Sambung semula cerita dari kisah2 sahih Nabi s.a.w, cerita nenek tua zaman Nabi Musa a.s. yang dimulakan dua hari lepas. Di kisahkan apabila lelaki Badwi itu hanya meminta Unta dan lembu susu, Baginda Nabi s.a.w terkejut, lalu Baginda Nabi s.a.w bertanya, kenapa engkau tidak meminta seperti yang diminta nenek kaum Nabi Musa a.s.
Kesemua sahabat yang mendengar menjadi hairan lalu bertanya, siapakan Nenek dari Kaum Nabi Musa a.s itu? Tak pernah dengar pun cerita pasal dia? Kenapa Baginda Nabi s.a.w. suruh orang Badwi itu minta seperti Nenek itu? Apa yang nenek itu minta?
Lalu Baginda s.a.w menceritakan, bahawa pada zaman Nabi Musa a.s semasa mereka mengembara hendak melarikan diri dari ancaman raja yang zalim (kalau tak tahu raja man, sila tanya anak2 sekolah menengah) dan keluar dari bumi Mesir, mereka telah tersasar perjalanan mereka, tak dapat mencari jalan keluar dari bumi Mesir, selama 40 TAHUN!. Bayangkan, jalan-jalan beberapa hari aleh2 sampai tempat yang sama, dan berjalan lagi beberapa bulan, tup-tup tiba semula di tempat yang sama, begitulah seterusnya, selama 40 tahun....

jalan di padang pasir tanpa GPS, macam gini lah rupanya, mana nak tuju?
Lalu pada satu pagi yang panas terik (ini saya interframe je), datanglah seorang pendita Bani Israel, jumpa dengan Nabi Musa a.s lalu berkata dia kepada Nabi Musa a.s, akan cerita yang pernah didengarnya berkenaan ikrar Nabi Yusof a.s. Semasa hayatnya Nabi Yusuf a.s pernah berikrar bahawa jalan keluar dari Mesir akan 'terlindung' sekiranya jenazahnya tidak dibawa keluar bersama dan di kebumikan di luar bumi Mesir. Laaaa punyalah tak bijak pendita Bani Israel tadi, dah 40 tahun baru nak cerita! Lalu Nabi Musa a.s bertanya di manakah letaknya makam Nabi Yusuf a.s? tak de seorang pun yang tahu. Jadi masalah pun belum selesai.... Dalam ramai2 ahli kaumnya itu, datanglah seorang nenek tua, bongkok, tak berapa sihat dah, tapi mengaku, tahu di mana letaknya makam Nabi Yusuf a.s. Lalu di minta Nabi Musa a.s untuk nenek itu membawa kaumnya ke lokasi..Nenek itu pulak tidak semudah itu untuk memenuhi permintaan Nabi Musa a.s, lalu dia minta dimenterai satu perjanjian, sebelum dia bersetuju. Di fikiran Nabi Musa a.s, apalah sangat permintaan si nenek ini, lalu dia pun bersetuju untuk memenuhi syarat nenek itu ....
Jadi apakah permintaan nenek itu? Boleh teka? tak ada hadiah pun, cuma nak gambarkan tahap pemikiran manusia, dari zaman dahulu, zaman Nabi Muhammad s.a.w dan zaman kini, ada banyakkya tidaklah berubah mana, tiadalah beza mana antara kita dan lelaki Badwi dalam n3 asal tadi... So, apa yang nenek itu minta sehingga Nabi Muhammad s.a.w membuat perbandingan dengan lelaki Badwi itu? Kena tunggu n3 seterusnya, script nota tak ingat tercampak mana, nanti InsyaAllah sambung, dengan pengajaran2nya sekali.
dek cerita nenek tua engkau inilah sampai atok duduk sorang2 tunggu nenek belum balik2...