Bila disemak dalam kitab Ihya Ulumuddin karya ulung Imam Al-Ghazali, dinyatakan yang cinta harta itu sendiri ada dua sebab;
Pertama: kesukaan bersenang-senang (ialah, siapa diantara kita yang mampu untuk tidak mahu bersenang-senang?). Kerana kecintaan untuk bersenang-senang, maka tidak tercapai kecintaan itu jika tidak dengan harta dan disertai pula dengan angan-angan. Barangkali anak-anak pula dijanjikan bayangan kesenangan sehingga panjang angan-angan menyebabkan kita mengumpulkan harta demi anak-anak...
Nabi s.a.w pernah bersabda yang maksudnya " anak-anak itu menyebabkan sifat kikir dan sifat pengecut serta kebodohan." (rujuk Mukhtasar Ihya' Ulumuddin - Zaid Husein al Hamid)
Kedua: Bila kita mencintai harta sedangkan kita sudah mengetahui bahawa kita tidaklah memerlukan kesemuanya dikala hari tua (jika umur sepanjang itu), kecintaan harta ini seperti satu penyakit kronik dalam hati hanya untuk dicapai sebagai tujuan, bukanlah memilikinya yang diutamakan tetapi perasaan untuk memiliki itu lebih utama. Semoga Allah melindungi kita dari penyakit kronik ini.
sekadar gambar hiasan: bukanlah kehidupan sebegini yang saya perjuangkan
Menurut kitab Mukhtasar Ihya' Ulumuddin, untuk mengatasi sifat kikir, satu caranya ialah dengan mengurangi nafsu terhadap keduniaan serta keinginan untuk itu dan ini, banyak mengingati mati, merenung kematian teman-teman, menziarahi kubur, termasuk memikirkan cacing-cacing yang ada di dalam kubur itu. Perhatian terhadap peinginan untuk anak diatasi dengan menyedari bahawa Penciptanya mengurniakan rezeki bersama anak itu. Ramai anak yang mewarisi sedang itu bukan rezekinya, dan ramai pula anak yang tidak mewarisi, padahal Allah SWT mengurniakannya harta yang banyak selepas itu. Jika anak itu seorang yang soleh, maka Allah SWT akan memimpin orang-orang soleh. Tetapi jika anak itu orang yang fasik, maka ia akan menggunakan harta dunia yang ditinggalkan untuk jalan yang bathil.
Pernah saya ditanya rakan samada saya sanggup menyerahkan segala apa yang ada dari harta dunia kepada orang yang lebih memerlukan dan meneruskan kehidupan dengan seadanya ala-ala kadar sahaja, saya tidak mampu menjawab di mulut, tapi di hati saya pantas menjawab mana mungkin!.... jauh lagi rupanya apa yang saya impikan dari apa yang sebenarnya ada di dalam hati... semoga Allah terus memberi saya kekuatan untuk berjihad ke jalan yang perintahkannya, dan semoga saya menjadi lebih ringan hati untuk memberi...amin
2 comments:
Tahniah lah weih...
Kawan musykil dengan zakat sekarang ni.
Zaman Saidina Umar, Saidina Umar sendiri cari orang susah untuk beri zakat tapi sekarang penerima kena mengemis dengan institusi zakat dengan pelbagai kerena birokrasi yang menyusahkan.
kalau dapat mujur .. kalau tak dapat ke naya orang tu.
Kawan kalau ada duit zakat bagi jer terus kat yang perlu mcm orang miskin atau anak yatim.
Tak percayalah kat institusi zakat sekarang ni. Tak percaya tengok kat surat khabr hari2, ada orang fakir dan miskin dan banyak cerita pusat zakat dapat kutipan berbilion-bilin ringgit.
Masya'allah.
Sama-samalah kita betulkan niat utk kumpul harta kpd kumpul pahala nescaya nikmat yg kt dpt semuanya akan kita guna utk jln kbajikan & beribadat kpd Allah demi ganjaran nikmat syurga yg kekal abadi. InsyaAllah, kekayaan dunia takkan mbawa erti langsung krn kita sanggup utk mlabur segalanya utk ganjaran syurga akhirat. Yg pastinya ktenangan & rezeki kt takkan putus2 pula...percayalah...
Post a Comment