Wednesday, March 11, 2009

Self Reminder - Versi Gawat

Daripada pengamatan dan bacaan laporan2 ekonomi global, adalah dijangkakan kegawatan ekonomi yg sedang berlaku akan terus menyelubungi kita untuk seberapa ketika lagi.

Sebagai seorang Muslim apa yang patut kita buat dalam keadaan yang gawat ini? Sebenarnya, amalan2 ini telah menjadi amalan hidup kita tak kita time gawat atau time mewah. Tetapi bila time gawat2 ni kira bolehlah lipat gandakan amalan2 spt;
  • Berjimat cermat dan merancang perbelanjaan sebijaknya. Berbelanja hanya pada perkara yang perlu. Tidak perlu lagi merasakan bahawa kad credit sebagai satu kelebihan untuk berhutang dan bayar secara ansuran. Sememangnya diingatkan oleh Tuan2 Guru yang adalah didatangi bersama kad itu satu ujian,,iaitu perasaan boros berbelanja
  • Berdoa memohon dimurahkan rezeki. Sebahagian ulama juga mengatakan bahawa solat dhuha antara amalan untuk murah rezeki. Walaupun begitu, berdoa dan mengharap perlu dibuat secara berterusan, dikala senang dan susah.
  • Kemaskan jalinan silaturrahim kerana menjaganya adalah antara amalan yang dijanjikan sebagai pintu rezeki. "Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim" (riwayat al Bukhari dan Muslim);

  • Bersedekah. Masa2 susah inilah kita digalakkan lebihkan bersedekah. Banyak hadits yang meriwayatkan bahawa orang yang banyak bersedekah akan di lipatgandakan rezekinya. Satu hadits riwayat Bukhari & Muslim; "Setiap kali menjelang Subuh, turunlah dua Malaikat ke langit dunia. Salah satu di antara mereka berdoa: "Ya Allah kau gantikan (dengan banyaknya) kepada hambaMu yang banyak memberi (bersedekah)" manakala malaikat yang satu lagi berdoa: "Ya Allah kau hilangkan (dengan banyak) bagi orang yang menahan harta mereka (kedekut)"

  • Bersangka baik kepada Allah samada ketika diuji dengan kesenangan atau kepayahan. Apabila diuji dengan kesusahan maka tidaklah sama sekali terlintas di hati kita perasaan betapa Allah tidak adil. UjianNya adalah sebenarnya tanda kasihNya kepada kita. Yakinlah, apa pun ujian dari Allah pasti ada hikmah yang tersirat. Sesungguhnya Allah itu Mahamengetahui apa yang tidak kita ketahui.

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Allah SWT berfirman; Aku berasa kagum terhadap hamba-hambaKu yang beriman..... apabila mereka diuji dengan kesenangan mereka bersyukur dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka dan apabila mereka diuji dengan kesusahan maka mereka bersabar dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka" (riwayat Muslim).

6 comments:

Abang Long said...

SYUKUR ALHAMDULILLAH. Segala PUJIAN HANYA untuk ALLAH.

AQisH said...

skrg dah bebas dr belenggu utang kredit kad..dua² dh x pakai rasa bebanan dah byk kurang..alhamdulillah..

rasanye gawat ni lebih dirasai kpd pekerja sektor swasta..yg keje gomen ni biasa² jer rasanyer ;-) apapun langkah jimat cermat mmg bagus..di samping sentiasa berdoa agar dimurahkan rezeki dan tidak lupa pada yg memerlukan..amin..

AyKay said...

Long,

Syukur.

Qish,
Betul tu, dgn kad credit tu kita mungkin akan 'tersiksa' dengan perasaan boros dan 'rasa besar'.

Sekarang dah ada islamic kad kredit - rujuk bank 'harimau'

WeBViDeOKLiP said...

tips yg baik
cayalah

Jie said...

Salam. terimakasih kerana singgah blog kak jie


kadang2 dugaan akibat tingkah manusia sendiri..betul tu...diri kita sendiri

AyKay said...

Kak Jie,

tkaseh kembali