Tuesday, January 20, 2009

Sentiasa Bersangka Baik

Kali ini bukan nak dinotakan pelajaran berkenaan keperluan bersangka baik yang insyaallah akan dinotakan suatu hari nanti jika diizinkanNya.


Now ni saja nak ringan2kan pemikiran dengan hal2 semasa yang sedang berlaku, apalagi kalau bukan hal serangan kejam Regim Zionis ke atas penduduk Islam Palestin di Gaza yg dicerobohi. Tergerak hati untuk memikirkan apa sebenarnya yg menjadi tujuan org2 yg berduyun2 mengirim SMS dan email berantai yang kekadang agak tersasar isi kandungnya.

Sebagai contoh satu SMS ini yg berbunyi " marilah beramai2 bermunajat untuk Palestin kerana malam ini Israel telah hampir sekali dengan Masjid AlAqsa dan akan mula merobohkannya malam ini....."

Sekali baca, memang SMS sebegini menaikkan saraf serta darah pejuang dalam diri setiap muslim yg prihatin. Mungkin juga sipengirim seorang yg prihatin pada Palestin, pada Islam dan pada Al Aqsa. Namun, bila baca dua kali, terasa pula seperti dipermain2 kan oleh individu2 yg memulakan SMS berantai ini. Adakah benar apa yg diSMS kan ini? adakah sipenciptanya seorang yg hanya ingin menaikkan darah kita. Atau mungkin lagi sipengirim ialah seorang yg ingin menaikkan bilangan SMS pengguna yg akan menforwardkan SMS ini kpd rakan2 lain. Ternyata banyak sekali dilintasan hatiku.

Apa tidaknya, Masjid Al Aqsa terletak jauh dari Semenanjung Gaza. Jika kita tahu sedikit tentang geografi bumi Palestin, maka kita akan tahu bahawa AlAqsa terletak di Tebing Barat (West Bank), berhampiran Laut Mati manakala Gaza Strip yg telah dicerobohi lagi baru2 ini terletak bersempadan dgn Egypt. Jadi SMS mengenai cubaan meroboh Al Aqsa baru2 ini adalah tidak tepat sama sekali. Alamak! aku pun terkena rupa2nya.


Tak apalah apa2 pun sebab utama sipengirim, baiklah kita bersangka baik dan menganggap dianya hanya ingin menaikkan kesedaran kita untuk lebih mengambil berat perihal saudara2 kita di Palestin.

4 comments:

fazemy said...

Ha ah saya ada dpt juga. Tru sms and email. yg lawaknya..dia kata mlm ni kan..so mcm dr email tu saya blh trace dh byk hari email tu berjalan. tu yg buat saya tak terus forward tu. apa yg saya lakukan..tak lupa unt doakan keamanan palestin selepas solat.

p/s: saya suka cara anda posting..byk ilmu yg saya dpt. cth: saya baru tahu gaza strip tu jauh dr masjid al-aqsa.

AyKay said...

nampaknya hangat boycott haritu dah sejuk, pasal ramai betul rakyat jelata yg membeli belah kat parasaya England hari Ahad lepas, ada sales kot tapi langsung tak de nampak boycott.

apa2 pun doa munajat utk Rakyat Palestin yg diceroboh. Amin

AQisH said...

i pon ada dpt sms camni..tp mmg x brp nak percaya sbb penah tgk peta kat mana masjid ni berada..

mabe niat pengantar ni baik utk kita berdoa agar rakyat palestin tidak terseksa lg..think positif hehe..

AyKay said...

iyelah Qish, baik bersangka baik gitu, aman hati.