Friday, January 23, 2009

Bekalkan A's Akhirat untuk Anak

Dalam masyarakat "berapa A?" sekarang, terlalu banyak gejala2 tidak sihat yg melanda kita seolah2 tiada lagi nilai2 murni dalam masyarakat kita. Yang paling nyeri ialah tsumani aqidah yg melanda rata2nya kepada golongan remaja dan awal dewasa. Ini yang gerunnya kerana kami pun ada anak2 yg akan menempuh alam awal remaja tidak berapa lama lagi. Jika kita membuat lawatan tidak rasmi ke pusat2 juvana yg ada di beberapa tempat di Lembah Klang ini, rata2nya berbalik kepada masalah yg berpunca daripada kurang perhatian ibubapa ataupun kerana ada masalah dengan kedua ibubapa.
Salah satu puncanya (dari beberapa soalan yg ditujukan dan berdasarkan jawapan mereka) adalah kerana kurangnya penerapan nilai2 Islam dalam jiwa anak2 ini. Ada yg tidak pernah solat dan tidak pula pernah lihat ibubapa mereka memenuhi tuntutan itu, rata2nya kerana sibuk dgn kerjaya dan bisnes. Tidaklah dinafikan bahawa ibubapa yang cemerlang dunia akhirat mestilah mereka yg cemerlang imannya dan sentiasa beramal soleh sehingga menjadi tunggak, idola dan 'reference point' utk anak2.
Marilah kita tanya diri sendiri..Berapa kerapkah kita solat berjemaah dgn anak2, membaca Al Qur'an sama2 spt amalan membaca Al Kahfi atau Yassin pada malam2 Jumaat, berapa kerap kita mengajak mereka ke surau atau masjid untuk sama2 mengikuti majlis ilmu? adakah anak2 kita solat apabila kita tidak bersama mereka? adakah solat mereka itu mengikut aturan dan cara2 yg betul? Jika jawapan kita tu agak2 positif, maka kita telah sedikit sebanyak berjaya memenuhi tanggungjawab sebagai ibubapa, dan elohlah kita teruskan hijrah ke arah yg lebih cemerlang. Kiranya jawapanya negatif, adalah belum terlambat untuk kita perbetulkan mana yg kurang, dan janganlah lupa untuk bersyukur kerana Allah masih sayang kita dan diberikan kesedaran untuk menyedari hakikat sebenar sebelum terlambat.
Sambil kita membekalkan mereka dengan ilmu duniawi, rangkaian "A's" dalam peperiksaan, sentiasa excel dalam apa2 bidang tugasan dunia, kita wajib pastikan bekalan ilmu akhirat anak2 tidak dilupakan, malah itulah yg lebih utama untuknya. Anak2 yg rajin dan faham sebab dan aturan beribadah dengan betul lazimnya akan membesar menjadi insan yg bertanggungjawab, jujur, amanah dan dapat menahan nafsu negatif mereka.
Antara tips yg diingatkan oleh mereka yg prihatin kepadaku dan anak2ku;
  1. Sentiasa memastikan mereka mengambil berat (lebih dari sekadar tahu) rukun2 Islam dan rukun Iman. Yg ini memerlukan kita lebih arif daripada tahap sekarang untuk kita memberi tunjuk ajar kepada mereka.
  2. Pastikan solat mereka adalah betul dari segi rukunnya dan bacaannya. Solat kita sendiripun mestilah lebih baik daripada solat berasaskan pengalaman belajar semasa di kelas KAFA (umur kita time tu 6 - 8 thn je)
  3. Dekatkan diri mereka dengan Al Qur'an, lebih selesa jika dilakukan bersama2. Tak salah atau 'tak glamor' kalau kita sama2 belajar tajwid sama2 kiranya bacaan kita pun tersasar dari landasan betul.
  4. Ambil peluang untuk didik mereka dari awal secara berperingkat2 spt puasa, dsbnya biar mereka ada 'Islamic mind'. Biar mereka rasai 'hidup ini ibadah' dalam jiwa.
  5. Ajaklah mereka mengikuti anda ke surau atau masjid utk menerapkan jiwanya dgn jemaah. (ini hanya boleh dibuat jika kita sendiri memang ke masjid/surau)
  6. Tegaslah dalam mendidik anak2 dalam soal ibadah (sebaiknya lebih tegas daripada didikan dalam mengejar "A's" untuk peperiksaan duniawi. Contohilah pengajaran Rasulullah s.a.w dalam ketegasan mendidik anak2.

Aku juga diingatkan, anak2 adalah amanah Allah kepada kita sebagai satu amanah, satu saham untuk kita jalankan tanggungjawabnya dan juga satu ujian untuk melihat sejauh mana kita dapat mentaati perintahNya sebagai khalifah di dunia. Janganlah kita lupa sedetikpun bahawa doa anak2 inilah nanti yang akan meringankan bebanan siksa semasa di alam barzah dan alam akhirat nanti. Malah didikan anak2 dengan baik mengikut tuntutan agama adalah tanda syukur kita kepada Allah yang mengurniakan kita dengan nikmat zuriat yg sempurna ini.

3 comments:

Abang Long said...

Jalankan tugas sebagai khalifah dengan sebaiknya. Selepas itu barulah berdoa dan tawakkal.

Masalah pada hari ini, ramai yang hanya tahu menuding jari pada pihak lain, tanpa memeriksa diri sendiri.

~PakKaramu~ said...

Sudahkah berjumpa dengan cinta abadi?

AyKay said...

Abg Long;
memang org hanya hanya nampak salah org lain tanpa rasa diri sendiri tu lemah dan kurang.

PakKaramu;
bibik-bibik CintaNya sudah ketemui tapi belum memenangi CintaNya, kena usaha lebih gigih lagi kerana kita datang dari golongan yg ilmu hanya secetek air dibuku lali (banding dgn air banjir la)