Monday, February 23, 2009

Self Reminder - Aurat

Sejak akhir2 ini kita dikejutkan dgn pelbagai berita tergempar yang sedikit sebanyak menimbulkan persoalan tentang pemahaman kita berkenaan ilmu asas, iaitu aurat. Perkara basic yang kekadang kita terlepas pandang, dan dalam arus yang mana "perkara dah kebiasaan menjadikan kita alpa" pada hukum2 asas yang telah jelas dan nyata, cuma kita sahaja yang mencari alasan untuk menidakkannya...


Mengikut kitab Idaman Penuntut, AURAT adalah dihuraikan spt berikut;

1. Aurat Lelaki:-
1.1 Dalam solat, aurat lelaki ialah antara pusat dan lutut, demikian juga bila di hadapan lelaki lain dan di hadapan perempuan mahramnya.
1.2 Aurat lelaki di hadapan perempuan yang halal dinikahnya (yang bukan mahramnya) ialah seluruh badannya.
1.3 Auratnya bila bersendirian di tempat tertutup spt bilik atau tandas ialah kemaluan depan dan belakangnya, iaitu makruh ia memandang kedua2nya.
Jadi aurat lelaki ada tiga keadaan... harap maklum

2. Aurat perempuan (dan khunsa):-
2.1 Di dalam solat, aurat wanita ialah seluruh badannya kecuali muka dan dua pergelangan tangan (atas dan tapak tangan). Termasuk dalam erti kata seluruh badan ialah rambut dan tapak kaki. Masa berdiri, tapak kaki itu memadai tertutup dengan lantai atau sejadah, tetapi masa sujud jika nampak tapak kaki atau tumit maka batallah solatnya.
2.2 Aurat di luar solat di hadapan lelaki bukan makramnya ialah seluruh badannya (termasuk rambut)
2.3 Aurat di luar solat di hadapan perempuan kafir adalah apa2 yang boleh dilihat seperti pakaian orang yg sedang bekerja.
2.4 Aurat masa dalam bilik atau semasa di hadapan muslimat yg lain atau di hadapan lelaki mahramnya ialah di antara pusat dan lutut.
Secara ringkasnya, aurat perempuan itu ada 4 keadaan.
Hanya Allah yang Mahamengetahui yang jelas dan yang tersembunyi...

6 comments:

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

tips yang bagus aykay..kadg2 kt terlupa bab2 aurat nie..

Gukita said...

Blue,
Kena apply sikit analisa..
Bagi 2.4.. Adakah ia termasuk mendedahkan buah dada?? (hanya antara pusat dan lutut itu aurat..)

AyKay said...

Gukita.
Thanks for your question.

Inilah contohnya yg bila kita ingin mendapat pendidikan agama, kena berguru dgn guru yg arif dan tidak boleh baca kitab or click dekat internet saja. Per 2.4 sudahpun saya tanya kpd guru yg mendidik lama dahulu.

Silalah tanya guru fiqh terdekat dan juga rujuk guru Fiqh terulung kita Imam Shafi'i (ruj kitab Fiqh Syafi'i)

fazemy said...

Masa sekolah2 dulu saya tertanya kenapa Ustazah kata kita tak blh tunjuk aurat dgn kawan2 cina. Skrg saya dah tahu.

Sbbnya bila saya pergi salon yg tukang gunting nya cina dia akn puji2 rambut saya. (Ok rambut saya mmg cantik-riak:-p)..dan mengesyorkan saya supaya tdk memakai tudung..buat rambut fesyen tu fesyen ni..Tp takdela saya terpengaruh. Tp skrg saya tahu knapa aurat perempuan Islam tak boleh tunjuk kat perempuan kafir. Lelaki apatah lagi.

fazemy said...

Gukita -Yup dari pusat ke lutut sahaja. Dada dedah takpe. Tapi kita kan ada adat. malulah nak tunjuk kat org lain. Tp klw pergi ke hostel2 bdk perempuan blh tgk diorg selamba je show off.

AyKay said...

Emy,

Tk for additional explaination. Memang Islam itu indah dan tak perlu ditokok tambah lagi atas dasar liberalisasi.

Bagitau org yg suka dedah2 tu, now ni ada hp camera, silap2 jadi bahan kajian di front page akhbar metro.