Solatku...
yang saban hari cuba ku lakukan seawal waktu
yang saban waktu ku lakukan bersama teman2ku
yang saban kalinya kulakukan mengikut ilmuku
yang saban kalinya kuzahirkan semampuku.
Solatku, jauhlah lagi dari solat Saidina Ali k.w yang bila mana betisnya terkena panah musuh semasa perang, lalu beliau solat dan sabahat lain mengeluarkan panah tanpa Saidina Ali k.w merasakan peritnya. Solatku, tiadalah layak menandingi solat Saidina Uthman r.a yang mengkhatamkan satu Al Qur'an dalam qiamnya.
Solatku, hanya penuh dengan cacat dek lekaku kepada dunia. Hanya tempang dek ceteknya ilmu akhiratku. Hanya daif dengan lamunanku, melayani bisikan dan lintasan syaitan celaan Allah. Solatku, mungkin seumpama sebutir pasir hitam di tengah-tengah jutaan pasir2 lain di pantai.
Ya Rabbi, bantulah aku dalam menyempurnakan solatku seperti tuntutanMu. Bantulah aku untuk mencapai solat para solehin. Dalam lafaz kesyukuranku terhadapMu dengan nikmat kehidupan dunia yang Engkau berikan, aku mohon kepadaMu, bantulah aku mencapai solat yang akan memberkati hidupku dan mencegah aku daripada melupakanMu dengan izinMu...
Solatku, hanyalah untuk satu tujuan, seumpama juga hidup dan matiku, hanyalah untuk mendapat keredhaanMu. Maka terimalah solatku sebegini rupa dan akan ku perbaiki solatku selagi Engkau meneruskan kehidupan duniaku, menggunakan nikmatMu.
Sesungguhnya, Engkau Tuhan Pencipta yang Mahamengetahui apa2 yang aku zahirkan dan apa2 yang aku sembunyikan. Amin
6 comments:
bezanya solat kita dengan solat para sahabat..takutnye...
untuk tenangkan hati, kita pohon keredhaanNya, kerana yg lain2 tu tak mampu utk kita capai. semoga hidup terus diberkati dan dapat berterusan mencari ilmu
aah..bg sy terlalu dhaif untuk melakukan solat seperti para sahabt..bnyak sgt perbuatn lagha yg dibuat
solat kita jauh daripada sempurna.
kadang2 atau selalu solat itu kita dirikan dgn malas tapi dgn kesedaran dan ingatan akan nikmat dan azab.
jadi masih berharap seburuk2 solat yg didirikan diterima Allah kerana diri sangatlah lemah.
Fatahiyyah & Sakinah,
insyaallah kita mendapat Redha Allah dan dgn Rahmatnya maka diampunkan kecacatan dalam amalan
Masa skolah dulu..saya ada 1 keazaman unt hafal stiap maksud ayat dlm solat. Saya tulis dgn tgn maksud2 ayat tu atas kertas. Ustaz kata bila kita tahu maksudnya kita akn kusyuk smbahyang. Tp smpai skrg saya tk dpt tunaikan niat saya tu. Kertas tu saya simpan lg dlm al-Quran. Owh ye..saya masih membaca Al-Quran yg saya menang dlm pertandingn nasyid masa darjah 2.
Kdg masa, pergaulan buat kita lara sgt dgn tujuan kita hidup kat dunia ini. Iaitu sujud kpd yg Esa.
Post a Comment