Kepoh satu Malaya bila semalam, Tuan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman maksima rotan 6 sebatan dan denda RM5,000 kepada seorang model wanita (mungkin yang pertama di bumi Malaya) kerana kesalahan minum arak di tempat awam, bersama suaminya.
Ada sebahagian tokoh2 agama yang memberi pandangan bahawa hukuman itu lebih kepada untuk memberi keinsafan kepada pesalah untuk menjauhkan dari kesalahan tersebut dan bukan untuk menyakitkan. Ada seorang presiden pertubuhan wania muslim yang turut menyokong hukuman tersebut kerana dikira akan memberi peringatan kepada wanita tersebut untuk tidak mengulanginya. Namun tidak kurang pula NGO-NGO wanita lain, ahli politik, dsbnya yang sebahagiannya beragama Islam memandang hukuman itu sebagai tidak setimpal dengan kesalahan. Ada yang berkata hukuman sebat kepada wanita adalah satu kekejaman yang jelas, perlu dihentikan, tidak civilised dsbnya.. Pagi tadi semasa kuliah Jumaat, sempat saya ajukan soalan berkenaan kepada guru yang mengajar, Ust Nazmi Abdul Karim. Dan jawapannya, memang membuka minda cetek saya berkenaan hukum Fiqh (yang memang saya ketandusan). Katanya...
Denda RM5,000 dan 6 sebatan? Apa barang ni...! Betul ke ini ikut hukum Syara' Islam? Saya cuma jawab, hanya Allah dan RasulNya yang lebih tahu dan Ustaz yang lebih dahulu mendapat ilmu... Mengikut Ust Nazmi Abdul Karim (seorang penceramah bebas lulusan Al Azhar) hukuman minum arak mengikut syarak adalah seperti berikut;

- Disebat dengan 40 sebatan rotan yang tidak terlalu basah dan tidak terlalu kering mengikut saiz dan panjang yang ditentukan. Dan cara sebatannya bukanlah seperti sebatan orang yang dihukum sebat kerana mengedar dadah dsbnya. Sebat ikut syarak. Semasa pemerintahan Saidina Umar r.a dan Saidina Ali k.a, sebatan dibuat mengikut ta'zir (lebih daripada hudud) iaitu 60 - 80 sebatan kerana perbuatan minum arak dikira memberi kesan buruk kepada orang lain (bila sudah hilang akal itu).
- Cara merotan pula bukanlah seperti menghayun club golf atau seperti yang sering kita dimomokkan oleh tuan/puan penerbit drama Melayu di kaca TV tu.
- Bukan disebat di satu bahagian badan sahaja (memang lenyai jika di rotan setempat sahaja). Maka di sebatlah bahagian2 yang boleh disebat. Tak lah disebat di muka atau bahagian2 badan yang tertentu.
sekadar hiasan photo dari flickr
Barulah jelas sedikit selepas Ust Nazmi memberi sedikit selingan ilmu. Jelas bagaimana hukuman mengikut syarak ini sangat adil dan tidak sama sekali menzalimi manusia yang dipanggil wanita ini. Dan saya amat berharap agar para pemimpin Islam, yang tidak arif tentang hukum dan aturan mengikut syarak tidak lagi mempersoalkan hukum2 yang telah ditentukan syariat dan tidak memberi ruang untuk orang yang ingin sangat meracun pemikiran anak2 Islam untuk terus meracuni pemikiran untuk menolak undang-undang mengikut hukum syarak yang telah Islam gariskan.