Monday, March 16, 2009

Rediscovery Diri - Log Numero 3

Susulan siri Rediscovery Diri yang terdahulu, pencarian Cinta Abadi saya disambung lagi tetapi kali ini menghadapi satu blockage besar, penting seperti di satu persimpangan. Di antara amalan Ulama' dari zaman nenek moyang yang berlandaskan ahli Sunnah wal Jamaah dan pandangan tegas cerdik pandai golongan baru yang ada juga memanggil mereka sebagai kalangan Tajdid. Nampaknya perkara2 ini telah lama dibincangkan di antara kedua2 ahli2 pemikiran ini, cuma saya je baru tahu, kerana baru mendalami 'pendidikan' Islam. Ada golongan yang beraliran moden, dengan latar belakang pendidikan yang hebat2 sungguh, datang dengan pendedahan2 hebat, boleh terbeliak minda kita dibuatnya.

Saya cuma rasa kesal dan hairan dengan aliran baru ini (walaupun terkadang merasakan yang ini lebih memenuhi citarasa kita yang inginkan sesuatu yang mudah, cepat, ringkas). Banyak sungguh yang diringkas dan dimudahkan, sehinggakan wirid selepas solat pun ringkas dan simple sahaja. Pelik juga bila saya fikirkan. Di zaman manusia semakin sofisticated, in-depth, thorough dalam hal2 lain, tetiba dalam hal2 ibadah kita nak simple2 je, ringkas2 je, dan lagi tercengang saya bila semuanya dikatakan berlandaskan amalan Rasulullah s.a.w. Saya cuma terlintas sememangnya Baginda s.a.w semasa hayatnya berdakwah memang padat, mampat dengan waktu2 penuh aksi dan sememangnya tiada satupun yang Baginda s.a.w telah lakukan sekiranya perbuatan tersebut tidak mendatangkan faedah.

Pelik tapi benar, dalam hal2 makan minum kita tidak pula nak ringkaskan atau simple2kan. Trend sekarang nak minum yang lagi sofisticated, latte caramel berstrawberry, kapuchino mousse au chocolat, etc, tapi bila bab2 ibadah, amalan kalau boleh diringkaskan se ringkas mungkin, tiada lagi doa panjang2, tiada lagi berpakaian yang banyak2 kain, tutup kepala pun dah tidak wajib tetapi hanya sebagai pilihan samada nak moderate atau nak strict? Aduih, penin lalat juga dibuat nih.

Kesimpulannya:- (i) nak mendapat pendidikan' perlu betul2 pilih gurunya kerana di zaman moden ini semakin ramai yang mencari dunia sofisticated tetapi akhirat yang simple2 je. Jadi bila demand tinggi (utk simple) maka supply (guru) pun akan bertambah dgn cepat sehingga mencapai tahap equilibrium...betul ke merepek ni. (ii) tiada jalan singkat untuk amalan di hari kehidupan kekal, kecuali itulah AturanNya yang Mahamengetahui.

** Siri Rediscovery Diri akan disambung selepas pulang dari menunaikan ibadah Umrah nanti, insyaAllah.

2 comments:

Abang Long said...

Berdoalah "Ya Allah, aku dalam keadaan keliru, bimbinglah aku supaya tidak tersesat dari jalan MU."

Gukita said...

Benar sekali Blue. Tepat. Sebenarnya yang menjadi pendorong bukan Amalan Rasul; tetapi nafsu. Kalau ikut amalan Rasul, hidup simple, tak pakai kerusi, tilam bukan Vono tetapi pelepah tamar sahaja. Kalau ada sahaja makanan yang lebih di rumah disedeqahkan kepada jiran dan fakir miskin dan bukan tong sampah Majlis Bandaran, masjid tidak tinggal, sembahyang witir tak tinggal, sembahyang tahajjud sehingga bengkak kaki.. Lihat sendiri dan tanya diri betulkah mereka-mereka ini ikhlas ikut Nabi?