Tuesday, March 03, 2009

Wanita Menjadi Imam Kepada Lelaki

Bagi menjelaskan satu isu lama yang baru2 ini cuba lagi diketengahkan oleh beberapa pejuang2 liberalsasi hak, suka saya catatkan satu petikan dari Kitab Al Umm (Kitab Induk) Al Imam Asy Syafi'i r.a (Jil 1 ms 356) dalam membicarakan hal keimaman wanita bagi lelaki.
"Adalah wanita mengerjakan shalat sebagai imam dengan kaum lelaki, kaum wanita dan anak-anak kecil yang laki-laki, maka shalat kaum wanita itu memadai, tetapi shalat kaum lelaki dan anak-anak kecil laki-laki itu tidak memadai, kerana Allah 'Azza wa Jalla menjadikan kaum lelaki itu pemimpin atas kaum wanita, dan IA menyingkatkan kaum wanita daripada menjadi wali"...


Jadi perkara-perkara sebegini rupa tidak sepatutnya dibangkitkan dengan langkah2 seperti dalam photo. Adalah dipercayai langkah2 liberasasi ini merupakan satu langkah awal untuk satu projek besar yang akan dititip secara halus dalam masyarakat Islam sehingga misi akhir mereka ini tercapai.

Kesimpulannya: (1) walau se-liberal manapun kita nak tuju, perkara-perkara hukum hakam yang telah jelas dijelaskan dalam Al Qur'an dan Hadits atau yang telah dipersetujui oleh jumhur ulama', maka logik akal tidak boleh diguna pakai sebagai penggubal hukum. (2) perlunya kita mantapkan ilmu agama dalam jiwa, jiwa anak2 dan ahli keluarga bagi menghadapai cabaran2 mendatang yang datang secara halus, tidak disedari dan tanpa diduga.

4 comments:

AQisH said...

emm..setuju dgn kesimpulan itewww...bab² hukum hakam jgn nak diperkotak katikkan..silap² gugur syahadah semata² nak meliberalkan menda² yg sah² bertentangan..wallahualam..

fazemy said...

Dlm dunia akhir zaman ni..kdg2 kita hampir terpesong antara yang benar atau ciptaan. Sebabnya yg menghayati Al-Quran semakin kurg..semakin kurg yg mengingatkan kita.

AyKay said...

Qish
memang itulah caranya.

Emy,
ada golongan yg tinggalkan terus Al Qur'an.
ada yg ceduk2 Al Qur'an ikut cita rasa dan tinggalkan Sunnah.
ada yg terjemah and buat hukum ikut Al Qur'an secara direct, tanpa ambil kira pendapat jumhur ulama', kononnya mereka lah lebih pandai.

memang patutlah jika dikatakan, Islam akhir zaman akan ada 73 golongan, cuma satu je yg benar. Wallahualam...

Gukita said...

Rupa-rupanya isu ini dari Zaman Imam Shafei lagi.. tentu ada kes, kalau tidak takkan keluar hukum..