
Dalam melengkapkan diri untuk mencari 'kesempurnaan' solat, rujukan pertama yang saya gunakan, sebaik sahaja mendapat pendidikan dari Imam masjid, ialah kitab Al Umm, Al Imam Asy Syafi'i r.a. Tiada sebab lain melainkan inilah Imam Fiqh ulung, dan yang telah diputuskan oleh pemerintah negara sebagai teras mazhab ikutan ramai di bumi Malaysia.

Segalanya berjalan lancar sehinggalah selepas beberapa kunjungan saya ke pusat pengajian Islam di satu kawasan perumahan elit di bandaraya. Saya katakan elit kerana kebanyakkan yang berkunjung ke sana berkereta yang harganya hampir sama dengan harga rumah saya. Namun, menjadi kejutan bila hampir kesemua jemaahnya mendirikan solat dengan khaifiat2 sunat berbeza dengan yang biasa saya amalkan. Saya mengaku, ketika solat zuhur itu, sering saya terganggu dgn kelainan khaifiat yang mereka amalkan dalam menyempurnakan perkara2 sunat semasa solat. Menggagahkan diri maka saya bertanya kepada yang memimpin solat lalu dikenalkan saya dengan buku di bawah ini, yang menjadi sumber inspirasi pengajian 'kesempurnaan' solat mereka. Rupa2nya, sudah lama perkara ini tersebar cuma saya je yg dulu leka di zone 'selesa' saya.

Kesimpulannya: tiada jalan pintas dalam mencari 'pendidikan', yg lebih luas jika dibandingkan dengan pembelajaran. Kerana yang 'terdidik' itu akan kekal istiqamah dan yang 'terpelajar' itu kekal dengan pengetahuannya...
2 comments:
Salam.
Sekarang memang secara diam-diam telah terdapat ajakan meninggalkan Ahli Sunnah wal Jamaah.
Masjid dan Surau perlu dimakmurkan lagi bagi mendidik dan menyampaikan pengetahuan kpd ahli qariahnya.
Long,
sedar atau tidak satu golongan 'mudah' telah pun menguasai sebahagian besar golongan muda mudi (yg beramal) dengan pendekatan menarik, lebih contemprary, ringkas dan kononnya lebih tepat kpd Al Qur'an dan Sunnah.
Pengajian2 berdasarkan pendidikan pondok dikira 'di tokok tambah'
Post a Comment