Ralat..ralat.. yes I am ralat.. Ralat sungguh bila baca berita2 yg kurang mengembirakan kalbu, yang menyentuh isu2 sensitif, hal2 agama dan kebebasan beramal apa yang kita percayakan betul.
Semalam dan sejak sekian lama, baca lagi kisah perebutan penggunaan kalimah ALLAH. Biarlah kita kekalkan emosi dalam membahaskan perkara ini. Namun, mau tidak mau mesti akan ada individu2 yang akan membuat kenyataan awam tak kira setuju ataupun tidak membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah itu.
Teringat ketika zaman kanak2, bilamana ternampak apa2 kertas atau nota yang ada kalimah ALLAH itu, kita terasa gerun, risau, bimbang, takut2 terpijak, terbuang merata, tercampak ke lantai, hinggakan setiap kertas yang ada tercatat kalimah ALLAH akan kita jaga, cermat, takut2 terpijak. Namun, itu cerita sejarah. Mana ada lagi perasaan itu sekarang. Terpampang besar kalimah ini setiap penerbitan akhbar, bukan tujuan apa tetapi dalam mendakwa siapa yang lebih berhak menggunakannya. Jika ada makcik2 yang guna akhbar untuk bungkus nasi lemak, maka tidaklah ku hairan kiranya kalimah itu akhirnya menjadi pembungkus nasi lemak, yang akhirnya akan diceronyok dan dicampak ke tong sampah bersama2 sisa2 makanan...
Walaupun ada tokoh2 ternama ada yang mengatakan yang sesiapa sahaja berhak menggunakan kalimah itu, sebagai merujuk kepada tuhan yang mereka percaya, persoalanku KENAPA SEKARANG? WHY NOW? Kenapa tidak dari dulu mereka2 ini menggunakan kalimah ini juga sebagai merujuk kepada tuhan mereka? Adakah baru sekarang mereka baru arif tentang agama mereka? Baru sekarang mereka perasan yang dalam kitab2 lama mereka kalimah itu juga digunakan? ATAU, adakah kerana kini para pemimpin yang memegang pucuk pimpinan agak lemau, sejuk, lembut, 'terbuka', 'membuka', longlai, maka inilah MASAnya untuk diambil peluang untuk menusuk jarum2 halus....
Hanya ALLAH (Yang ESA) Maha Mengetahui apa yang mereka (orang2 ini) fikirkan
8 comments:
Biarlah kita 'beremosi' dalam membela agama.
Sebab, ada yang suka mengambil cara Islam Liberal.
penah dgr x dulu² klu xmo org amek brg kita..kita akan sebut
alif lam lam ha..sapa amek berdosa..adoila mengimbau sungguh ;)
Long,
Islam Liberal tu sama ke dgn Islam Hadhari?
Memang ramai ikut liberal, konon2 nak jadi strict cuma bila umur dah lanjut, macam sure confirm sampai lanjut usia
Blue,
Ini adalah komen dari Abezi dalam komen blognya;
" Razali: Sebab itu saya tidak (lagi) berhasrat membantah penggunaan perkataan "Allah" oleh mereka kerana tidak tahu sejauh mana mereka sebenarnya ingin menggunakan perkataan tersebut. Adakah mereka akan gunakan perkataan tersebut secara menyeluruh hingga ke dalam gereja? Kenapa pula mereka tidak bising-bising untuk menterjemahkan "God" kepada "Mahabrata" atau lain-lain ke bila di India? Di Jepun? Di China? Sebabnya mereka kata itu adalah 'terjemahan'. Kalau tindakan mereka itu hanya untuk penerbitan di Malaysia sahaja, bererti mereka memang berhasrat jahat untuk mengelirukan umat Islam. "
AbeLi,
memang sah2 ada udang dibalik kuehteow tapi apesal yang duk dikerusi empuk putrajaya macam lemau je, sejuk2 biskut je actionnya, kan boleh ISA ia yg mengancam kemakmuran antara kaum. Aleh2 di ISA kan brother yg jual mee dan sos chili berlabelkan tuttttt....
Salam
saya tak pandai nak memberi pendapat sbb rasanya saya golongan minoriti...
saya copy paste link ini untuk kita sama2 membaca dan mengupas apa yg sepatutnya
http://ustaz.blogspot.com/2009/03/apabila-si-jahil-berbicara-islam-jadi.html
Agama lain sebok nak hancurkan Islam..nak pesongkan akidah kita..Bukti Islam itu benar. Kenapa tak nak tarik agama lain..Budha tarik Krstian ke hape..ni nak jugak Islam. Keran Islam itu benar. Allah Maha Besar.
Kujie,
thanks for the link.
Emy,
biasanya macam itulah. Mereka cuma risau pihak yg boleh menggugat kepentingan mereka, iaitu Islam. Kita kena perkemaskan ilmu masing2 lah.
Post a Comment