Aku menyebut dengan nama Allah yang Mahapemurah lagi Mahapenyayang.
Akhir-akhir ini pelbagai persoalan yg timbul dalam benak fikiran bila didedahkan dengan pelbagai hal2 yang baru dalam solat.
Pendedahan baru ini didatangkan dalam bentuk ilmiah, dengan kitab2 rujukan dan petikan2 hadits yang disanadkan oleh pembawa sebagai sahih. Selalunya semua sesi2 kuliah yang diikuti akan dibukakan dengan unggakap 'datanglah dengan minda terbuka' atau 'amalan2 ini bukan perkara baru cuma di tanah air kita ini pendedahannya agak terhad'.
Pendedahan baru ini nampak seperti perkara kecil, hal2 khaifiat dalam mengerjakan solat, seperti bagaimana kita melakukan perkara2 sunat dalam mencari kesempurnaan bersolat. Pada mulanya begitulah cara pemikiranku. Ini cuma hal kecil2, selagi tidak melanggar rukun2 dalam solat, dan tiada perbezaan aqidah, maka biarlah perkara ini datang sebagai ilmu baru dan jika tidak dpt diterima maka biarlah ianya berlalu.
Namun, akhir2 ini perbezaannya semakin ketara. Sampai kepada perkara2 sunat Ab'adh seperti membaca qunut. Tidaklah dapat difahami bagaimana segelintir jemaah yang bertegas bahawa bacaan qunut dalam solat subuh berjemaah adalah tidak perlu. Maka mereka cuma berdiri tegak semasa imam membaca do'a qunut. Bukankan berjemaah itu syaratnya ialah mengikut imam? Pusing bila ku fikirkan terus bagaimana perkara kecil ini boleh memporak perandakan jemaah yang baru sahaja ada tanda2 pertambahan ahlinya. Walaupun sesetengah pendapat mengatakan bahawa bacaan qunut dalam solat subuh kebiasaan bukanlah sesuatu yang perlu untuk kesempurnaan solat, tetapi bila berjemaah kan perlu ikut imam? Melainkan jika pak imam itu sendiri yang memilih untuk tidak membaca qunut dan tidak pula sujud sahwi maka lainlah ceritanya.
Begitulah dilema kita hari ini, dengan kemudahan komunikasi maka penyebaran agama menjadi lebih meluas, cepat dan dengan banyak rujukan ilmiah. Segelintir kita yang masih dengan amalan yang telah kita amalkan sekian lama (dari KAFA), maka apabila pendedahan baru dibuat dengan cara sekerat2 maka timbullah keraguan dan persoalan. Padahal, seluruh umat yang mendirikan solat hanya dengan satu tujuan, mencari keredhaan Allah. Namun, banyak masa kita habiskan untuk berdebat berkenaan hal2 khaifiat..yang kekadang memang mengelirukan...
Hanya Allah yang Mahamengetahui
6 comments:
Amalan yang pertama yang dihisab adalah solat..sama2 kita perbaiki solat kita...
salam...
dah mudah nak lagi mudah... emm
sentiasa perbaiki solat kite...
Blue,
Ikutilah contoh Imam Syafie ketika menziarahi gurunya; Imam Maliki. Imam Maliki meminta Imam Syafie menjadi imam kerana menghormati ilmunya. Ketika menjadi imam kepada Imam Maliki dan lain-lain makmum, Imam Syafie tidak membaca Qunut kerana MENGHORMATI pandangan Imam Maliki. Nah, bukankah ini sepatutnya diikuti oleh kita pengikut Mazhab Syafie... iaitu jiwa agamanya dan tidak semata-mata kepada amalan luaran..
Gukita,
Tk atas pandangan.
Panjang perbincangannya mengenai perbezaan dlm amalan2 ini.Bermuzakarah sebenarnya yang dianjurkan dlm islam bila berbicara mengenai perbedaan pandangan.
Sentuh bab do'a qunut ini, saya telahpun berpeluang merujuk kpd seorang ilmuan ulung negara (Fellow Amat Utama ISTAC) dan kami qariah masjid telah jelas, nyata, dan insyaallah tegas dlm hal2 ini.
Akhirnya, apa yg kita cari cuma keredhaanNya dgn solat dan amalan kita, bukan apa2 yg lain.
Saya pernah solat bersebelahan org mazhab lain. Sambil solat da boleh melambai2 anak dia yg bermain di pintu masjid. Tapi dada tetap menghadap ke kiblat.
Tp apapun mazhab Syafie plg details dlm segala aspek.
Emy,
time saya d Jeddah dulu, bila solat with local staff, ada yg siap boleh jawab call lagi... boleh ambil hp & jawab "err, solat"..
yg duk betulkan thob & yg atas kepala tu tok sah kira lah.
Now, di M'sia, mereka dari aliran baru membuat perkara2 yg kononnya terlepas pandang oleh Imam Syafi'i, spt dia tidak complete dlm pengajiannya. Harap2 semuanya betul belaka. Kita tetap dgn ilmu kita, mereka dgn ilmu mereka.
Post a Comment