Saturday, January 31, 2009

VVIP yang palsu dan yg tulen

Di mana2 tempat di bumi yang fana' ini sesiapa sahaja yang mempunyai kedudukan, harta, pangkat dan darjat akan mendapat layanan khas, spt VIP atau untuk yg lebih lagi masuk kategori VVIP. Ada yg mendapat layanan VVIP ini sekadar setempat aje, se kawasan kampung, daerah, negeri je. Maknanya ada VVIP kampung yang tidak akan mendapat layanan seumpama itu bila keluar kawasan, datang je ke bandar maka jadilah mereka tidak di kenali langsung. Ada VVIP yg mendapat layanan istemewa hanya kerana mereka membayar lebih, jadi dapat laluan express, Q express, kaunter express dan macam2 lagi yg nak di expresskan.

Ada juga VVIP negeri yg bila ke luar negeri atau negara akan hilanglah tahap VVIP mereka lalu menjadilah mereka masyarakat sahaya seperti org2 lain. Walaupun ada segelintir yg masih mampu membayar wang sehingga terus mendapat layanan istemewa walaupun sudah ke luar kawasan, namun bila mereka merantau lebih jauh, ke negara yg lebih tinggi kosnya maka sedikit demi sedikit tahap VVIP mereka akan hilang; samada dengan sengaja (nak low profile lah) atau tidak. Cuma beberapa kelompok spt hartawan, ketua2 negara yg akan berterusan mendapat layanan VVIP.


Samada kita sedar atau lupa (atau tidak ambil peduli), di dalam Al Qur'an telah Allah jelaskan bagaimana caranya untuk kita mendapat layanan VVIP bilamana hari pembalasan tiba. Ada difirmankan dalam beberapa ayat mengenai jaminan VVIP yg Allah janjikan kepada golongan manusia biasa (yg bukan dari golongan para Nabi dan Rasul). Itulah jaminan Allah kepada orang2 yg bertaqwa (bukan sekadar org Islam). Seperti firmanNya;






Orang yang patuh kepada Allah dan RasulNya, takut dan bertakwa kepadaNya, itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan. An Nuur 052




Sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik, sesungguhnya untuk mereka ada taman (syurga) yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka beroleh pemberian di dalam syurga dari semacam buah-buahan, mereka mengatakan: Ini pemberian yang kita terima dahulu, dan kepada mereka diberikan pemberian yang serupa, untuk mereka di dalam syurga ada jodoh yang suci dan mereka kekal di dalamnya. al Baqarah 025


Golongan yg bertaqwa sahajalah yg diberi jaminan Syurga di akhirat kelak. Memanglah telah berbuih2 mulut ustaz2, imam2 mengingatkan kita untuk menjadi ahli golongan ini. Saban waktu Jumaat akan diingatkan oleh khatib supaya kita menjadi orang yg bertaqwa, namun adakah kita sudah mencapai tahap spesifikasi org2 yg bertaqwa?


Kesimpulannya:
kepada mereka yg sudah merasai kedudukan dan layanan VVIP di dunia ini, bersyukurlah dan teruslah berusaha untuk mendapat VVIP yg tulen dan kekal di akhirat nanti. Kepada yg masih belumpun sampai ke tahap sipi2 tu (termasuklah si penulis ni), teruslah juga bersyukur dengan nikmat yg diberikan, dan terus beristiqamah untuk mencapai tahap spesifikasi bagi membolehkan ganjaran VVIP di hari kekal nanti. Insyaallah


Catatan Selanjutnya...

Friday, January 30, 2009

Mendekati untuk mendapat CintaNya

Di antara cara untuk membantu kita dalam bermujahadah melawan syaitan adalah dengan melakukan ibadah wajib secara benar, kemudian menyempurnakannya dengan ibadah sunat. Hal ini dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam satu hadith qudsi yang bermaksud:


" Hamba-Ku yang mendekat kepadaKu dengan sesuatu, lebih Aku cintai daripada Apa yang Aku wajibkan kepadanya. Dia sentiasa mendekatkan diri kepadaKu dengan melakukan amalan2 ibadah sunat sehingga Aku mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, maka Aku adalah pendengarannya yang digunakan untuk mendengar, Aku adalah penglihatannya yang digunakan untuk melihat, Aku adalah tangannya yang digunakan untuk memegang, dan Aku adalah kakinya yang digunakan untuk berjalan. Jika dia mohon kepadaKu , nescaya Aku akan memberikannya. Jika dia berlindung kepadaKu, maka Aku akan melindunginya.


Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari segala fitnah sama ada zahir mahupun yg batin. Semoga dapat dipermudahkan aku dalam aku mengerjakan amalanku kepada Mu.

sumber: Mukmin Fathi Al Hadad - Perbaharui solat anda


Catatan Selanjutnya...

Doa Harian - Siri pagi Jumaat

Untuk pagi2 Jumaat yang mulia ini, dinotakan untuk peringatan sendiri dan sesiapa yg terbaca dengan satu do'a;
Ya ALLAH Ya Tuhanku..
Baguskanlah untukku agamaku..
Kerana ia pengawas seluruh urusanku
Perbaikilah untukku duniaku..
Yg di sana adalah kehidupanku
Sempurnakanlah untukku akhiratku..
Kerana ke sanalah tempat kembaliku
Jadikanlah hidupku..
Sebagai penambah kebaikan
Dan jadikanlah matiku..
Sebagai tempat istirehat daripada segala kejahatan…..
Amin.


Catatan Selanjutnya...

Thursday, January 29, 2009

Bila kita yang tandus

Memang orang kita agak extreme bila beribadat. Apa2 je amalan yg dibuat orang lain yg agak2 berbeza dengan cara kita, terutama dalam solat, kita akan labelkan pengamal tersebut sebagai ajaran songsang, salah, tidak sah dan sebagainya.
Pernah diberitakan ada jemaah umrah yg diminta oleh pak mudir yg membawa mereka untuk bersolat semula di bilik2 hotel selepas selesai solat berjemaah di masjidil Haram, hanya kerana pak imamnya tidak kedengaran membaca Bismillah semasa membaca Al Fatihah dalam solat Maghrib dan Isya'. Padahal mungkin bacaan Bismillah nya dibacakan secara perlahan seperti yg juga disunnahkan oleh Baginda Nabi s.a.w.
Adakalanya bila berjemaah di masjid, bilamana ada sesiapa dari jemaah yg terus bangkit bila selesai memberi salam tanpa duduk bersama berwirid dan berdoa' bersama imam, ada sahaja mata2 tajam yg memerhatikan dan mempersoalkan tindakkan jemaah tadi. Kononnya tidak hormat dan terlalu gopoh meninggalkan jemaah. Padahal yg menjadi rukun kepada makmun apabila berjemaah bersama imam adalah hanya sehingga salam sahaja.

Ada juga yang melabelkan sekian2 ustaz ini bida'ah, yg itu bida'ah, hanya kerana amalan mereka agak berbeza dengan apa yg kita amalkan sekian lama, dan lain dari apa yg kita pelajari semasa di KAFA dahulu. Dengan ilmu cetek kita, memanglah keterbatasan dalam amalan2 kita ini ketara. Sebagai contoh, dalam bab2 solat; Jika kita tidak mendalami kitab2 yg memperhalusi cara2 solat Rasulullah s.a.w dan sunnah2nya maka mana mungkin kita akan didedahkan dengan kepelbagaian yg di sunnahkan Baginda s.a.w. Mana mungkin kita akan didedahkan dengan 5 cara membaca salam dalam solat yg Baginda amalkan. Dengan hanya berbekalkan ilmu semasa di KAFA, mana mungkin kita didedahkan dengan beberapa doa' iftitah, beberapa cara mengangkat tangan semasa bertakbir yg Baginda s.a.w amalkan, dsbnya. Dan dengan ketandusan ilmu yg ada, dengan sempitnya ilmu yg ada, kita menjadi sangat mudah untuk menjadi prejudis kepada org2 yg melakukan sesuatu amalan termasuk dalam cara2 solat, sebagai amalan bida'ah, salah, songsang, etc.
Dengan ketandusan, kesempitan dan ceteknya ilmu inilah juga kita sentiasa menjadi extreme dan mudah menghukum cara org lain beramal, sedangkan yang menjadi pokoknya ialah bagaimana cara untuk kita menambahkan kekuatan ummah dengan membawa lebih ramai ahli2 untuk datang ke masjid berjemaah. Kerana ketandusan ilmu jugalah yg membuatkan kita senang untuk dipengaruhi oleh anasir2 jahat, yang beragenda, yg cuba menanamkan sikap buruk sangka, kepada rakan2 seagama, kekadang melampaui sikap buruk sangka kita kepada musuh Islam itu sendiri. Bayangkan, dek kerana sempit dgn satu cara amalan solat sahaja, kita dgn senangnya akan menghukum tidak sah itu dan tidak sah ini bila yg dilakukan org itu berbeza dgn cara kita. Bayangkan bilamana jika kita bermusafir ke India, Pakistan, Algeria atau ke Saudi, dengan berlainan pegangan Mazhab, adakah kita tidak akan menyertai mereka dalam solat berjemaah?
Sebagai peringatan untuk diri sendiri, jangan kita mudah membuat hukuman ke atas amalan org lain yg agak berbeza dengan cara kita. Dan dalam masa umur yg berbaki ini, rajin2lah mendalami ilmu untuk meningkatkan kefahaman dalam amalan harian.


Catatan Selanjutnya...

Wednesday, January 28, 2009

Self Check No 1 untuk 1430H

Selesai sudah sebulan kita lalui untuk 1430H. Tanpa menoleh ke belakang, Muharram terus je menuju ke hadapan dan datanglah Safar. Bermakna, umur kita yg tidak kita ketahui penghujungnya sudah berkurang lagi sebulan (bukannya umur kita meningkat tetapi hakikatnya berkurang terus). Maka amatlah wajar untuk kita membuat spot check atau self check yang pertama untuk tahun 1430H ini. Sebaik2nya ini dilakukan setiap hari, semasa ingin melelapkan mata, kita muhasabah diri apa yg telah dilakukan dalam seharian kita menggunakan waktu dan diri yang dipinjamkan ini.
Adakah diri kita ini lebih cemerlang hari ini daripada hari sebelumnya, seperti yg disarankan oleh Rasul s.a.w? Sedar atau tidak saban waktu kita dikurniakan kemudahan urusan dunia kita, ada yg bertuah mendapat pasangan dan anak2 yg bahagia dan taat serta hormat sesamanya. Ada yg mendapat Rahmat Allah untuk terus mendapat rezeki halal yg mencurah2 dan diberi kekuatan untuk terus membenci segala yg mendorong kepada kemaksiatan. Kita juga terus dikurniakan kebahagiaan akhirat dengan diberikan kemudahan untuk beribadat, dibukakan hati untuk bertaubat secara berterusan dikala melakukan sebarang dosa (yg memang sinomin dengan makhluk yg bernama manusia biasa)...
Sebagai peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa yg membaca nota ini, sediakanlah satu checklist; adakah keimanan kita ini telah mencapai piawaian yg Allah tetapkan? atau sekurang2nya menjurus ke arah piawaian atau standard yg digariskan dalam Al-Qur'an dan Hadits. Adakah tahap Tauhid kita masih ditakok pertama org2 Islam iaitu hanya yakin pada minda sahaja dan masih gagal dalam melawan nafsu?. Atau tahap tauhid kita telah mencapai piawaian Ainul yakin iaitu merasakan diri kita sentiasa diawasi dan dilihat tak kira di mana jua, maka kita akan merasa malu untuk mengingkari perintahNya. Atau tahap tauhid kita sudah menghampiri tahap piawaian Hak'kul yakin iaitu merasai dengan hakiki bahawa segala2nya amat2 jelas; syurga dan neraka, dan segala yg sepatutnya, sehingga seumpama jatuh pengsan bilamana dibaca ayat2 tentang peringatan Allah mengenai hari pembalasan, azab siksa neraka.
Bila kita menghadapi kemungkinan gawatnya ekonomi setempat dan global, maka berpusu2 cerdik pandai membantu menyediakan checklist untuk menyelamatkan kita dari ancaman kegawatan ekonomi dunia, maka elok benarlah kita membuat checklist jika kita sedar akan kegawatan amalan dan persediaan kita untuk hari hidup kekal. Sepertimana bila kita merancang untuk berpindah rumah atau bertukar tempat kerja, tukar profession atau apa jua, kita akan cuba sedayanya untuk membuat perancangan teliti sehingga adalah pasaran untuk financial planner, wedding planner, cuma blom ada je planner utk pindah rumah. So, untuk hari hidup kekal kita kenalah buat plan, atau setidak2nya carilah planner untuk hari hidup kekal kita.


Catatan Selanjutnya...

Friday, January 23, 2009

Bekalkan A's Akhirat untuk Anak

Dalam masyarakat "berapa A?" sekarang, terlalu banyak gejala2 tidak sihat yg melanda kita seolah2 tiada lagi nilai2 murni dalam masyarakat kita. Yang paling nyeri ialah tsumani aqidah yg melanda rata2nya kepada golongan remaja dan awal dewasa. Ini yang gerunnya kerana kami pun ada anak2 yg akan menempuh alam awal remaja tidak berapa lama lagi. Jika kita membuat lawatan tidak rasmi ke pusat2 juvana yg ada di beberapa tempat di Lembah Klang ini, rata2nya berbalik kepada masalah yg berpunca daripada kurang perhatian ibubapa ataupun kerana ada masalah dengan kedua ibubapa.
Salah satu puncanya (dari beberapa soalan yg ditujukan dan berdasarkan jawapan mereka) adalah kerana kurangnya penerapan nilai2 Islam dalam jiwa anak2 ini. Ada yg tidak pernah solat dan tidak pula pernah lihat ibubapa mereka memenuhi tuntutan itu, rata2nya kerana sibuk dgn kerjaya dan bisnes. Tidaklah dinafikan bahawa ibubapa yang cemerlang dunia akhirat mestilah mereka yg cemerlang imannya dan sentiasa beramal soleh sehingga menjadi tunggak, idola dan 'reference point' utk anak2.
Marilah kita tanya diri sendiri..Berapa kerapkah kita solat berjemaah dgn anak2, membaca Al Qur'an sama2 spt amalan membaca Al Kahfi atau Yassin pada malam2 Jumaat, berapa kerap kita mengajak mereka ke surau atau masjid untuk sama2 mengikuti majlis ilmu? adakah anak2 kita solat apabila kita tidak bersama mereka? adakah solat mereka itu mengikut aturan dan cara2 yg betul? Jika jawapan kita tu agak2 positif, maka kita telah sedikit sebanyak berjaya memenuhi tanggungjawab sebagai ibubapa, dan elohlah kita teruskan hijrah ke arah yg lebih cemerlang. Kiranya jawapanya negatif, adalah belum terlambat untuk kita perbetulkan mana yg kurang, dan janganlah lupa untuk bersyukur kerana Allah masih sayang kita dan diberikan kesedaran untuk menyedari hakikat sebenar sebelum terlambat.
Sambil kita membekalkan mereka dengan ilmu duniawi, rangkaian "A's" dalam peperiksaan, sentiasa excel dalam apa2 bidang tugasan dunia, kita wajib pastikan bekalan ilmu akhirat anak2 tidak dilupakan, malah itulah yg lebih utama untuknya. Anak2 yg rajin dan faham sebab dan aturan beribadah dengan betul lazimnya akan membesar menjadi insan yg bertanggungjawab, jujur, amanah dan dapat menahan nafsu negatif mereka.
Antara tips yg diingatkan oleh mereka yg prihatin kepadaku dan anak2ku;
  1. Sentiasa memastikan mereka mengambil berat (lebih dari sekadar tahu) rukun2 Islam dan rukun Iman. Yg ini memerlukan kita lebih arif daripada tahap sekarang untuk kita memberi tunjuk ajar kepada mereka.
  2. Pastikan solat mereka adalah betul dari segi rukunnya dan bacaannya. Solat kita sendiripun mestilah lebih baik daripada solat berasaskan pengalaman belajar semasa di kelas KAFA (umur kita time tu 6 - 8 thn je)
  3. Dekatkan diri mereka dengan Al Qur'an, lebih selesa jika dilakukan bersama2. Tak salah atau 'tak glamor' kalau kita sama2 belajar tajwid sama2 kiranya bacaan kita pun tersasar dari landasan betul.
  4. Ambil peluang untuk didik mereka dari awal secara berperingkat2 spt puasa, dsbnya biar mereka ada 'Islamic mind'. Biar mereka rasai 'hidup ini ibadah' dalam jiwa.
  5. Ajaklah mereka mengikuti anda ke surau atau masjid utk menerapkan jiwanya dgn jemaah. (ini hanya boleh dibuat jika kita sendiri memang ke masjid/surau)
  6. Tegaslah dalam mendidik anak2 dalam soal ibadah (sebaiknya lebih tegas daripada didikan dalam mengejar "A's" untuk peperiksaan duniawi. Contohilah pengajaran Rasulullah s.a.w dalam ketegasan mendidik anak2.

Aku juga diingatkan, anak2 adalah amanah Allah kepada kita sebagai satu amanah, satu saham untuk kita jalankan tanggungjawabnya dan juga satu ujian untuk melihat sejauh mana kita dapat mentaati perintahNya sebagai khalifah di dunia. Janganlah kita lupa sedetikpun bahawa doa anak2 inilah nanti yang akan meringankan bebanan siksa semasa di alam barzah dan alam akhirat nanti. Malah didikan anak2 dengan baik mengikut tuntutan agama adalah tanda syukur kita kepada Allah yang mengurniakan kita dengan nikmat zuriat yg sempurna ini.


Catatan Selanjutnya...

Wednesday, January 21, 2009

Boikot ke Bungkus?


Lewat hari Ahad 18 Jan kami 4 beranak ke The Cut Above dkt TeSCO Shah Alam untuk kerja2 pemotongan rambut bulanan. Mereka2 ni dah terbiasa dgn tpt tu so ajak ke tpt lain pun i.e kedai Bapoo Barber, tak mau depa.

So sambil duduk tunggu sorang demi sorang hulur kepala mereka utk dibuat student's hair cut, sempatlah juga jenguk2 ke TESCO. Kot2 kosong lengang dek penangan kempen boikot pasaraya Yahudi nih. Aleh2 tengok makin meriah ada lah. Promosi harga lantai lah, harga bulat lah, harga nipis lah macam2 lagi. Pic di bawah tu sekadar gambaran kecil berkenaan kemeriahan pasaraya pada masa itu.


Pernah ku notakan berkenaan pulangan bersih 4.9% keuntungan oleh pasaraya ini didalam laporan kewangan syarikat induknya di London (2007 untung bersih RM826mil dari operasi Malaysia, Filipina, Thai dan sebahagian China). Bila ku tanya sorang kakak tu apesal tak boikot TESCO dia jawab dengan agak bengis; u buat je lah!. Ada beberapa pelanggan tu sampai tak cukup tangan nak bawa barangan yg dibeli. Yg ini kira belum mula boikot lagi dah KO dah nih.

Nampaknya kekuatan ukhwah Islam kita tidaklah seberapa jika nak dibandingkan dengan hasrat di hati. Nak melihat perjuangan bangkit menghadapi kongkongan Yahudi dalam ekonomi memanglah sukar, namum jika sikap endah tak endah ini berterusan, maka tak sempatlah kita nak merasakan sedikit hasil kebangkitannya dalam masa terdekat ini.

Betul juga kata seorang tenaga pengajar ditpt ku, jika kita tekad nak boikot kesemua yg ada sangkut paut dgn Yahudi laknatullah, maka guna daun lah kita buat baju, kain, etc. Nak pergi haji pun kena naik Boeing, Airbus atau yg sejenisnya. Nak tunggu kapalterbang Proton atau Perodua lambat lagi lah kot.

Tapi, pelik juga ye, kalau setakat milo, diapers, horlicks, lain2 barangan nestle tu kan ada alternatif lain, yg banyak di jual di Giant, Mydin Mart atau kedai2 runcit lain. Entahlah, orang kita, selagi tak kena kat batang hidung dia mana dia nak ambik kesah sangat...




Catatan Selanjutnya...

Siri Jutawan 2 - Rahsia menjadi Jutawan

Baik, sambung semula siri menjadi jutawan. Nota berasaskan satu penulisan dari Lembaga Zakat Selangor untuk renungan dan nota bersama.
Menjadi fitrah manusia, semuanya ingin menjadi jutawan hartawan dan dikala ditanya apa yg akan dilakukan apabila mencapai impian untuk bergelar jutawan, maka yg beragama Islam akan memasang pelbagai impian dan perancangan yg lunak dan muluk. Namun tidak ramai yg melunaskan apa yg dirancang2kan seandainya kekayaan RM1juta itu benar2 menjadi kenyataan. Sebaliknya impian2 lunak itu diganti dengan rancangan2 mega lain yg akan terus membuncitkan nafsu sendiri. Kenapa ye?
Jangan Sayang Pada Dunia yg Fana'

Memang telah diberi amaran oleh Rasulullah s.a.w didalam satu hadits yg bermaksud " Wahai anak Adam!, jika kamu memberikan lebihan hartamu (bersedekah) adalah terbaik bagimu, dan sekiranya kamu menahannya (bakhil) adalah celaka dan tiadalah kamu akan dicela jika tiada lebihan (dari hartamu). Mulakan pemberianmu kepada org yg engkat tanggung (keluarga). Tangan yang memberi adalah lebih utama daripada yang menerima.
Kenapa manusia menjadi bakhil? Mungkinkah kerana kita merasakan nikmat yg diperolehi itu adalah atas usahanya sendiri dan bukan kurniaan Allah. Lalu kita merasakan bahawa manusia lain tidak berhak untuk merasainya walau sedikit daripada harta yg diusahakan siang dan malam itu. Mungkin pernah kita terdengar ungkapan sebegini " penat2 aku kerja, senang2 kau nak minta" (minta2 jgn kita pulak yg pernah merasai sebegini). Sampai ada yg memperlekehkan seruan2 manusia prihatin yg meminta kita bersedekah, memberi wakaf atau infak.
Kita kerap lupa bahawa harta yg dikumpul tidaklah sebanyak mana. Dan yg paling kita lupa (ini termasuklah sipenulis) yg harta terkumpul tidaklah ada nilai secara langsung untuk kita bawa ke perjalanan hijrah seterusnya. Tak kala kita melangkah ke alam barzah, semua harta2 dunia yg di tinggalkan akan dibahagi2 kan sesama anak2 dan waris yg tinggal. Yang akan kita bawa cuma kain kafan putih sahaja.
Baginda Rasulullah s.a.w memberi peringatan kepada kita melalui soalan yg baginda s.a.w tujukan kepada para sahabat; tahukah kamu apakah harta yg sebenarnya yg kamu miliki? maka jawab para sahabat: harta kami ialah wang dinar, dirham, bangunan dan tanah ladang. Lalu baginda bersabda; harta2 itu adalah kepunyaan warismu. Hartamu yg sebenar ialah amal2 yg kamu lakukan semasa hayat.
Calon Jutawan Sebenar

Ingatlah (terutama kepada penulis), nikmat dunia yg pernah dan sedang kita kecapi ini tiada nilainya di sisi Allah S.W.T walaupun sebelah sayap nyamuk. Pernah Nabi s.a.w bersabda yg bermaksud; Kalaulah nilai dunia ini sama dengan sebelah sayap nyamuk, nescaya Allah S.W.T tidak akan memberikan rezeki kepada orang2 kafir.
Memang sudah ada tips untuk kita menjadi jutawan akhirat di antaranya dalam surah Al Qasas ayat 77 yg bermaksud;
Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan. (77)
Bilamana kita memanafaatkan harta kekayaan yg Allah kurniakan itu untuk amalan2 yg mendatangkan pahala (dengan niat hanya keranaNya dan bukan untuk menunjuk2 dan mendapat sanjungan manusia), maka amalan itulah yang akan menjadi harta (mudah-mudahan dengan RahmatNya) yg tidak ternilai di akhirat kelak.
Kesimpulannya, marilah kita mengorbankan sedikit daripada hasil kurnia Allah ke jalanNya. Tambahan pula waktu2 yg mendatang ini dengan kegawatan ekonomi yg semakin meruncing, masa di mana kita akan berusaha untuk mengoptimakan perbelanjaan kita, maka masa inilah nilai setiap amalan yg kita lakukan menjadi berlipat ganda. Bak kata orang ilmuan, memberi semasa kita pun tengah susah adalah lebih tinggi nilainya berbanding semasa kita senang. Semoga kita bukan saja menjadi usahawan dunia yg bercita2 mendapat pulangan jutaan ringgit, tetapi marilah kita sama2 pasang wawasan untuk menjadi insan yg bergelar jutawan akhirat.


Catatan Selanjutnya...

Tuesday, January 20, 2009

Sistem Demokrasi ini juga asalnya dari Zionist

Dalam sebilangan besar rakyat negara duduk kalut dengan Pilihanraya Kecil KT 17hb Jan yang lalu, sebahagian daripada Uni tempatan juga sibuk membuat pemilihan perwakilan pelajar. Proses kempennya pun tidak kurang hebatnya.
Semalam (19hb Jan), aku dibisikkan tentang apa yang berlaku di UM. Kita tak tahu hal ini kerana sudah lama meninggalkan alam Uni jadi hal2 pemilihan pelajar sudah tidak ada dlm dairi harian. Namun apa yg berlaku amat2lah dikesali dan harap2 tidaklah berlarutan.
Inilah yang berlaku, dilaporkan oleh m-star http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/1/16/mstar_berita/20090116152349&sec=mstar_berita juga dinyatakan oleh satu blog alternatif tapi tidak di dalam mana2 media arus perdana, mungkin atas dasar isu sensitif ataupun dek kerana terlalu sibuk dgn kempen KT.
Hebat sungguh pemilihan pelajar ini sehingga ada pihak2 yg sanggup memainkan isu2 jijik, sensitif dan luar biasa sebegini... aduih.
Berbalik kepada sistem demokrasi. Ini bukanlah sistem mengikut cara Islam dan sememangnya sistem demokrasi ini telah dipelopori oleh Barat atas dasar sekularisma dan kebebasan hak individu. Padahal, dalam sistem Islam, pemilihan pemimpin adalah mengikut permilihan secara syura (musyawarah). Abdul Qadim Zallum (1990) pernah menegaskan,”Demokrasi bukanlah syura, karena syura ertinya meminta pendapat (thalab ar-ra`y). Sedangkan demokrasi, adalah suatu pandangan hidup dan kumpulan menentukan perjalanan satu2 organisasi, undang-undang, dan sistem [pemerintahan] ...”


Catatan Selanjutnya...

Sentiasa Bersangka Baik

Kali ini bukan nak dinotakan pelajaran berkenaan keperluan bersangka baik yang insyaallah akan dinotakan suatu hari nanti jika diizinkanNya.


Now ni saja nak ringan2kan pemikiran dengan hal2 semasa yang sedang berlaku, apalagi kalau bukan hal serangan kejam Regim Zionis ke atas penduduk Islam Palestin di Gaza yg dicerobohi. Tergerak hati untuk memikirkan apa sebenarnya yg menjadi tujuan org2 yg berduyun2 mengirim SMS dan email berantai yang kekadang agak tersasar isi kandungnya.

Sebagai contoh satu SMS ini yg berbunyi " marilah beramai2 bermunajat untuk Palestin kerana malam ini Israel telah hampir sekali dengan Masjid AlAqsa dan akan mula merobohkannya malam ini....."

Sekali baca, memang SMS sebegini menaikkan saraf serta darah pejuang dalam diri setiap muslim yg prihatin. Mungkin juga sipengirim seorang yg prihatin pada Palestin, pada Islam dan pada Al Aqsa. Namun, bila baca dua kali, terasa pula seperti dipermain2 kan oleh individu2 yg memulakan SMS berantai ini. Adakah benar apa yg diSMS kan ini? adakah sipenciptanya seorang yg hanya ingin menaikkan darah kita. Atau mungkin lagi sipengirim ialah seorang yg ingin menaikkan bilangan SMS pengguna yg akan menforwardkan SMS ini kpd rakan2 lain. Ternyata banyak sekali dilintasan hatiku.

Apa tidaknya, Masjid Al Aqsa terletak jauh dari Semenanjung Gaza. Jika kita tahu sedikit tentang geografi bumi Palestin, maka kita akan tahu bahawa AlAqsa terletak di Tebing Barat (West Bank), berhampiran Laut Mati manakala Gaza Strip yg telah dicerobohi lagi baru2 ini terletak bersempadan dgn Egypt. Jadi SMS mengenai cubaan meroboh Al Aqsa baru2 ini adalah tidak tepat sama sekali. Alamak! aku pun terkena rupa2nya.


Tak apalah apa2 pun sebab utama sipengirim, baiklah kita bersangka baik dan menganggap dianya hanya ingin menaikkan kesedaran kita untuk lebih mengambil berat perihal saudara2 kita di Palestin.


Catatan Selanjutnya...

Saturday, January 17, 2009

Siri Do'a : Doa untuk Keluarga

Nota peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa yang membaca. Panjangkanlah doa untuk kedua orang tuamu (samada yang masih hidup mahupun yg telah meninggalkan kita - ni saya punya keslah).
Berdasarkan satu Hadits Nabi s.a.w :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"
Secara ringkasnya hadits ini dihuraikan sebagai peringatan bersama seperti berikut:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada)
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2....tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Doa kepada kedua orang tuamu;

Maksudnya : Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Disamping itu doakan juga kebahagian keluarga


Doa untuk kebahagian keluarga:

Maksudnya : Wahai Tuhan Kami! Berilah kepada kami dan isteri-isteri kami dan anak cucu kami pendingin mata dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.

Dan doakan agar kita mendapat keturunan yang baik2 (yang akan mendoakan untuk kita), bila kita sudah berhijrah ke alam seterusnya dari sini;

Maksudnya : Wahai Tuhanku! Berilah kepadaku dari pihak-Mu keturunan yang baik, kerana sesungguhnya Engkau mendengar doa.

Insyaallah dapat kita sama2 amalkan. Lama kelamaan ianya akan jadi sebati dalam diri dan dalam tiap2 kali doa kita. Selamat beramal




Catatan Selanjutnya...

Friday, January 16, 2009

Nak Makan ke Nak Solat?

Dalam pengajian Fiqh, ada satu persoalan mengenai penyediaan diri untuk solat dan mendapat kyusuknya. Satu soalan specific timbul untuk mendahulukan yang mana di antara solat atau makan atau ke tandas untuk melegakan diri.
Dalam banyak2 rujukan satu Hadits dipetik dari Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0512 yang diterjemahkan spt berikut; Dari Ibnu 'Atiq r.a., katanya;
"Pada suatu ketika aku bercakap-cakap dengan Qasim. Dia seorang yang lahan (kurang tersusun tutur katanya) dan ia anak satu-satunya bagi ibunya. 'Aisyah bertanya kepadanya, "Mengapa kamu tidak dapat bicara seperti anak saudara ku ini? Aku tahu sebabnya. Ini dididik oleh ibunya dan kamu dididik oleh ibumu." Qasim marah dan jengkel kepada 'Aisyah. Tatkala dilihatnya 'Aisyah menghidangkan makanan, dia pergi. Maka kata 'Aisyah, "Hendak ke mana kamu?" Jawab Qasim, "Aku hendak pergi solat." Kata 'Aisyah, "Duduklah dahulu!" Jawab Qasim, "Aku hendak pergi solat." Kata 'Aisyah, "Duduklah dahulu! Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Tidak sempurna solat seseorang apabila makanan telah dihidangkan, atau apabila dia didesak buang air besar atau kecil."
Cuma ustaz yang mengajar itu mengingatkan dalam kes2 yg special seperti bilamana waktu solat tinggal lagi ciput2 (yg mungkin berlaku kepada sesiapa yg belum dpt kemudahan solat pada awal waktunya), maka solat fardhu adalah didahulukan daripada yang lain2.
Salam Jumaat
Hanya Allah yang Maha Mengetahui


Catatan Selanjutnya...

Thursday, January 15, 2009

Banyaknya Untung!!! Kenapa nak sokong?

Tak macam biasa aku catatkan nota pengajian. Kali ini terpanggil untuk menyemak sikit2 laporan report tahun kewangan beberapa syarikat luar yang termasuk dalam senarai boycott yang di war2kan. Bukan tak ikut serta tapi tak mau ikut hanya kerana emosi dan email2 berantai. Kita bertindak mengikut informasi bukan ikut semborono. So semaklah satu dua financial report untuk pengesahan. Yang sempat dirumuskan hanya satu pasaraya dan satu kedai burger bergerbang emas yg ada maskot pakcik tua.


Dari laporan kewangan 2007 Pasaraya Tesco:

In Asia, sales grew by 16.0% at actual exchange rates and by 14.8% at constant rates on a consistent (six month versus six month) basis for China sales, to £3.2bn (last year £2.7bn*). Trading profit increased by 16.9% at actual rates and by 18.5% at constant rates to £145m (last year £124m).

Trading margins were stable in Asia despite rapid sales growth in China, where we made a small loss in the first half as a result of planned growth in overhead as we establish our operations and supply hubs in China’s main economic regions. Elsewhere we saw strong performances in Thailand, Malaysia and Korea (where reported growth was held back by an unfavourable exchange rate).

Asia Results £m
Asia sales (inc. VAT) £3,171m ( x 5.7 = RM 18,074.7 mil = RM18 Bil !!)
Asia trading profit £145m ( x 5.7 = RM 826.5 mil)
Trading margin 4.9% - -

Jadi, daripada rangkaian pasaraya di Asia, jika guna exchange rate RM5.7 hampir RM830 juta keuntungan telah diperolehi dari perniagaan termasuk Malaysia. Fikir2 lah sendiri ye.


Then check pula financial report Kedai Burger Mac Besar kegemaran waktu dulu (setakat inilah ku menjadi senarai pelanggan mu...)


Laporan Kewangan Kedai Burger melaporkan;
In APMEA (Asia Pacific Middle East Australiana), the constant currency increase in revenues in 2007 was primarily driven by strong comparable sales in China and Australia, as well as positive comparable sales in substantially all other markets. In addition, expansion in China contributed to the increase. In 2006, the increase in revenues was primarily driven by the consolidation of Malaysia for financial reporting purposes due to an increase in the Company’s ownership during the first quarter 2006, expansion and positive comparable sales in China, as well as positive comparable sales in most markets.


Memang ada suara2 nakal yang menyatakan kerisauan kesan kepada para peniaga tempatan jika boycott berterusan dilakukan kepada syarikat2 besar ini. Tapi kenyataan kewangan tetap kenyataan (melainkan juru audit2 yg menyediakan laporan ini tidak berlaku benar dan waras semasa mengesahkan laporan).


Sama2lah kita ingat mengingati perihal kezaliman Regim Zionis ke atas saudara2 Islam kita di Palestin. Untuk anak2 dewasa yg sudah matang, boleh share2 some numbers of profit collected pastu biar depa sedar ke mana wang mereka pergi lepas bayar di casher Burger tu... Burger Ramly cicah sos tomato Aminah Hassan dan salad Cameron pun menyeliurkan.


Catatan Selanjutnya...

Tak Kenal Manalah Nak Cinta

Menjadi ungkapan biasa yang berkatanya bila tak kenal maka camna nak cinta? So kena lah kenal hati budi dahulu baru boleh menjiwai samada sehaluan ataupun tidak.
Dalam ketandusan cinta kepada yang Satu maka marilah kita mencari jalan dan peluang untuk lebih mengenaliNya. Bagaimana? dengan merujuk kepada Al Qur'an dan Hadits, dan banyakkan masa untuk berdampingan dengan orang2 yang mahir dalam hal2 Al Qur'an dan Hadits. Dari situ maka akan bertambahlah peluang kita untuk lebih mengenali Allah dan dengan izinNya akan dapat menemui jalan untuk mendapatkan CintaNya.
Bak kata Imam Ghazali dalam Minhajul Abidin: "Bagaimana jadinya apabila engkau menyembah yang engkau belum kenal dengan namaNya dan ZatNya dan yang wajib bagiNya dan yang mustahil dalam sifatNya, sebab terkadang engkau mengiktikadkan sesuatu yang tidak layak bagiNya dan sifat2Nya. Jika demikian maka ibadatmu itu berhamburan seperti debu2 ditiup angin."
Minhajul Abidin, Al Ghazali


Catatan Selanjutnya...

Wednesday, January 14, 2009

Siri Cinta : 40 Hadits Peristiwa Akhir Zaman - Cinta Dunia

Daripada Tsauban ra berkata : Rasulullah saw bersabda :

"Hampir tiba suatu masa di mana bnagsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?". Nabi menjawab : "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
Jika disemak dari segi bilangan memanglah jumlah orang Islam dunia ialah sekitar 1bil atau 1/5 penduduk dunia, tetapi kita sering kali diperlekehkan, dipersendakan, dipijak2, dilabelkan dgn pelbagai label keji spt org yg suka keganasan, kaum yg boleh diperlakukan spt lembu dicucuk hidung, tunduk di bawah telunjuk kuasa dunia yg rata2 bukan dari kelompok kita. Walaupun rampasan wilayah atau tanah air sudah tidak berlaku kecuali di beberapa tempat di dunia, namu secara halus dan terancang kekuasaan dan keutuhan aqidah kita dirampas secara senyap2. Kaum lain di seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya Islam yg kita cintai.
Bagaimana 'mereka' ini sedang meruntuhi kekuatan Islam kita? Sebenarnya segala kekalahan Muslimin adalah berpunca dari sikap diri muslimin itu sendiri, termasuklah sipenulis ini. Kita dibelenggu dengan penyakit 'wahan' yang merupakan penyakit 2 serangkai yang selalu wujud dalam jiwa kita, iaitu "cinta dunia" dan "takut mati". Cinta dunia mendorong kita menjadi leka, tamak, rakus, kedekut dan menjerumuskan ramai ke kancah rasuah dsbnya sehinggakan mengeluarkan zakat pun dianggap sebagai merugikan. Takut mati pula bermakna leka dengan kehidupan dunia, mendahulukan yg kurang penting berbanding dgn yg lebih penting. Kita banyak membuat persiapan rapi untuk kehidupan dunia tetapi kurang dan bertangguh untuk membuat persiapan menghadapi negeri akhirat.
Sebagai contoh; sekiranya kita merancang untuk berpindah ke kediaman idaman baru, akan banyak sekali persiapan yang dibuat dengan teliti; dengan langsir barunya, cat baru, almari dan persiapan laman tema terkini. Namun, bila tiba bab persiapan untuk ke alam kehidupan kekal, kita akan bertangguh2, 'belum sampai seru', 'nak rasa nikmat dunia dulu', nantilah dsbnya menjadi ungkapan biasa, seolah2 kehidupan ini adalah hak mutlak kita dan kita yang tentukan bila dan ketika nak terus hidup dan bila nak menjenguk ke alam seterusnya. Itulah hakikatnya kehidupan kita di zaman ini, sepertimana yg telah Rasul s.a.w nyatakan dalam petikan hadits di atas. (penulis ini sedar dan akur betapa tebal cintanya kepada dunia dan betapa tak bersedianya dia untuk mati).
Semoga Allah membuka dan seterusnya menetapkan hati ini untuk terus sedar yang mana penting dan yang mana hanya untuk keperluan sementara. Amin


Catatan Selanjutnya...

Tuesday, January 13, 2009

Siri Cinta : Menyintai dan Dicintai

Dalam satu pengajian tafsir, satu topik yang sangat relevan dengan pencarian cinta abadi dan juga peristiwa keganasan Zionis telah dikupas oleh Ustaz Dr Roslan Mohammad UM. Beliau mengupas ayat 33-34 surah Fusilat:

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)! (33) Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (34)

Mengikut tafsir Ibnu Katsir (setakat ini, inilah kitab tafsir keluaran terbaik dan mudah dibaca yang ku jumpai); secara khususnya orang yang menyeru kepada Allah dalam ayat ini adalah merujuk kepada Bilal Ibn Rabah r.a dan Abdullah Ibn Ummi Makhtum r.a. Kedua-dua sahabat ini adalah orang yang akan melaungkan azan dan menyeru para sahabat Rasul s.a.w yang lain apabila masuknya wakto solat. Kehebatan mereka ini sehingga disebut di dalam Al Qur'an. Dari segi tafsiran umum, adalah menjadi kemestian manusia yang mencari cinta Allah itu dari mereka yang sentiasa menyuruh orang lain ke jalan Allah dan pada masa yang sama mereka itu mengerjakan apa yang disampaikan kepada org lain itu. Ini barulah kes cakap serupa bikin or bikin serupa cakap.
Secara amnya, kedua2 manusia yang hebat tadi (Bilal dan Abdullah Ummi Makhtum) adalah manusia yang dari segi fizikalnya tidaklah seindah yang diidamkan. Bilal adalah seorang hamba yang kulitnya diceritakan agak tidaklah cerah. Dan Abdullah Ummi Makhtum pula adalah seorang yang buta. Namun kehebatan dan ketaatan mereka sangatlah tinggi berbanding kita hingga ada ayat Al Qur'an yang khusus ditujukan buat mereka berdua. Inilah bukti nyata bahawa cinta Allah bukanlah pada paras rupa dan kesempurnaan fizikal, tetapi ketinggian taqwalah yang menjadi ukuran.
Dalam pada penderitaan saudara kita di Palestin yang masih dan terus disiksa ditindas ini kita dapat meningkatkan ketaqwaan dan ketaatan kita kepada Allah, menghulurkan sebarang bantuan dari segi wang ringgit, doa munajat dan sebagainya, sebagai tanda kasih kepada agama kita.


Catatan Selanjutnya...

Monday, January 12, 2009

Sekarang lebih Jelas...patutlah begitu jadinya

Selepas bertemu, berbicara dan mendapat pendedahan dari Dr Tg Shahrom a.k.a DrT dari Aman Palestin, barulah lebih jelas kenapa dan mengapa berlaku apa yang berlaku di Bumi Palestin itu.


Dr T mendedahkan kepadaku berkenaan Resolusi Yahudi pada 8.9.1897 (ye la 1897, bukan typo tu memang dari 1897 lagi) berkenaan penguasaan bumi Baitulmaqdis dan penubuhan Israel Raya. Bagaimana penguasaan terancang telah lama di perhalusi oleh kaum yang Allah Murka ini (itulah bacaan kita sekurang2 17 kali sehari dalam solat "Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai (Yahudi) dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat (Nasrani)"...
Inilah Masjid Al Aqsa (masjid Kubah biru)


Dan ini ialah Kubah As Sakhrah (yang di dalamnya ada Batu), boleh lihat replika di Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man Kuala Terengganu (ewahh sempat promo kampung halaman)

Kaum Yahudi mendakwa mereka adalah golongan The Choosen One percaya mereka yang menguasai Baitulmaqdis yg dipercayai adalah kepada dunia akan menguasai dunia sejagat. Rupa2yna dalam kitab Talmud kaum yang diMurkai Allah ini ada menyebut berkenaan penindasan yang mereka perlu jalankan ke atas orang2 lain selain kaum mereka, supaya kaum2 lain menjadi hamba kepada mereka, dan dapat mereka tunggangi kaum2 lain selain mereka. Mereka juga percaya dan bercita2 untuk mendirikan Temple Haikal Sulaiman di tapak Masjid Al Aqsa. Untuk mengelirukan sekalian umat Islam, media massa bukan Islam dan Internet menunjukkan Kubah As Sakhrah apabila mereka merujuk kepada Al Aqsa, supaya dapat mereka meneruskan hasrat untuk meranapkan terus Masjid Al Aqsa yang sebenar. Kubah As Sakhrah ialah dimana dalamnya ada batu dipercayai batu yang Nabi Muhammad s.a.w berpijak semasa kejadian Mikraj'.

Jika dikaji Seerah Nabi dan para sahabat, maka kita akan ketahui bahawa bumi Palestin ini pada zaman Saidina Umar Al Khattab, beliau telah mewakafkan tanah ini kepada orang2 Islam. Dan Salehuddin Al Ayubi telah membebaskan Baitulmaqdis di zaman pemerintahannya. Namun tada tanggal 8 Sept 1897 itu dalam persidangan Yahudi mereka telah memutuskan untuk mengusai Baitulmaqdis dan seterusnya merobohkan Al Aqsa untuk didirikan Temple Haikal Sulaiman. Maka amat jelaslah bahawa dalam misi untuk menguasai dunia khususnya membinasakan Umat Islam, mereka kaum yang diMurkai Allah ini akan secara berterusan akan memerangi orang Islam di Palestin dek kerana nak kuasai bumi para Nabi dan Rasul ini. Ini bukanlah atas dasar perjuangan menguasai wilayah semata2 tetapi lebih kepada perjuangan untuk meruntuhkan aqidah umat Islam seluruhnya. Mereka juga percaya, dengan runtuhnya Al Aqsa, maka semangat dan keimanan orang Islam sedunia akan runtuhlah (walaupun sekarang memang kita dah ramai yang runtuh aqidahnya walaupun belum runtuhnya Al Aqsa itu).


Mengikut DrT, pihak pejuang Hamas di Palestin bukan mengharapkan kita ramai2 datang menyertai mereka (dah memang sah2 tak ramai pun yang akan sanggup ke sana). Mereka hanya mengharapkan kita berjihad dengan cara kita iaitu dengan berdoa munajat dan membantu mereka menyebarkan berita sebenar yang berlaku agar jiwa2 "pejuang Palestin" itu tidak luput dalam jiwa kita dan generasi muda kita (yang sekarang memang hangat berjuang dengan gejala tsunami aqidah yang melanda).
Sekiranya kita keluarkan kesemua wang tunai yang ada dalam wallet (yang memang tak lah berapa banyak pun) dan kita hulurkan kepada mana2 tabung untuk rakyat Palestin, nescaya insyaallah tidak kebulur pun kita sehingga penghujung bulan, namun setiap ringgit yang kita hulurkan (jika sampai ke sana, kena pastikanlah ikut proper channel), insyaallah akan dapat meringankan bebanan mereka yang bukan sahaja kebuluran makanan, tetapi juga ubat2an, peralatan dsbnya. Banyak sekali pertubuhan2 keamanan seperti Aman Palestin, Mercy, Global Peace dsbnya, carilah mereka dan hulurlah bantu yang termampu. Mengikut 8 Jan 2009, RM150.00 cukup untuk menyara seorang rakyat Palestin untuk sebulan!. Jom Jihad!


Catatan Selanjutnya...

Totally firmed in our actions as we say so

I had opportunity to meet in person a Dr Tg Shahrom or more known as DrT of Aman Palestin two days ago. In his talk about the truth of what happened and still happening in Gaza, we have the opportunity to see more than what our local media or even Al Jazeera had shown in their correspondence. This is because DrT gets his media source direct from Gaza's fighters. And some of the images and videos are way beyond what we can tolerate as a human being, let alone those victims are our brothers and sisters of Islam. They are all our shuhadas...
Thanks to DrT, I got more involved in this. From just being a muslim who search for information, I'll insyaallah now do more and be more involved. As said in a Hadits " Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang saudara Islamnya yang lain, maka dia bukanlah dari kalanganku"...
The truth is the word in Hadits was referred as Cares and not only being informed, which many of us do now. If we care then we have to be firmed and strong in our belief. Some say they agree with the US/Jews products boycott but when it come to self discipline we run out of strength and still have thirst for Coke and hunger for Big Mac. Just look at any KFC and McD outlet, not many actually cares about the urge of boycott, even they all are well informed.
Besides boycotting the US/Jews Brands, let us take this opportunity to also boycott their way of life, the lifestyle of 'there are only money that matters' and let only the 'ustaz' busy with the religious matter, the lifestyle of 'mind your own business' and many more. We have to be strong and perseverance in our Islamic teaching. If we are in total careness, then how come only small % of muslim consumers are using islamic banking system? And the list goes on and on.
But for the start, let us do this; stop and free ourself from these brands and go for alternative product (very difficult to accept if ppl say they can't get other alternative to these):
Coca cola, Huggies, River Island, Mc Donalds, Clinique, Disney, Donna Karan, Starbucks, Gap, Garnier Perrier, Kotex, Sanex, Jo Malone, Lancome, Libbys, Tchibo, Loreal, Marks and Spencer, Kleenex, Maybelline, Nestle, Vittle, Revlon,WonderBra...


Catatan Selanjutnya...

Masih Keras Hatiku rupanya

Peristiwa semalam memang menyentuh hatiku, walaupun tidaklah sesebak bila melihat paparan kekejaman Regim Zionis di Gaza, namun sedikit sebanyak apa yang berlaku menyedarkan diriku betapa masih keras hatiku rupanya. Semoga ianya menjadi pengajaran dan peringatan kekal buatku.
Semuanya bermula semasa aku singgah di Masjid Negeri di Shah Alam dan selesaikan tuntutan solat Zuhur dan yg sunatnya. Tetiba ada suara yang mencelah " abang, boleh tolong sorongkan saya turun ke bawah?", bila ku menoleh rupa2 ada seorang insan berkerusi roda yang mungkin dari tadi memerhatikanku untuk menolongnya turun ke lantai bawah masjid. Aku pun naik heran, dari mana dan bagaimana sidia ni naik ke mari? Lalu ku bawanya ke lift dan ku sorong sampailah ke lantai bawah untuknya menuju ke destinasinya sendiri. Aku pun blom lunch so, adehhh kena cepat nih. Sambil sorong ku tanya beberapa soalan basic i.e. dari mana nak ke mana, buat apa, datang dengan siapa tadi dsbnya. Bila dia jawab sedang tunggu kawan so aku pun inginlah beredar utk lunch, biasa la bila perut kosong, darah angin naik tinggi. Then dia dengan muka malu2 bertanya semula " Bang, boleh hantarkan saya ke kantin?". Aku pun dah mula naik cuak, tadi kata tunggu "kawan" so, suruh je kawan tu hantarkan. Itulah kata2 logik akalku. Nampaknya suara hatiku dah mula naik, dan memang sah kekadang logik akal kita memang tak boleh pakai :-(. Aku ingatkan dia datang dengan kawan dan sikawan tu tengah solat, so tunggu je lah dia selesai dan dialah sorongkan ke kantin yang agak2 300m dari masjid di tengah2 panas terik ni. Tapi dek kesian tengok si dia yang duduk di kerusi roda yang agak2 uzur dan tidak pula berkasut ni, maka ku lawan hati logikku yang membuat pelbagai tohmahan pasal orang yg tidak dikenali ini.
Semasa perjalanan 300m tu dia pun berceritalah mengenai hal dirinya yang terumbang ambing ditolak ke sana ke mari oleh kerenah birokerasi yang bunyi macam cerita basi. Aku pun joinlah sama, ajak dia makan tapi dia tolak cuma sudi untuk segelas milo ais (dia belom terasa nak boikot milo keluaran nestle nih) dan aku pun makan. Barulah terasa keperitannya hidup sebagai seorang OKU. Tapi ini bukan sebarang OKU. Yang ini adalah satu OKU dalam seribu atau mungkin seMalaya. Dia ni seorang Ustaz Tahfiz lulusan Mesir rupanya. Terlopong aku dengar ceritanya. Mungkin juga terkenal dikalangan orang Klang kerana semasa makan tu tak putus2 orang menyapanya. Aduih,,,, senak dada menahan rasa malu dan insaf, yang logik akalku masih penuh dengan kekerasan rupanya :-(.
Si dia ini ialah seorang guru agama yang telah di tempatkan di satu sekolah rendah agama di Klang, namun penempatannya ditolak oleh si guru besar yang tidak mempunyai hati yg besar...Seorang yang dilahirkan dengan serba kekurangan namun mampu untuk mencapai kejayaan sedemikian..tahfiz dan mahir berbahasa arab...sepatutnya direbut2 dan dijadikan idola oleh majikan yang ingin melonjakkan emosi dan semangat anak2 kecik yang sempurna sifat dan persekitarannya. Namun sebaliknya pula kes guru besar berhati kecik ini.
Aku terus menghubungi seorang teman yang punyai kedudukan untuk menyemak kes ini dan apa sebenarnya berlaku. Selang 10 minit je, temanku memberitahu yang dia telah bercakap dengan tuan pengarah jabatan yang terbabit dan ustaz istimewa ini dapat berjumpa dengan tuan pengarah untuk menyelesaikan masalahnya. Setidak2nya dapat juga aku melapangkan sebak dadaku dek kekerasan hati logikku tadi.
Kepada Ustaz Reezal, maafkan ana kerana agak keterlaluan dan cepat berlaku prejudis kepada anta, semoga anta berbahagia dengan pasangan yang akan dikahwini tidak lama lagi. Dan kepada Encik Zahir, terima kasih kerana sudi menolong. Semoga terus aman hidup anda.


Catatan Selanjutnya...

Sunday, January 11, 2009

Menyegerakan Sesuatu Amalan Baik

Dalam kita berhasrat untuk melakukan sesuatu amalan baik, adalah menjadi keperluan untuk kita menyegerakan melakukannya, takut2 tak sempat untuk melakukannya bila ditangguhkan. Ini selaras dengan surah Al-Maidah ayat 48:

Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu) dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya" 48.
Sememangnya kita diperintahkan untuk bersegera dalam melakukan amalan ketaatan seperti sedekah dsbnya dan sentiasa berlumba2 dalam melakukan kerja2 amal. Tambah2 lagi di masa ini di mana saudara2 kita di Palestin sedang teruk di belasah oleh Regim Zionis kejam, maka adalah elok untuk kita melakukan apa saja kebaikkan yang termampu untuk membantu Rakyat Palestin yang menderita keperitan itu. Carilah apa2 peluang yang ada untuk sama2 membantu. Moga2 mereka itu akan terus tabah kuat dan bersemangat untuk berjihad mempertahankan agama Islam di bumi Gaza.


Catatan Selanjutnya...

Saturday, January 10, 2009

Jom ke Saf No -1 !

Sering kali kita lihat saf2 di baris hadapan dalam apa2 majlis ilmu, seminar, perhimpunan dsbnya akan menjadi pilihan terakhir untuk kita serbu. Berlainan sekali dengan keadaan apabila ada idola kita yg membuat persembahan, atau ada pasukan EPL yang datang membuat road tour maka penuhlah sesak orang berasak2 untuk memenuhi barisan paling hampir dengan idola2 mereka sehingga ada yang akan sanggup dihimpit dan menghimpit org lain, tak kira betapa masam bau peluh masing2, hanya untuk memenuhi keinginan untuk mendapat 'aura' sibintang.

Begitu juga dengan halnya bila kita perhatikan dalam hal saf paling depan semasa solat berjemaah. Fenomena ini hanya penulis perhatikan di Malaysia. Semasa di Saudi dahulu, memang orang2 di sana akan cuba sedaya upaya untuk menempatkan dirinya di saf paling depan, apalagi jika di Masjidi Haram atau Masjid An Nabawi di Madinah. Di Malaysia, kita orang Melayu yang penuh tebal dengan sifat sopan santun lemah lembut ini akan memberi laluan kepada org lain untuk ke depan memenuhi saf depan dan kita akan selesa berada di belakang, dan paling best kalau dapat bersandar ke dinding di sudut tepi pintu untuk cepat2 keluar bila selesai majlis ilmu.
Padahal, ganjaran untuk berada di saf hadapan itu adalah sangat besar dan tinggi seperti yang diriwayatkan dalam Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Seandainya manusia mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan cara mengundi di antara mereka, sudah tentu mereka mahu mengundi. Seandainya mereka mengetahui kelebihan takbir iaitu menyegerakan sembahyang, sudah pasti mereka akan berlumba-lumba mendapatkannya dan seandainya mereka mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam sembahyang Isyak dan sembahyang Subuh, sudah tentu mereka akan mendatanginya meskipun secara merangkak "
Sahih Muslim No 661


Catatan Selanjutnya...

Takut dan Mengharap

Diriwayatkan bahawa Saidina Umar bin Al Khattab r.a pernah berkata berkenaan rasa takut dan mengharapnya, yg maksudnya lebih kurang begini...(tak sempat salin, sipencerita tu laju sangat)
"sekiranya di padang Mahsyar nanti Allah takdirkan yang seluruh umat manusia akan diRahmatkan syurga kecuali seorang yang akan ke neraka, aku amat2 takut yang seorang itu adalah diriku... dan sekiranya ditakdirkan Allah bahawa seluruh kaum itu dimasukkan ke neraka kecuali seorang di antaranya, aku amat2 berharap yang seorang itu adalah diriku"
Begitulah kata2 seorang yang hebat bernama Umar bin Al Khattab r.a. Bagaimana hebatnya Saidina Umar r.a ini? Pernah diriwayatkan bahawa suatu hari Saidina Umar r.a berjalan melintasi Nabi Muhammad s.a.w lalu Nabi s.a.w menoleh dan bertanya kepada Malaikat Jibril, "apakah kebaikan si Umar ini wahai Jibril?" lalu dijawabnya Jibril," wahai Muhammad, jika aku ambil semua air laut untuk dijadikan dakwat untuk menulis semua kebaikkan si Umar ini, nescaya belum cukup untuk ku tulis semua kebaikkannya"... begitulah hebatnya perwatakkan Saidina Umar r.a ini.
Kenapalah kita yang langsung tidak hebat jika nak dibandingkan dengan cerita tadi, kekadang langsung tidak takut bila melakukan sesuatu dosa, atau mengengkari sesuatu tuntutan agama? Kenapa kita kekadang begitu malas untuk berdoa dan meluahkan rasa mengharap kepada Ilahi? Sampai ada yang dah masuk kategori terlampau malas, cuma angkat tangan sambil berdoa dengan lafaz " Ya Allah, macam biasa la, doa yang biasa lah, amin"....
Ada juga yang merasakan kejayaan yang dikecapi itu adalah atas usaha titik peluhnya semata2 dan tidak ada kena mengena dengan sesuatu apa yang lain pun. Jarang sekali kita menzahirkan rasa syukur kita.
Ya Allah, Hanya Engkaulah yang Maha Mengetahui akan sesuatu.


Catatan Selanjutnya...

Friday, January 09, 2009

Amal Jariyah

Dari Abu Hurairah r.a, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda :

”Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo’akannya” (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).

Diantara Sedekah Jariyah – Kabaikan yang tak berakhir
  1. Berikan Al-Qur’an pada seseorang, setiap saat Al-Qur’an tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.
  2. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda mendapatkan kebaikan.
  3. Sumbangkan kerusi roda ke Hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.
  4. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau haiwan berlindung dibawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan.
  5. Tempatkan pendingin air di tempat awam.
  6. Edarkan bacaan yang membangun dengan seseorang.
  7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid, sumbanglah walaupun hanya seketul batu bata.
  8. Edarkan CD Qur’an atau Do'a.
  9. Bantulah pendidikan seorang anak, beruntunglah seorang guru yang ikhlas dalam kerja ibadahnya.
  10. Edarkan pengetahuan yang ini dengan orang lain, semoga dapat diamalkan walaupun sedikit.


Catatan Selanjutnya...

Hari Jumaat - Tafsir Hadits

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0476.

Salman Al Farisi r.a. mengkhabarkan, bahawa Nabi saw. bersabda:
"Siapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian dia membersihkan tubuhnya sedapat-dapatnya, setelah itu dia memakai harum-haruman, kemudian pergi ke Jumaat, tidak memisahkan dua orang (yang duduk berdekatan), kemudian solat sebanyak mungkin, dan diam apabila imam telah berkhutbah, nescaya diampuni Allah dosanya semenjak itu sampai Jumaat yang akan datang."
Semoga amalan ini akan terus menjadi amalan berterusan. Amin


Catatan Selanjutnya...

Thursday, January 08, 2009

Peranan Niat Dalam Amalan

Maksud Hadits Sahih Bukhari Jil 1 No 0001:

Dari Umar bin Khathab r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehnya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya untuk apa dia hijrah".

Setiap amalan itu bergantung kepada niatnya semasa kita melakukan perbuatan tersebut. Sesetengah ulama' mentafsirkan perkataan niat itu ialah hasrat dalam hati yang timbul mendahului setiap perbuatan fizikal. Seperti hasrat untuk melalukan sesuatu sebelum sesuatu itu betul2 dilakukan secara jasadnya. Adapun begitu, jika hasratnya adalah untuk sesuatu yang baik, maka ditulis satu pahala beserta dengan hasrat tersebut.
Begitu juga dengan niat ketika melakukan sesuatu perkara khusus seperti solat, puasa, zakat, mandi hadas, dsbnya. Solat itu perlu dilintaskan dalam hati niatnya, sehingga iman Syahi'i menitik beratkan lafaz bagi memastikan lintasan yg betul ketika mana memulakan solat. Kerana perlu dibezakan antara yang fardhu, sunat, jama', qasar, qada' dsbnya. Mana mungkin seseorang yang memberi sedekah itu dikira zakat jika ketika mana dia memberikan sedekah tersebut tidak diniatkan sebagai zakat. Jadi niat dalam hal ini adalah sebagai menjelaskan status amalan itu dilakukan. Sepertimana niat ketika mandi hadas besar yang membezakan perbuatan mandi wajib dan mandi biasa untuk membersihkan diri.
Apabila kita mendalami pengajian Fiqh, banyak perkara2 perlakuan harian yang sudah menjadi kebiasaan itu akan mendapat penjelasan yang lebih detail. Maklumlah, dahulunya, perkara2 ini diajar semasa kita di kelas KAFA dan masih hingusan, tumpuan pun lebih kepada yg lain dari apa yg diajar.
Hanya Allah yg Maha Mengetahui


Catatan Selanjutnya...

Suami Isteri dan zuriatnya

Sepanjang musim cuti panjang yang lalu, begitu ramai pasangan2 pengantin baru yang mengikat janji, ada juga penganti lama yang menyambut hari kesyukuran ulang tahun (ini kes saya lah).
Dalam kesibukan kehidupan duniawi dan menjalankan persedian menuju ke alam yang kekal, menjadi lumrah naluri manusia biasa untuk mendapat pasangan yang akan sama2 mendirikan satu institusi keluarga yang bahagia dan dikurniakan cahaya mata yang sempurna. Namun sejauh mana kita mengotakan rasa syukur kepadaNya.... walaupun inilah janji kita, seperti yang difirmankan dalam surah Ar-A'raf 189:
هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٍ۬ وَٲحِدَةٍ۬ وَجَعَلَ مِنۡہَا زَوۡجَهَا لِيَسۡكُنَ إِلَيۡہَا‌ۖ فَلَمَّا تَغَشَّٮٰهَا حَمَلَتۡ حَمۡلاً خَفِيفً۬ا فَمَرَّتۡ بِهِۦ‌ۖ فَلَمَّآ أَثۡقَلَت دَّعَوَا ٱللَّهَ رَبَّهُمَا لَٮِٕنۡ ءَاتَيۡتَنَا صَـٰلِحً۬ا لَّنَكُونَنَّ مِنَ ٱلشَّـٰكِرِينَ

Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur. (189)
Sesungguhnya, suami dan isteri yang dipasangkan itu adalah untuk masing2 mendapat ketenangan bersama. Dan apabila dikurniakan nikmat zuriat yang baik, maka kita hendaklah bersyukur, dengan memberi pendidikan rohani dan jasmani yang terbaik untuk anak2 yang diamanahkan itu. Tapi, berapa banyakkah tumpuan yang kita berikan kepada pembentukkan rohaniah mereka? Adakah kita hanya memberi penumpuan kepada penyediaan duniawi mereka sahaja? Ini kena tanya diri sendiri,,, berapakah peruntukan untuk pendidikan rohaniah dan berapa pula untuk pendidikan ilmu duniawi. Tidaklah dinyatakan yg pendidikan ilmu dunia itu tidak penting tetapi kita perlu semak keutamaan yang diberi...
Timbul pula satu persoalan baru oleh Ustaz, adakah kita ini dipandu oleh roh atau jasad kita ini yang memandu roh? Aduih berat sekali persoalannya, sehingga kena tunggu di waktu lain untuk sambungannya.


Catatan Selanjutnya...

Wednesday, January 07, 2009

DOA QUNUT NAZILAH

Sebagai satu usaha dan sumbangan solidariti kepada saudara kita yang tertindas di Palestin, pihak2 masjid dan surau serta orang perseorangan bolehlah membaca doa Qunut Nazilah dengan memohon supaya Allah meringankan bala bencana yang menimpa bumi Palestin dan kekejaman Rejim Zionis itu dihentikan segera.

Pic dari NSTonline
Cara Membaca Qunut Nazilah

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal, iaitu selepas membaca
سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ ، رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja.
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah.

DOA QUNUT NAZILAH
Maksudnya “ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

Peringatan:

  • Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.
  • Imam hendaklah meberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.


Catatan Selanjutnya...

Bila dah jadi biasa...

Banyak sekali perkara yang ada di keliling kita, pada asasnya tak betul, tapi dek kerana ianya di terima akal orang yang melakukannya, maka lama kelamaan ianya menjadi perkara yang diterima oleh masyarakat. Yang biasa jadi betul dan yang betul kadang2 jadi luar biasa.
Agaknya atas dasar inilah Regim Zionis tu terus membedil bumi Palestin dari dulu, mungkin mereka merasakan suatu hari nanti ianya menjadi perkara kebiasaan dan umat Islam dunia hanya akan terus berbahas mengutuk, membuat kencaman, menghulurkan bantuan dan akhir2 ini ada desakan memboikot barang2 keluaran Zionis dan sekutunya. Namun perkara ini telah lama berlarutan dan sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah jiwa kita. Kita memang mengutuk tindakan kejam mereka, namun dari segi solidaritinya, kita masih sama, masih ada hati untuk menyambut sambutan itu dan ini, masih membuak2 gelora rasa ingin bersukaria, berdansa dsbnya, ada kalanya dengan keterlaluan dan penuh pembaziran.... macam biasa.
Jiwa Islam kita menjadi hangat, geram dan terasa hina apabila ada orang yang sanggup meletakkan bangkai binatang najis di kawasan suci kita. Jiwa kita merasakan seperti diherdik hina bila ada yang mencela ketuanan bangsa kita di bumi kita, namun,,,, apa rasanya bila ramai yang memperlekehkan kepentingan solat? Berapa ramai jiwa2 yang namanya Islam yang merata2 berpeleseran, sibuk membeli belah di gedung dan pasaraya diantara waktu Maghrib dan Isya' hingga terlepas waktu Maghribnya. Namun tiada jiwa yang merasakan tersentuh..kerana inilah kebiasaannya. (Dulupun sipenulis pernah menjadi mangsa 'kebiasaan' ini, Ya Allah, terimalah taubatku yang hina ini).
Kesimpulannya, ada banyak perkara yang menjadi kebiasaan itu membuatkan yang keji menjadi diterima. Yang betul amalannya, seperti org yang sangat memberatkan solat berjemaah, majlis2 ilmu pula dilihat sebagai luar biasa, taksub, ektrem dan sebagainya.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui.


Catatan Selanjutnya...

Tuesday, January 06, 2009

Membentuk Ilmuan dunia dan akhirat

Dalam usaha mengubah dan membentuk generasi akan datang menjadi insan madani yang lebih mengutamakan tuntutan akhirat dengan tidak meninggalkan kepentingan duniawi kami telah membuat keputusan berbeza untuk Danish dalam persekolahannya berbanding dengan abang2nya yg lain.

Bermula 5 Jan 2009, bermulalah langkah Muhammad Danish Syabil dalam misinya (dan juga misi kedua ibubapanya) untuk mendapat pendidikan berlandaskan agama Islam di sebuah sekolah agama swasta yang berorientasikan Al Qur'an di Klang. Mula2 merasakan sedikit tersentuh melihat kekurangan dari segi infrastruktur sekolah ini berbanding sekolah harian biasa di taman perumahan kami, namun apabila melihat 167 lagi ibubapa lain yang juga mendaftarkan anak2 mereka di sini maka kami sedar bahawa kesedaran mengenai kepentingan pelajaran seimbang dari peringkat awal ini telah sampai kepada ramai ibubapa rupanya.

Sekolah ini juga mengamalkan sistem pentafsiran pelajar Musleh (SPPM) yang mana pendidikan dan penilaian pelajar bukanlah hanya bersandarkan kepada berapa A atau berapa markah 100% yang mereka capai dalam pelajaran, SPPM juga memberi penekanan kepada penilaian akhlak murid supaya mereka ini akan tetap akidahnya bila dewasa nanti dan dapat juga mengajak orang lain untuk berlaku baik, InsyaAllah. Pokoknya adalah Akidah Merentasi Kurikulum.

Walaupun terletak di Klang, ramai di kalangan pelajar yang datang dari Subang, Shah Alam, Damansara dsbnya. Tak ku sangka ada beberapa orang kenamaan yang turut menghantar anak2 mereka ke sini.

Dengan izinNya, ku harap Danish dapat mencapai cita2nya untuk menjadi seorang doktor yang berjiwa ustaz tahfiz dan mampu mendidik saudara Islam di generasinya. Amin






















Catatan Selanjutnya...

Mengapa Hati Keras Macam Batu? Siri 3 (akhir)

Sumber : “Limadza Taqsu Qulubuna” Al-Qism al-Ilmi Darul Wathan. [alsofwa]

Seperti yang dijanjikan, dicatatkan nota sambungan ke-3 untuk tajuk yang sama yang telah dicatatkan dahulu. Setelah diperhatikan contoh2 hati keras dan sebab2 hati menjadi sebegitu, kitab ini menyimpulkan beberapa langkah yang dapat kita amalkan untuk memupuk hati yang lembut dan tunduk dengan kebesaran Allah…

Di antara jalan2 yang dapat membantu menghilangkan kerasnya hati dan menjadikannya lembut dan terbuka untuk menerima kebenaran dari Allah:
Ma'rifat (mengenal) Allah
Siapa yang kenal Allah, maka hatinya pasti akan tunduk dan lembut, dan siapa yang jahil terhadap-Nya, maka akan keras hatinya. Semakin bodoh seseorang terhadap Allah, maka akan semakin berani melanggar batasan-Nya. Dan semakin seseorang berfikir tentang Allah, maka semakin sadar akan kebesaran Allah, keluasan nikmat serta kekuasaan Nya.
Mengingat Maut
Pertanyaan kubur, kegelapannya, sempit dan sepinya, juga penderitaan menjelang sakaratul maut termasuk ke dalam mengingat maut. Memperhatikan pula orang-orang yang telah mendekati kematian dan menghadiri jenazah. Hal itu dapat membangunkan ketertiduran hati kita, dan mengingatkan dari keterlenaan. Sa’id bin Jubair berkata, "Seandainya mengingat mati lepas dari hatiku, maka aku takut kalau akan merosak hatiku."
Berziarah Kubur dan Memikirkan Penghuninya.
Bagaimana mereka yang telah ditimbun tanah, bagaimana mereka dulu makan, minum dan berpakaian dan kini telah hancur di dalam kubur, mereka tinggalkan segala yang dimiliki, harta, kekuasaan, pangkat maupun keluarga, lalu ingat dan berfikir, bahwa sebentar lagi dia juga akan mengalami hal yang sama.
Memperhatikan Ayat-ayat Al- Qur'an.
Memikirkan ancaman dan janjinya, perintah dan laranganNya. Kerana dengan memikirkan kandungannya, maka hati akan tunduk, iman akan bergerak mendorong untuk berjalan menuju RabbNya, hati menjadi tunduk dan takut kepada Allah.
Mengingat Akhirat dan Kiamat
Huru-hara dan kedahsyatannya, Surga dengan kenikmatannya, neraka dengan penderitaannya yang disediakan untuk para perlaku dosa dan kemaksiatan.
Memperbanyak Dzikir dan Istighfar
Dzikir dapat melembutkan hati yang keras. Karena itu selayaknya seorang hamba mengobati hatinya dengan berdzikir kepada Allah, sebab ketika kelalaian bertambah, maka kekerasan hati makin memuncak pula. Kalau insan yang suci dari dosa seperti Nabi s.a.w itu beristighfar tidak kurang dari 100 kali setiap hari, apakah layak kita yang hina dina dengan dosa ini untuk melakukan kurang daripada itu?
Mendatangi Orang Soleh dan Bergaul dengan Mereka.
Orang soleh akan memberikan semangat ketika kita lemah, mengingatkan ketika lupa, dan memberikan jalan ketika kita bingung dan pertemuan dengan mereka akan membantu kita dalam melakukan ketaatan kepada Allah.
Berjuang, Muhasabah dan Melihat Kekurangan Diri.
Manusia, jika tidak mau berjuang, bermuhasabah dan melihat kekurangan diri, maka dia tidak tahu, bahawa dirinya sakit dan banyak kekurangan. Jika dia tidak merasa sakit atau punya kekurangan, maka bagaimana mungkin dia akan memperbaiki diri atau bertaubat?
Inilah penghujung bagi siri mengubat hati yang keras yang dapat diringkaskan dari sumber ini. Semoga Allah menginsafkan hati kita semua untuk menerima dan menjalankan kebenaran serta menjauhkan diri dari perkara2 yang ditegahNya.

Amin.


Catatan Selanjutnya...

Monday, January 05, 2009

Mengapa Hati Keras Macam Batu? No 2

Sumber : “Limadza Taqsu Qulubuna” Al-Qism al-Ilmi Darul Wathan. [alsofwa]

Seperti yang dijanjikan, dicatatkan nota sambungan kepada tajuk yang sama yang telah dicatatkan dahulu. Dalam perjalanan saya mencari CintaNya, dikurniakan satu peluang untuk mendapat pendedahan ini. Mungkin pada sesetengah jiwa, ianya bukanlah perkara baru, namum bagi saya, selagi kita ada sesaat di dunia, tidaklah mungkin teringin untuk mensia-siakan peluang mendapat peringatan ini.

Sebab-Sebab Kerasnya Hati
Kenapa sebenarnya hati kita menjadi keras? Di dalam kitab ini dinyatakan beberapa faktor penting yang mengeraskan hati kita di antaranya;

• Cintanya Hati kepada Dunia sehingga Melupakan Akhirat
Kalau hati sudah keterlaluan mencintai dunia melebihi akhirat, maka hati tergantung terhadapnya, sehingga lambat laun keimanan menjadi lemah dan akhirnya merasa berat untuk menjalankan ibadah. Kesenangannya hanya kepada urusan dunia belaka, akhirat terabaikan dan bahkan ter-lupakan. Hatinya lalai mengingat maut, maka jadilah dia orang yang panjang angan-angan.

Seorang Alim pernah berkata, "Tidak ada seorang hamba, kecuali dia mempunyai dua mata di wajahnya untuk memandang seluruh urusan dunia, dan mempunyai dua mata di hati untuk melihat seluruh perkara akhirat. Jika Allah menghendaki kebaikan seorang hamba, maka Dia membuka kedua mata hatinya dan jika Dia menghendaki selain itu (keburukan), maka dia biarkan si hamba sedemikian rupa (tidak mampu melihat dengan mata hati).

• Lalai
Lalai merupakan penyakit yang berbahaya apabila telah menjalar di dalam hati dan menetap di jiwa. Akan tertutup pintu hidayah sehingga hati akhirnya menjadi terkunci. Allah berfirman dalam surah An-Nahl ayat 108;“Mereka itulah orang-orang yang hati, pendengaran dan penglihatannya telah dikunci mati oleh Allah, dan mereka itu lah orang-orang yang lalai”

Dalam ayat yang lain, firman Allah dalam surah Al-A’raf ayat 179 berkenaan orang yang lalai adalah mereka yang memiliki hati keras membatu, tidak mahu lembut dan tidak termakan dengan pelbagai nasihat. Dia bagai batu atau bahkan lebih keras lagi, kerana mereka mempunyai mata, namun tak mampu melihat kebenaran dan hakikat setiap perkara. Tidak mampu membezakan antara yang bermanfaat dan membahayakan. Mereka juga memiliki telinga, namun hanya digunakan untuk mendengarkan berbagai bentuk kejahatan, kedustaan dan kesia-siaan.
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Al-A’raf 179)


• Kawan yang Buruk
Ini juga merupakan salah satu sebab terbesar yang mempengaruhi kerasnya hati seseorang. Orang yang hidupnya di tengah gelombang kemaksiatan dan kemungkaran, bergaul dengan manusia yang banyak berkubang dalam dosa, banyak bergurau dan tertawa tanpa batas, banyak berhibur dengan keterlaluan dan menghabiskan hari-harinya untuk perkara2 yang sia-sia, maka sangat tinggilah kemungkinan untuk terpengaruh dengan keadaan tersebut. Maka berhati2lah untuk berkawan selagi tidak melampaui batasannya.

Terbiasa dengan Kemaksiatan dan Kemungkaran
Dosa merupakan penghalang seseorang untuk sampai kepada Allah. Ia merupakan penghalang untuk hati menuju kepadaNya serta membalikkan arah perjalanan yang lurus.

Kemaksiatan meskipun kecil, terkadang mendorong terjadinya satu kemaksiatan lain yang lebih besar dari yang pertama, sehingga semakin hari semakin bertambah membusut tanpa terasa. Dianggapnya hal itu biasa-biasa saja, padahal satu persatu kemaksiatan tersebut masuk ke dalam hati, sehingga menjadi sebuah busut kemestian yang amat berat untuk dilepaskan, seperti orang ketagihan. Maka melemahlah kebesaran dan keagungan Allah di dalam hati, dan melemah pula jalannya hati menuju Allah, sehingga menjadi terhalang dan bahkan terhenti tak mampu lagi bergerak menuju Allah.

• Melupakan Maut, Kubur dan Kedahsyatan ancamannya.
Termasuk seluruh perkara akhirat baik berupa azab, nikmat, timbangan amal, mahsyar, shirath, Surga dan Neraka, semua telah hilang dari ingatan dan hatinya.

• Melakukan Perosak Hati
Yang merosak hati sebagaimana dikatakan Imam Ibnul Qayyim ada lima perkara; (i) bergantung kepada selain Allah (ii) panjang angan-angan (iii) banyak bergaul dengan sembarang orang (iv) berlebihan makan (v) berlebihan tidur.

Kesimpulannya
Hati yang lembut merupakan nikmat Allah yang sangat besar, kerana dia mampu menerima dan menyerap segala yang datang dari Allah. Allah mengancam orang yang berhati keras melalui firman-Nya dalam surah Az—Zumar ayat 22:

”Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu dia tetap berada dalam cahaya (hidayat petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang “.

Persoalannya, apakah langkah2 yang dapat kita amalkan untuk memupuk hati yang lembut dan tunduk dengan kebesaran Allah? Apakah caranya untuk kita menghilangkan rasa keras hati dan menjadikannya lebih terbuka untuk menerima kebenaran Allah?

Bersabarlah, semoga dengan izinNya, InsyaAllah akan dinotakan seterusnya jika ada peluang, dalam siri no3 nanti.
Hanya Dia yang Maha Mengetahui.


Catatan Selanjutnya...

Sunday, January 04, 2009

Mengapa Hati Keras Macam Batu? No 1

Sumber : “Limadza Taqsu Qulubuna” Al-Qism al-Ilmi Darul Wathan. [alsofwa]

Segumpal daging yang dinamakan hati menjadi sumber pertimbangan, tempat tumbuhnya cinta maupun kebencian, tempat timbulnya keimanan dan kekufuran, tempat timbulnya rasa taubat dan juga rasa keras kepala, menjadi induk kepada ketenangan dan juga kekusutan.

Jika kita mampu membersihnya, hati inilah yang dengan izinNya menjadi sumber kebahagiaan. Namun sebaliknya hati2 yang kusut akan menjadi sumber bencana jika kita terusan menodainya. Lurus atau bengkoknya hati banyak mempengaruhi perangai serta peel seseorang.

Abu Hurairah r.a. pernah berkata
“ Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera, jika raja itu elok, maka akan eloklah pula tenteranya, jika raja itu buruk, maka buruk pulalah tenteranya.

Adakah kita mengetahui samada hati kita ini sebenarnya lembut atau keras?

Tanda-Tanda Kerasnya Hati

· Malas menjalankan ketaatan dan amal kebaikan
Hati yang keras itu malas untuk menjalankan tuntutan ibadah, bahkan mungkin meremeh2kannya, melakukan solat dengan bermalasan dan tiada kekusyukkan dan kesungguhan. Malah ada yang malas dan merasakan berat untuk bersolat atau mengerjakan sunnah.

Firman Allah dalam saurah At-Taubah ayat 54:

“Dan mereka tidak mengerjakan shalat, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (At-Taubah : 54)

· Tidak tersentuh bila dibaca ayat2 Qur’an

Hati yang keras itu ialah apabila disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, maka tidak tersentuh sama sekali, tidak mau khusyu' atau tunduk, dan juga lalai dari membaca al-Qur'an serta mendengarkannya, bahkan enggan dan berpaling darinya. Sedang kan Allah telah memperingatkan dalam surah Qaaf ayat 45:
“Maka beri peringatanlah dengan al-Qur'an orang yang takut kepada ancaman-Ku.”

· Tidak tersentuh dengan ayat2 Qauniyah
Walaupun dengan adanya peristiwa2 seperti kematian, bencana dsbnya, hati yang keras tidak akan terasa apa2. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai sesuatu yang biasa, tidak ada apa2, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat.
“Dan tidakkah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahwa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?” (At-Taubah :126)
• Berlebihan Mencintai Dunia dan Melupakan Akhirat
Orang yang berhati keras ini mempunyai keinginan dan tumpuan semata2 untuk urusan dunia. Segalanya dikira dari sudut duniawi dan material. Cintanya, bencinya dan hubungannya sesama manusia hanya untuk kepentingan dan urusan dunia sahaja. Akhirnya, terbentuklah dirinya yang egois, berhasad dengki, kedekut, berkira dan tamak terhadap dunia dan apa2 yang ditawarkan di dunia ini.

· Kurang Mengagungkan Allah.
Apabila larangan Allah diengkari, tiada rasa marah di dalam hati2 yang keras. Tiada lagi perasaan untuk mempedulikan amal ma’ruf serta tidak pedulikan terhadap kemaksiatan dan kemungkaran yang berlaku.

· Kemaksiatan yang tidak putus-putus
Orang yang keras hatinya akan melahirkan kemaksiatan baru akibat dari kemaksiatan yang telah dilakukan sebelumnya, sehingga menjadi sebuah rangkaian kemungkaran yang sangat sukar baginya melepaskan diri.

Sebab-Sebab Kerasnya Hati
Jadi, adakah kita ini berhati keras atau sebaliknya? Tepuk dada tanyalah iman...
Apakah sebabnya hati kita menjadi keras? Di dalam kitab ini [Limadza Taqsu Qulubuna” Al-Qism al-Ilmi Darul Wathan] dinyatakan beberapa faktor penting untuk kita ketahui. InsyaAllah, akan dicatatkan dalam kelapangan akan datang.


Catatan Selanjutnya...