Dua Ahad berturut2 mereka menghadirkan diri ke dewan kuliah di Jln Kampung Pandan, sebagai persediaan untuk menunaikan penyucian diri dengan ibadah Umrah; isteri dan along katanya telah bersedia untuk mengerjakan ibadah Umrah minggu depan dari 16Mac, Insyaallah.Teringat dan terbayang pula wajah kedua ibubapa ku yang telah lama meninggalkan diriku untuk bertemu dengan Allah. Rinduku bertambah2 kepada semuanya. Dulu pada 2005 aku agak bernasib baik kerana ditugaskan untuk menyiapkan satu projek di Jeddah, maka dapat berumrah setiap hari selagi terlarat dan bukan dengan tanggungan sendiri. Kali ini pergi pula bersama isteri dan along untuk berjumpa dengan junjungan Nabi s.a.w yang dirindui, para Sahabat dan yang paling pentingnya sekali lagi menatap Kaabah dan Insyaallah segala pengisian yang tampil dengannya.
Kepada yang follow nota ini, mungkin tidak dapat saya update untuk beberapa ketika, mohon maaf. Juga kpd semuanya, mohon maaf kalau tersasau bila komen dsbnya. Saya berdoa agar ibadat Umrah kami sekalian diterima Allah seadanya. Amin
10 comments:
Semoga selamat pergi dan kembali ke tanah air.
Tolong doakan semoga Abang long segera pulih seperti sedia kala. TERIMA KASIH.
Long,
Insyaallah saya mohon untuk dilapangkan dan d permudahkan perjalanan ibadah dan dapat mendoakan kesihatan dan perlindungan buat semua sahabat2, bloggers yg dihormati, sekalian umat Islam.
Khas buat Long, kuatkan semangat, utuhkan keyakinan, semuanya datang dari Allah, baik dan buruk adalah ketentuanNya untuk menguji ketaatan hambaNya.
salam
selamat mengerjakan umrah.. moga dikurniakan kekuatan untk mennympurnakan ibadah ini bersama keluarga...
sampai kam kami buat Rasullullah dan para sahabat dan doa kan kami supaya kami mendapat jemputan dari Allah menjadi tetamu nya di sana...Selamat menunai kan Umrah..semuga sihat dan dapat beramal dengan baik di sana...
Manje,
terima kaseh atas doa anda. Insyaallah kami pun berdoa agar apa2 yg ditinggalkan semuanya selamat
Kak Ezza,
TK kembali.
Insyaallah, kepada semua rakan bloggers doaku hanya untuk kita dikuatkan tauheed dan dilimpahkan rahmatNya.
Hari demi hari dirasakan sangat lama menunggu ketibaan waktunya,,,inilah penyakit rindu.
Blue,
Rinduku kepada Baitullah dan Masjid Nabawi tidak padam-padam. Rindu sangat untuk ke Raudhah and mengucap salam kepada Baginda. Rinduku kepada kehenian dan syahdu Masjid Nabi dan gahnya Baitullah di pusat bumi. Syukur kerana akhi dapat lagi ke sana. Saya akan menunggu waktu saya... btw have you read Pokku's translation of Chairil Anwar's Aku to Tganu dialect... very hilarious..
AbeLi,
Sekalipun kedua2 tpt ini tidak dlm carta 'the 7 wonders of the world', tapi pada kite, rindu untuk menziarah kedua2nya tidak pernah lekang dlm fikiran. Dikala senang (mesti kita niat nak kesana bila ada byk rezeki) dan dikala susah (kita pun nak ke sana bila susah hati, nak cari jodoh, nak tambah itu ini, nak ubat sakit pelik, nak ubat jiwa kacau etc).
Li,
Kalau ada salah silap (time2 bagi komen blog), mohon maaf, kita niat baik2 sokmo :-)
semoga selamat semuanya..terima kasih sekiranya sudi mendoakan kesejahteraan kami di sini..insyaAllah bila ada rezeki akan menyusul jejakmu itewww..;-)
bl rasanya sahabatmu ini blh ke tanah suci..jgn lupa doakan untuk sahabt2 blogger..
Post a Comment