Izinkan saya notakan rancangan hadiah ganjaran RM10,000 kali ini dengan soalan. Di antara hadiah RM 10,000 (dan mungkin digandakan jadi RM 20,000) untuk menangkap ikan gergasi Arapaima Gigas di Tasik Kenyir dan hadiah RM10,000 untuk menangkap kemuka pengadilan pesalah bernama Cikgu Kahar, agak2 yang manakah yang mendapat perhatian dan kerjasama hangat dari masyarakat ramai?
Berapakah pula reward untuk menangkap ayah Pin kemuka pengadilan? Kenapakah kapakaran pihak polis kita yang ternyata cekap untuk menjejak dan menangkap Mas Selamat yang menjadi buruan polis negara jiran selatan masih gagal untuk menangkap ayah Pin kemuka pengadilan?. Adakah kesalahan mensyirikkan sebegitu ramai saudara seIslam tidak cukup besar kesalahannya berbanding dengan kesalahan lain seperti kesalahan sebahagian ahli politik yang disyakki menyalahgunakan kuasa?

Ada kemungkinan pertanyaan tambahan dari kita; siapakah gerangan lelaki bergelar Cikgu Kahar? Tak kenal pun...
Kenapa dia juga masuk dalam senarai Wanted oleh JAIS? Kehairanan saya tidak terhenti disini sahaja tetapi cukuplah sekadar itu kerana emosi ini tidak boleh dituruti sehingga mencemarkan tujuan asal untuk berkongsi ilmu. Saya sudah mula merasakan perubahan positif dalam masyarakat terhadap kepentingan menimba ilmu akhirat. Dalam perjalanan dan persinggahan di majlis-majlis ilmu sekitar kawasan ibu kota, semakin ramai dan meriah keadaannya, dengan semakin ramai yang ingin mencari ilmu dan mencari Cinta Abadi, dari usia semuda mungkin. Kalau dulu dikhabarkan hanya ahli2 KRU (kumpulan rambut Uban) sahaja yang menghadiri majlis2 sebegitu, kini dapat diperhatikan semakin ramai golongan muda yang turut serta. Namun untuk mencapai kecemerlangan menjadi sebuah negara Islam sebenar, kita masih perlu melangkah nun jauh untuk mencapainya.Kalau dahulu kala tidak pernah satu ijtima' Tabligh mendapat perhatian sesiapa selain daripada ahli2nya, kali ini sudah ada arus2 perubahan dan penerimaan oleh masyarakat setempat untuk mereka. Cuma, perjalanan kita masih jauh, moga-moga Allah kurniakan rahmatNya, untuk kita terus bangkitkan kesedaran masyarakat dengan keperluan Islam sebagai addin, bukan sekadar agama untuk penuhi tuntutan solat, puasa, zakat dan haji. Insyaallah.