Lama tak berpeluang untuk tambahkan nota di sini. Perkara biasa sentiasa menguasai masa, kita hanya mampu merancang, DIA yang MahaMengetahui yg terbaik untuk HambaNya.
Terpaut untuk catatkan sedikit nota berkenaan Usahawan, al-maklum sekarang ni banyak sungguh jemputan2 oleh pihak2 yg berkenaan untuk saya menjadi usahawan sepenuh masa, tinggalkan dunia kejuruteraan makan gaji dan tumpukan sepenuh masa kepada usaha menjadi usahawan usahawang usahadapatwang dsbnya... soalan timbul dalam benak, macamana ciri2 usahawan bertaqwa? Maka dapatlah sikit2 catatan, yang tidaklah lengkap, tapi cukup untuk memulakan satu siri nota baru dalam menjadikan kehidupan seharian sebagai usaha berterusan mencari Cinta Abadi.
Rujukan asalnya adalah dari surah Al Mulk, ayat 15 yang bermaksud;Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: Mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
Dan dari catatan Sheikh Al Maqari Hj Othman Hamzah yg menyenaraikan ciri2 Insan Taqwa dalam keusahawanan spt berikut;
- Bekerja dalam bidang yg baik dan menjauhkan perkara2 yang haram dan keji (jadi tak lah kerja jadi pengisi gelas2 kencing syaitan dipremis2 yg sentiasa samar2 je lampu nya)
- Menjauhkan Muamalat Ribawiyah sehingga termasuk ke dalam golongan org2 yg memerangi Allah (kan sistem Islam dah mula ada..)
- Memelihara dan melazimi Awlawiyah (keutamaan) Islamiyah tanpa bermegah2 dan takabbur.
- Menjauhi bermuamalah dengan musuh2 Islam (apa dah jadi agaknya dgn kempen boikot Israel tempoh hari?)
- Beriman dgn yakin bahawa harta itu ini adalah milik Allah.
- Memelihara dan mengembangkan harta dgn jalan halal dan pada haknya.
- Melazimi akhlak yg baik, spt benar dan amanah bersih dari rasuah...
- Memperbanyakkan istighfar dan ucapan syukur
- Mengimani bahawa Allah akan melebihkan sesetengah manusia atas yg lain dalam hal rezeki.
- Bersederhana dalam berbelanja... (bila ada banyak, selalulah lihat2 pada mereka yg kurang)
- Zakat, kewajibannya adalah tuntutan syarak dan bukan mengikut selera sendiri.
- Betulkan niat
- Mendirikan fardhu kifayah (bersedekah atas jalan agama)
- Mementingkan pasaran
- Sentiasa ingat Allah
- Qonaah (rasa cukup) dan memadai
- Mengelakkan perkara2 yg syubhat
- Menjaga hati (jiwa)
Kesimpulannya: Kepada yg dah bergelar usahawan, jadikanlah diri sebagai usahawan bertaqwa dan teruskan niat murni kalian. Kepada saya yang baru nak menapak, moga2 berkekalan dengan niat untuk mengembangkan ekonomi Islam, semoga usaha kecil kita mendapat RahmatNya dan diterima sebagai amal seorang hamba. Yg penting niat dan istiqamah serta 'a clear mind'.
6 comments:
wahhh nak jadi usahawan dah skrg eh..tahniahh..semoga jd usahawang yg bertaqwa gituu ;-)
tq kak,
kita cuba cara sedaya kita dulu. langkah kanan lah kira nih. InsyaAllah dgn izinNya akan dpt capat matlamat menyemarakkan ekonomi Muslim sejagat
maza tak berminat nak jadi usahawan MLM..
kalau nak buat, yg betul2 punya..terus jadi business man.. hehehee
insyallah, maza pun bercita2 hendak menjadi usahawa bertaqwa.. heheeh
ameennnn
off topic ye.
ade error kot kat sidebar span.fullpost {display:inline;}
nak cari pergi kt edit html..guna Ctrl + F, taip error tu...akan jumpa..delete.
pasal migrate from blogger to WP
sign up kat http://www.wordpress.com
DASHBOARD > TOOLS > IMPORT > pilih BLOGGER
keluar GRANT ACCESS.
klik IMPORT
set AUTHORS
SAVE CHANGES
Semua entri setakat itu di blogspot akan ditransfer ke wordpress. teruskan berblog di wordpress atau kalau nak teruskan blogspot…seminggu sekali kena ulang prosees import.
@maza,
MLM? mintak maaf lah, itu bukan 'line' ana kot, tak reti lah nak buat 'pendapatan berganda' sebegitu cepat.
ana mencuba sesuatu yg dah bias aorg buat cuma tak biasa ana buat,,, hehehe... insyaAllah berjaya mencapai matlamat
@ Kak Jie,
ana dah transfer to WP tapi lari lak dia punya width text tu, macam terselit je. aduih, kena isi byk masa nak buat tu, ini yg ana tak ada sekarang....
errr,,kak, bagi tutorial free can? email pls...
Post a Comment