Showing posts with label Fiqh. Show all posts
Showing posts with label Fiqh. Show all posts

Friday, July 24, 2009

Model kena rotan

Kepoh satu Malaya bila semalam, Tuan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman maksima rotan 6 sebatan dan denda RM5,000 kepada seorang model wanita (mungkin yang pertama di bumi Malaya) kerana kesalahan minum arak di tempat awam, bersama suaminya.

Ada sebahagian tokoh2 agama yang memberi pandangan bahawa hukuman itu lebih kepada untuk memberi keinsafan kepada pesalah untuk menjauhkan dari kesalahan tersebut dan bukan untuk menyakitkan. Ada seorang presiden pertubuhan wania muslim yang turut menyokong hukuman tersebut kerana dikira akan memberi peringatan kepada wanita tersebut untuk tidak mengulanginya. Namun tidak kurang pula NGO-NGO wanita lain, ahli politik, dsbnya yang sebahagiannya beragama Islam memandang hukuman itu sebagai tidak setimpal dengan kesalahan. Ada yang berkata hukuman sebat kepada wanita adalah satu kekejaman yang jelas, perlu dihentikan, tidak civilised dsbnya.. Pagi tadi semasa kuliah Jumaat, sempat saya ajukan soalan berkenaan kepada guru yang mengajar, Ust Nazmi Abdul Karim. Dan jawapannya, memang membuka minda cetek saya berkenaan hukum Fiqh (yang memang saya ketandusan). Katanya...

Denda RM5,000 dan 6 sebatan? Apa barang ni...! Betul ke ini ikut hukum Syara' Islam? Saya cuma jawab, hanya Allah dan RasulNya yang lebih tahu dan Ustaz yang lebih dahulu mendapat ilmu... Mengikut Ust Nazmi Abdul Karim (seorang penceramah bebas lulusan Al Azhar) hukuman minum arak mengikut syarak adalah seperti berikut;


  • Disebat dengan 40 sebatan rotan yang tidak terlalu basah dan tidak terlalu kering mengikut saiz dan panjang yang ditentukan. Dan cara sebatannya bukanlah seperti sebatan orang yang dihukum sebat kerana mengedar dadah dsbnya. Sebat ikut syarak. Semasa pemerintahan Saidina Umar r.a dan Saidina Ali k.a, sebatan dibuat mengikut ta'zir (lebih daripada hudud) iaitu 60 - 80 sebatan kerana perbuatan minum arak dikira memberi kesan buruk kepada orang lain (bila sudah hilang akal itu).

  • Cara merotan pula bukanlah seperti menghayun club golf atau seperti yang sering kita dimomokkan oleh tuan/puan penerbit drama Melayu di kaca TV tu.

  • Bukan disebat di satu bahagian badan sahaja (memang lenyai jika di rotan setempat sahaja). Maka di sebatlah bahagian2 yang boleh disebat. Tak lah disebat di muka atau bahagian2 badan yang tertentu.


sekadar hiasan photo dari flickr

Barulah jelas sedikit selepas Ust Nazmi memberi sedikit selingan ilmu. Jelas bagaimana hukuman mengikut syarak ini sangat adil dan tidak sama sekali menzalimi manusia yang dipanggil wanita ini. Dan saya amat berharap agar para pemimpin Islam, yang tidak arif tentang hukum dan aturan mengikut syarak tidak lagi mempersoalkan hukum2 yang telah ditentukan syariat dan tidak memberi ruang untuk orang yang ingin sangat meracun pemikiran anak2 Islam untuk terus meracuni pemikiran untuk menolak undang-undang mengikut hukum syarak yang telah Islam gariskan.


Catatan Selanjutnya...

Monday, July 06, 2009

Talak Express

Sesiapa yang ada terbaca Harian Metro Ahad 5/7/09 akan maklum berita berkenaan CERAI KILAT yang dilaporkan. Macam-macam berita dikhabarkan berkenaan kes penceraian yang meningkat di seluruh negara dan mendapat perhatian tak banyak pihak, mungkin kerana ada banyak lagi kes-kes sosial yang lain yang mendapat tempat di hati masyarakat seperti hal kematian Micheal Jackson, al- malklom yg ini dikira ikon, tapi masalah sosial dianggap hal peribadi.

Menarik perhatian saya untuk membaca terus berita cerai-berai ni kerana ada sebab2 yg tak munasabah dilaporkan seperti kes buat air tak cukup gula, suami lupa tarikh lahir, malahan ada isteri yang mohon cerai selepas tiga hari kahwin, dan hanya selepas dua tahun baru sang suami lepaskannya. Aduhai, sakit masyarakat nih, ramai2lah kita ambil iktibar dan ambil berat untuk menghadapinya. Dulu ada belajar bab2 cerai-berai dalam kelas Fiqh, cuma tak berapa tumpu perhatian, rasanya kena rujuk balik nota sebagai pedoman.

Peringatan Ust Dr Ahmad Zaki dulu, saya tulis dengan huruf besar, takut2 lupa. Katanya "Talak adalah perbuatan halal yang dimurkai Allah". Talak, iaitu perbuatan melepaskan ikatan perkahwinan adalah kata2 atau lafaz yang menunjukkan perceraian. Talak ini adalah satu perbuatan yang dibolehkan dalam syarak, tapi dimurkai dan tidak disukai Allah kerana ianya seperti memutuskan kasih sayang. Statement "kami tidak lagi sehaluan" biasanya diluahkan oleh pasangan masing2 bila ditanya pak imam atau pak kadi yang cuba menyelamatkan ikatan perkahwinan. Sekali terfikir juga, ada ke pasangan yang betul2 "sehaluan" sepanjang masa dalam tempoh perkahwinan? Tidak ke perbezaan di antara pasangan itu seperti satu hikmat kerana yang penting bukannya perbezaan pendapat kerana itulah fitrah manusia, tetapi yang sangat penting ialah proses kita menyelesaikan perbezaan itu yang memerlukan kesabaran, tawaddu', tolak ansur dan perasaan kasih sayang antara satu sama lain.

Nota bab-bab jenis2 talak, perselisihan Ulama' berkenaan talak (tiga) dengan satu kali lafaz, syarat2 talak dsbnya tidaklah saya notakan kerana notanya panjang berjela2 dan masa Ust Dr Zaki memberi kuliah itu saya rata2 dalam keadaan separuh tumpu, kerana mungkin tidak terbayang ianya priority (sekarang dah rasa bersalah), padahal ilmu itu kan sesuatu yang penting. Cuma satu bab je yang masih jelas terngiang-ngiang dalam fikiran, bila Ust Dr Zaki memberi peringatan oleh ulama hal tidak boleh mempermain-mainkan lafaz talak dan rujuk.

Katanya, "lafaz yang sharih itu tidak berkehendak kepada niat". Maksudnya, bila sang suami mengatakan kata itu kepada isterinya, walaupun dengan bermain-main, atau sengaja berolok-olok, maka jatuhlah talaknya ketika itu. Nah engkau!, ini amalan sangat bahaya!. Sabda Rasulullah dalam satu riwayat Abu Daud dan Tirmizi bermaksud;"

Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w, Baginda s.a.w bersabda, "tiga perkara, bila yang tiga itu disengaja benar, ia benar, dan kalau disengaja olok-olok, iapun benar, iaitu nikah, talak dan rujuk".

Adapun begitu, lafaz kinayah atau lafaz sindiran yang tidak dijelaskan untuk perceraian; spt kata2 "Engkau tiada hubungan lagi dengan aku", atau "pergi engkau dari sini, ke mana engkau sukai", atau "buat sementara waktu, biar kita berpisah dahulu", dalam lafaz kinayah ini talak hanya berlaku jika dengan niat ketika itu. Berkata pengarang kitab Al-I'anah," kalau seseorang menulis sharih talak spt "Engkau telah aku ceraikan", atau "kita sudah tiada hubungan apa2 lagi", dengan TIADA niat untuk menjatuhkan talak pada masa itu, maka tulisan itu kosong saja. Sama seperti hukumnya apabila kata-kata perpisahan itu hanya dalam hati tanpa lafaz. Waallahualam.
Ada lagi cebisan nota berkenaan talak taklik tetapi malang, nota penuhnya belum lagi saya jumpa... di mana agaknya tersorok,,, mungkin telah di simpan oleh pasangan saya tu kot....


Catatan Selanjutnya...

Tuesday, June 30, 2009

Untung Isteri Cantek - panduan memilih imam

Dalam edisi kelas fardhu ain yang terkini (murid-murid tua belajar silibus kanak-kanak), Ust Nazmi membariskan sepintas lalu syarat-syarat untuk seseorang boleh di pilih untuk menjadi imam solat, atau memilih diri sendiri untuk menjadi imam.

Rupanya, criteria untuk melayakkan diri sebagai seorang imam itu bukan setakat bacaannya betul (spt dalam banyak kes), ada 6 syarat yang dibariskan Ust sebagai kriteria untuk memilih seseorang menjadi imam.

Dalam banyak keadaan, kita cuma perlu kriteria pertama dan sudah memadai untuk memilih imam. Tapi bayangkan, jika ada 5 orang lelaki, hebat2 belaka, dalam satu qariah, masing2 mempunyai kekuatan mereka sendiri, bagaimanakah kita memilih imam yang akan menerajui solat berjemaah?

6 garis panduan untuk memilih imam adalah seperti berikut;
1. Qariun - bacaan al-Qur'annya betul (bukan sedap lagunya, tapi betul tajwid dan cara bacaannya). Ada juga org yang bunyi bacaannya mendayu2 tapi tak kena tajwid.. Patutlah semasa belajar tajwid di masjid, pak imam (guru) akan meminta (paksa rela) murid2 membaca dengan kuat, sorang-sorang, dan murid2 lain mendengarnya, sambil tu pak imam bagi komen, chorus tak betul, pitching nuuunnn pendek, nafas sesak, etc. Sebenarnya, itu sebagai endorsement untuk pak imam kenal siapa yang dia boleh tarik untuk menggantinya jika perlu.

2. Faqih - jika ke semua 5 calon lulus kriteria-1, kena tengok pula siapa di antaranya yang paling arif, tinggi ilmu Fiqhnya. Baru tahu siapa yang paling mahir hal-hal batal, sah, makhruhnya.

3. Paling elok pekerjaannya. Mengikut Ustaz, definasi 'paling elok pekerjaannya' adalah orang yg bekerja dengan tulang empat keratnya (i.e petani, penoreh kot). Kalau di bandar2 (mana ada petani, penoreh getah), kena pilih siapa yang paling baik kerjaanya (kurang syubhah etc)

4. Paling sedab bacaannya di antara kelima yang tercalon tadi selepas 3 kriteria pertama semuanya seri, sama2 hebat.

5. Paling tampan wajahnya. Jika setelah dibanding kesemua kriteria di atas, masih seri, imam hendaklah dipilih siapa yang paling tampan. Saya kurang pasti kenapa (masih mencari), mungkin juga mencari definasi wajah tampan,,,,perasan tak tampan lah ni. Tapi ini semua Ciptaan Allah belaka, cuma ini kan pengajian, mesti ada sebabnya.

6. Sekiranya, selepas di timbang kira kesemua ke lima2 prasyarat di atas, masih tidak dapat membuat keputusan, maka kriteria terakhir yang di ambil kira di pilih untuk menjadi imam lelaki yang mempunyai isteri paling cantek. Time ni kesemua para suami mithali ketawa, senyum, senggih, atas pelbagai sebab. Mungkin ada yang terasa isterinya paling cun, cantik, anggun. Iye lah, siapa yang tak rasa isterinya lawa? Bila ditanya kenapa perlu ada kriteria ke-6 ini, jelas Ustaz, menerusi satu cerita.

Katakan, si Ahmad ni, dalam perjalanan ke masjid tadi terserempak dengan seorang wanita cun, anggun, cantek di matanya. Ada kemungkinan si Ahmad akan terbayang dan terlintas dalam solatnya, menjadikan solatnya tidak kusyuk. Tetapi, sekiranya si Ahmad yang dilantik menjadi imam solat berjemaah itu mempunyai isteri yang cun, anggun dan cantek, maka wanita yang dia terserempak dalam perjalanan ke masjid tadi tiada sedikit menggugat perasaannya, kerana si isterinya lagi menawan hatinya, dan kuranglah kemungkinan berlaku lintasan berkaitan dalam solatnya.

Waallahualam.



Catatan Selanjutnya...

Thursday, June 25, 2009

Khiar Dalam Membeli di Pasar Minggu

"Maaf Bang, rambutan tak boleh pilih tau!, pilih kira harga lain!"

Pernah terkena ke gitu bila pergi membeli di pasar minggu ke, pasar borong ke, kedai runcit ke?Dalam melakukan jual beli, adalah dalam Islam dibolehkan untuk memilih, akan diteruskan jual beli atau tidak, disebabkan terjadinya sesuatu hal. Hal ini disebut sebagai Khiar (memilih).

Sebab itu, jika ke pasar minggu, bila si penjual tidak benarkan pembeli memilih, terutama bila membeli buah tempatan, saya cuma akan angkat kaki ke gerai yang lain, yang boleh kita pilih beliannya. Tak perlu banyak2 soal. Ada pun dalam pengajian Fiqh, khiar itu ada 3 macam;

1. Penjual dan Pembeli, boleh melalukan khiar samada jadi jual atau jadi membeli. Satu hadis riwayat Muslim bermaksud;

" Dari Ibnu Umar r.a dari Nabi s.a.w. beliau bersabda," Bila dua orang berjual beli, maka masing-masing boleh khiar (jadi atau tidak jual belinya), selama keduanya belum bercerai (bersurai)".


2. Khiar syarat; ertinya si penjual atau si pembeli mensyaratkan sesuatu syarat, yang akan menguntungkan kepada salah satu pihak, asal tidak merosakkan yang diperjualbelikan itu.

Sebagai satu penerangan, dinotakan satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud;


" Dari Jabir r.a. bahawa ia pernah menjual seekor unta kepada Nabi s.a.w. dan disyaratkannya, supaya ia boleh menunggang unta itu untuk pulang ke rumahnya".

3. Khiar aib, iaitu si pembeli mensyaratkan, kalau barang yang dibeli itu ada cacatnya, maka barang itu akan dikembalikan.

Seperti seorang yang membeli sebuah kereta. Setelah kereta itu digunakan beberapa hari didapati ianya ada kerosakkan seperti kesan2 kemalangan lampau. Tanda-tanda kerosakkan itu sudah lama, dan pasti sudah ada sebelumnya dibelinya,
lantaran yang demikian jual beli ini dapat atau boleh dibatalkan (ade ke agen kereta terpakai yang benarkan hal gini?). Sedang faedah yang didapatinya selama menggunakan kereta tersebut adalah hak pembeli, kerana andai kata kereta itu rosak teruk dan berlaku kemalangan semasa penggunaan sipembeli antara masa akad dengan membatalkannya, adalah itu adalah tanggungjawabnya (sipembeli).

Khiar syarat hanya boleh selama 3 hari (return within 3 days of purchase). Dan bila terlebih 3 hari, teruslah akad. Sebabnya, dalam masa 3 hari itu sudah cukup untuk mengetahui sesuatu berhubung barangan yg telah diperjualbeli itu.


Ref: Ust H Idris Ahmad S.H


Catatan Selanjutnya...

Wednesday, June 24, 2009

Janda Muda (atau Tua) Berhias

Ini bukanlah tempat nak iklankan ruangan mencari jodoh atau pasangan. Dan bukan juga tempat iklan mencari mak janda (muda / tua).

Cuma nak berkongsi ilmu yg berkaitan dengan janda (muda dan tua) dan lihat sendiri apa yang ada dalam masyarakat sekeliling, mungkin kerana cetek, tandusnya ilmu agama dan kegopohan mengejar kehidupan dunia. Malah ada yang (akan) beranggapan kita ini kolot jika kita masih mengikut landasan yang telah disyariatkan dalam Ad Din kita. Ini persoalan dalam kes-kes Al-Ahdad (sumber ref: Fiqh Syafi'i -jilid 2).

Al-Ahdad ertinya membatasi diri, iaitu larangan memakai perhiasan yang indah-indah dan berbau harum ke atas para isteri-isteri yang kematian suami, selama waktu si isteri dalam idah wafat. Dan selama 3 hari jika yang meninggal itu anaknya, ibunya atau lain-lain ahli keluarganya. Dan kalau yg meninggal itu suaminya, tempoh idah wafat ialah EMPAT bulan.

Dalam satu hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, bermaksud;
Dari Ummu Athiyah r.a berkata, adalah kami dilarang memakai perhiasan di waktu kematian lebih dari tiga hari, kecuali di waktu kematian suami iaitu empat bulan sepuluh hari, serta kami tidak boleh bercelak dan tidak boleh pula berharum-harum dan tidak boleh memakai kain yang berwarna (warni)".

Hikmah Ahdah
Hikmahnya Ahdad ini diwajibkan ke atas perempuan ialah untuk menyatakan kerusuhan hatinya kerana kehilangan suami yang dengan izin Allah telah menjadi pembelanya, yang memberi belanja, tempat tinggal dan sebagainya. Oleh itu, wajiblah si isteri menzahirkan kesedihan atas hilangnya nikmat yang besar itu.

Syariat Islam ini jauh lebih baik mengatasi amalan2 di zaman jahiliah yang apabila berlaku kematian suami, si isteri akan memakai pakaian berwarna hitam, tidak memakai haruman dan terus tinggal sendirian selama setahun lamanya. Perbuatan jahiliah ini jelas jauh berlebih-lebihan.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 234 bermaksud;
" Maka apabila idah mereka telah sampai, maka tidaklah berdosa kamu melakukan sesuatu atas diri mereka (membiarkan berhias), menurut apa yang patut dan Allah selalu memperhatikan segala yang kamu kerjakan."
Waallahualam

sekadar hiasan, makhluk kesepian, tanpa wangian dan tanpa hiasan diri


Catatan Selanjutnya...

Monday, June 22, 2009

Dah Tumbuh Bulu ke?

Sekali dengar pengajian Ust Dr Zaki, bunyinya macam 18SX, tapi dari pengamatan dan setakat yang diketahui, beliau ni seorang yg serius, tak cakap yg mengarut-ngarut, tak de pulak terdengar ketawa berdekah-dekah.

Bila dirujuk semula, rupa-rupanya bukanlah cerita tentang anu ke, tentang yg menggairahkanke, cuma pengajian bab cukup umur, dalam hukum fiqh. Pengajian kali ini mengenai maksud dan petanda2 cukup umur, sangat penting untuk ibu bapa yang mempunyai anak2 remaja yg sedang meningkat umur seperti saya.

Bila disebut anak bawah umur maksudnya ialah anak yang belum akil-baligh (belum muqallaf). Berhubung akalnya belum bebas dari diawasi oleh wali atau kedua ibu bapanya. Kalau ada harta bendanya (jika kematian ayah), maka tidak boleh diserahkan kepadanya kecuali sudah baligh.

Tanda-tanda akil-baligh adalah seperti berikut;
1. Telah sampai umur 15tahun (lelaki) atau haid bagi perempuan.

Dalam satu hadis sahih riwayat Bukhari Muslim, dinyatakan;
Dari Ibnu Umar r.a, ia berkata;" Pernah aku dibawa kepada Nabi s.a.w. untuk turut berperang pada hari perang Uhud, sedang aku masih berumur 14tahun, maka aku tidak dibolehkannya. Dan aku pun pernah pula dibawa untuk turut berperang pada hari perang Khandak, dan aku telah berumur 15tahun, maka dibolehkannya aku."


2. Telah tumbuh rambut di kemaluan.

Dalam satu hadis berkaitan, yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi, bermaksud;
Dari Athiyah Al-Qurzy r.a., ia berkata;" Pernah aku dibawa kepada Nabi s.a.w. pada hari perang Khandak. Ketika itu, sesiapa yang telah ada tumbuh bulu (di kemaluannya), setelah ditangkap terus dihukum mati, dan sesiapa yang belum tumbuh bulu dilepaskannya. Maka aku adalah termasuk orang yang belum tumbuh bulu (di kemaluan), maka ia lepaskan aku".


3. Telah bermimpi (bersetubuh atau sebagainya yg mengeluarkan air mani) sebagai orang dewasa.
Dalam satu hadis, dari Ali r.a, ia berkata: Pernah aku menghafaz hadis dari Rasulullah s.a.w. yang bersabda:"Tidak dianggap anak kecil lagi sesudah bermimpi". Riwayat Abu Daud

Dalam Fiqh Syari'i Jil-2 (Ust Hj Idris Ahmad S. H) dinyatakan bahawa disamakan dengan bermimpi orang yang sudah keluar mani, baik waktu ia bermimpi atau sedang ia sedar, atau ia sudah ada syahwat untuk bersetubuh antara lelaki dan perempuan.

Yang mana nak dicheck dulu ni, tengok2 kot2 dah ada bulu...!


Catatan Selanjutnya...

Friday, June 19, 2009

Menanam Pokok Di Pinggir Jalan

Hadis Pagi Jumaat: Menanam Pokok di Pinggir Jalan

Fenomena biasa bagi warga kota yang tinggal di kawasan taman perumahan ialah ketandusan tanah untuk bertanam. Walaupun rumah yang didiami adalah 'landed property' tapi tiada kawasan tanahnya, ataupun kawasan yang ada telah dikorbankan menjadi tempat parkir kenderaan, atau telah diturap dengan tiles dan menjadi kawasan pasu2 bunga, ataupun telah dikorek menjadi kolam ikan perhiasan (macam perli diri sendiri je). Tapi jari2 hijau ni masih inginkan tanam pokok2 besar seperti mangga, jambu air cuma kawasannya di mana?

Jika anda mempunyai wang lebihan dan mahukan pelaburan, bolehlah ke kawasan2 yang masih ada tanah2 kebun untuk dijual lalu belilah kebun itu dan usahakan. Jika anda jenis yang inginkan kawasan luas dan punyai tenaga kuat, bolehlah usulkan kepada Kerajaan Negeri untuk usahakan tanah2 kerajaan yg masih kosong. Tapi jika anda bukan semua yang di atas, maka tanah2 tepi jalan depan rumah, tepi rumah, belakang rumah lah yg akan dijadikan pilihan.

Dulu, semasa di Puchong, saya pernah menanam pokok2 mangga, betik, pisang, di tepi seberang jalan depan rumah. Kebetulan depan rumah di seberang jalan tu tanah lapang terus dijadikan tanah utk bertanam. Namun, kita hanya mampu merancang, tapi Allah MahaBijaksana. Satu hari pihak MPSJ datang dengan lori biru mereka dan menebang kesemua pokok2 tersebut dengan alasan ianya tidak akan dijaga dan akan menambahkan kos operasi mereka untuk menjaganya nanti. Ikut suka tuanlah, saya hanya berbakti pada tanah, tapi mungkin salah tempat. Di kala pokok2 mangga berbuah, setiap kali itu buah2nya akan diambil (dicuri?) orang, mungkin mereka tidak mampu membeli sendiri dan segan untuk minta dari saya. Tak pe lah saya halalkan semuanya.

Dari dibiarkan tanah kosong dijadikan tempat sampah, baik tanam pokok buah

Begitulah menurut Fiqh Syafi'i Jilid-1 (m/s 122), apabila seseorang menanam pokok di pinggir jalan, maka bila pokok itu berbuah dan buahnya jika di makan burung atau diambil orang, maka itu kira sedekah.
Satu Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud: Dari Anas r.a Dari Nabi s.a.w, beliau bersabda tidaklah dari seseorang muslim yang menanam pokok, lalu buahnya dimakan burung atau manusia, atau lain binatang, melainkan adalah baginya dengan yang dimakan itu menjadi sedekah baginya".


Catatan Selanjutnya...

Tuesday, June 16, 2009

Kek Tanpa Lilin

Ingat ke bila kali terakhir anda meniup lilin bila sambut hari ulang tahun kelahiran? Tiap2 tahun tiup lilin? Betul ke? Dari mana asalnya tradisi ini? Pernah bertanya tak, kenapa kena tiup lilin? Bukankah bermain dengan api itu bahaya, dan kekadang jika anda bukan perokok, nak kena cari mancis atau lighter lah pulak, bukankah itu menyusahkan. Dan bila dah berlilin, nak kena regu dengan nyanyian lah pulak, tak kan tiup lilin dan diam je...? Dari mana sebenarnya tradisi memotong kek dan meniup lilin? Ada pulak meletak lilin mengikut jumlah umur yg disambut. Bayang kalau atok atau tokki berumur 72 tahun, nak kena letak 72 batang lilin ke? Dan kena ke si atok tu meniup 72 batang lilin tu?

Mungkin ada yang akan terasa kena 'kenen' tersindir dsbnya oleh tulisan saya ini. Alah2 tok sah lah terasa sangat dengan penulisan saya, tapi kalau terasa biarlah kerana kejahilan kita... Bukanlah ada niat untuk mengusik jiwa dan perasaan sesetengah ibu ayah yang sering kali sambut hari ulang tahun mengikut tradisi kaum tertentu. Untuk makluman, dek kerana ianya telah menjadi 'tradisi' masyarakat umum, si penulis pun tidak terkecuali, pernah juga meniup lilin atas kek hari ulang tahun, dan pernah juga menganjur acara meniup lilin atas kek untuk anak-anak. Di zaman jahiliyah dahulu... sebenarnya apa hukumnya meniup lilin di atas kek hari ulang tahun? Adakah kita hendak berterusan liberalkan Islam atau ingin berhijrah ke arah Islam Ad'Din dalam kehidupan. Ya Rabb, ampunlah dosa kami yang kering ilmu ini atas dosa-dosa amalan kami yang terdahulu...

macamni kot rajuk dia bila kek b'day tak berlilin....

Mengikut penerangan Ustaz-Ustaz yang ditanya, termasuk Ust Azhar yang menerangkan bahawa tradisi meniup lilin atas kek semasa menyambut hari ulang tahun kelahiran adalah haram hukumnya mengikut pendapat ijma' ulama, kerana perbuatan ini adalah bukan dari amalan Islam, dan tiada sebarang kebaikkan dari perbuatan tersebut. Adapun perbuatan2 yang tradisinya bukan dari Islam tetapi untuk kebaikkan dan tidak melanggar hukum syarak seperti hukum memakai seluar (yg katanya direka oleh bukan orang Islam), atau hukum menggunakan telephone bimbit (yg bukan juga direka oleh orang Islam) tidaklah sama dengan haramnya hukum meniup lilin atas kek hari ulang tahun kelahiran yg tiadalah apa2 kebaikkannya. Waallahualam


Catatan Selanjutnya...

Monday, June 15, 2009

Akhirnya...Matla' Al-Badrain versi awam

Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid, guru, cikgu besar, pengetua, peniaga kantin, penjaga kebun dan semua warga sekolah sekalian. Semoga cuti 2 minggu telah dapat merehatkan kepala dan badan anda semua dan bersedia untuk teruskan perjuangan menuntut ilmu dan menabur ilmu serta terlibat dalam tuntutan ilmu.

Pernah belajar ilmu Fiqh? Guna kitab Matla' Al-Badrain (versi Jawi atau Rumi) hasil penulisan Abdul Faqir Al-Fatani Muhammad bin Ismail Daud Fatani? Kepada sesiapa yang ingin mendalami ilmu Fiqh, maka kitab ini adalah antara rujukan pilihan para Ilmuan dan guru-guru pondok untuk digunakan.

Jika anda seperti saya yang baru nak berta-tih dalam mendalami ilmu agama, dan ilmu Fiqh termasuk, kitab Matla' Al-Badrain ini dan bahasa yang digunakan (versi rumi termasuk) akan memeningkan fikiran anda dalam satu patah ayat pertama yang dibaca. Maklumlah, kita bukanlah lulusan pondok dan tiada asas pengajian seumpamanya. Maka, pengajian kitab ini tanpa guru yang mahir akan mengkecamukkan kefahaman diri. Bila mana saya mula join kelas dwi-mingguan berlandaskan kitab ini, ustaz sudah selesai bab2 awal, dan kelas pertama saya adalah berkenaan solat jenazah (Kitab Al-Janaiz). Segala bacaan dan lafaz doa yg diperjelaskan didatangkan tanpa baris. Maka berdikit-dikitlah saya membariskan lafaz2 doa yg diajarkan. Mujurlah saya berbekalkan sedikit asas pengetahuan berkenaan solat jenazah yang pernah dipelajari dahulu. Namun kini ada berita gembira untuk orang awam seperti kita...
Kitab Matla' Al-Badrain ini telah berjaya di terjemahkan kepada bahasa Melayu (bacaan awam) dan tidak lagi dalam versi terjemahan terus Arabic ke Bahasa seperti sebelumnya. Dan versi terjemahan dalam bahasa Melayu awam dalam 2 jilid ini telah disemak dan disahkan oleh peneliti JAKIM akan kesahihannya serta ketepatannya mengikut versi asal Arab dan Bahasa Melayu kitab yang biasa digunakan (spt pic ini)
Versi Bahasa Melayu kitab menawarkan terjemahan spt berikut: Dalam perkara mengatakan aurat " bermula aurat lelaki itu antara pusat dan lutut pada sembahyang dan pada segala lelaki dan perempuan yang muhramnya. Adapun auratnya pada perempuan yang hilat, maka sekalian badannya dan pada dua, maka hasilnyaa bagi lelaki itu tiga aurat baginya".... Nah! cubalah kalau2 faham jika rasa terror nak belajar tanpa guru!.... selamat mencuba.


Catatan Selanjutnya...

Thursday, June 04, 2009

B2B Nota : Hal - Hal Solat

Menyambung kembali siri Back-to-Basic (B2B) dalam kehidupan harian, kali ini bab-bab solat yang sempat saya catat dari kuliah mingguan dengan Pak Imam Masjid di kampung perumahanku, Ust Yaakob (aka Guru Tajwid, tempat soal jawab hal-hal rumah tanggan, dan pakar tukang masak kari kambing malam Jumaat :-) ).

Kepada kalian yang sudah mahir, arif dalam hal-hal solat mungkin catatan ini tiadalah sebarang perkara baru, tetapi pada pemerhatian saya banyak yang dicatatkan ini dilakukan oleh ramai tak kira orang tua, remaja dan kanak-kanak, baik lelaki atau perempuan. Tidak lah pula saya mahu catatkan hal-hal syarat wajib, syarat sah mahupun rukun solat yang sudah kita pelajari semasa di kelas Fardhu ain dulu, tetapi perkara-perkara yang boleh membatalkan solat kita, yang jika diperhatikan ramai yang terbuat yang demikian.

Diantaranya, adalah disyaratkan membaca takbiratulihram DAN segala bacaan rukun yang lain di dalam solat secara didengari oleh telinga sendiri dan dalam suasana yang tidak bising. Maka jika disebutnya dengan perlahan secara kumat-kamit bibir macam orang berbisik nescaya tidak memadai... cuba perhatikan sekalian ramai yang bersolat jemaah, datang terus angkat tangan, qiam dengan sunyi sepi lantas ruku'...

Juga bacaan Al-Fatihah, tidaklah boleh diselang-selangkan ayatnya dengan bacaan yang lain seperti mengucap Alhamdulillah ketika terbersin kecuali bacaan Amin kerana bacaan Al-Fatihah imamnya, yang perlu dibaca berturut selepas imam dan tidak diselang dengan diam yang lama.

Demikian juga dengan berdehem-ehem-ehem, atau menangis, atau menghembus nafas melalui mulut atau hidung sekira-kira berbunyi dua huruf maka batallah solatnya, kecuali ada yang sakit maka tiadalah batalnya. Mengikut kitab Idaman Penuntut tulisan Hj Abdul Ghani Hj Yahya 1983, jika bercakap dengan tidak tersengaja umpama terlupa akan dirinya sedang solat atau tidak tahu akan hukum hakamnya dan percakapanya sedikit tidak melebihi 6 perkataan maka tiadalah batal solatnya. Tapi bila kita berjemaah, terutama Subuh, berapa ramai yang asyik-asyik ehem-ehem meng'clear'kan kerongkong berjelebu waktu pagi. Diperhatikan bahawa ada seorang muslimah ini tidak akan lupa untuk berdehem-ehem setiap pagi semasa solat subuh, sehinggakan para muslimin tahu akan hadirnya dia...

Begitu juga dengan perbuatan mengerakkan anggota-anggota besar seperti tangan, terutama untuk menggaru-garu kepala, belakang, tengkuk dsbnya, berulang-ulang tiga-kali juga membatalkan solat seseorang. Adapun perbuatan yang banyak semasa bersolat di atas belakang kuda (atau unta), dalam kenderaan, dalam kapal terbang dsbnya adalah dimaafkan.

Begitu juga apabila terbuka aurat yang termaklum dalam solat jika dibuka dengan sengaja atau tersalah buka sekalipun oleh kanak-kanak yang belum mumaiz dan sekalipun ditutup dengan segera. Adapun terbuka aurat disebabkan tiupan angin (maklum sekarang musim panas, ada yang solat dengan pintu terbuka) dan ditutup dengan segera pada kadar jangka tumakninah, dan tidak berulang-ulang, maka tiada batal solatnya.

Demikian juga, batal solat seseorang itu jika berubah niatnya spt niat keluar dari solat atau berbelah bagi hendak keluar atau terus solat seperti bila telepon berdering atau door-bell ditekan. Katakan terdetik dalam hati, jika h/p bunyi aku akan berhenti sembahyang, maka batallah solatnya sekalipun h/p tidak berdering semasa solatnya... Nak selamat, bila solat, h/phone tiadalah dalam poket atau paling tidak letaklah silent mode tanpa bergetar...

Seterusnya (tapi ini jarang-jarang berlaku), batal solat seseorang jika niat hendak tukar spt solat zuhur dengan sengaja hendak ditukar niatnya menjadi asar (pelik tapi mungkin berlaku), KECUALI jika solat fardhu hendak ditukar kepada solat sunat mutlak dengan sebab hendak solat berjemaah yang akan didirikan (tengah2 solat zuhur sorang2 tetiba ada orang baru nak mulakan solat jemaah), maka ia boleh potong solatnya tadi menjadi dua rakaat dengan diniatkan solat sunat dan beri salam. Dan dia sertai jemaah baru untuk solat berjemaah, inilah yang lebih baik sekiranya masa masih lapang lagi.

Kerap juga ditanya berkenaan makan makanan yang terlekat celah2 gigi. Adalah batal solat seseorang jika ia makan meskipun makanan yang lekat celah2 gigi seperti biji bijan atau gula pasir, digigit dan ditelan dengan sengaja, termasuk juga menelan KAHAK melainkan kerana jahil akan haramnya atau terlupa. Inilah faedahnya sunat yang dituntut untuk bersugi, bersuci, gosok gigi sebelum solat...

Dan yang terakhir, yang biasa diperhatikan, dilakukan oleh sesetengah ahli jemaah yang bersolat jemaah, mereka yang memanjangkan rukun yang pendek dengan sengaja sehingga makmum ketinggalan dari pak imam sampai habis dua rukun. Bila imam sudah hampir hendak turun sujud, si makmum masih belum rukuk... Waallahualam


Catatan Selanjutnya...

Tuesday, June 02, 2009

Musim Walimatul Urus

Menjadi lazimnya di negara ini iaitu musim cuti sekolah bulan Jun menjadi musim Walimatul Urus. Kalau di taman-taman perumahan di kawasan bandar, inilah musim orang buat lencongan di jalan-jalan kerana jalan taman diambil alih oleh khemah-khemah jamuan. Kalau di kampung, inilah masanya kaum keluarga dan jiran sekampung sibuk buat 'bekwah', biasanya secara gotong-royong utk memeriahkan dan meringankan bebanan tuan rumah.

Tibanya hari bahagia, bapa kpd pengantin akan berbaju yang banyak kocek kerana hampir kesemua yang bersalaman tangan nanti akan menyelitkan satu envelop kecik yg berisi, kekadang tak bersampul pun, exposed je kaler merah, hijau.
Mengikut Sahih Shafi'i, menghadiri majlis walimaul urus itu fardhu kifayah hukumnya. Walaupun sebahagian ulama' mengatakannya fardhu ain, iaitu wajib bagi tiap-tiap orang yg diundang itu menghadirkan diri.

Sabda Rasulullah s.a.w dari Ibnu Umar r.a yang bermaksud; "Bila seseorang mengundang saudaranya, maka hendaklah saudaranya itu memperkenankannya, biar undangan itu untuk mempelai atau lain-lainnya". (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

ini pic wedding main-main jer

Apabila seseorang mengadakan majlis jamuan walau apa jamuan sekalipun, dilarang sekali menentukan panggilan untuk orang-orang berada, bangsawan, orang-orang berpangkat dan menyisihkan orang-orang susah miskin.

Sabda Rasulullah s.a.w dalam hadis dari Abu Hirairah r.a, Baginda s.a.w bersabda "makanan yang paling kurang berkatnya ialah makanan jamuan yang dilarang datang kepadanya orang yang ingin datang (orang-orang miskin). Dan diundang menghadirinya orang-orang yang tidak akan datang (orang-orang yang tak hendak berhendak sangat). Dan sesiapa yang tidak memperkenankan panggilan, sesungguhnya ia telah berlaku derhaka kepada Allah dan RasulNya" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tapi adakah semua jemputan majlis itu wajib diperkenankan atau ada pengecualiannya?
Mengikut Fiqh Syafi'i Jil 2 susunan Ust Hj Idris Ahmad S.H, majlis yang wajib diperkenankan itu ialah hari pertama sahaja. Jika majlis di adakan beberapa hari, maka kehadiran di hari kedua adalah sunat dan pada hari ketiga adalah makruh hukumnya, sebab jamuan yang lebih dari dua hari itu terjurus kepada bermegah-megah dan keriaan.

Satu hadis dari Ibnu Mas'ud r.a berkata, bersabda Nabi s.a.w "Makanan hari pertama itulah yang hak dikabulkan, dan makanan hari kedua adalah urusan biasa. Adapun makanan hari ketiga menjadi kebanggaan (kesombongan). Dan sesiapa yang sombong Allaj sombong pula kepadanya" (HS Riwayat Tirmizi dan lain-lainnya)

Bila pada jamuan - jamuan itu sesuatu yang terlarang oleh syarak, umpamanya perbuatan-perbuatan mungkar, maka tidaklah wajib menghadirinya, malah dilarang sama sekali. Perbuatan mungkar itu ialah seperti ada dijamukan minuman keras, tari-menari, mengadakan permainan judi dan sebagainya. Kecuali, bila kita hadir, mungkin perbuatan-perbuatan itu tadi tidak jadi dilakukan orang, maka wajiblah ketika itu menghadirinya.

Termasuk juga dalam hal-hal yang mungkar tadi perbuatan menghidangkan makanan yang sengaja untuk ditanyangkan sahaja dan bukan untuk tujuan dimakan. Bila seseorang itu menghadiri majlis yang terdapat padanya kemungkaran, maka bererti ia menyetujui adanya kemungkaran tersebut. Teringat pada Firman Allah SWT surah Ali Imran ayat 104 yang bermaksud;
"Dan hendaklah ada segolongan umat daripadamu, yang menyeru kepada kebaikan dan melarang berbuat kemungkaran dan mereka itulah orang-orang yang menang"

Bagaimana pula dengan karaoke?. Ini satu bab yang selalu dihadapi sesiapa yang menghadiri majlis kenduri kahwin, seolah-olah tiada lengkap kenduri tanpa acara mengasah bakat nyanyian ini? Insyaallah satu n3 khas bab ini, setelah dirujuk kepada pakar2 tenaga pengajar terpilih.


Catatan Selanjutnya...

Monday, June 01, 2009

Pandangan Pertama Yang Menusuk Kalbu

Kisah bermula di suatu pagi hari minggu yang hening, rileks dan terang benderang cuacanya. Sang suami dan isteri sedang bersarapan dengan selesa sehinggalah terpandang si dara ranggi duduk di meja depan, tepat di pandangan mata sang suami. Mata bertentang mata, tanpa kelip sang suami memandang mesra sambil di balas dengan renungan manja si dara jelita, sampai lupa si isteri di sisi. Di kala itulah satu cubitan geram hinggap ke lengan suami, tersentak dia hingga tertumpah kopi-kaw orang kampung yang dihirupnya.

Puas si suami menegaskan berkali-kali yang pandangannya ialah pandangan yang pertama. Kononnya, dia hanya terlihat dan bukan melihat. Si sang suami pun bacakan petikan Fiqh Syafi'i yang baru dibacanya di awal pagi. Ingatnya, petikan itu seakan-akan begini... Bila seorang telah melepaskan pandangan (surely tiada ciri-ciri godaan) kepada wanita baik yang menggetarkan perasaan atau tidak...

maka pandangan yang boleh menurut syarak adaah pandangan pertama sahaja. Adapun pandangan yang ke-2 dan yang seterusnya adalah haram hukumnya (Fiqh Syafi'i Jil 2 ms 298). Dengan kata lain, bahawa pandangan yang dibolehkan ialah yang dari jenis terpandang bukan memandang dan dipandang (a.k.a tatap leleh). Ertinya yang sengaja memandang, dan mengamat-amati bentuk dan rupanya, sesudah ia terlihat. Mengingatkan yang demikian, maka sang suami mengambil keputusan untuk menetapkan pandangannya tanpa toleh, dari pandangannya yang pertama tapi, sehingga terlupa si isteri berada di sisi sehinggalah tersentak bila lengannya di cubit dgn geramnya....padan muka engkau, laki gataei!!


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Ya Ali! Janganlah engkau turutkan pandangan itu, kerana yang boleh bagi engkau hanyalah pandangan yang pertama dan tidak halal bagi engkau pandangan yang kedua" (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Semak dan selidiklah diri sendiri, wahai insan, berapa kerat yang mampu mengikut ada yang disarankan oleh Baginda Nabi s.a.w dalam hal ini (penulis tidak terkecuali). Sebabnya hal sebegini berterusan dilakukan, maka akibatnya rosaklah jiwa sendiri kerana tiadalah sesuatu itu dilarang dalam syarak melainkan penuh dengan kebaikkan yang didatangkan dengannya.


Catatan Selanjutnya...

Saturday, March 14, 2009

Rediscovery Diri - Log Numero 2

Untuk n3 kedua dalam siri Rediscovery Diri ingin saya kongsikan pengalaman sendiri dalam mencari pendidikan semula untuk 'mendirikan' solat. Umum telah maklum tentang kedudukan solat dalam tuntutan diri sebagai seorang hamba Allah, dan tidak lah perlu dihuraikan lagi.

Dalam melengkapkan diri untuk mencari 'kesempurnaan' solat, rujukan pertama yang saya gunakan, sebaik sahaja mendapat pendidikan dari Imam masjid, ialah kitab Al Umm, Al Imam Asy Syafi'i r.a. Tiada sebab lain melainkan inilah Imam Fiqh ulung, dan yang telah diputuskan oleh pemerintah negara sebagai teras mazhab ikutan ramai di bumi Malaysia.


Segalanya berjalan lancar sehinggalah selepas beberapa kunjungan saya ke pusat pengajian Islam di satu kawasan perumahan elit di bandaraya. Saya katakan elit kerana kebanyakkan yang berkunjung ke sana berkereta yang harganya hampir sama dengan harga rumah saya. Namun, menjadi kejutan bila hampir kesemua jemaahnya mendirikan solat dengan khaifiat2 sunat berbeza dengan yang biasa saya amalkan. Saya mengaku, ketika solat zuhur itu, sering saya terganggu dgn kelainan khaifiat yang mereka amalkan dalam menyempurnakan perkara2 sunat semasa solat. Menggagahkan diri maka saya bertanya kepada yang memimpin solat lalu dikenalkan saya dengan buku di bawah ini, yang menjadi sumber inspirasi pengajian 'kesempurnaan' solat mereka. Rupa2nya, sudah lama perkara ini tersebar cuma saya je yg dulu leka di zone 'selesa' saya.

Tiadalah saya mahu mempromosi buku ini. Dan telah saya mendapat penjelasan dari seorang tokoh Ulama Nusantara yang saya kagumi (Dr M.Uthman El Muhammady) dalam hal ini. Nasihatnya kepada saya untuk tidak mengelirukan diri dan terus setia dengan ajaran ahli Sunnah wal Jamaah. Pesannya lagi, perkara2 ini telah dibahas, kupas dan dipersetujui di Nusantara berpuluh2 tahun yang lalu. Ditegaskan oleh Dr M. Uthman untuk saya tetap dengan Al Umm saya. Nasihatnya lagi, biarkanlah yang lain2 itu (yang bukan dari Sunnah wal Jamaah) berlalu dengan tidak disedari. Maka, berhati-hatilah dengan apa yang dibaca dan dirujuk.

Kesimpulannya: tiada jalan pintas dalam mencari 'pendidikan', yg lebih luas jika dibandingkan dengan pembelajaran. Kerana yang 'terdidik' itu akan kekal istiqamah dan yang 'terpelajar' itu kekal dengan pengetahuannya...


Catatan Selanjutnya...

Tuesday, March 03, 2009

Wanita Menjadi Imam Kepada Lelaki

Bagi menjelaskan satu isu lama yang baru2 ini cuba lagi diketengahkan oleh beberapa pejuang2 liberalsasi hak, suka saya catatkan satu petikan dari Kitab Al Umm (Kitab Induk) Al Imam Asy Syafi'i r.a (Jil 1 ms 356) dalam membicarakan hal keimaman wanita bagi lelaki.
"Adalah wanita mengerjakan shalat sebagai imam dengan kaum lelaki, kaum wanita dan anak-anak kecil yang laki-laki, maka shalat kaum wanita itu memadai, tetapi shalat kaum lelaki dan anak-anak kecil laki-laki itu tidak memadai, kerana Allah 'Azza wa Jalla menjadikan kaum lelaki itu pemimpin atas kaum wanita, dan IA menyingkatkan kaum wanita daripada menjadi wali"...


Jadi perkara-perkara sebegini rupa tidak sepatutnya dibangkitkan dengan langkah2 seperti dalam photo. Adalah dipercayai langkah2 liberasasi ini merupakan satu langkah awal untuk satu projek besar yang akan dititip secara halus dalam masyarakat Islam sehingga misi akhir mereka ini tercapai.

Kesimpulannya: (1) walau se-liberal manapun kita nak tuju, perkara-perkara hukum hakam yang telah jelas dijelaskan dalam Al Qur'an dan Hadits atau yang telah dipersetujui oleh jumhur ulama', maka logik akal tidak boleh diguna pakai sebagai penggubal hukum. (2) perlunya kita mantapkan ilmu agama dalam jiwa, jiwa anak2 dan ahli keluarga bagi menghadapai cabaran2 mendatang yang datang secara halus, tidak disedari dan tanpa diduga.


Catatan Selanjutnya...

Tuesday, February 24, 2009

Kusyuk dalam solat - tambahan ilmu

Aku menyebut dengan nama Allah yang Mahapemurah lagi Mahapenyayang.

Akhir-akhir ini pelbagai persoalan yg timbul dalam benak fikiran bila didedahkan dengan pelbagai hal2 yang baru dalam solat.

Pendedahan baru ini didatangkan dalam bentuk ilmiah, dengan kitab2 rujukan dan petikan2 hadits yang disanadkan oleh pembawa sebagai sahih. Selalunya semua sesi2 kuliah yang diikuti akan dibukakan dengan unggakap 'datanglah dengan minda terbuka' atau 'amalan2 ini bukan perkara baru cuma di tanah air kita ini pendedahannya agak terhad'.

Pendedahan baru ini nampak seperti perkara kecil, hal2 khaifiat dalam mengerjakan solat, seperti bagaimana kita melakukan perkara2 sunat dalam mencari kesempurnaan bersolat. Pada mulanya begitulah cara pemikiranku. Ini cuma hal kecil2, selagi tidak melanggar rukun2 dalam solat, dan tiada perbezaan aqidah, maka biarlah perkara ini datang sebagai ilmu baru dan jika tidak dpt diterima maka biarlah ianya berlalu.

Namun, akhir2 ini perbezaannya semakin ketara. Sampai kepada perkara2 sunat Ab'adh seperti membaca qunut. Tidaklah dapat difahami bagaimana segelintir jemaah yang bertegas bahawa bacaan qunut dalam solat subuh berjemaah adalah tidak perlu. Maka mereka cuma berdiri tegak semasa imam membaca do'a qunut. Bukankan berjemaah itu syaratnya ialah mengikut imam? Pusing bila ku fikirkan terus bagaimana perkara kecil ini boleh memporak perandakan jemaah yang baru sahaja ada tanda2 pertambahan ahlinya. Walaupun sesetengah pendapat mengatakan bahawa bacaan qunut dalam solat subuh kebiasaan bukanlah sesuatu yang perlu untuk kesempurnaan solat, tetapi bila berjemaah kan perlu ikut imam? Melainkan jika pak imam itu sendiri yang memilih untuk tidak membaca qunut dan tidak pula sujud sahwi maka lainlah ceritanya.
Begitulah dilema kita hari ini, dengan kemudahan komunikasi maka penyebaran agama menjadi lebih meluas, cepat dan dengan banyak rujukan ilmiah. Segelintir kita yang masih dengan amalan yang telah kita amalkan sekian lama (dari KAFA), maka apabila pendedahan baru dibuat dengan cara sekerat2 maka timbullah keraguan dan persoalan. Padahal, seluruh umat yang mendirikan solat hanya dengan satu tujuan, mencari keredhaan Allah. Namun, banyak masa kita habiskan untuk berdebat berkenaan hal2 khaifiat..yang kekadang memang mengelirukan...
Hanya Allah yang Mahamengetahui


Catatan Selanjutnya...

Monday, February 23, 2009

Self Reminder - Aurat

Sejak akhir2 ini kita dikejutkan dgn pelbagai berita tergempar yang sedikit sebanyak menimbulkan persoalan tentang pemahaman kita berkenaan ilmu asas, iaitu aurat. Perkara basic yang kekadang kita terlepas pandang, dan dalam arus yang mana "perkara dah kebiasaan menjadikan kita alpa" pada hukum2 asas yang telah jelas dan nyata, cuma kita sahaja yang mencari alasan untuk menidakkannya...


Mengikut kitab Idaman Penuntut, AURAT adalah dihuraikan spt berikut;

1. Aurat Lelaki:-
1.1 Dalam solat, aurat lelaki ialah antara pusat dan lutut, demikian juga bila di hadapan lelaki lain dan di hadapan perempuan mahramnya.
1.2 Aurat lelaki di hadapan perempuan yang halal dinikahnya (yang bukan mahramnya) ialah seluruh badannya.
1.3 Auratnya bila bersendirian di tempat tertutup spt bilik atau tandas ialah kemaluan depan dan belakangnya, iaitu makruh ia memandang kedua2nya.
Jadi aurat lelaki ada tiga keadaan... harap maklum

2. Aurat perempuan (dan khunsa):-
2.1 Di dalam solat, aurat wanita ialah seluruh badannya kecuali muka dan dua pergelangan tangan (atas dan tapak tangan). Termasuk dalam erti kata seluruh badan ialah rambut dan tapak kaki. Masa berdiri, tapak kaki itu memadai tertutup dengan lantai atau sejadah, tetapi masa sujud jika nampak tapak kaki atau tumit maka batallah solatnya.
2.2 Aurat di luar solat di hadapan lelaki bukan makramnya ialah seluruh badannya (termasuk rambut)
2.3 Aurat di luar solat di hadapan perempuan kafir adalah apa2 yang boleh dilihat seperti pakaian orang yg sedang bekerja.
2.4 Aurat masa dalam bilik atau semasa di hadapan muslimat yg lain atau di hadapan lelaki mahramnya ialah di antara pusat dan lutut.
Secara ringkasnya, aurat perempuan itu ada 4 keadaan.
Hanya Allah yang Mahamengetahui yang jelas dan yang tersembunyi...


Catatan Selanjutnya...

Saturday, February 21, 2009

Buku Ilmiah - Idaman Penuntut

Tajuk Kitab: IDAMAN PENUNTUT Pada Menghuraikan Yang Kusut.

Bahagian Ilmu: Feqah
Tulisan: Hj Abdul Ghani Hj Yahya
Cetakan: 1983
Kitab Rujukan sandaran: Kitab Matla al Badrin / Kitab Al Baijuri / Kitab Bujairimi Ignok

Kepada sesiapa (termasuk penulis) yang masih samar2 tentang ilmu asas dalam amalan harian (dari bersuci, solat, puasa, zakat, haji & umrah), kitab ilmiah di atas adalah sangat2 digalakkan, termasuk dalam top 5 kitab rujukan untuk golongan ahli biasa macam penulis (bukan untuk org2 yang rasa sudah pakar dalam ibadah asas). Kitab ini mungkin ada terdapat di masjid2 kerana memang femes di kalangan ustaz2 yg mengajar ilmu feqah kepada rakyat jelata.

Daripada pengajian semula (selepas bertahun2 meninggalkan Kelas Fardhu ain KAFA), banyaklah penjelasan2 yang diperolehi daripada kelas feqah ini. Dan selepas itu, insyaallah dgn izinNya, mana2 org yg datang dengan 'idea2' baru, pendapat baru, 'cara2' baru, tidaklah dapat menggoyahkan kita walaupun jiwa kita perlu sentiasa terbuka dgn 'penemuan2' baru oleh ustaz2 baru sekarang. Al-maklum, semenjak akhir2 ini banyak betul pandangan2 baru, 'penemuan2' baru yang di datangkan oleh ustaz2, sehingga kekadang terkeliru kita. Adakah cara lama yang diajar oleh tok2 guru pondok untuk sekian zamannya, dari guru ke guru, alih2 sekarang menjadi tidak 'tepat'? Hanya Allah yang Mahamengetahui apa2 yang tersembunyi.

Kitab Feqah di atas adalah bersandarkan kitab2 feqah asas yang terulung spt Kitab Ignok, dan ada juga yg di sahkan sendiri oleh ulama2 besar spt Allahyarham Dato' Mufti Syed Alwi bin Tahir Al Haddad (ulama' Johor yang menaiki sampan yang dibuatnya sendiri untuk ke Mekah bagi mengelakkan shubhah dan tidak mahu menaiki kapal Belanda dlm tahun 1920'an). Dalam bab solat Qasar dan Jama', Dato' Mufti Syed Alwi telah mencuba sendiri dalam tahun 1924 dan tahun 1927 untuk mengukur sejauh mana 2 marhalah (perjalanan 2 hari unta dipadang pasir) untuk menentukan jarak 2 marhalah itu bersamaan 56miles. Jadi rujukan kitab Idaman Penuntut bukanlah sebarangan ceduk2 macam sebilangan kitab2 baru yg berada di pasaran, yang kekadang lebih mengelirukan dari menjelaskan.


Catatan Selanjutnya...

Friday, January 16, 2009

Nak Makan ke Nak Solat?

Dalam pengajian Fiqh, ada satu persoalan mengenai penyediaan diri untuk solat dan mendapat kyusuknya. Satu soalan specific timbul untuk mendahulukan yang mana di antara solat atau makan atau ke tandas untuk melegakan diri.
Dalam banyak2 rujukan satu Hadits dipetik dari Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0512 yang diterjemahkan spt berikut; Dari Ibnu 'Atiq r.a., katanya;
"Pada suatu ketika aku bercakap-cakap dengan Qasim. Dia seorang yang lahan (kurang tersusun tutur katanya) dan ia anak satu-satunya bagi ibunya. 'Aisyah bertanya kepadanya, "Mengapa kamu tidak dapat bicara seperti anak saudara ku ini? Aku tahu sebabnya. Ini dididik oleh ibunya dan kamu dididik oleh ibumu." Qasim marah dan jengkel kepada 'Aisyah. Tatkala dilihatnya 'Aisyah menghidangkan makanan, dia pergi. Maka kata 'Aisyah, "Hendak ke mana kamu?" Jawab Qasim, "Aku hendak pergi solat." Kata 'Aisyah, "Duduklah dahulu!" Jawab Qasim, "Aku hendak pergi solat." Kata 'Aisyah, "Duduklah dahulu! Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Tidak sempurna solat seseorang apabila makanan telah dihidangkan, atau apabila dia didesak buang air besar atau kecil."
Cuma ustaz yang mengajar itu mengingatkan dalam kes2 yg special seperti bilamana waktu solat tinggal lagi ciput2 (yg mungkin berlaku kepada sesiapa yg belum dpt kemudahan solat pada awal waktunya), maka solat fardhu adalah didahulukan daripada yang lain2.
Salam Jumaat
Hanya Allah yang Maha Mengetahui


Catatan Selanjutnya...

Thursday, January 08, 2009

Peranan Niat Dalam Amalan

Maksud Hadits Sahih Bukhari Jil 1 No 0001:

Dari Umar bin Khathab r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehnya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya untuk apa dia hijrah".

Setiap amalan itu bergantung kepada niatnya semasa kita melakukan perbuatan tersebut. Sesetengah ulama' mentafsirkan perkataan niat itu ialah hasrat dalam hati yang timbul mendahului setiap perbuatan fizikal. Seperti hasrat untuk melalukan sesuatu sebelum sesuatu itu betul2 dilakukan secara jasadnya. Adapun begitu, jika hasratnya adalah untuk sesuatu yang baik, maka ditulis satu pahala beserta dengan hasrat tersebut.
Begitu juga dengan niat ketika melakukan sesuatu perkara khusus seperti solat, puasa, zakat, mandi hadas, dsbnya. Solat itu perlu dilintaskan dalam hati niatnya, sehingga iman Syahi'i menitik beratkan lafaz bagi memastikan lintasan yg betul ketika mana memulakan solat. Kerana perlu dibezakan antara yang fardhu, sunat, jama', qasar, qada' dsbnya. Mana mungkin seseorang yang memberi sedekah itu dikira zakat jika ketika mana dia memberikan sedekah tersebut tidak diniatkan sebagai zakat. Jadi niat dalam hal ini adalah sebagai menjelaskan status amalan itu dilakukan. Sepertimana niat ketika mandi hadas besar yang membezakan perbuatan mandi wajib dan mandi biasa untuk membersihkan diri.
Apabila kita mendalami pengajian Fiqh, banyak perkara2 perlakuan harian yang sudah menjadi kebiasaan itu akan mendapat penjelasan yang lebih detail. Maklumlah, dahulunya, perkara2 ini diajar semasa kita di kelas KAFA dan masih hingusan, tumpuan pun lebih kepada yg lain dari apa yg diajar.
Hanya Allah yg Maha Mengetahui


Catatan Selanjutnya...

Wednesday, November 26, 2008

Wanita berMusafir tanpa Mahram

Sesekali aku dikejutkan dengan pengetahuan baru yang kekadang bertentangan dengan kadar pengetahuan sediada, almaklum, ilmu sediada agak2 terhad, terbatas dek sibuk dengan ilmu2 duniawi lantas ilmu2 ilmiah yg pernah ku pelajari tidaklah secara mendalam. Kali ini dalam bab Hukum wanita bermusafir.

Ustaz yang mengajar bukanlah calang2, tambah pula dgn nas2 yg dibawanya. Petikan hadits yang dibaca:

Rasul (s.a.w) bersabda;
“Tidak halal seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir melakukan perjalanan selama sehari semalam, kecuali jika disertai mahram-nya.” Muslim dari jalan Abu Hurairah (r.a).

Adalah dijelaskan yang diharamkan bagi seorang wanita ialah melakukan perjalanan sendirian tanpa disertai mahram dalam jangkamasa sehari semalam (24hrs) tanpa disebut jarak perjalanannya (mengikut definasi biasa musafir dikira jarak perjalananya 2 marhalah). Namun dijelaskan bahawa Hadits di atas menunjukkan tentuan pada jangkamasa dan bukan pada jarak perjalanan.

Maka seandainya ia melakukan perjalanan dengan kapal terbang tanpa mahram sejauh 1,000km pergi-balik tanpa melepasi tempoh 24 jam maka diperbolehkan. Namun sekiranya dia berjalan kaki sekalipun untuk hanya 20km perjalanan tetapi memerlukan lebih 24jam (sehari semalam), maka diharamkan baginya jika tidak ditemani oleh mahram.

Mengikut huraian Ustaz tadi, dalam bab haji, para ulama Syafi’iyyah berpendapat dibolehkan wanita pergi haji wajib (kali pertama sahaja), bersama rombongan wanita lainnya yang di antara mereka terdapat mahramnya..dengan syarat sebahagian besar wanita2 yg dalam kelompok itu adalah yang dikenalinya. Pendapat yang sama diketengahkan oleh ulama besar Syria, Wahbah al-Zuhaili. Yang demikian ini menjadi pendapat jumhur Fuqahak

Ini yang terkedu nih. Yelah, bila wife kerja govt, ada2 je khursus penilaian di luar kawasan i.e Langkawi, Pangkor, Port Dickson dsbnya yang kekadang kita kena jadi PapaMama di rumah. Kenalah cari ustaz2 yang arif dalam bab2 hukum utk penjelasan lanjut, kerana hukum hakam ni bukan perkara main2 dan perlu berlandaskan ribuan himpunan Hadits mengikut perbincangan para ulama'.

Bagaimana pula hukum isteri2 yg out-station? (untuk tujuan ibadah spt pergi menjalankan tugasan sebagai seorang pengkaji Ilmu atau seorang pengajar). Sudah semestinya bukan untuk tujuan suka2 melancong bersama teman2 sepejabat (spt yg biasa kita temui dikala bercuti, ada2 je rombongan Kak Kiah and the group members). Apa pula hukumnya mereka yg bertugas dengan rombongan kemanusiaan dsbnya...
Aku tidaklah bermaksud menidakkan pendapat para ulama yang tersohor tu, tetapi ia tetap perlu diwacanakan semula mengikut perkembangan terkini terutama oleh mereka yang lebih arif dalam hal2 sebegini demi memudahkan kehidupan pada zaman moden ini.
WaAllahualam


Catatan Selanjutnya...