Dengan menyebut nama Allah yang Mahapemurah lagi Mahapenyayang
Ada ke perkataan Stereotypism? saje je pandai2 reka. Bukan nak memandai tapi inilah hakikatnya sekarang. Dunia serba canggih membuatkan kita pun nak cepat je, semua nak cepat2, tak kira lah time makan ke, time memandu ke, time belajar ke semua nak cepat. Bila time cari ilmu semua nak ilmu di hujung jari, jadi cari je ilmu dari internet, yang lebih banyak pembohongan dari yang nyata. Bila memandu semua nak cepat2 sampai, sampai ada yang pandai2 potong Q ikut kiri, ikut je selera masing2. Time makan, nak cepat2 je, so ramai2 le beli ayam goreng segera..etc etc..
Ini pula kisah kita cepat bebenor membuat spekulasi tentang peribadi seseorang mengikut apa yang kita lihat di luarannya. Asal je orang berketayap dan berjanggut labuh, laaa ini mesti geng tabligh. Asal je orang pakai baju dan ketayap hijau laa ini mesti pengikut parti bulan. Ada lak orang bersongkok dan bersampin pi solat Jumaat,,, laa yang ni sah-sah geng keris..mudah sungguh kita ye, nak cepat je.
Bab warna pun sama, mamat yg pakai baju pink kaler, laa ini mesti mat lembut nih, padahal itu asalnya baju puteh tapi maid dia dah tersilap bubuh detergent time cuci. Nampak kereta pink, sah sah ingat ini kereta pompuan nih. Sekali nampak lori simen kaler pink! Mak aii bila lak pompuan bawak lori simen nih! Aduih,,, sekali cek alahai mamat sulawesi rupanya.
Berbalik cerita cepatnya kita menstereotype kan orang lain. Mengikut tenaga pengajar inilah akibatnya bila dalam masyarakat terkini jasmani menjadi kayu pengukur kepada rohani. Nampak je orang berkereta besar dan mewah, kita terus putuskan yang orang ini orang berada, belum tahu betapa tinggi liabilitiesnya. Nampak je orang berjubah terus kita rumuskan yang orang ini orang warak, dsbnya.Bilakah agaknya kita akan kembali mendapatkan roh yang mengawal rohani....
5 comments:
hahaha...adoilaaa mana ini lori dkt?? aduhhh kok begitu feminin yaaa...sakit uyut gelak..
lori ini sebagai lambang yg pemandunya bukan seorang yg kaki buli jalanan. :-)
Pink..lambang jiwa yg lembut gitew. Haha. Tak penah lg tgk lori simen kaler tuh. Biasa warna hijau. Putri Umno agaknya pemandu dia tuh. Haha.
Emy,
I tried nak pic the driver, pastu nampak dia mcam mat Sulawesi yg lembut je trus tak jadi. Tak Rela giteww
Klw u tangkap jugak kan..sure mamat tu ingt u minat kat dia. haha
Post a Comment