Monday, June 01, 2009

Pandangan Pertama Yang Menusuk Kalbu

Kisah bermula di suatu pagi hari minggu yang hening, rileks dan terang benderang cuacanya. Sang suami dan isteri sedang bersarapan dengan selesa sehinggalah terpandang si dara ranggi duduk di meja depan, tepat di pandangan mata sang suami. Mata bertentang mata, tanpa kelip sang suami memandang mesra sambil di balas dengan renungan manja si dara jelita, sampai lupa si isteri di sisi. Di kala itulah satu cubitan geram hinggap ke lengan suami, tersentak dia hingga tertumpah kopi-kaw orang kampung yang dihirupnya.

Puas si suami menegaskan berkali-kali yang pandangannya ialah pandangan yang pertama. Kononnya, dia hanya terlihat dan bukan melihat. Si sang suami pun bacakan petikan Fiqh Syafi'i yang baru dibacanya di awal pagi. Ingatnya, petikan itu seakan-akan begini... Bila seorang telah melepaskan pandangan (surely tiada ciri-ciri godaan) kepada wanita baik yang menggetarkan perasaan atau tidak...

maka pandangan yang boleh menurut syarak adaah pandangan pertama sahaja. Adapun pandangan yang ke-2 dan yang seterusnya adalah haram hukumnya (Fiqh Syafi'i Jil 2 ms 298). Dengan kata lain, bahawa pandangan yang dibolehkan ialah yang dari jenis terpandang bukan memandang dan dipandang (a.k.a tatap leleh). Ertinya yang sengaja memandang, dan mengamat-amati bentuk dan rupanya, sesudah ia terlihat. Mengingatkan yang demikian, maka sang suami mengambil keputusan untuk menetapkan pandangannya tanpa toleh, dari pandangannya yang pertama tapi, sehingga terlupa si isteri berada di sisi sehinggalah tersentak bila lengannya di cubit dgn geramnya....padan muka engkau, laki gataei!!


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Ya Ali! Janganlah engkau turutkan pandangan itu, kerana yang boleh bagi engkau hanyalah pandangan yang pertama dan tidak halal bagi engkau pandangan yang kedua" (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Semak dan selidiklah diri sendiri, wahai insan, berapa kerat yang mampu mengikut ada yang disarankan oleh Baginda Nabi s.a.w dalam hal ini (penulis tidak terkecuali). Sebabnya hal sebegini berterusan dilakukan, maka akibatnya rosaklah jiwa sendiri kerana tiadalah sesuatu itu dilarang dalam syarak melainkan penuh dengan kebaikkan yang didatangkan dengannya.

9 comments:

suara said...

Salam aykay...
Si suami nak jadikan pandangan itu pandangan pertama ye? Sbb tu pandang sampai tak berkelip... hehehe... mmg patut kena cubit pun.

maza said...

akhirnya.. dapat juga masuk ke ruang komen ni. huhuhu

psst: satu lagi perkara, org baik lelaki ke perempuan ke, kalau berlawa2 tandanya nak menarik perhatian orang.

tak pun nak menunjuk. hehehhe

tapi bila kita tak response, dan tengok lak.. huhuhu ada lak perempuan tu karang kata lelaki itu buta hatilah, buta penilaianlah, dan ada pulak tu terus berusaha untuk 'mencantikkan' dirinya dgn pelbagai ragam. Hingga ada kala terlebih-lebih pula...sexy meksi, hingga sanggup menunjukan apa yang ranum, seluar kecik, baju kecik.. dan lain2

tak caya!

tengok jer lah kat sekeliling anda bila anda menglangkah keluar rumah..

tak pun ada kalanya ianya berlaku dlm rumah juga.

tak caya!

tu, tv tu, cuba tengok apa yg dipaparkan!

wakakakka....

AyKay said...

@ suara,

memang pandangan tu yg pertama, tapi pandangan yang agak2 lama lah pulak,,, gataie

AyKay said...

@ Maza,

memang betul tu, memang semuanya sengaja nak dipandang, diperhati, dilihat, diteliti, disusuli, diintai, dijelajahi...

nak buat camna? kita kena pejam mata je la... nanti masuk longkang

..psst i tengah2 cari camna nak buat follow-up w komen, cuba disquis tak jln, tak tau apesal. boleh tolong?

maza said...
This comment has been removed by the author.
maza said...

@Aykay

hmm

entahnya abg encem itew.. den pun tak tau .. den pun belajar dar Kujie dan si Tie iteww.....huhuhu

Kak Ezza@makcik Blogger said...

salam aykay

hmm..yang takut nya kalau orang lelaki ni kalau memandang atau terpandang ker...takut dari mata turun ke hati..tu bahaya lah..bukan kat lelaki tu tapi kat bini dia lah....
Orang lelaki ni apa peduli pasal sabda nabi ke apa pun..bila kemiangan tu dah tahap terlampau....
yang sedih dan makan hati tu...orang rumah dia je laaa....
lain kali jangan main cubit saja...kasi garu dengan berus dawai sekali....cerah lah mata tu!!!!hahaha

AyKay said...

@maza,

itulah dianya, kena p berguru dgn master kujie kite.

AyKay said...

@Kak Ezza,

salam kembali.

biasanya kaum hawa ni rasa terancam lebih2, tapi bila tengok statistic carta perpisahan, dua2 sama je.

guna berus sabut? fuyooo, ini dah kita tensi tahap tinggi. nanti suomi kena pejam mata je...