Semalam, seperti diwar-warkan dlm n3 terdahulu di sini telah datanglah Ustaz Dr Muhammad Uthman El Muhammady, seorang tokoh Maal hijrah peringkat Kebangsaan 2005. Kepada orang kebiasaan spt kita, beliau bukanlah idola, mahupun nama terkenal, tetapi dikalangan ilmiah Islam Nusantara kini, beliau ialah salah seorang insan yang menjadi rujukan. Antaranya, beliau merupakan salah seorang juru edit terjemahan Al qur'an 'pimpinan al-Rahman' versi English yang baru saja selesai penerbitan dan berada di pasaran Malaysia.
Beliau didatangkan ke masjid tpt saya memandangkan sejak akhir2 ini begitu banyak isu2 khaifiat baru yang dipelopori oleh segelintir qariah yang agak berbeza dgn apa yang telah kita amalkan sekian lama mengikut ahli sunnah wal jamaah. Ada juga yang begitu berani sehingga membida'ahkan amalan kita seperti amalan yassinan, tahlilan dan wirid2 serta do'a bersama imam selepas solat berjemaah.
Dengan tajuk Gerakan Pemikiran Aliran Baru dan Cabarannya kepada Umat, Dr Muhammad Uthman telah mengupas, secara ilmiah (ye lah beliaukan seorang Fellow Amat Utama ISTAC), penjelasan2 dan peringatan kepada kami, supaya amat2 berhati2, berkeras, bertegas, berteguh dalam pencarian kita mencari keredhaan Allah dan terus dengan pegangan sunnah wal jamaah kita seperti yang telah diputuskan oleh para jemaah ulama' Nusantara. Beliau juga memberi amaran bahawa akan datang satu arus pengamal aliran baru yang lebih dahsyat dalam masa akan datang, sepertimana yang telah diingatkan oleh Baginda Nabi s.a.w (ruj Hadits sahih - Bukhari Muslim).
Selesai majlis, ada juga (para pengamal Aliran Baru) yang tidak berpuas hati dan terus berdepan dengan Ustaz Dr Muhammad bertanyakan beberapa fakta yang telah beliau sebut tadi. Terserlah ketokohan beliau, dengan begitu tenang menjawab, memberi hujjah tambahan dan menunjukkan rujukan mengenai apa2 yang telah beliau nyatakan semasa kuliah tadi. Amatlah nampak berasapnya para pengamal Aliran Baru tetapi, itulah, bila sudah beremosi dalam muzakarah, bila kita ni tak tebal ilmu, maka terserlah pula kepincangan kita. Entahlah, itulah resam sesetengah manusia, cepat benar mendabik dada padahal ilmu secetek air di hulu...
Kesimpulannya: Bila beramal, kenalah kita berilmu dengan yang betul dan ikutlah pendapat dan persetujuan ramai (yang lebih arif tentang sesuatu hal). Bila bermuzakarah, biarlah kita hanya bertujuan untuk mencapat persetujuan, bukan untuk mendabik dada bermegah2. Bila mencari pendidikan agama, tiada jalan pintas, semuanya memerlukan kesabaran. Yang dicari cuma keredhaanNya bukan nak femes dan pofuler...Baru aman dari gundah gulana
10 comments:
Blue,
Boleh tak bagi rujukan Hadith yang dinyatakan mengenai golongan baru ini.
Memang Ust Uthman amat tinggi ilmunya. Ilmunya merentasi semua spectrum tanpa terikat dengan mana-mana satu... itulah kehebatannya. Dia memang amat berkebolehan berhujjah dengan fakta-fakta tepat..
Blue,
Saya pernah mendengar dan membaca satu Hadith yang lebih kurang begini maksudnya;
"Akan datang selepas kamu satu golongan yang mana sembahyang mereka lebih hebat dari kamu, ibadat mereka lebih dari kamu tetapi mereka terkeluar dari agama sepertimana anak panah terkeluar dari busur panahnya. Golongan itu adalah _____ (lupa namanya)"
Hadith ini merujuk kepada satu golongan selepas Rasulullan s.a.w yang bukan Ahlil Sunnah dan bukan juga Shiah. Mereka menganggap kedua-duanya adalah bukan Islam dan bertanggungjawab membunuh Sayyidina Othman..
AbeLi,
dok sempat nak salin semua rujukan hadith kerana dr Uthman sebut beberapa. Antara yg sempat salin; Sahih Bukhari Jil 3 no 1541 dan Jil 4 no 1026.
menurut beliau, ada juga kitab2 ilmiah asal (arabic version) yg telah di altered oleh mereka2 beraliran baru ini...aduih,,, jika betul2 berlaku, kaget anak2 kita. Tak tahu apa tujuan asal kenapa dilakukan.
wahhh..kesimpulan kali ni mmg mantop ;-)
err..ustaz ni yg rambut perang² tu ke..saja tnya nak kepastian..:-D
btw amalan mereka² beraliran baru ni..mmg betul ke camne eh..*konpius sokmo*
Blue,
Mengikut Hadith-hadith, setiap seratus tahun akan lahir cabaran-cabaran baru kepada ummat Islam dan akan lahir seorang Mujaddid yang akan membawa ummah ke jalan yang benar. Mungkin cabaran kali ini adalah golongan golongan ini yang terdiri dari pelbagai pendirian; dari Golongan Anti hadith kepada Golongan Ajaran Sesat. Semua ini adalah kerana ummat Islam sudah kurang keyakinan terhadap kemantapan dan universaliti Ajaran al-Qur'an dan Hadith sehingga mereka mencari-cari pendekatan baru yang seolah-olah lebih kuat. Mereka bukan nak merobah diri mereka kepada Qur'an dan Hadith tetapi sebaliknya memutarkan belitkan kedua-dua Kitab ini samada maknanya atau takwilnya boleh disesuaikan dengan pendirian semasa.. Inilah silapnya.
Asasnya kita menyebut kalimah Toyyibah dengan mengaku Percaya kepada Allah dan RasulNya. Apa makna percaya jika hati kita sebaliknya; tidak boleh menelan kelemahan diri dan merubahnya untuk disuaikan dengan Ajaran Quran dan Hadith. Bagi sesetengah ulamak ini sudah terjatuh ke lembah kekafiran.. Wallaahuaklam.
Qish,
Yes, this Dr is the one with blonde hair and janggut! Dengan perwatakan lembut dan byk ilmu, karissma ulama' :-)
aliran baru ini...zaman i tak kisah dulu2, dia cuma berlalu dgn aman, tapi now ni bila dah mula jinak2 dgn pengajian mencari cinta,, terasa pula bahang nya.
Dgn keyakinan dgn apa yg kita amalkan, kita cuma do'akan apa yg mereka bawa juga benar belaka. Kerana mereka ada ulama, pakar Qur'an & Hadits, para ilmuan. Selagi syahadah kita tetap sama.
Kan kita hanya mencari keredhaanNya. Saya biarkan mereka dgn amalan mereka, dan kita perkemaskan cara amalan kita. Tak yah confiuss.
AbeLi (Gukita),
mereka (yg dimaksudkan aliran baru dlm n3 ini) ini bukanlah calang2 ilmuan, dan jauh sekali dari sesat. Cuma berbeza pendapat. Dan memang tidak salah berbeza pendapat. Tidak pula ada hanya SATU pendapat yg semuanya lengkap, jika tidak masakan ada 4 imam besar mazhab ulung.
Tapi jgn sesekali menidakkan risiko terlampau taksub dgn perbezaan khaifiat, sehingga ada yg mengharamkan sesuatu yg (mengikut sesetengah pendapat) adalah sunat.
Saya ambil pendekatan lebih neutral, iaitu, kita perkemaskan amalan kita dengan ilmu, pendidikan, istiqamah dan kita juga berdo'a agar apa yg kita buat DAN apa yg mereka buat, kedua2nya mendapat redha Allah, kerana ilmu manusia hanya takat tu je,,,
Cuma saya ralat, tengah kita sibuk bertelagah tentang hal2 khaifiat, musuh2 Islam berterusan merobek, mencabul, membuat provokasi kepada aqidah anak2 kita dgn kealpaan sementara...
haaa betullah mcm yg penah i dgr..kita yakin dgn amalan kita selagi tidak menyalahi syarak..
Memang membingungkan. MAZHAB BARU ini benar - benar meresahkan. Cuma kita wajib memohon petunjuk dariNYA.
Wahai saudaraku. Nama anda tertera dalam blog Abang Long.
Sila jawab sejujurnya.
TERIMA KASIH
Long,
sekurang2nya kedatangan perkara2 sebegini mendorong kita untuk lebih kenal dan mendalamai apa yg kita amalkan. Mendekatkan diri dgn pengajian mengikut ahli sunnah wal jamaah.
patut ucap TK kpd mereka
Long, saya dah jawab your Q dlm your n3
Post a Comment