Monday, December 29, 2008

Siri Self Reminder - Awal Muharram 1430H

Berkata sibijak pandai...

Orang yang berjiwa besar memiliki 2 hati; satu hati menangis dan yang satu lagi bersabar.

Perhatian yang terlalu besar dalam memerhatikan kekurangan orang lain menyebabkan kita tidak punya waktu untuk memerhatikan kekurangan diri sendiri.

Salam Maal Hijrah.


Catatan Selanjutnya...

Sunday, December 28, 2008

Solat Berjemaah - di manakah tempatnya dalam kehidupan

Sempena penghujung tahun 1429H dan membuka tirai 1430H sampailah masa untuk kita membuat self-check berkenaan perkara ini: iaitu solat berjemaah samada di masjid2 atau di surau2 di kawasan masing2. Ramai di kalangan kita (termasuk penulis yang daif ini) mengambil mudah perihal solat berjemaah bersama2 qariah yang lain dan kekadang meringankan tuntutan berjemaah hanya kerana tuntutan hal2 peribadi serta hal rumah tangga mendahului kepentingan solat berjemaah di masjid / surau. Ada juga yang berjemaah berdua atau bersama ahli keluarga di rumah, katanya lebih selesa. Moga2 selepas ini, keinginan serta darjat kepentingan untuk berjemaah di masjid / surau akan lebih meningkat, melebihi kepentingan memenuhi tuntutan2 yang lain.


Bagaimana yang kita sedia maklum, seorang hamba wajid memelihara solatnya dan berusaha untuk memperbaikinya setiap kali menunaikan kewajiban tersebut. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 43 yang bermaksud:


“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk”


Apabila diperintahkan untuk rukuk bersama2 orang2 yang rukuk maka perintah untuk berjemaah itu adalah sangat jelas maksudnya. Sehinggakan dalam surah An-Nisa ayat 102, Allah berfirman lagi yang ertinya:


“Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjamaah) bersama-samamu, dan hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak. Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina.”
Terjemahan Al Qur’an dari - Sakhr International

Berkali2 sudah kita diingatkan bahawa tiadalah seseorang yang menyempurnakan wuduknya kemudian berangkat ke masjid, kecuali Allah akan menuliskan baginya satu derajat serta dengannya pula dihapuskan darinya satu kesalahan - Hadits Riwayat Muslim, kitab Al-Masajid 257, 654.
Walaupun sudah di ketahui faedah2nya solat berjemaah di masjid/surau, masih ramai di antara kita termasuk penulis yang masih belum memenuhi tuntutan solat berjemaah tersebut kerana kesedaran diri sendiri yang masih rendah tentang kepentingannya. Moga2 selepas ini perkara ini akan dapat diperbaiki dan dikekalkan selagi nyawa dikandung badan.
Selamat menyambut maal Hijrah 1430H.


Catatan Selanjutnya...

Salam Awal Muharram 1430H

Pejam celik pejam celik 1429H akan melabuhkan tirainya beberapa jam je lagi dan dengan izinNya terbukalah tirai 1430H. Kepada sesetengah jiwa, akan merasakan bertambahlah umur dan meningkatlah usia. Ada juga jiwa yang akan merasakan akan terlebih pendeklah usia dan meningkatlah umur. Apa pun yang bakal menanti di tahun hadapan, yang di pinta hanyalah keredhaanNya dan semestinyalah CintaNya yang Abadi lagi sempurna.
Di kesempatan ini adalah baik kiranya kita bermuhasabah diri dengan penuh rasa syukur dan rendah diri, moga2 akan terus mendapat perlingdungan dari Ar-Rahman dan Ar-Rahim dengan rezeki halal yang tidak putus2 dariNya.
Banyak sungguh pinta kita bila kita diberikan peluang untuk meminta, moga2 bertambah2 lah rasa syukur kita kepadaNya.

Dengan izinNya, aku berharap benar untuk memperkembangkan B.A.S.S yang telah dirancangkan untuk tahun 1430H nanti. Segala perancangan akan dikemas kinikan dengan teliti agar masa yang suntuk ini akan dapat digunakan sebaik mungkin.
Marilah kita sama2 menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang hambaNya, seorang khalifah di bumiNya, sebagai ibupada yang diberi amanah untuk memdidik generasi akan datang serta sebagai seorang saudara kepada orang2 Islam yang lain. Amin
Salam maal Hijrah 1430H


Catatan Selanjutnya...

Wednesday, December 24, 2008

Otak Kiri Dan Kanan

Saya percaya ramai yang telah membaca liputan ini dari konteks sains, tetapi ingin saya huraikan sedikit dari kontek Islamic gitu untuk rujukan di masa akan datang.
Otak manusia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu otak kanan dan otak kiri. Kedua-dua bahagian ini mempunyai banyak persamaan. Namun ia juga mempunyai beberapa perbezaan. Antaranya:
  • Otak kiri lebih memfokuskan pada fakta, logik, nombor, tulisan, bahasa, pertuturan dan perincian berkenaan dengan suatu perkara.

  • Otak kanan pula memefokuskan pada emosi, kreativiti, warna, nada, penglihatan, bentuk, corak dan konsep.

Orang yang mempunyai pemikiran yang baik adalah orang yang memanfaatkan kedua-dua bahagian otak ini. Pendidikan Islam menekankan penggunaan kedua-dua bahagian ini secara serentak. Sebagai contoh, semasa mempelajari ilmu kaedah fikah, penguasaan bahasa serta pemahaman dalil secara terperinci ditekankan. Dengan cara demikian, bahasa yang tersurat di dalam Quran dan sunnah dapat difahami dengan betul. Bagi mencapai tujuan ini, otak kiri perlu dimanfaatkan. Sebagai contoh jika dikaji sebuah hadis yang dilaporkan oleh Bukhari dan Muslim yang menceritakan.

"Nabi memberi kelonggaran kepada abdul Rahman bin Auf dan Zubair bin Awwam memakai sutera kerana penyakit gatal yang menimpa mereka."

Secara zahir, nas ini menunjukkan kaum lelaki boleh memakai kain sutera apabila mereka menghidap penyakit kulit yang serius. Daripada bahasa tersurat, ulama Islam membuat analisis bagi memahami bahasa yang tersirat di sebalik nas itu. Hasil daripada kajian dan analisis, lahir konsep yang dikenali sebagai kaedah fikah. Kaedah yang lahir daripada nas ini adalah merujuk kepada kecemasan mengharuskan yang haram. Bagi memahami konsep yang tersirat daripada bahasa yang tersurat, otak kanan perlu dimanfaatkan.

Umat Islam dididik supaya menguasai kemahiran interpersonal dengan baik. Dengan kemahiran ini, umat Islam mampu menyelami dam memahami perasaan orang lain melalui bahasa, gaya pertuturan serta bahasa badan yang dilahirkan. Dalam konteks ini, Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 273 yang bermaksud:

(Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.

Bagi memahami perasaan dan emosi manusia melalui bahasa badan serta gaya pertuturan, otak kiri dan kanan perlu dimanfaatkan serentak.

Makan dan minum mempunyai pengaruh pada fungsi otak. Untuk berfungsi dengan baik, otak memerlukan tenaga dan tenaga ini diperolehi daripada karbohidrat kompleks yang baik seperti yang terdapat dalam pasta, bijirin, gandum, nasi dan seumpamanya. Karbohidrat kompleks tidak hanya berfungsi sebagai makanan yang menyalurkan tenaga. Ia juga mempunyai zat-zat logam, vitamin dan bahan serat yang penting bagi kesihatan manusia.

Sebaliknya, karbohidrat biasa yang terdapat dalam gula-gula, coklat, sirap dan air botol bergas, hanya mempunyai kalori tanpa vitamin dan zat. Justeru, ia sewajarnya dijauhi. Kajian juga menunjukkan vitamin B perlu untuk kesihatan otak dan kekurangannya boleh menyebabkan kemurungan, sakit mental dan gangguan daripada sudut intelek. Mengambil ikan juga baik bagi otak kerana ia kaya dengan protein. Selain daripada itu, minyak ikan kaya dengan asid lemak terutamanya omega-3. Omega -3 berkhasiat kerana ia mencegah daripada strok.


Catatan Selanjutnya...

Tuesday, December 23, 2008

Siri Menjadi Jutawan (1)

Siapa di kalangan kita yang tidak teringin untuk menjadi kaya, hartawan, wangwang, dsbnya. Saban waktu kita didedahkan dengan pelbagai tawaran wang mudah, harta, modal kecil tapi pulangannya berlipat ganda, terutama di zaman2 ekonomi gawat yang dijangka akan lebih gawat pada 2009 nanti.

Namun, bilamana menjelajahi siri B.A.S.S (baca – amal – sebar – sabar) aku diketemukan dengan satu hadith dari Mahmud Ibn Labid r.a. pernah berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

“Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam. (i) Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). (ii) Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab. [1]
[1] Jami-ul-Saghir (Terjemahan H. Nadjih Ahjad), Imam Suyuthi, PT Bina Ilmu, Jakarta, 2003; Riwayat Ahmad, hadith #166.

Sekali imbas, bunyinya seperti lebih baik untuk tidak menjadi hartawan daripada menghadapi hisab yang berat dihari perhitungan kelak. Walaubagaimanapun, dengan B.A.S.S yang lebih mendalam, kita akan bertemu dengan satu rangkap ayat Al-Qur’an surah An-Nuur ayat 37 – 38 yang maksudnya:

“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”

“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”

Voila!, kuncinya ada banyak dinyatakan di dalam kitab suci kita ini, termasuklah ayat di atas. Dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan dihisab seadil-adilnya, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti yang dinyatakan dalam ayat An Nuur di atas.

Siri Jutawan ini akan diperhalusi dihari2 mendatang dengan izinNya.


Catatan Selanjutnya...

Monday, December 22, 2008

Kita masih serumpun walau beda Bahasa

Setelah seminggu di bumi Indonesia, maka telah selamat pulang ke Shah Alam, tanggal 21hb Disember dengan selamat. Syukur.
Walaupun banyak dugaan dan perkara sulit yang menimpa, aku akur dengan ujianNya dan mengambilnya sebagai iktibar semoga menjadi lebih kuat, tenang, dan rendah diri. Selama seminggu itu banyak sekali yang ditempuhi; dari cirit-birit dek airnya yang kurang steril, ke krem, kejang, bengkak sana sini dek lama di kenderaan dsbnya, moga2 pengalaman ini menjadikan kita lebih terbuka. Bak kata pujangga Kawan Biar Beribu, Lawan Jangan pun ada Satu.
Dalam perjalanan ini sempat ku berjemaah sama-sama dengan saudara Indonnya, di Bandung dan di Jakarta. Walaupun tujuan dan asasnya hanya satu iaitu mengabdikan diri kepada Ilahi, namum caranya agak berbeda2 gitu. Kalau di Malaysia kita solatnya santai, ada setengah2 tempat yang disinggahi di Bandung, solatnya, waduh cepat sekali. Memang sukar untuk diikuti speednya jika dibaca seperti biasa. Walau apa2 pun, bila waktu Maghrib dan Isyak, bilamana makmun mengaminkan Al Fatihah, gemanya seperti bergoncang mussola walaupun bilangannya cuma lima atau lapan orang, lain sekali jika di Malaysia, kita malu2 je bila mengucap amin kecuali sewaktu solat Jumaat.
Satu lagi, mengikut pemerhatianku, mereka yang sempat ku bual, sangat mementingkan solat berjemaah, walaupun berdua, bertiga dan dalam perjalanan. Beza dengan kita, lihatlah di R&R, bila solat kebanyakkannya sendiri2. Mungkinkah ini yang membezakan kekuatan ikatan ummah sesama kita di sini? Itulah, dalam apa2 pun adalah bezanya walaupun kita ini serumpun.


Catatan Selanjutnya...

Monday, December 15, 2008

Betulkan yang Biasa

Setelah lama tidak mendapat peluang untuk menulis sebarang nota baru, syukur akhirnya dapat meluang sedikit masa untuk mencatit sedikit nota sebagai peringatan diri dan kepada sesiapa yang terbaca.

Terkenang pesanan kawan baru yang dikenali semasa cuti2 Malaysia bersama anak2 dan isteri baru2 ini. Katanya;

Biasakan dengan Perbuatan yang Betul dan,
Betulkan perbuatan yang Biasa.
Iyelah, kita kebiasaannya terlepas pandang mengenai perkara2 ini. Yang pertama, perlunya kita berilmu dalam melakukan sesuatu perkara terutama dalam bab2 ibadah wajib dan sunat. Almaklumlah, kebanyakkan dari kita ini tidak pernah mendapat pendidikan agama secara formal semasa dewasa. Kebanyakkannya mendapat pendedahan semasa zaman Kelas KAFA ataupun semasa umur kanak2, dan dituruti dengan ikut2 saja.
Betulkan yang Biasa tu merujuk kepada amalan2 harian spt solat, bacaan2 dalam solat, doa2 dan bacaan2 doa, tu biarlah dibelajar semula apa yang menjadi amalan harian dari dulu kalau belum pernah didedahkan dengan pendidikan formal semasa sudah dewasa.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu.


Catatan Selanjutnya...

Tuesday, December 09, 2008

Siri Perbaharui Solat - mencari kusyuk

" Berkerjalah kamu seolah-olah kamu mahu hidup seribu tahun, dan beramal ibadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari".

Kata2 para Sahabat yang dahulunya mengikut fahaman sendiri adalah kata2 untuk memberi perangsang bagi terus gigih berusaha dalam menjalankan tanggungjawab dunia seolah2 kita akan hidup lama, dan bila beramal ibadat, bersungguh2 seolah2 itulah peluang ibadat yang terakhir sebelum nyawa dicabut.Dalam usaha berterusan mencari dan mendalami ilmu kerohanian, aku didedahkan pula dengan pandangan yang lebih jauh berkenaan kata2 Sahabat di atas (sesetengah menotakan ia sebagai Hadits daif, namum buat masa ini aku belum dapat pastikan sumbernya).

Seorang ustaz telah memberiku perspektif baru untuk kata2 hikmah ini. Menurutnya, apabila kita menganggap hidup seolah2 masih tinggal 1,000 tahun lagi, kita akan akur bahawa kerja2 dunia ini akan datang silih berganti, tidak putus2 dan tiada penghujungnya. Maka bila kita sedar bahawa tuntutan duniawi itu tidak akan putus2 maka kuranglah kita akan terbelenggu dengan tuntutan tersebut dan lebih ringanlah kita untuk membebaskan diri buat seketika, apabila kita ingin melakukan amal ibadat bagi memenuhi tuntutan akhirat.

Sekiranya kita betul2 merasai bahawa kerja2 untuk kehidupan dunia ini tidak akan putus2 melawati kita lebih mudahlah kita meringankan bebanan fikiran untuknya dan dengan izin Allah lebih mudahlah kita mendapat kebebasan dari lintasan2 yang merosakkan solat kita untuk mendapat lebih tumpuan dan kusyuk semasa solat.

Semasa seorang anak Adam sedang bersolat, bisikan2 serta lintasan2 tidak akan putus datang mengganggu dan mencuri solatnya, sehingga ada masanya bilangan rakaat pun terlupa. Ada juga ketikanya semasa solatlah lintasan2 ini akan datang mengingatkan kita hal2 dunia yang masih belum beres, hal2 rumah tangga yang belum selesai, kunci kereta hilang dan sebagainya, hingga jadilah solat kita itu solat orang2 yang lalai.

Adalah dapat sedikit demi sedikit pedoman untuk lebih bebas dari lintasan2 dan bisikan2 semasa solat. Jika diizinkan InsyaAllah akan dicatatkan di waktu yang akan datang.


Catatan Selanjutnya...

Dimana Kurban kita


Sebagai menyambut Hari Raya Qurban, setiap tahun kita menjalankan ibadah kurban dengan menyembelih haiwan2 ternakan samada lembu, unta dan kambing. Hampir di keseluruhan masjid di merata tempat di negara ini ada dijalankan aktiviti kurban ini sambil memberi peluang kepada penduduk setempat untuk bersama2 secara gotong royong menjalankan ibadah tersebut.


Sepanjang dua minggu kebelakangan ini, sempena musim haji dan kurban, banyak kuliah2 yang diadakan berkisarkan amalan-amalan haji, kurban, dan pengajaran disebalik ibadah itu sendiri. Amatlah jelas sekarang, betapa kurangkan mendalam penghayatan diri ini di dalam kontek ibadah kurban selama ini. Dari segi penghayatan dan peraturan ibadah itu sendiri aku sudah awal2 lagi tidak melepasi had kelayakan. Apa tidaknya, dalam pada ingin melakukan ibadah sunat mua’kad ini, ramai di antara kita termasuk diriku agak terlepas pandang berkenaan ibadah itu sendiri. Dahulu semasa di kampung, ada di kalangan masyarakat tempatku yang tidak berapa arif, dan melakukan apa yang ditegah sama sekali seperti disebut dalam hadith daripada `Ali bin Abi Talib r.a, katanya:

“Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan aku menyembelih unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku mensedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada al-Jazzar (penyembelih dan pelapah) sedikit pun darinya.” (Riwayat al-Bukhari hadith ke-1716, Muslim, hadith ke-1317)

Di dalam riwayat al-Imam Muslim ditambah dengan ucapan Saidina `Ali: “Kami memberikan kepada penyembelih dan pelapah upah daripada (harta) kami sendiri”.

Di setengah2 tempat pula, kerana ingin mengejar masa dan juga menonjolkan diri untuk cepatkan tugasan, ada pula anak2 muda yang bertugas sebagai pelapah itu melapahkan haiwan2 sembelihan tanpa betul2 pasti yang haiwan2 itu telah habis nyawanya. Aduhai… apalah nasib kita, nak dapatkan pahala dan barakah kurban, dapat pula makan bangkai akhirnya. Ini semua kerana kurangnya ilmu dalam hal2 ibadah yang saban tahun kita jalankan, dari generasi ke generasi.

Baiklah, beralih pula kepada pelajaran dari penghayatan kepada ibadah kurban pula. Bila disemak, diri kita memang kurang pengorbannya kepada agama, dan pada diri sendiri. Dalam 24 jam sehari yang diperuntukkan, berapa lamakah kita kurbankan untuk menghambakan diri kepadaNya, walhal Dialah yang memberi akan semuanya. Dengan kesempurnaan yang telah Allah kurniakan kepada kita, kenapa masih kita tergesa-gesa bila mengadapkan diri kepadaNya. Adakah 5 x 5 minit setiap waktu kita solat itu wajar untuk kita ambil kira sebagai terima kasih kita? Itupun dalam masa 5 minit solat, berapa saatkah kita betul2 menghadapkan diri kepadaNya tanpa kita ‘berpaling’ hati dan mata daripadaNya. Bisikan2 dan lintasan2 yang datang dari segenap pelusuk itu sudah cukup untuk melekakan diri dalam solat kita. InsyaAllah dengan izinNya, akan ku notakan lebih lanjut berkenaan bisikan dan lintasan2 ini kemudian waktu.

Moga2, sempena hari2 kurban tahun 1429H ini dan selepasnya akan lebih menyedarkan diriku menghayati erti pengorbanan sebenar dalam erti kata korban wang ringgit, waktu untuk mencari ilmu dan memperbaiki diri, waktu untuk bersama2 orang2 yang sama2 mencari keredhaan dan cintaNya. Amin.


Catatan Selanjutnya...

Saturday, December 06, 2008

Cinta yang Satu

Tanggal 5 Dis 2008, genaplah 14 tahun kami bersama sebagai pasangan suami isteri. Dia isteriku yang telah dipilih, walau apapun halangan dan dugaan, kerana jodoh dan ajal bukanlah kita yang tentukan. Syukurlah kepada Allah, yang telah menjodohkanku dengan dia yang saban waktu tahan sabar dgn serba kekurangan dan kepincangan diriku. Ulang tahun tidaklah disambut dgn apa2 yg lebih istimewa selain bersolat sunat syukur, meluangkan masa bersama2 ke Sungai Buloh nurseries beli pokok & pasu...plus apa2 yg datang sama waktu dgnnya..hmmm.

Berfikir tentang Cinta yang Satu, teringat cerita2 dari kitab Imam Al-Ghazali al-maqsad al-asna, tentang cinta manusia kepada Allah. Kata Imam Al Ghazali, ramai yang mengaku kenal Allah, namun tidak ramai pula yang mencintaiNya...bagaimana cinta kita terhadap Allah? Sejauh mana cinta kita kepada Sunnah Rasulallah s.a.w?

Ramai yang mendakwa mengenal Allah, namum bila sahutan azan berkumandang, di mana dan ke manakah kaki2 kita melangkah? Kenapa kita masih membiarkan saf-saf di rumah Allah itu sunyi sepi tidak dipenuhkan? (aduh...pedih terasa hati bila memikirkan ke-egoanku dulu).

Beliau menyatakan lagi, semua orang Islam percaya kepada keperluan pertolongan Allah, namum kita kerap kali menghindarkan diri dari bertemuNya. Ada diantara kita hanya akan sugul muka, dan solat kepadaNya hanya bila ditimpa bencana, gundah gulana, tetapi melupakanNya bila kita senang. Kenapa kita hanya rajin Qiam malam hanya pada malam2 Ramadhan?.... kenapa tidak di malam2 yang lain.

Lihatlah sendiri almari2 di rumah2 kita (yang ini memang kenalah ke dahiku, dengan koleksi baju yang tak habis2 dipakai), hiasan2 rumah yg banyak kekadang melampaui keperluan, namum berapa ringankah kita untuk mengeluarkan RM50 dari wallet untuk disedekahkan ke jalan Allah, untuk keperluan mereka2 yang lebih, yg sangat memerlukan...

Di manakah letaknya ketulenan Cinta yang Satu dalam diri kita? Bersyukurlah aku kerana dikala kegembiraan menyambut Cinta sesama hamba, diberi pula nikmat untuk bertemu hamba2 yang masih sanggup mengingatkan aku. Kepada mereka yang berjiwa tenang itu, terima kasih aku ucapkan. KepadaMu ya Allah, janganlah Engkau sesatkan aku setelah Engkau memberiku petunjuk...Amin


Catatan Selanjutnya...

Thursday, December 04, 2008

Tingkatan dalan Solat

Dalam mencari2 jalan untuk mendapat lebih ketenangan dari solat yg lebih kusyuk (berbanding dgn solat sekarang yg...alahai malu pada diri sendiri), terjumpa terjemahan kitab Ibn al-Qayyim: al-Wabil al-Sayyib, yang menyebut beberapa tingkatan manusia dalam solat.
Mengikut Ibn al-Qayyim, terdapat 5 tingkatan manusia dalam solat;
  1. Pertama: orang yg berbuat aniaya pada diri sendiri dan kurang ajar. Dia adalah orang yg tidak menyempurnakan wuduk, melalaikan waktu solat, syarat2 serta rukunnya.
  2. Ke-2: Orang yg menepati dan menjaga waktu solat, syarat, rukun dan wuduknya. Namun, dia melalaikan perjuangannya melawan was-was dan bisikan2. Maka, tenggelamlah dia dalam bisikan serta lamunannya.
  3. Ke-3: Orang yang menepati dan menjaga waktu solat, syarat, rukun2nya. Dia juga berjuang melawan was-was, bisikan serta lamunannya. Dia sibuk bermujahadah memerangi syaitan agar tidak mencuri solatnya. Pada yang demikian, dia solat seolah2 sedang berjihad.
  4. Ke-4: Orang yang, jika berdiri mendirikan solat, dia menyempurnakan hak dan ketentuannya. Hatinya hanyut dalam usaha menjaga ketentuannya serta hak solat agar tidak ada satu pun yg dilalaikan darinya. Semua usahanya dicurahkan untuk mendirikan solat sebagaimana mestinya. Dalam solat, hatinya temggelam dalam urusan2 solat dan penghambaan kepada Yang Maha Suci dan Maha Tinggi.
  5. Ke-5: Orang yang jika mengerjakan solat, hatinya penuh dengan cinta serta mengagungkanNya, seolah2 dia berdiri di depan Pencipta. Segala bisikan dan detikan di dalam hatinya kepada yg lain telah lenyap, sehingga terangkat hijab di antara dirinya dengan Tuhannya. Inilah solat paling agung dan utama di antara yg lain2. Solat yang sedemikian adalah melebihi keagungan segala yang ada di antara langit dan bumi.

Ibn al-Qayyim: al-Wabil al-Sayyib

Diterangkan lagi bahawa golongan pertama akan mendapat hukuman. Kategori ke-2, masih diperhitungkan. Kategori ke-3, menjadi penebus kesalahan2nya. Kategori ke-4 mendapat pahala dan kategori ke-5 mendekatkan dirinya dengan Tuhan, kerana itu merupakan balasan bagi orang yg menjadikan solatnya sebagai penyejuk jiwanya.

Sepertimana penyakit, adanya ubat, penawar dan tegahannya, begitulah solat, untuk mendapatkan solat yang terhindar daripada bisikan2 jahat ini, perlu kita mendapatkan ubat2nya, penawar serta menghindarkan diri dari perbuatan2 yg mendekatkan kita kepada bisikan2 ini. Sesungguhnya penyakit2 seperti was-was, lamunan yang menyebabkan kita terpaling muka, mata dan hati kekita solat amat sukar untuk dihindari apalagi diubati. Tetapi demi usaha untuk mencapai tingkatan solat yang lebih bermakna dari takat2 pertama dan ke-2 di atas, perlulah kita terus menerus berusaha.

Ada yang menyarankan saya untuk membuat check and counter check dari awal iaitu daripada kesempurnaan wuduk (dan semestinya mandi hadas besar), syarat2 dan rukun2 solat serta bacaannya dan maknanya. Dengan Izin Allah, saya akan meneruskan usaha B.A.S.S dalam hal ini..... Amin


Catatan Selanjutnya...

Tuesday, December 02, 2008

Self Reminder : Ayat Kursi


Allah, tidak ada Tuhan selain daripadaNya, yang hidup kekal.
Berkuasa sendiriNya, tidak mengantuk dan tidak tidur;
kepunyaanNya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi.
Siapakah dapat membela (memberi syafaat) di dekat Tuhan, selain dengan izinNya?
Tuhan mengetahui apa yang di hadapan dan apa yang di belakang mereka;
dan mereka hanya dapat mengetahui barang-sedikit dari ilmu Tuhan, dengan kehendakNya; Kursi Tuhan itu luas meliputi langit dan bumi
dan Dia tidak merasa berat memelihara keduanya
Dia Maha Tinggi dan Maha Besar

(Al Baqarah 255, Ayat Kursi)


Ayat Kursi ini mengandungi khasiat yang besar. Terdapat banyak hadith yang menerangkan fadhilahnya. Di antaranya ialah untuk menolak syaitan, benteng pertahanan, melapangkan fikiran dan menambahkan iman.
Banyak yang memesanku, apabila hendak tidur, bacalah (kpd anak juga) ayat kursi dari awal sampai akhir. Dengan izin Allah, akan sentiasa dalam pemeliharaanNya, dan syaitan tidak akan mendekati sampai pagi.


Catatan Selanjutnya...

Tiada Paksaan Dalam Agama

Tiada paksaan dalam hal-hal memenuhi tuntutan agama.....betulke? Memang inilah unggapan yg sering kita dengar dari mulut2 kawan2, saudara satu Bangsa, anak2 merdeka yg sedang enak dibuai keasyikkan dalam mengharungi hidup dunia ini.

Ramai yang menunggu untuk berubah ke jalan yg lebih lurus di sisi syarak, maknanya mereka memang telah tahu, dan mungkin percaya tetapi masih belum yakin. So, biasanya mereka akan jawab ajakan kita dengan alasan....Tiada Paksaan Dalam Agama.

Bila diajukan soalan ini kepada Ustaz Zaid Hamzah, seorang penceramah yg memang tidak asing lagi di kalangan Qariah tempat saya, lalu dihuraikan Ayat 256 Al Baqarah:


"Tidak ada paksaan dalam agama: (kerana) sesungguhnya telah jelas jalan yang benar dari jalan yang salah, dan siapa yang tidak percaya kepada thaghut dan percaya kepada Allah, sesungguhnya dia telah berpegang kepada tali yang teguh dan tidak akan putus. Dan Allah itu mendengar dan mengetahui. "

Menurutnya (Ustaz Zaid) tiada paksaan itu adalah untuk org2 yg masih belum percaya kepada Allah, maknanya masih belum mengucapkan Syahadahnya, or kawan2 kita yg masih tidak beragama Islam memanglah kita tidak boleh memaksa mereka apatah lagi dengan cara yg keras lagi ganas. Surah Yunus ayat 99 menjadi salah satu rujukannya.

"Dan kalau Tuhan mahu, nescaya orang yang ada di bumi ini akan beriman seluruhnya. Apakah engkau hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman? "

Tetapi untuk orang2 Islam, orang2 yg telahpun mengaku percaya kepada Allah, agama Islam ini telah memperjelaskan mana yang benar dan mana yang mungkar, maka adalah wajib untuk kita taat kepada perintahNya dan apa2 yg telah disampaikan oleh Rasul s.a.w. Maka jika kita benar2 patuh kepada ajaran agama, maka istilah 'paksaan' itu tidaklah timbul lagi. Apa yg jelas ialah kepatuhan kita kepada keperluan sebagai seorang hambaNya....WaAllahualam


Catatan Selanjutnya...

Monday, December 01, 2008

Buku - Bid'ah : Satu Penjelasan Rapi

Sejak akhir2 ini byk kedengaran pandangan2 baru yg menular dikalangan masyarakat Islam di serata tpt berkenaan amalan2 yg dikira biasa namum kini dikira amalan Bid'ah, atau amalan yg bukan dari Rasul s.a.w.

Benarlah kata2 ahli hikmah ...bahawa penawar boleh menjadi racun jika disalah gunakan atau jatuh ke tangan org yg tidak ahli dalam menggunakannya. Demikianlah halnya dgn apa yg berlaku pada hadith yg menyeru berpegang pada Sunnah dan menjauhkan Bid'ah. Terdapat pihak2 yg menggunakan Hadith tersebut untuk membid'ahkan amalan sebahagian besar umat Islam yg sebahagiannya merupakan pendapat Jumhur Ulama' dan yg lainnya adalah masalah khilafiyah di kalangan para Fuqaha'. Keadaan ini sedikit sebanyak telah menimbulkan ketegangan di kalangan masyarakat Islam.


Dalam aku mencari2 sedikit pengetahuan dan penjelasan berkenaan hal ini ditakdir ku bertemu dgn buku oleh Ulama Ahli Sunnah Wal Jama'ah, al Asha'irah, Al Sheikh al-Hafiz Abu al-Fadl Abdullah al-Siddiq al-Ghumari bertajuk Bid'ah: Satu Penjelasan Rapi. Mengikut salasilahnya penulis ini adalah dari keturunan yg sampai kepada Sayyidina Hassan bin Sayyadina Ali k.w, cucu kepada Rasullullah s.a.w. dan terjemahannya disemak oleh Mufti Negeri Sembilan, bekas Mufti WP, YDP Persatu Ulama' Msia dan Mufti WP Sekarang.

Penulisannya agak2 ringan utk hamba yg cetek ilmu macam diriku ni, jadi senang je baca. TK kepada Ustaz Mahfuz Mohamad dan kumpulannya yg telah membawa buku ini ke Masjid BJ.

Buku ini memberi penjelasan berkenaan erti Bid'ah, perkara2 Bid'ah berkaitan Akidah dan Syariat, perkara2 baru yg diadakan oleh para sahabat r.a selepas zaman Nabi s.a.w, serta beberapa penjelasan yg dijadikan isu oleh sesetengah golongan terkini spt membaca wirid beramai2 selepas solat, membaca Quran untuk org mati, kenduri arwah, perayaan Maulid Nabi s.a.w, mengangkat tangan semasa berdoa selepas sembahyang, dsbnya.

Buku ini memang boleh menjadi sumber rujukan bagi menjawab beberapa persoalan berkaitan isu2 Bid'ah yg ditimbulkan. Kpd Allah kita memohon petunjuk dan kpdNya kita meminta pertolongan. Amin










Catatan Selanjutnya...

The Visit of Sheikh Yusuf Estes

For a while ago, when the BJ Mosque committee make an announcement about the next visit of Sheikh Yusuf Estes, I thought, well, another visit, another talk, and off they go. Well, at that time the name didn't made any big impact in my brain, again my ignorant overruled my knowledge. Then I started to googled, MPI search etc about the man, Sheikh Yusuf Estes.
Like I said,,, shame on me, how can I am not knowing about this guy? Was I the only few who were so uninformed about his existence? I started to read, and question people in the know about this man. Ya Allah, surely I did missed a lot for not following news about him.
He did came to my neighbourhood on the 24th Nov 2008, a Monday when me and my family was on holiday away from home, so unlucky us. Apparently the event was full of enthusiast Muslims and Non Muslims, and the MBSA Hall was full. His talk was on The Truth About Muslims. So, many basic questions were raised by the curious Non Muslims kids.
I was told that due to his health condition, these series of roadshow will be his last in the region, so I have a lot to loose but anyhow, I did managed to get some echos from the Qariah and neighbours who were at the MBSA Hall on that day.
Some of his answers to the basic questions about Islams are on YouTube. One of my favourite is this One.


Catatan Selanjutnya...

Google Search