Dalam usaha mengubah dan membentuk generasi akan datang menjadi insan madani yang lebih mengutamakan tuntutan akhirat dengan tidak meninggalkan kepentingan duniawi kami telah membuat keputusan berbeza untuk Danish dalam persekolahannya berbanding dengan abang2nya yg lain.
Bermula 5 Jan 2009, bermulalah langkah Muhammad Danish Syabil dalam misinya (dan juga misi kedua ibubapanya) untuk mendapat pendidikan berlandaskan agama Islam di sebuah sekolah agama swasta yang berorientasikan Al Qur'an di Klang. Mula2 merasakan sedikit tersentuh melihat kekurangan dari segi infrastruktur sekolah ini berbanding sekolah harian biasa di taman perumahan kami, namun apabila melihat 167 lagi ibubapa lain yang juga mendaftarkan anak2 mereka di sini maka kami sedar bahawa kesedaran mengenai kepentingan pelajaran seimbang dari peringkat awal ini telah sampai kepada ramai ibubapa rupanya.
Sekolah ini juga mengamalkan sistem pentafsiran pelajar Musleh (SPPM) yang mana pendidikan dan penilaian pelajar bukanlah hanya bersandarkan kepada berapa A atau berapa markah 100% yang mereka capai dalam pelajaran, SPPM juga memberi penekanan kepada penilaian akhlak murid supaya mereka ini akan tetap akidahnya bila dewasa nanti dan dapat juga mengajak orang lain untuk berlaku baik, InsyaAllah. Pokoknya adalah Akidah Merentasi Kurikulum.
Walaupun terletak di Klang, ramai di kalangan pelajar yang datang dari Subang, Shah Alam, Damansara dsbnya. Tak ku sangka ada beberapa orang kenamaan yang turut menghantar anak2 mereka ke sini.
Dengan izinNya, ku harap Danish dapat mencapai cita2nya untuk menjadi seorang doktor yang berjiwa ustaz tahfiz dan mampu mendidik saudara Islam di generasinya. Amin
2 comments:
smlm hantar arash gi sek. agama pon hati dah sayu dahh bila mana tgk dia solat jemaah asar ramai² kat tkt atas (sek. ni blok kedai 2 tkt) baca kuat² lak tu..siyess mmg nak nangis tgk..tp kutahan jua..buat² amek gambo jer hukk..
semoga mereka membesar dgn cukup bekalan dunia dan akhirat..amin..
mahunye begitulah. Danish sek integrasi dari 7:45a - 2:30pm. Now mlm ada kelas Qur'an lagi. Memang nampak berat tapi inilah pengorbanan untuk penyediaan hari dewasa mereka.
Post a Comment