Wednesday, January 21, 2009

Siri Jutawan 2 - Rahsia menjadi Jutawan

Baik, sambung semula siri menjadi jutawan. Nota berasaskan satu penulisan dari Lembaga Zakat Selangor untuk renungan dan nota bersama.
Menjadi fitrah manusia, semuanya ingin menjadi jutawan hartawan dan dikala ditanya apa yg akan dilakukan apabila mencapai impian untuk bergelar jutawan, maka yg beragama Islam akan memasang pelbagai impian dan perancangan yg lunak dan muluk. Namun tidak ramai yg melunaskan apa yg dirancang2kan seandainya kekayaan RM1juta itu benar2 menjadi kenyataan. Sebaliknya impian2 lunak itu diganti dengan rancangan2 mega lain yg akan terus membuncitkan nafsu sendiri. Kenapa ye?
Jangan Sayang Pada Dunia yg Fana'

Memang telah diberi amaran oleh Rasulullah s.a.w didalam satu hadits yg bermaksud " Wahai anak Adam!, jika kamu memberikan lebihan hartamu (bersedekah) adalah terbaik bagimu, dan sekiranya kamu menahannya (bakhil) adalah celaka dan tiadalah kamu akan dicela jika tiada lebihan (dari hartamu). Mulakan pemberianmu kepada org yg engkat tanggung (keluarga). Tangan yang memberi adalah lebih utama daripada yang menerima.
Kenapa manusia menjadi bakhil? Mungkinkah kerana kita merasakan nikmat yg diperolehi itu adalah atas usahanya sendiri dan bukan kurniaan Allah. Lalu kita merasakan bahawa manusia lain tidak berhak untuk merasainya walau sedikit daripada harta yg diusahakan siang dan malam itu. Mungkin pernah kita terdengar ungkapan sebegini " penat2 aku kerja, senang2 kau nak minta" (minta2 jgn kita pulak yg pernah merasai sebegini). Sampai ada yg memperlekehkan seruan2 manusia prihatin yg meminta kita bersedekah, memberi wakaf atau infak.
Kita kerap lupa bahawa harta yg dikumpul tidaklah sebanyak mana. Dan yg paling kita lupa (ini termasuklah sipenulis) yg harta terkumpul tidaklah ada nilai secara langsung untuk kita bawa ke perjalanan hijrah seterusnya. Tak kala kita melangkah ke alam barzah, semua harta2 dunia yg di tinggalkan akan dibahagi2 kan sesama anak2 dan waris yg tinggal. Yang akan kita bawa cuma kain kafan putih sahaja.
Baginda Rasulullah s.a.w memberi peringatan kepada kita melalui soalan yg baginda s.a.w tujukan kepada para sahabat; tahukah kamu apakah harta yg sebenarnya yg kamu miliki? maka jawab para sahabat: harta kami ialah wang dinar, dirham, bangunan dan tanah ladang. Lalu baginda bersabda; harta2 itu adalah kepunyaan warismu. Hartamu yg sebenar ialah amal2 yg kamu lakukan semasa hayat.
Calon Jutawan Sebenar

Ingatlah (terutama kepada penulis), nikmat dunia yg pernah dan sedang kita kecapi ini tiada nilainya di sisi Allah S.W.T walaupun sebelah sayap nyamuk. Pernah Nabi s.a.w bersabda yg bermaksud; Kalaulah nilai dunia ini sama dengan sebelah sayap nyamuk, nescaya Allah S.W.T tidak akan memberikan rezeki kepada orang2 kafir.
Memang sudah ada tips untuk kita menjadi jutawan akhirat di antaranya dalam surah Al Qasas ayat 77 yg bermaksud;
Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan. (77)
Bilamana kita memanafaatkan harta kekayaan yg Allah kurniakan itu untuk amalan2 yg mendatangkan pahala (dengan niat hanya keranaNya dan bukan untuk menunjuk2 dan mendapat sanjungan manusia), maka amalan itulah yang akan menjadi harta (mudah-mudahan dengan RahmatNya) yg tidak ternilai di akhirat kelak.
Kesimpulannya, marilah kita mengorbankan sedikit daripada hasil kurnia Allah ke jalanNya. Tambahan pula waktu2 yg mendatang ini dengan kegawatan ekonomi yg semakin meruncing, masa di mana kita akan berusaha untuk mengoptimakan perbelanjaan kita, maka masa inilah nilai setiap amalan yg kita lakukan menjadi berlipat ganda. Bak kata orang ilmuan, memberi semasa kita pun tengah susah adalah lebih tinggi nilainya berbanding semasa kita senang. Semoga kita bukan saja menjadi usahawan dunia yg bercita2 mendapat pulangan jutaan ringgit, tetapi marilah kita sama2 pasang wawasan untuk menjadi insan yg bergelar jutawan akhirat.

2 comments:

NURAZZAH8 said...

Salam,
terikasih kerana berkongsi ilmu ini.

Kak Azzah8

AyKay said...

sama2 kaseh kak Zah.

saya cuma ulang cerita apa yg dibaca je, sekadar berkongsi dan sama2 belajar.