Saya terima nota ini dari seorang kawan yang rajin sekali mengirim kata2 peringatan dan kongsi pendapat. Izinkan dikongsi di sini sebagai renungan bersama. Kali ini kirimannya berkenaan Hati yang Tiada Bahagia di dalamnya. Menurutnya, di antara 9 SEBAB HATI MENJADI TIADA BAHAGIA ...
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan yang baik dan hati tentunya tidak tenang.
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan yang baik dan hati tentunya tidak tenang.
2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Mungkin atas sebab ini lah orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ini adalah sifat ketuhanan dan bukan sifat hamba yang diciptakan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat etc dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada cukup wang sedangkan rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama dengan memperbanyakkan sedekah. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau banyak mana yg diminum tetap tak habis juga dan tidak juga hilang rasa dahaganya. Sebagai peringatan, yang dikatakan harta atau rezeki kita ialah apabila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita kerana mungkin ada hak orang lain di situ. Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
7. Ego - inilah yang menjadi ibu kepada segala mazmummah dan mendorong seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - bila tidak dapat ia menderita, ...dan apabila ia dapat pun menderita kerana susah pula untuk menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. Dunia itu "panas" kerana ianya merupakan barang buruan yang ramai dan rebutan sekalian manusia. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan:- Makin tinggi dan tebal mazmummah diri, maka semakin hilang BAHAGIA dalam diri. Berperang dengan tentera mazmummah ini adalah sesuatu yang dilakukan secara berperingkat-peringkat dan istiqamah. Mudah-mudahan penyakit2 hati ini akan dapat diubati dengan izin Allah. Banyak kelas-kelas pengajian oleh guru-guru bertauliah menggunakan kitab-kitab ulung spt Ihya' Ulumuddin oleh Imam Al-Ghazali, boleh di ikuti sebagai usaha berterusan mengubati hati yang memang lama sakit.
6 comments:
KESEMUA ciri - ciri itu ada padaku !
Ya Allah, ampunilah aku ...
TERIMA KASIH wahai Saudaraku atas ingatan ini.
@Long,
sedikit atau banyak, memang ada sifat2 nih dlm diri (si penulis)
Sama-samalah kita menggapai mahmudah.
Ingatan untuk diri sendiri yg terlalu fakir.
erk! penyakit masuk lift tekan butang sendirik ... tak tersenarai ko?!
wakakakak
Kesemua itu memang wujud dalam diri setiap manusia kecuali mereka yang beriman dan sabar.
Hati rasa bahagia apabila dapat mengawalnya. Saya cuma mampu memberi nasihat walaupun diri sendiri kadangkala tidak mampu mengawalnya.
@kak Iza,
moga2 gitu lah, sama2 ingat mengingati, cuma bila time tu langsung tak ingat (si penulis lah)
@maza,
tak masuk list pasal dulu2 tak de lift, ada tangga je tinggi2.
@Abg Latip,
terima kaseh atas kunjungan dan komen. Bab2 kawalan yang 9 perkara ni yg berat sikit (si penulis lagi), rasanya jiwa masih tak betul2 bersih...kotoran degil melekat
Post a Comment