Siri Rediscovery diri disambung kembali dalam pengalaman mencari ilmu bagi memenuhi tuntutan rohani bagi mendapatkan Cinta Kekal yang dicari2 selama ini.
Sebagai insan atau ahli baru dalam setiap kelas2 ilmu yg diceburi, saya kerap kali tersilap cara atau dipandang silap cara oleh ahli2 lama dek kerana tidak tahu adab2 atau 'sistem', atur cara menuntut ilmu yg sebetulnya. Tidak pula saya ketahui dulunya bahawa sebetulnya, menuntut ilmu mencari cinta kekal ini penuh dengan adab2nya,,, jika tidak kena cara maka yg dapat hanya cebisan sahaja.
Syukur, saya telah diketemukan dengan seorang guru yg memang khas mengajar manusia2 yg baru ingin menceburi diri dalam hal2 cinta kekal ini. Cuma yg ralatnya, kebanyakkan muridnya adalah baya2 anak2 lelaki saya je. Semuanya anak2 remaja yg rata2 daripada keluarga yg memang sudah dari awal dipupuk dalam suasana ilmiah ini. Lantas saya terasa pula tekanan 'competitive' mereka dalam bab2 'murid pandai' ini. Al maklum, kita telah lama terkarat dek cinta dunia yg tak kekal ini. Dalam cubaan menuntut ini, saya diketemukan dengan kitab ini... Ta'lim Al-Muta'aalim (Pelita Penuntut) penulisan Al-Al'Lamah Asy'Sheikh Burhanuddin Az Zarnurji yg telah diterjemahkan oleh Muhammad Syaflil Abdullah Muhammad bin Ahmad Rangkul Fathani (dalam versi jawi dan rumi).
Maka bermulalah saya dengan tergagap2 membaca kitab jawinya. Mujurlah selepas minggu ke-dua, terjumpa versi ruminya, terasa lega di hati kerana tidak lagi tercungap-cungap mengeja ba-da-ali-k-ka-m-uanan-nya... terasa sungguh tinggi rendah langit pada masa tu.
Kini, selepas beberapa kelas, barulah jelas bahawa pentingnya adab2 menuntut ilmu dalam kita mencari ilmu itu. Pentingnya kita memilih ilmu dan guru serta tauladan dan ketetapan dalam menuntut itu. Barulah jelas pada diri dan datangnya kelazatan dan hikmah ilmu yg dicari.
Saya kongsikan satu syair Abi Hanifah Rahimahullahu:
Siapa-siapa yg belajar ilmu bagi tempat kembalinya;
mencapai ia akan kelebihan daripada sebetul-betul atas agamanya.
Maka ayuhai kerugian org-org yg belajarnya;
bagi mencapaikan kelebihan dari sama2 hambaNya.
Kesimpulannya: Belajarlah ilmu dengan niat yg sebenarnya....
2 comments:
seringkali kelas bermula dgn penuh, 2-3 bulan kemudian tinggal separuh dan hampir 5 tahun kelas ada dalam 20-30 orang..syukur alhamdulillah.
dlm 2-3 bulan terakhir ini, kak jie ikuti kelas santai ( 8-10 org ) dan masing2 bawa pasangan..suami isteri. Rasa sgt berkesan kerana kedua2 kita mendapat ingatan dan peringatan secara terus.
Bila ada yg melencong bolehlah kata
" abg...ustaz cakap ape...."
hehehehe
Kak Jie,
try take a look at the local mosque attendant during maghrib classes.
A bunch of KRU's ....
KRU = Kumpulan Rambut Uban.
Wonder r where the rest of the qariah
Post a Comment