Berapakah pula reward untuk menangkap ayah Pin kemuka pengadilan? Kenapakah kapakaran pihak polis kita yang ternyata cekap untuk menjejak dan menangkap Mas Selamat yang menjadi buruan polis negara jiran selatan masih gagal untuk menangkap ayah Pin kemuka pengadilan?. Adakah kesalahan mensyirikkan sebegitu ramai saudara seIslam tidak cukup besar kesalahannya berbanding dengan kesalahan lain seperti kesalahan sebahagian ahli politik yang disyakki menyalahgunakan kuasa?
Ada kemungkinan pertanyaan tambahan dari kita; siapakah gerangan lelaki bergelar Cikgu Kahar? Tak kenal pun...
Kenapa dia juga masuk dalam senarai Wanted oleh JAIS? Kehairanan saya tidak terhenti disini sahaja tetapi cukuplah sekadar itu kerana emosi ini tidak boleh dituruti sehingga mencemarkan tujuan asal untuk berkongsi ilmu. Saya sudah mula merasakan perubahan positif dalam masyarakat terhadap kepentingan menimba ilmu akhirat. Dalam perjalanan dan persinggahan di majlis-majlis ilmu sekitar kawasan ibu kota, semakin ramai dan meriah keadaannya, dengan semakin ramai yang ingin mencari ilmu dan mencari Cinta Abadi, dari usia semuda mungkin. Kalau dulu dikhabarkan hanya ahli2 KRU (kumpulan rambut Uban) sahaja yang menghadiri majlis2 sebegitu, kini dapat diperhatikan semakin ramai golongan muda yang turut serta. Namun untuk mencapai kecemerlangan menjadi sebuah negara Islam sebenar, kita masih perlu melangkah nun jauh untuk mencapainya.Kalau dahulu kala tidak pernah satu ijtima' Tabligh mendapat perhatian sesiapa selain daripada ahli2nya, kali ini sudah ada arus2 perubahan dan penerimaan oleh masyarakat setempat untuk mereka. Cuma, perjalanan kita masih jauh, moga-moga Allah kurniakan rahmatNya, untuk kita terus bangkitkan kesedaran masyarakat dengan keperluan Islam sebagai addin, bukan sekadar agama untuk penuhi tuntutan solat, puasa, zakat dan haji. Insyaallah.
Catatan Selanjutnya...



Nampaknya perkara2 ini telah lama dibincangkan di antara kedua2 ahli2 pemikiran ini, cuma saya je baru tahu, kerana baru mendalami 'pendidikan' Islam. Ada golongan yang beraliran moden, dengan latar belakang pendidikan yang hebat2 sungguh, datang dengan pendedahan2 hebat, boleh terbeliak minda kita dibuatnya.

Teringat dan terbayang pula wajah kedua ibubapa ku yang telah lama meninggalkan diriku untuk bertemu dengan Allah. Rinduku bertambah2 kepada semuanya. Dulu pada 2005 aku agak bernasib baik kerana ditugaskan untuk menyiapkan satu projek di Jeddah, maka dapat berumrah setiap hari selagi terlarat dan bukan dengan tanggungan sendiri. Kali ini pergi pula bersama isteri dan along untuk berjumpa dengan junjungan Nabi s.a.w yang dirindui, para Sahabat dan yang paling pentingnya sekali lagi menatap Kaabah dan Insyaallah segala pengisian yang tampil dengannya.
Dapat beberapa keping pic ni dari rakan lama sekolah. 
Dalam scala di bawah, Jupiter adalah sekecil 1 pixel dan bumi sudah tiada kelihatan dek mata kasar
Dan ini bukanlah penghujungnya, cuma penghujung kepada pengetahuan manusia sahaja

