2.

Saya tidaklah terkecuali. Sudah berkotak2, berkuyun2 buku dan majalah pendidikan kanak2 telah dibeli, kekadang tu tak habis pun dibaca. Namun, sayang sekali, terasa ada yg kurang, seperti tidak lengkap; salahkan penulisnya? editornya? atau penerbitnya?


Akhirnya, ditakdirkan saya bertemu dengan seorang pengajar, yang juga seorang jurulatih kepada pendakwah (dia spt penjana pendakwah2 akan datang) yg mengesyorkan saya kepada kitab Tarbiyatul Awlad Fil Islam, tulisan Abdullah Nasih Ulwan. Cantiknya kitab ini kerana telah diterjemahkan kepada Bahasa Melayu utk org awam oleh Syed Ahmad Semait. Ye lah, kekadang kitab Arab diterjemahkan ke Bahasa Melayu tetapi bukan spt bacaan awam, tetapi terjemahan secara terus dari Bahasa Arab. Amat sukar untuk kita, org awam ni faham tanpa diajar seorang guru. Kitab pendidikan anak-anak dalam islam ini ditulis dalam bahasa utk org awam, aka..bahasa santai... boleh dibaca spt baca buku Ilmiah.


Cantik sungguh susunan pengajian dari buku ini. Bermula dari pencarian pasangan suami isteri kepada pendidikan anak2 dari segi syara' kepada pembentukan insan yg berjati diri, yang InsyaAllah teguh aqidahnya sekalipun tercampak ke ceruk mana di bumi ini.

Kesimpulan: Amat2 digalakkan kepada para ibubapa (atau bakal2 suami isteri) untuk mendapatkan buku ini, dibaca sambil2 santai, sesudah penah berblogging, menunggu waktu tidur dsbnya.


Catatan Selanjutnya...

Wednesday, April 22, 2009

Rediscovery Diri - Log No 4 , adab2 cari ilmu

Siri Rediscovery diri disambung kembali dalam pengalaman mencari ilmu bagi memenuhi tuntutan rohani bagi mendapatkan Cinta Kekal yang dicari2 selama ini.
Sebagai insan atau ahli baru dalam setiap kelas2 ilmu yg diceburi, saya kerap kali tersilap cara atau dipandang silap cara oleh ahli2 lama dek kerana tidak tahu adab2 atau 'sistem', atur cara menuntut ilmu yg sebetulnya. Tidak pula saya ketahui dulunya bahawa sebetulnya, menuntut ilmu mencari cinta kekal ini penuh dengan adab2nya,,, jika tidak kena cara maka yg dapat hanya cebisan sahaja.
Syukur, saya telah diketemukan dengan seorang guru yg memang khas mengajar manusia2 yg baru ingin menceburi diri dalam hal2 cinta kekal ini. Cuma yg ralatnya, kebanyakkan muridnya adalah baya2 anak2 lelaki saya je. Semuanya anak2 remaja yg rata2 daripada keluarga yg memang sudah dari awal dipupuk dalam suasana ilmiah ini. Lantas saya terasa pula tekanan 'competitive' mereka dalam bab2 'murid pandai' ini. Al maklum, kita telah lama terkarat dek cinta dunia yg tak kekal ini. Dalam cubaan menuntut ini, saya diketemukan dengan kitab ini... Ta'lim Al-Muta'aalim (Pelita Penuntut) penulisan Al-Al'Lamah Asy'Sheikh Burhanuddin Az Zarnurji yg telah diterjemahkan oleh Muhammad Syaflil Abdullah Muhammad bin Ahmad Rangkul Fathani (dalam versi jawi dan rumi).


Maka bermulalah saya dengan tergagap2 membaca kitab jawinya. Mujurlah selepas minggu ke-dua, terjumpa versi ruminya, terasa lega di hati kerana tidak lagi tercungap-cungap mengeja ba-da-ali-k-ka-m-uanan-nya... terasa sungguh tinggi rendah langit pada masa tu.

Kini, selepas beberapa kelas, barulah jelas bahawa pentingnya adab2 menuntut ilmu dalam kita mencari ilmu itu. Pentingnya kita memilih ilmu dan guru serta tauladan dan ketetapan dalam menuntut itu. Barulah jelas pada diri dan datangnya kelazatan dan hikmah ilmu yg dicari.

Saya kongsikan satu syair Abi Hanifah Rahimahullahu:
Siapa-siapa yg belajar ilmu bagi tempat kembalinya;
mencapai ia akan kelebihan daripada sebetul-betul atas agamanya.
Maka ayuhai kerugian org-org yg belajarnya;
bagi mencapaikan kelebihan dari sama2 hambaNya.

Kesimpulannya: Belajarlah ilmu dengan niat yg sebenarnya....


Catatan Selanjutnya...

Tuesday, April 21, 2009

Umur Dewasa dan Liku-Likunya

Dalam mendalami dan mencari Cinta sejati, telah ditakdirkan saya untuk mengikuti satu pengajian berpandukan kitab Peringatan Tentang Umur Insan nukilan Imam Habib Abdullah Haddad yg telah diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait terbitan Pustaka Nasional. Disyorkan kepada sesiapa yg juga mencari Cinta kekal untuk juga mengikuti pengajian berasaskan kitab ini.
Dinyatakan oleh Imam Habib Abdullah, umur kita boleh dibahagikan kepada 5 iaitu;
  • Umur pertama: sejak Allah SWT mencipta Adam a.s dan dibekalkan zuriat pada tulang sulbinya, seluruh umat manusia dari awal sehingga hari Kiamat telahpun dimasukkan ke dalam tulang sulbi Adam a.s dan zuriat ini dipindah-pindah terus menerus dari tulang sulbi lelaki ke dalam rahim wanita. dan dari rahim wanita ke tulang sulbi lelaki, sehingga lahirlah tiap-tiap orang dari ayah dan ibunya sampai kiamat.
  • Umur kedua: sejak manusia lahir ke alam dunia sehingga dia mati dan keluarnya dari alam dunia.
  • Umur ketiga: Sejak keluar manusia dari alam dunia sehingga dia dibangkitkan. Alam ini juga dikenali sebagai alam barzakh.
  • Umur keempat: Sejak keluar manusia dari kubur pada hari kebangkitan semula, sehingga manusia dikumpulkan untuk pengadilan setelah semua amalan dunianya dihisab.
  • Umur kelima:Inilah umur ketika mana manusia akan dimasukkan ke syurga dan kekal di dalamnya. Ada juga yg akan dicampak ke neraka dan kekal di dalamnya, iaitu org2 yg kufur semasa di dunia. Sebahagiannya akan dikeluarkan dari neraka selepas disiksa, iaitu org2 yg berdosa dari golongan ahli2 tauhid, samada dengan mendapat syafaat dsbnya.

Namun, semuanya yg di atas terasa tidak menyengat dalam sesetengah hati kerana ini adalah perkara yg bukan menjadi tumpuan kita yg sering sibuk dengan kehidupan dunia yg kepada sesetengah manusia, menjadi rebutan dan tumpuan seluruh jiwa raga.

Untuk n3 ni biarlah saya notakan apa yg lebih relevant dengan diri sendiri sekarang, iaitu insan yg sedang melalui peringkat umur ke dua, dan sedang menghadapi pergolakan umur dewasa serta liku-likunya. Ibnul Jawzi mengkategorikan seseorang itu sebagai dewasa setelah mereka melalui peringkat umur 35 - 50 thn. (Yg umur 15 - 35 dikira sebagai muda, so faham2 sendirilah).
Setelah kita menjangkau umur dewasa, diharapkan dengan kemurahan Allah SWT untuk dikurniakan hikmat dan kebijaksanaan, sehingga menjadi cenderung untuk perkara2 ketaatan, sering bertaubat dan menujukan hatinya kepada Allah SWT. Dalam kata lain, diharapkan kita menjadi org2 yg mendapat taufiq dan pandangan dari Allah SWT, sesuai dengan firmanNya dalam surah Al Qashash ayat 14 yg bermaksud:


"Dan setelah dia menjadi dewasa dan cukup umurnya, Kami anugerahkan baginya kebijaksanaan dan ilmu pengetahuan. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang suka melakukan kebajikan"

Juga dalam surah Al Ahqaf ayat 15 yg bermaksud:

"Sehingga apabila dia menjadi dewasa dan cukup umurnya 40thn, berkatalah ia: Ya Tuhanku! Berikanlah aku daya untuk mensyukuri kurniaMu yang telah Engkau kurniakannya kepadaku, dan kepada kedua ibu bapaku, dan dorongkanlah aku untuk membuat amalan soleh yang Engkau meredhainya"

Ada yg mengatakan, bahwa apabila seseorang itu mencapai umur 40, sedang kebajikannya tiada melebihi kejahatannya, maka syaitan akan menyapu wajahnya seraya berkata: Demi ayahku, wajah ini tidak akan terlepas dariku. Ada juga yg memberi amaran, bila sudah 40thn dan kebajikan masih kurang dari kejahatan, maka bersedialah untuk ke neraka.


Syaikh Arif Abdul Wahab bin Ahmad As Sya'rani dalam kitabnya 'Al Bahrul-Maurud' pernah berkata, apabila kamu mencapai umur 40, hendaklah kamu lipat2kan tikar bantal dan bersedialah untuk perjalanan ke akhirat, dan setiap nafas yg disedut tiadalah lagi dipergunakan untuk kepentingan dunia semata-mata.

Imam Syafi'i rahimahullah, setelah mencapai umur 40 thn, beliau pun berjalan bertongkat sebatang kayu. Apabila ditanya sebabnya, beliau berkata biarlah dia sentiasa beringat bahwa beliau kini sedang menuju ke akhirat.


Kesimpulannya: Sebagai peringatan diri yg semakin hampir dengan angka keramat 40 ini. Hanya yg sentiasa dipohon, sekiranya direzeki Allah SWT untuk sampai ke umur itu, doa saya agar diberikan taufiq dan hidayah agar dimasukkan dalam golongan umat yg berada dalam jalan yg benar dan tidak termasuk dalam golongan manusia yg lalai apalagi dalam golongan yg syirik.


Catatan Selanjutnya...

Wednesday, April 15, 2009

Air Mata di Padang Mahsyar - (2)

Hanya sekadar untuk peringatan diri sendiri dan kepada sesiapa yang terbaca, tiada niat untuk menguris hati sesiapa.

Dalam satu riwayat, Musa b. Jabal pernah bertanya kepada Baginda Rasulullah s.a.w berkenaan hari kebangkitan, dan Baginda s.a.w bercucuran air mata, lalu bersabda;

" Wahai Musa, engkau bertanya kepadaku mengenai perkara yang besar. Umatku dibangkitkan pada hari itu, dari kuburnya dalam 12 barisan...

i. Mereka yg keluar dari kubur dengan keadaan tidak bertangan dan tidak berkaki (manusia timun). Ini kerana ketika di dunia mereka menyakiti jiran, mengumpat, hasad dengki dsbnya.

ii. Mereka yang dibangkitkan dengan keadaan muka berbentuk babi hutan. Mereka ketika di dunia meremehkan, lalai, melewatkan solat, tidak bersungguh-sungguh menghayati solat dan mereka mengerjakan solat tetapi masih mendedah aurat, mengumpat dan pelbagai perkara mungkar yg lain.

iii. Keadaan perutnya penuh dengan ular dan kala jengking spt bangkai dan keldai. Mereka2 ini ketika di dunia enggan mengeluarkan zakat maka Allah membangkitkan mereka dengan seksaan yg berat.

iv. Mereka yg dibangkitkan dengan keadaan mulut mereka mengalir darah kerana berdusta dalam jual beli dan mengambil keuntungan dengan menipu.

v. Mereka yg dibangkitkan dengan keadaan sudah menjadi bangkai busuknya. Ini disebabkan mereka ketika di dunia menyembunyikan kederhakaan kerana manusia, mereka tidak takut Allah. Mereka berbuat baik di hadapan orang tetapi berlaku mungkar di belakang serta mereka hanya malu dan takut kepada manusia dan tidak kepada Allah.

vi. Mereka yang dibangkitkan dalam keadaan tengkorak dan tengkuk mereka putus. Mereka adalah org yg memberi saksi palsu serta mengada-adakan cerita sehingga menyebabkan org lain tertuduh.

vii. Mereka yang buta mata hati, dan kedua mata mereka, giginya seperti tanduk lembu jantan, bibirnya melebar sampai ke dada, lidahnya menjulur sampai ke perut bahkan sampai ke peha dan dari perut keluar kotoran. Inilah balasan mereka yang peminum arak.

viii. Mereka yg tidak berlidah, mulut keluar nanah dan darah. Mereka ini ketika di dunia enggan memberi kesaksian.

ix. Mereka yang dibangkitkan dalam keadaan terbalik, kepala di bawah dan kaki ke ats. Mereka ini ketika di dunia menjadi perlaku zina.

x. Mereka yang berwajah hitam, mata dan perutnya penuh dengan api. Mereka ini ketika di dunia memakan harta anak yatim dengan cara yang anaiya.

xi. Mereka yg dibangkitkan dengan tubuh yg penuh penyakit, kulit sangat gatal. Mereka inilah sipenderhaka kepada ibubapa.

xii. Mereka yang dibangkitkan dengan wajah yang berseri-seri laksana bulan purnama, mereka melalui titian sirat seperti kilat menyambar dan dalam suasana senang dan nikmat. Mereka inilah orang2 yang ketika di dunia menjadi orang yg beramal soleh, menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat dan mati dalam keadaan bertaubat.
Ya Allah, tetapkan Nur keimanan dalam diriku, dan janganlah Engkau sesatkan aku setelah Engkau kurniakan petunjuk kepadaku..

"Hanya Allah yang Mahamengetahui segala sesuatu".


Catatan Selanjutnya...

Air Mata Di Padang Mahsyar (1)

Dari petikan nukilan seorang sahabat yang sedang melanjutkan pembelajaran Al Qur'annya di Jordan. Sebagai peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa yang terbaca, moga2 menjadi peringatan dan panduan kehidupan seharian yang semakin pendek terasa waktunya.

Ceritanya mengenai air mata di Padang Mahsyar, secara ringkasnya adalah spt berikut;
1. Apabila dunia telah dikiamatkan, semuanya akan mati dan dunia akan musnah secara total.

2. Keadaan ketika itu menjadi tenang selama 40 tahun.

3. Semua manusia di alam kubur akan tertidur.

4. Setelah 40 tahun berlalu, maka dibangkitkan semula semua untuk diadili segala perbuatan mereka semasa hidup di dunia dahulu.

5. Makhluk yg mula2 dibangkitkan Allah ialah Malaikat Israfil, yang akan meniupkan sangkakala ke dua.

6. Manusia akan dihidupkan semula.

7. Ketika itu Allah berfirman;

"Siapa raja pada hari ini? tiada siapa yang berani menjawabnya (QS Ghafir ayat 16)

8. Syaitan dan Iblis yang sombong semasa di dunia pun tidak menjawab dan hilang taringnya.

9. Sebahagian besar manusia akan berkata;

(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami? (QS Yassin ayat 52)

10. Malaikat dan orang-orang yg beriman pula berkata;

"(Lalu dikatakan kepada mereka): Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-Rasul
(QS Yassin ayat 52).

11. Semua manusia akan hidup semula setelah roh ditiupkan ke jasad mereka. Ada yg mengeluh, menyesal bahkan sedikit sekali yang bersyukur.

12. Manusia pertama yang akan dibangkitkan adalah Rasulullah s.a.w, kemudian para rasul, seterusnya seluruh umat manusia.

13. Ianya merupakan hari perhimpunan mega, di Padang Mahsyar, yang merupakan satu alam sangat berbeza dgn suasana di dunia, ianya kering dan kontang, tiada sebarang kehidupan lain, umpama keadaan di padang Arafah (dahulunya tanpa pokok, cuma satu padang yg luas).

Yg bhg atas pic ni adalah pandangan Arafah dari nun jauh

14. Manusia dalam keadaan tidak berpakaian, sedangkan kepanasan Mahsyar amat terik dan tiada awan yg melindungi.

15. Manusia berkumpul dalam keadaan sesak, ramai sehingga tidak dapat duduk, dan keadaan ini berterusan sekian lamanya.

16. Manusia bangkit dari kubur dalam keadaan berbeza2 berdasarkan amalan masing2.

Keadaan bagaimana kita akan dibangkitkan akan dinotakan dalam n3 selanjutnya.

Ya Allah, aku berlindung dari seksaan kubur, aku berlindung dari seksaan api neraka, aku berlindung dari fitnah hidup dan mati..

"Hanya Allah yang Mahamengetahui segala sesuatu".


Catatan Selanjutnya...

Monday, April 13, 2009

Yang Di Langit dan Yang Di Bumi

Sekadar berkongsi pengalaman semasa menunggu2 waktu Maghrib, di hadapan pintu Kaabah. Kepada yang memerhatikan, janganlah memandang kecantikan yang diciptakan, tetapi ingatlah kepada si Penciptanya.


Teringat petikan dari QS AnNuur Ayat 043

Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Dia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.

Dan juga sedikit dari QS AlJumu'ah. Ayat 001.

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


Kelihatannya seperti secara tiba2, bila masuk je waktu Maghrib, awan-awan ini akan berarak2 datang melingkupi ruang udara sekeliling Masjid,,, Hanya Dia Yang Mahamengetahui segala yang berlaku di langit dan di bumi.


Catatan Selanjutnya...

Thursday, April 09, 2009

Golongan Salafiyyah Wahhabiyyah..JAUHILAH GOLONGAN INI

Perkara ini telah banyak kali ditegaskan oleh para penceramah di tempat saya, terutama oleh para penceramah dari Sekolah2 pondok dan tegas lagi mantap.

Adalah diingatkan bahawa pihak Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 22 Okt 1985 pun telah mengeluarkan fatwa mengenai kesesatan ajaran Ittiba' al Sunnah yg membawa kepada fahaman spt Salafiyyah Wahhabiyah. Namun, sejak kebelakangan ini, ajaran2 ataupun cebisan2 ajaran ini berleluasa menular ke kawasan2 elit di bandar2 besar di Malaysia.


Sebut sahaja jemputan baca Yassin utk majlis tahlil, ada sahaja yg menyatakannya sebagai bid'ah. Jemput sahaja untuk solat hajat dan doa selamat untuk arwah, maka golongan ini akan menganggap itu sebagai perbuatan bid'ah dan pahalanya tidak sampai kepada org yg telah mati. Maka mereka akan sebutlah hadits yg membawa maksud bila mati hanya tiga perkara sahaja yg akan sampai kepada si mati.... lalu dibid'ah kita yg jemput. Mereka juga menolak sambutan Mawlid Nabi, sambutan Isra' Mi'raj, Ma'al Hijrah yg semuanya dikatakan bid'ah. Dan banyak lagi sehingga ada yg mereka ini dikenali sebagai Kaum Muda atau golongan Mudah (kerana hukum fiqh mereka yg mudah, dan tidak tetap kepada satu2 mazhab sahaja).


Dahulunya saya hanya menganggap perbedaan kita hanya dari segi khaifiyat dalam hukum fiqh dan tidaklah serius sangat, maka penolakkan saya tidaklah berbentuk keras, cuma pendekatan ''awak dgn cara awak dan saya dengan cara saya yg ilmu cetek ini dan hanya ikut apa yg ditinggalkan oleh Imam As Syafi'i sahaja". Tetapi semenjak didedahkan dengan pendedahan perbezaan dari aspek2 berkenaan aqidah, ulum Qur'an dan Hadits, Tasawwuf dan Tareqat, maka penolakkan saya terhadap golongan ini telah menjadi sangat keras, sekeras2nya. Maka telah saya keluarkan putera2 saya dari kelas Aqidah di Masjid yg gurunya secara sedar atau tidak telah menitipkan sedikit pendekatan dari golongan Wahhabiyyah ini.
Diingatkan kepada mereka yg sedang mencari2 ilmu untuk bekalan hidup kekal, atau mencari2 ilmu untuk anak2 bagi persediaan hidup kekal mereka, silalah dapatkan pendedahan mengenai perkara ini, moga2 tidak menjadi spt saya yg secara tidak sengaja telah terikut2, terbawa2 dengan sedikit cebisan amalan2 golongan ini, atas dasar kononnya amalan fiqh berlandaskan Al Qur'an dan Sunnah. Sebahagian daripada amalan2 sunat golongan ini adalah yg dipandang makruh oleh imam2 mazhad empat.
So? Bagaimana hendak mengenal mereka ini? Atau ustaz2 yg bagaimana yg dikatakan mengikut amalan golongan Salafiyyah Wahhabiyyah ini? Terima kaseh kepada Ust Mahfoz Mohammad dan Ust Abdullah Jalil (USIM) yg telah memberi sedikit panduan berbentuk ringkasan 10 mukasurat mengenai ciri2 golongan ini yg diambil dari kertas kerja terbitan Jabatan Mufti Johor dalam Multaqa penjelasan hukum berkenaan Isu2 Aqidah dan Syariat bertajuk "Penafian dan Jawapan kepada tuduhan - Semua Bid'ah adalah Dholalah".
SATU LAGI PERINGATAN: JIKA MAHU MENCARI ILMU AKHIRAT, JANGAN TERUS BERPANDUKAN RUJUKAN DARI INTERNET! SILA CARI ORG YG ARIF DI LUAR SANA.


Catatan Selanjutnya...

Saturday, April 04, 2009

My Life is an Ibadah...

Yes, was reminded again by Ust Yunus last night to look at our ibadah in a manner that it does not only mean the specific ibadah such as solat, fasting, zakat and hajj, or reading Al Qur'an, dzikir etc. The whole of our 24H/7D/365 a year can be an ibadah if we follow and put our knowledge into implementation. So, to be a true Muslim who is only looking for Jan'nah reward thereafter, it does not mean that we only stay put on our praying carpet and ignore the current life requirement. But our priority have to be on the right things.

For example, our daily work life. It can be an ibadah if we follow the syara' requirement. Don't forget to recite our niat, each time we make our move to our workplace, every morning or in the evening (for evening shift workers); that we are leaving our home to perform our duty, to seek halal incomes, without forgetting to seek forgiveness from Allah for all the wrong doings which we already committed, now committing and will be committing...


I flashed back some of the lucky workers at Al Haram, without fail carrying their duties days and nights to ensure the comfortableness if the invitees of Allah. I managed to snap some of them in action..

Lucky for them, to be selected as part of the workforce at the place where every good doings are rewarded 100,000 times more than other places. When asked about their pay, one of them did answered that his salary is only SR500 excluded food (oh yes, I took the liberty to interview some of them). Anyhow, they feel very luck to be there. While some of us may be paid 10 or 20 times more than that but still seems not enough.... :-(


The same goes to the cleaners at the Masjid Nabawi in Madinah. Imagine our self... everyday to take turn and clean the pillars and vacuum clean the carpet of Raudah... one of the Garden of Jannah..... subhanaAllah.




Catatan Selanjutnya...

Friday, April 03, 2009

Teknologi rawatan air kaum Thamud

Lagi cerita pasal Kaum Thamud (kaum Nabi Soleh a.s) untuk pengajaran....


Semasa di Madain Soleh, kami berpeluang untuk menyaksikan pelbagai peninggalan arkeologi kaum Thamud, dan satu yg menjadi tarikan sendiri ialah peninggalan kesan2 satu tempat rawatan dan simpanan air. Ternyata latar belakang saya sebagai jurutera air sedikit sebanyak menaikkan minat lebih dari jemaah lain kepada instalasi ini. Sistem pemprosesan air peninggalan kaum ini tidak jauh beza dari segi asasnya dgn apa yg ada sekarang, cuma teknologinya saja yg berbeza.

Mereka sudah pun ada sistem aliran air hujan yg panjang di lereng2 bukit, kemudia disalurkan menerusi sistem penapisan pasir dan disimpan di dalam kolam takungan, yang sudah ada tanda2 had water level yg berperingkat2, mungkin setiap level sebagai penanda had2 penggunaan air.













Mereka juga sudah ada penanda khas untuk setiap rumah, seperti alamat rumah. Setiap fasad hadapan rumah dilengkapkan dgn tanda tulisan berbeza, supaya dapat dibezakan penghuninya.

Dan yg paling ketara kepintaran kaum Thamud yg dilaknatkan Allah angkara engkar ini ialah mereka ada cara untuk conserve mayat dalam rumah masing2. Kerana dalam setiap rumah ada 4 atau 6 tpt spt liang lahad utk diletakkan mayat bila ahli keluarga meninggal. Waallahualam.


Catatan Selanjutnya...

Thursday, April 02, 2009

Menyaksikan Tanda2 Kebesaran Allah di Madain Soleh

Dalam perjalanan dari kota Madinah ke kota Makkah, perjalanan jemaah kami telah dibawa melencong ke utara Madinah, lebih kurang 500km ke bandar Al Ula, dan ke Madain Soleh (27km dari Al Ula). Di Madain Soleh, ada satu perkampungan arkeologi peninggalan kaum Thamud (kaum Nabi Soleh a.s), yg diberitakan baru ditemui oleh pihak kerajaan KSA pada 2007.

Tempat ini boleh dilawati jika mengikuti umrah menerusi visa ziarah sahaja yang mana diwajibkan oleh pihak berkuasa KSA untuk menetap sekurang2nya satu malam di luar Madinah / Makkah bagi merancakkan industri tourism mereka. Kami menetap di hotel Al Ula kira2 27km dari tempat yg dituju.

Kisah kaum Thamud dan Nabi Soleh ini diingatkan dalam Al Qur'an, surah Al Fajr (surah 89):


(Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka) (6) Iaitu penduduk "Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya) (7) Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)? (8) Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)? (9) Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh? (10) (Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing). (11) Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu. (12) Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab; (13) Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat) (14)

Dan dalam surah Ash-Shams (surah 91) ayat 11 - 15.
(Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas; (11) Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat), (12) Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)! (13) (Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Dia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya). (14) Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil). / (15)


Diberitakan bahawa ramai ahli kaum Thamud ini adalah terdiri dari golongan orang2 yg cerdik pandai. Namun kerana dusta kepada Nabi Soleh, maka Allah telah menjatuhkan azab ke atas mereka. Dari penemuan ini, ternyata apa yg di khabarkan dalam al Qur'an ini ada di depan mata. Azab Allah amatlah pedih kepada yang mengengkariNya.












Bukanlah keindahan ukiran batu dibukit2 yg ingin ditonjolkan, tetapi bagaimana Kebesaran Allah dalam menjadikan sesuatu, dan kebenaran yang dinyatakan dalam Al Qur'an, semoga menjadi iktibar kepada kita dan insaf akan Mahabesar dan Mahakuasa nya Allah s.w.t


Catatan Selanjutnya...

Wednesday, April 01, 2009

Madinah & Makkah : tempat membeli belah

Selain dari menyucikan jiwa di depan Kaabah di Masjidil Haram dan menjadi penziarah Rasulullah di Madinah, setiap jemaah umrah atau haji akan juga menjadi pakar shopping dalam masa beberapa hari berada di bumi bertuah ini.

Ada sahaja yang akan menjadi daya tarikan dan terasa ringan sahaja untuk terusan mengeluarkan nota2 riyal dari wallet. Ada yang berpendapat, inilah barakahnya bumi ini, bilamana kita berterusan membeli dan terusan membeli, maka bertambah2lah ekonomi orang2 di sini dan juga berkembanglah muamalat islam secara tunai. Kami sekeluarga tidaklah terkecuali, terusan menjadi pembeli, penawar harga, pembayar yang bertauliah. Apa yang dibeli? Oohhh tak larat nak disenaraikan, jika nak disenaraipendekkan, cukuplah dinyatakan ianya untuk ole2 kepada sanak saudara, sahabat handai, kaum kerabat, rakan pejabat sdbnya.

Ada juga yang nakal dan bertanya2 berapa banyak duit ada bawak?... eishhhh sampai ke situ pun nak ditanya. Dek kerana tak mau menipu di bumi bertuah ini, kami cuma katakan ... tak bawak banyak cash, tapi yang ada dalam akaun al-Rajhi bank tu lah. Untung kami dah buka akaun al-Rajhi bank di Shah Alam sek 9 (promo nih). So, tak perlu carry byk cash, cuma bawak je debit card tu merata2. Nampak je al-Rajhi ATM terus je cucuk, cuma touch screen dia je kekadang hanya berbahasa arab. Kenalah buat2 terror dan main2 tekan je.


Dalam duk jalan2 mencari barangan yg tak tersenarai, terserempak dengan beberapa kedai budget aka kedai RM2 versi Saudi. Tapi signboard dia macam semua org yg masuk kedai tu herge Riyal 2.

Adeih penatnya bila fikirkan semula. Sampai lupa pulak ada had berat muatan bila nak boarding Saudi Airline kat Jeddah time nak balik. Tapi itu cerita lain kali lah... pasal byk betul kerenahnya.


Catatan Selanjutnya...

Google Search