Tuesday, March 31, 2009

Berwangi-wangian bila solat

Pengalaman semasa berasak2 dalam saf2 yang ketat dan amat rapat bersama2 dengan ribuan jemaah lain semasa di Baitullah baru2 ini mengingatkan saya kepada betapa rehat dan selesanya kita bila berjemaah di masjid taman rumah ataupun di masjid negeri semasa Jumaat.

Teringat pada satu Hadits dari himpunan Bukhari yang bermaksud;

"Telah bersabda Baginda Rasulullah s.a.w, tidak mandi seseorang lelaki pada hari Jumaat dan bersuci sebolehnya daripada bersuci dan berwangian dari rumahnya, kemudian ia keluar, maka dia tidak memisahkan antara dua orang kemudian ia bersolat apa yg difardhukan kepadanya, kemudian ia diam apabila berkhutbah imam, melainkan diampunkan baginya antara dengan Jumaat yang lain."

Jadi, berapa ramai di antara kita yg bersungguh2 menyucikan diri, berwangian dan mengenakan pakaian istimewa semasa melangkah ke masjid pada hari Jumaat? Malang sekali, untuk ke parti, kenduri kendara, dating, bersukan dsbnya, kita akan kenakan pakaian khas. Namun untuk Jumaat, yang menjadi pakaian pejabat itulah juga pakaian solatnya. Kekadang, dalam keadaan berpeluh dan membebaskan pelbagai bau yg kurang enak ... :-(

Terlintas difikiran satu lagi Hadits dari susunan Al Bukhari Muslim yang bermaksud; "sesiapa yang makan dari pokok ini (bawang putih) maka jangan hampiri masjid kami."

Kalau bau bawang putih pun di mulut sudah ditegah Nabi s.a.w untuk menghampiri masjid, bagaimana pula dengan bau kita yang kekadang menyebabkan orang di kiri dan kanan menjadi tidak selesa.

Kesimpulannya: jika keadaan mengizinkan, kenakanlah pakaian yg istimewa bila ke masjid untuk berjemaah, dengan wangian yang sesuai mengikut syarak, dgn tujuan kerana taat kepada perintah Allah dan RasulNya.


Catatan Selanjutnya...

Monday, March 30, 2009

Syukur...segalanya selesai dgn aman makmur

Alhamdulillah... selepas 12 hari menghadirkan diri sebagai tetamu Allah dan penziarah (penjiarah.. sebutnya ustaz di sana) Rasulullah di bumi bertuah Makkah dan Madinah, kami tiga beranak telah selamat pulang kepangkuan anak2 lain yang ditinggalkan pada 28th March 2009.

Perasaan bercampur aduk antara sedih untuk melangkah pulang meninggalkan Baitullah, dan rasa gementar untuk bertemu kalian sabahat handai di tempat halaman, kawan2 bloggers dan rakan2 sepejabat. Namun langkah pulang terpaksa diambil dengan doa untuk datang lagi ke bumi bertuah ini lagi dan menjadi tetamu Allah dan penziarah kekasihNya lagi.


Terima kasih diucapkan kepada rakan2 bloggers yg mendoakan kesihatan kami semasa disana. Kepada yang ingin merasakan buah tangan dari bumi bertuah, rajin2lah e-mailkan untuk bertemu muka, kami sentiasa tunggukan panggilan dan email anda. InsyaAllah kita akan dapat bersua muka suatu masa yg sudah ditentukanNya kelak.


Banyak sekali yang dilalui, dipelajari, diingatkan, dilihat, dikecapi sepanjang berada di bumi bertuah Mekah dan Madinah. Ada yang akan kekal menjadi pengalaman peribadi, sangat peribadi, dan sudah tentu ada yg akan dikongsi bersama, dengan satu tujuan... agar kita semua, sama2 dapat mendapat faedahnya nanti. Kepada yang sudah merancang, sedang menunggu hari, sedang kumpul wang, untuk ke sana, insyaAllah akan dapat ke sana dan merasakan sendiri keajaiban bumi bertuah itu.


Kepada semua, sekali lagi, terima kasih.


Catatan Selanjutnya...

Monday, March 16, 2009

Maka tibalah waktunya... sehingga jumpa lagi

Alhamdulillah,


Dengan izinNya dan dengan rasa syukur, maka insyaAllah dapatlah saya tiga beranak memulakan langkah kami menuju ke Madinah menemui Baginda Rasulullah s.a.w dan kemudiannya ke Baitullah untuk menunaikan ibadah Umrah bersama2 145 lagi jemaah lain.

Dengan lafaz

kami melangkah ke KLIA (jam 11:30am 16hb Mac 2009).

Jika diizinkan Allah dan diberi kelapangan, insyaAllah kita akan berbloging lagi. Saya ucapkan assalamualaikum kepada semua.


Catatan Selanjutnya...

Rediscovery Diri - Log Numero 3

Susulan siri Rediscovery Diri yang terdahulu, pencarian Cinta Abadi saya disambung lagi tetapi kali ini menghadapi satu blockage besar, penting seperti di satu persimpangan. Di antara amalan Ulama' dari zaman nenek moyang yang berlandaskan ahli Sunnah wal Jamaah dan pandangan tegas cerdik pandai golongan baru yang ada juga memanggil mereka sebagai kalangan Tajdid. Nampaknya perkara2 ini telah lama dibincangkan di antara kedua2 ahli2 pemikiran ini, cuma saya je baru tahu, kerana baru mendalami 'pendidikan' Islam. Ada golongan yang beraliran moden, dengan latar belakang pendidikan yang hebat2 sungguh, datang dengan pendedahan2 hebat, boleh terbeliak minda kita dibuatnya.

Saya cuma rasa kesal dan hairan dengan aliran baru ini (walaupun terkadang merasakan yang ini lebih memenuhi citarasa kita yang inginkan sesuatu yang mudah, cepat, ringkas). Banyak sungguh yang diringkas dan dimudahkan, sehinggakan wirid selepas solat pun ringkas dan simple sahaja. Pelik juga bila saya fikirkan. Di zaman manusia semakin sofisticated, in-depth, thorough dalam hal2 lain, tetiba dalam hal2 ibadah kita nak simple2 je, ringkas2 je, dan lagi tercengang saya bila semuanya dikatakan berlandaskan amalan Rasulullah s.a.w. Saya cuma terlintas sememangnya Baginda s.a.w semasa hayatnya berdakwah memang padat, mampat dengan waktu2 penuh aksi dan sememangnya tiada satupun yang Baginda s.a.w telah lakukan sekiranya perbuatan tersebut tidak mendatangkan faedah.

Pelik tapi benar, dalam hal2 makan minum kita tidak pula nak ringkaskan atau simple2kan. Trend sekarang nak minum yang lagi sofisticated, latte caramel berstrawberry, kapuchino mousse au chocolat, etc, tapi bila bab2 ibadah, amalan kalau boleh diringkaskan se ringkas mungkin, tiada lagi doa panjang2, tiada lagi berpakaian yang banyak2 kain, tutup kepala pun dah tidak wajib tetapi hanya sebagai pilihan samada nak moderate atau nak strict? Aduih, penin lalat juga dibuat nih.

Kesimpulannya:- (i) nak mendapat pendidikan' perlu betul2 pilih gurunya kerana di zaman moden ini semakin ramai yang mencari dunia sofisticated tetapi akhirat yang simple2 je. Jadi bila demand tinggi (utk simple) maka supply (guru) pun akan bertambah dgn cepat sehingga mencapai tahap equilibrium...betul ke merepek ni. (ii) tiada jalan singkat untuk amalan di hari kehidupan kekal, kecuali itulah AturanNya yang Mahamengetahui.

** Siri Rediscovery Diri akan disambung selepas pulang dari menunaikan ibadah Umrah nanti, insyaAllah.


Catatan Selanjutnya...

Saturday, March 14, 2009

Rediscovery Diri - Log Numero 2

Untuk n3 kedua dalam siri Rediscovery Diri ingin saya kongsikan pengalaman sendiri dalam mencari pendidikan semula untuk 'mendirikan' solat. Umum telah maklum tentang kedudukan solat dalam tuntutan diri sebagai seorang hamba Allah, dan tidak lah perlu dihuraikan lagi.

Dalam melengkapkan diri untuk mencari 'kesempurnaan' solat, rujukan pertama yang saya gunakan, sebaik sahaja mendapat pendidikan dari Imam masjid, ialah kitab Al Umm, Al Imam Asy Syafi'i r.a. Tiada sebab lain melainkan inilah Imam Fiqh ulung, dan yang telah diputuskan oleh pemerintah negara sebagai teras mazhab ikutan ramai di bumi Malaysia.


Segalanya berjalan lancar sehinggalah selepas beberapa kunjungan saya ke pusat pengajian Islam di satu kawasan perumahan elit di bandaraya. Saya katakan elit kerana kebanyakkan yang berkunjung ke sana berkereta yang harganya hampir sama dengan harga rumah saya. Namun, menjadi kejutan bila hampir kesemua jemaahnya mendirikan solat dengan khaifiat2 sunat berbeza dengan yang biasa saya amalkan. Saya mengaku, ketika solat zuhur itu, sering saya terganggu dgn kelainan khaifiat yang mereka amalkan dalam menyempurnakan perkara2 sunat semasa solat. Menggagahkan diri maka saya bertanya kepada yang memimpin solat lalu dikenalkan saya dengan buku di bawah ini, yang menjadi sumber inspirasi pengajian 'kesempurnaan' solat mereka. Rupa2nya, sudah lama perkara ini tersebar cuma saya je yg dulu leka di zone 'selesa' saya.

Tiadalah saya mahu mempromosi buku ini. Dan telah saya mendapat penjelasan dari seorang tokoh Ulama Nusantara yang saya kagumi (Dr M.Uthman El Muhammady) dalam hal ini. Nasihatnya kepada saya untuk tidak mengelirukan diri dan terus setia dengan ajaran ahli Sunnah wal Jamaah. Pesannya lagi, perkara2 ini telah dibahas, kupas dan dipersetujui di Nusantara berpuluh2 tahun yang lalu. Ditegaskan oleh Dr M. Uthman untuk saya tetap dengan Al Umm saya. Nasihatnya lagi, biarkanlah yang lain2 itu (yang bukan dari Sunnah wal Jamaah) berlalu dengan tidak disedari. Maka, berhati-hatilah dengan apa yang dibaca dan dirujuk.

Kesimpulannya: tiada jalan pintas dalam mencari 'pendidikan', yg lebih luas jika dibandingkan dengan pembelajaran. Kerana yang 'terdidik' itu akan kekal istiqamah dan yang 'terpelajar' itu kekal dengan pengetahuannya...


Catatan Selanjutnya...

Friday, March 13, 2009

Penjanjian Bawah Pokok

Bukan niat untuk memceburi bidang politik atau mencetuskan semula kehangatan isu2 sensitip berkenaan perhimpunan bawah pokok di negeri Yeop, yang sesetengah golongan memandang enteng dan sesetengah lagi memandang tinggi, dan sebahagiannya tidak kesah langsung.


Dalam2 melawati seerah2 Nabi s.a.w (al maklum now ni bulan Maulidur Rasul, rajin je baca buku sejarah), terjumpa sepotong ayat Qur'an dimana Allah berfirman dalam surah Al Fath ayat 18;

Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Dia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya; (18)

Baru saya sedar, rupa2nya persidangan, perbincangan, mesyuarat bawah pokok bukanlah perkara yang tidak pernah di buat orang. Mungkin juga kesah Hudaibiyah inilah yang menjadi teras kepada Allahyarham Tan Sri P Ramlee untuk membuat ceritera persidangan dewan orang2 besar di bawah pokok dalam filemnya (tajuknya sudah lupa daaaa).
Persidangan aman bawah pokok pernah dijalankan oleh junjungan Baginda Nabi s.a.w dalam peristewa perjanjian Hudaibiyah, yang ada sesetengah kisah disebut Bai'at Tahta Sahjara (perjanjian di bawah pokok).

Kesimpulannya: saya amat cetek, lupa2 bab2 seerah Islam, kalau bab2 sejarah Melayu lagi kurengg, yang tahu lebih cuma sejarah world cup, kisah2 bola dan model2 HPhone. Inilah kelemahan diri yang sangat2 perlu diperbaiki hari demi hari.


Catatan Selanjutnya...

Thursday, March 12, 2009

Rediscovery Diri - Log Numero 1

Untuk kesekiannya, hari demi hari di susuli dgn iringan doa kesyukuran kerana berterusan dilimpahi RahmatNya. Ingin dinotakan pengalaman yang saya kutip dalam usaha mencari Cinta Abadi.
Semuanya bermula Ramadhan 1429H yang lalu. Sebelumnya, saya sering dipenuhi dengan perasaan gelisah, gundah gulana, tidak puas dengan percapaian yang telah dikurniakan melimpah2. Akan ada saja yang tidak cukup, tidak sempurna, tidak mengikut citarasa. Alhamdulillah, syukur, kerana dengan izinNya didetikkan dalam hati, "mungkinkah ada yang tidak kena dalam hidup ini...." dari detik itu, maka bermulalah pencarianku,,, mencari Cinta, mencari Redha dan mencari ilmu untuk kenalNya dalam erti yang sebenar..

Syukurku tidak terbatas, kerana dilahirkan dalam keluarga yang syahadahnya dan aqidahnya hanya pada Yang Esa. Cuma, dari dulu semuanya hanya sekadar ikutan. Pada hermat saya, taat saya pada tuntutan agama pada awalnya kerana taat saya kepada kedua orang tua, taat kepada guru2 dan juga taat kepada kaum keluarga. Bukanlah tidak taat kepada Allah Yang Esa, tetapi taat saya dulu bukanlah yang sebenar-benarnya datang dari jiwa. Amalan saya hanya sekadar percaya kepada yang rukun, bukanlah dalam ertikata sebenar2 Yakin kepada tuntutanNya. Lalu terdetik difikiranku "Jika benar kita yakin denganNya sebenar2nya, masakan kita masih tergamak melakukan tegahanNya..kerana yang pasti adalah Darinya dan yang jelek adalah dirimu,,, maka ayuh,,, betulkan dirimu".

Setelah hari demi hari mencari Cinta, keyakinan pun mula tertera dalam jiwa, secara perlahan menapak dari yakin ilmu, kemudian yakin dengan mata, hinggalah yakin dengan hati yang tiada kini penduanya. Yang jelas dan nyata hanyalah Dia Yang Esa. Namun, hari demi hari ku susuli dengan kesukaran yang nyata.

Apa tidaknya, bila terpaksa melawan rasa hina dina, terpaksa akur dengan kekurang ilmu di dada, saya bermula semula dengan 'alif, ba, ta,...' saya bermula semula dengan 'bagaimana solat?' dan yang ternyata paling sukar dan mencabar bila saya mulakan semula mencari untuk mengenal siapakah 'Dia Yang Maha Esa'. Banyak sungguh onak dan duri yang terpaksa ditempuhi. Hampir2 saya hilang kesemuanya. Kepada yang pernah melalui pengalaman yang sama sudah tentu telah merasai peritnya bila kita ingin 're-learn, un-learn, re-built' ilmu dalam setiap yang diamalkan. Dalam pencarian mencari dan mengenal Dia Yang Esa, silap2 hari boleh jadi gila dibuatnya.

Kepada yang sedang atau yang ingin mula mencari Cinta seperti saya, dari pengalaman sendiri amat mudah untuk kita tergelincir. Ramai sungguh orang yang mengaku lebih 'berilmu' dan sudi menolong kita. Banyak sungguh pusat2 'ilmu' yang mendakwa lebih baik dan lebih 'sahih' rujukannya. Apatah lagi dikalangan golongan atasan dan ilmuan, ramai sekali 'guru2' yang arif dan yakin dengan 'ilmu' yang dibawanya. Dan lebih menyiksakan jiwa bila ramai yang mendakwa apa yang telah saya amalkan untuk sekian lamanya tidak menepati 'kesempurnaan' tuntutan ibadah. Lebur rasa jiwa bila pendidikan fiqh Al Imam As Syafi'i yang menjadi teras dalam ibadah tiba2 diklasifikasikan sebagai lemah. Dan lebih sedih lagi, 'guru2' ini membawa rujukan ilmiah yang 'lebih' sahih dan diterima ramai. Diri sendiri menjadi rungsing sebentar,,, mencari kefahaman dengan ujian Allah yang didatangkan ini.... diizinkanNya, insyaallah saya kongsikan bersama pengalaman diri mengharungi onak dan duri dalam mencari Cinta..semoga dapat membantu kepada yang perlu


Catatan Selanjutnya...

Wednesday, March 11, 2009

Intellectual and Spiritual Barbarians

For the second time this year, I have the opportunity to meet and learn in person this intellectual personality by the name Ustaz Dr Muhammad Uthman El Muhammady. This time he was invited for a kuliah in conjunction with the Maulidur Rasul night at the mosque of my taman. Last time his kuliah was on the New Islamic waves and how is our preparation, this time was on How to build an Ummah of Sunnah.As he is known, an intellect of his level always maintain his calmness when facing comments and when debating views. But, he also voiced his concerned and anxiety on the strong wave by certain scholars to induce the new wave, liberalism for the sake of equality. He was also concerned about the numerous trials to undermine our 4 pillars Imams, especially when some tried to replace our Al-Imam Asy Syafi'i's teachings with a new teaching, which is now apparently has gained place among the urbanised Muslims. This phenomena is what Dr M Uthman labelled as unacceptable and considered as 'intellectual and spiritual barbarians'.

For some of us, we may not aware of the seriousness of this threat to us and our next generation since most of us are already in the 'comfort' zone of performing ibadah, but for me who is just started to 're-learn', 're-discover', 're-built' my understanding to the fullest in ibadah, there are a lot of confusions out there. From a teaching to another teaching, from an "ustaz" to another, each carries the 'kitab' which is deemed as the most complete. How would we feel when someone says that this is bid'ah, that is bid'ah and this and that are against the Islamic teaching, of which, are the things that we, our earlier generation and the generations before have been preaching it for only one reason.... to seek the blessing of Allah.

As conclusion (this is also Dr M Uthman's conclusion):- we have to go back and keep our full understanding to the teaching of Sunnah wal Jamaah, as already agreed by the rules of the country, years back. But we must also be firm in our ibadah, with firmness comes 'ilmu'.


Catatan Selanjutnya...

Self Reminder - Versi Gawat

Daripada pengamatan dan bacaan laporan2 ekonomi global, adalah dijangkakan kegawatan ekonomi yg sedang berlaku akan terus menyelubungi kita untuk seberapa ketika lagi.

Sebagai seorang Muslim apa yang patut kita buat dalam keadaan yang gawat ini? Sebenarnya, amalan2 ini telah menjadi amalan hidup kita tak kita time gawat atau time mewah. Tetapi bila time gawat2 ni kira bolehlah lipat gandakan amalan2 spt;
  • Berjimat cermat dan merancang perbelanjaan sebijaknya. Berbelanja hanya pada perkara yang perlu. Tidak perlu lagi merasakan bahawa kad credit sebagai satu kelebihan untuk berhutang dan bayar secara ansuran. Sememangnya diingatkan oleh Tuan2 Guru yang adalah didatangi bersama kad itu satu ujian,,iaitu perasaan boros berbelanja
  • Berdoa memohon dimurahkan rezeki. Sebahagian ulama juga mengatakan bahawa solat dhuha antara amalan untuk murah rezeki. Walaupun begitu, berdoa dan mengharap perlu dibuat secara berterusan, dikala senang dan susah.
  • Kemaskan jalinan silaturrahim kerana menjaganya adalah antara amalan yang dijanjikan sebagai pintu rezeki. "Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim" (riwayat al Bukhari dan Muslim);

  • Bersedekah. Masa2 susah inilah kita digalakkan lebihkan bersedekah. Banyak hadits yang meriwayatkan bahawa orang yang banyak bersedekah akan di lipatgandakan rezekinya. Satu hadits riwayat Bukhari & Muslim; "Setiap kali menjelang Subuh, turunlah dua Malaikat ke langit dunia. Salah satu di antara mereka berdoa: "Ya Allah kau gantikan (dengan banyaknya) kepada hambaMu yang banyak memberi (bersedekah)" manakala malaikat yang satu lagi berdoa: "Ya Allah kau hilangkan (dengan banyak) bagi orang yang menahan harta mereka (kedekut)"

  • Bersangka baik kepada Allah samada ketika diuji dengan kesenangan atau kepayahan. Apabila diuji dengan kesusahan maka tidaklah sama sekali terlintas di hati kita perasaan betapa Allah tidak adil. UjianNya adalah sebenarnya tanda kasihNya kepada kita. Yakinlah, apa pun ujian dari Allah pasti ada hikmah yang tersirat. Sesungguhnya Allah itu Mahamengetahui apa yang tidak kita ketahui.

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Allah SWT berfirman; Aku berasa kagum terhadap hamba-hambaKu yang beriman..... apabila mereka diuji dengan kesenangan mereka bersyukur dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka dan apabila mereka diuji dengan kesusahan maka mereka bersabar dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka" (riwayat Muslim).


Catatan Selanjutnya...

Tuesday, March 10, 2009

Dengan IzinNya Rinduku akan terubat jua...

Dua Ahad berturut2 mereka menghadirkan diri ke dewan kuliah di Jln Kampung Pandan, sebagai persediaan untuk menunaikan penyucian diri dengan ibadah Umrah; isteri dan along katanya telah bersedia untuk mengerjakan ibadah Umrah minggu depan dari 16Mac, Insyaallah.Teringat dan terbayang pula wajah kedua ibubapa ku yang telah lama meninggalkan diriku untuk bertemu dengan Allah. Rinduku bertambah2 kepada semuanya. Dulu pada 2005 aku agak bernasib baik kerana ditugaskan untuk menyiapkan satu projek di Jeddah, maka dapat berumrah setiap hari selagi terlarat dan bukan dengan tanggungan sendiri. Kali ini pergi pula bersama isteri dan along untuk berjumpa dengan junjungan Nabi s.a.w yang dirindui, para Sahabat dan yang paling pentingnya sekali lagi menatap Kaabah dan Insyaallah segala pengisian yang tampil dengannya.

Kepada yang follow nota ini, mungkin tidak dapat saya update untuk beberapa ketika, mohon maaf. Juga kpd semuanya, mohon maaf kalau tersasau bila komen dsbnya. Saya berdoa agar ibadat Umrah kami sekalian diterima Allah seadanya. Amin


Catatan Selanjutnya...

Monday, March 09, 2009

Tibanya 12 Rabiul Awal maka kita sambut Maulidur Rasul. Saban tahun sambutannya dimulakan dengan perarakan membawa sepanduk sambil berselawat. Tidak mahu lagi memberi komen pasal berjalan sambil bawa sepanduk tu, tapi apakah pengisian yang kita boleh buat sepanjang masa bagi mengimarahkan sunnah Rasulullah s.a.w sebagai tanda kasih kita kepada Baginda s.a.w.

Seperti biasanya akan kita baca Firman Allah dalam Al Ahzab ayat 56.

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (56)

Tahun ini biarlah selawat kepada junjungan Nabi s.a.w tidak hanya pada tanggal 12 Rabiul Awal, tapi sepanjang tahun. Setiap masa terluang akan kita selitkan dengan sedikit selawat kepada Baginda s.a.w. Sekiranya kita semak betul2 ayat tadi, amalan inilah yang Allah aturkan aturannya dariNya kemudian malaikat dan kemudian kepada orang2 beriman.
Kepada yg berpuasa sunat sempena hari ulang tahun Baginda Nabi s.a.w seperti yang diamalkan oleh Baginda, selamat berbuka. Semoga amalan kita diterima Allah dan kita mendapat keredhaanNya.


Catatan Selanjutnya...

Friday, March 06, 2009

BANGAU oh BANGAU - versi gawat

Masih ingat lagi kisah Bangau oh Bangau?, lagu zaman kanak2 riang dulu?, tak sangka pulak, timbul semula ceritera ni di zaman2 canggih manggih blogging ni tak kala poket gawat.
(Lagu, binatang2 dan perkara2 dalam lirik hanya sekadar untuk dibuat pengajaran, tiada kaitan dgn yg masih hidup atau yg telah mati atau merendah2 apa2 yg telah diciptakanNya.)

Lagunya lebih kurang gini lah....

Bangau, oh bangau,
Kenapa engkau kurus,
Macam mana aku tak kurus,
Ikan tak mahu timbul.

Ikan, oh ikan,
Kenapa kau tak timbul,
Macam mana aku tak timbul,
Rumput panjang sangat.

Rumput, oh rumput,
Kenapa panjang sangat,
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku.

Kerbau, oh kerbau,
Kenapa tak makan rumput,
Macam mana aku nak makan,
Perut aku sakit.

Perut, oh perut,
Kenapa engkau sakit,
Macam mana aku tak sakit,
Makan nasi mentah.

Nasi, oh nasi,
Kenapa engkau mentah,
Macam mana aku tak mentah,
Kayu Api basah,

Kayu, oh kayu,
Kenapa engkau basah,
Macam mana aku tak basah,
Hujan timpa aku,

Hujan, oh hujan,
Kenapa engkau turun,
Macam mana aku tak turun,
Katak panggil aku,


Katak, oh katak,
Kenapa engkau panggil hujan,
Macam mana aku tak panggil,
Ular nak makan aku,


Ular, oh ular,
Kenapa engkau nak makan katak,
Macam mana aku tak makan,
Memang makanan Aku!



Dari awal hingga akhir, apa yg ada dalam rangkap hanyalah menyalahkan perkara lain / org lain je bila sesuatu tu berlaku. Cuma ular je, berlawanan dengan sikapnya yg suka memutar belit, tapi dalam rangkapnya dia tidak salahkan sesiapa kecuali mengakui itulah dirinya.

Kesimpulannya: Tiap2 kali kita menunding telunjuk kepada orang lain bila berlaku sesuatu yg kurang senang, ada lagi sekurang2nya tiga jari yg tertunding ke arah kita. Sebelum kita nak cepat2 salahkan org lain bila ada hal2 yg kurang senang, sebetulnya kita semak, spot-check, self-check diri sendiri dahulu. Begitulah pengajiannya. Wallahualam...


Catatan Selanjutnya...

Thursday, March 05, 2009

Lihatlah Kerdilnya Kita

Dapat beberapa keping pic ni dari rakan lama sekolah. Sahih ke tidak tak sempat pulak check fakta sainsnya. Cuma tertarik dengan pengajaran yang kita boleh simpulkan sendiri, berlandaskan firman2 Allah dalam Al Qur'an berkenaan perkara ini.
Harap2 lepas ni, bila angkat tangan untuk takbir dan solat, ingat2lah betapa kerdilnya kita dan gerunnya bila ingat kebesaran yang Mahamencipta...



Dalam scala di bawah, Jupiter adalah sekecil 1 pixel dan bumi sudah tiada kelihatan dek mata kasar
Dan ini bukanlah penghujungnya, cuma penghujung kepada pengetahuan manusia sahaja
Dan kesemuanya adalah di bawah pengawasan dan pengurusan Allah 'Azza wa Jalla


Catatan Selanjutnya...

Wednesday, March 04, 2009

Yang Gawat Cuma Kita2 Je

Dalam masa satu dunia duduk sibuk2 cerita pasal gawatnya ekonomi dan gawatnya masa akan datang, sesetengah dari kita yang sedikit masih gah dengan kemewahan. Mula2 tu ingat time kita, golongan org banyak ni gawat, sure golongan org sedikit pun gawat. Tapi meleset sekali tohmahan....
Tengah2 sibuk melayan komitmen keluarga, hari Sabtu lepas (28/2/09) sempat saya menjenguk bilik pameran hartanah di kawasan taman perumahan. Bukan saja2 pergi tapi menyambut jemputan pemaju yang tengah sibuk membuat promosi. Mungkin untuk cepat2 get comfirmed order sebelum pasaran menjunam.

Wakil pemaju memaklumkan siri2 hartanah yang akan dilancarkan dalam masa sebulan dua. Rupa2nya hartanah semi-dee dengan harga DARI RM 1.1 juta ringgit selepas 7% diskaun bumi. Rasa terharu jugak kerana pemaju mengkategorikan saya dalam golongan yg mampu beli rumah dengan harga sedemikian (dia blom tahu hal sebenor)....Tapi lagi terharu bila diberitahu,,, yang semua 50 unit semi-dee yg harganya DARI RM1.1 juta itu telah pun HABIS ditempah...mengucap panjanglah dibuatnya, time2 kita tengah gawat ni ada juga org yg berebut membeli hartanah sebegitu hebat, sebelum pun dibuka untuk tempahan. Hebatnya org Malaysia nih.


Kesimpulannya: (1) Tak kala kita, orang kebanyakkan ni tengah budget2 dalam perbelanjaan seharian, termasuklah Kak Ezza, teman blog dari Klang (promo kak), ada juga manusia lain yg lebih bernasib baik dan mencari peluang untuk membuat pelaburan atau pindah rumah yg lebih gah. (2) Mungkinkah nasib 50,000 pekerja yg telah hilang pekerjaan itu akan mendapat pembelaan yg lebih baik berbanding dgn 50 pembeli rumah harga lebih sejuta ringgit di taman saya ini. (3) nasib saya tidaklah seteruk ramai lagi yang lain, dan saya bersyukur seadanya. Semoga Allah terus merahmati hidup kami sekeluarga.


Amin


Catatan Selanjutnya...

Cerdas Minda : Teka-Teki Imam Al Ghazali

Dinotakan bahawa satu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki) 6 soalan spt berikut:
  1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
  2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
  3. Apa yang paling besar didunia ini?
  4. Apa yang paling berat didunia?
  5. Apa yang paling ringan di dunia ini ?
  6. Apa yang paling tajam sekali didunia ini?

Jawapan untuk soalan2 di atas boleh dibaca dari buku2 kisah Al Ghazali, atau dicari dalam internet ataupun dirujuk kepada Al Qur'an: Surah Ali-Imran :185 , Surah Al A'raf: 179 atau Surah Al-Azab : 72.

Kepada yang nak short-cut, jawapan akan diberikan dalam masa2 lain jika ada kelapangan. Insyaallah.


Catatan Selanjutnya...

Tuesday, March 03, 2009

Wanita Menjadi Imam Kepada Lelaki

Bagi menjelaskan satu isu lama yang baru2 ini cuba lagi diketengahkan oleh beberapa pejuang2 liberalsasi hak, suka saya catatkan satu petikan dari Kitab Al Umm (Kitab Induk) Al Imam Asy Syafi'i r.a (Jil 1 ms 356) dalam membicarakan hal keimaman wanita bagi lelaki.
"Adalah wanita mengerjakan shalat sebagai imam dengan kaum lelaki, kaum wanita dan anak-anak kecil yang laki-laki, maka shalat kaum wanita itu memadai, tetapi shalat kaum lelaki dan anak-anak kecil laki-laki itu tidak memadai, kerana Allah 'Azza wa Jalla menjadikan kaum lelaki itu pemimpin atas kaum wanita, dan IA menyingkatkan kaum wanita daripada menjadi wali"...


Jadi perkara-perkara sebegini rupa tidak sepatutnya dibangkitkan dengan langkah2 seperti dalam photo. Adalah dipercayai langkah2 liberasasi ini merupakan satu langkah awal untuk satu projek besar yang akan dititip secara halus dalam masyarakat Islam sehingga misi akhir mereka ini tercapai.

Kesimpulannya: (1) walau se-liberal manapun kita nak tuju, perkara-perkara hukum hakam yang telah jelas dijelaskan dalam Al Qur'an dan Hadits atau yang telah dipersetujui oleh jumhur ulama', maka logik akal tidak boleh diguna pakai sebagai penggubal hukum. (2) perlunya kita mantapkan ilmu agama dalam jiwa, jiwa anak2 dan ahli keluarga bagi menghadapai cabaran2 mendatang yang datang secara halus, tidak disedari dan tanpa diduga.


Catatan Selanjutnya...

Monday, March 02, 2009

ALLAH... kenapa jadi begini?

Ralat..ralat.. yes I am ralat.. Ralat sungguh bila baca berita2 yg kurang mengembirakan kalbu, yang menyentuh isu2 sensitif, hal2 agama dan kebebasan beramal apa yang kita percayakan betul.
Semalam dan sejak sekian lama, baca lagi kisah perebutan penggunaan kalimah ALLAH. Biarlah kita kekalkan emosi dalam membahaskan perkara ini. Namun, mau tidak mau mesti akan ada individu2 yang akan membuat kenyataan awam tak kira setuju ataupun tidak membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah itu.

Teringat ketika zaman kanak2, bilamana ternampak apa2 kertas atau nota yang ada kalimah ALLAH itu, kita terasa gerun, risau, bimbang, takut2 terpijak, terbuang merata, tercampak ke lantai, hinggakan setiap kertas yang ada tercatat kalimah ALLAH akan kita jaga, cermat, takut2 terpijak. Namun, itu cerita sejarah. Mana ada lagi perasaan itu sekarang. Terpampang besar kalimah ini setiap penerbitan akhbar, bukan tujuan apa tetapi dalam mendakwa siapa yang lebih berhak menggunakannya. Jika ada makcik2 yang guna akhbar untuk bungkus nasi lemak, maka tidaklah ku hairan kiranya kalimah itu akhirnya menjadi pembungkus nasi lemak, yang akhirnya akan diceronyok dan dicampak ke tong sampah bersama2 sisa2 makanan...

Walaupun ada tokoh2 ternama ada yang mengatakan yang sesiapa sahaja berhak menggunakan kalimah itu, sebagai merujuk kepada tuhan yang mereka percaya, persoalanku KENAPA SEKARANG? WHY NOW? Kenapa tidak dari dulu mereka2 ini menggunakan kalimah ini juga sebagai merujuk kepada tuhan mereka? Adakah baru sekarang mereka baru arif tentang agama mereka? Baru sekarang mereka perasan yang dalam kitab2 lama mereka kalimah itu juga digunakan? ATAU, adakah kerana kini para pemimpin yang memegang pucuk pimpinan agak lemau, sejuk, lembut, 'terbuka', 'membuka', longlai, maka inilah MASAnya untuk diambil peluang untuk menusuk jarum2 halus....
Hanya ALLAH (Yang ESA) Maha Mengetahui apa yang mereka (orang2 ini) fikirkan


Catatan Selanjutnya...

Google Search