Tibanya hari bahagia, bapa kpd pengantin akan berbaju yang banyak kocek kerana hampir kesemua yang bersalaman tangan nanti akan menyelitkan satu envelop kecik yg berisi, kekadang tak bersampul pun, exposed je kaler merah, hijau.
Sabda Rasulullah s.a.w dari Ibnu Umar r.a yang bermaksud; "Bila seseorang mengundang saudaranya, maka hendaklah saudaranya itu memperkenankannya, biar undangan itu untuk mempelai atau lain-lainnya". (Riwayat Muslim dan Abu Daud)
ini pic wedding main-main jer
Apabila seseorang mengadakan majlis jamuan walau apa jamuan sekalipun, dilarang sekali menentukan panggilan untuk orang-orang berada, bangsawan, orang-orang berpangkat dan menyisihkan orang-orang susah miskin.
Sabda Rasulullah s.a.w dalam hadis dari Abu Hirairah r.a, Baginda s.a.w bersabda "makanan yang paling kurang berkatnya ialah makanan jamuan yang dilarang datang kepadanya orang yang ingin datang (orang-orang miskin). Dan diundang menghadirinya orang-orang yang tidak akan datang (orang-orang yang tak hendak berhendak sangat). Dan sesiapa yang tidak memperkenankan panggilan, sesungguhnya ia telah berlaku derhaka kepada Allah dan RasulNya" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Tapi adakah semua jemputan majlis itu wajib diperkenankan atau ada pengecualiannya?
Mengikut Fiqh Syafi'i Jil 2 susunan Ust Hj Idris Ahmad S.H, majlis yang wajib diperkenankan itu ialah hari pertama sahaja. Jika majlis di adakan beberapa hari, maka kehadiran di hari kedua adalah sunat dan pada hari ketiga adalah makruh hukumnya, sebab jamuan yang lebih dari dua hari itu terjurus kepada bermegah-megah dan keriaan.
Satu hadis dari Ibnu Mas'ud r.a berkata, bersabda Nabi s.a.w "Makanan hari pertama itulah yang hak dikabulkan, dan makanan hari kedua adalah urusan biasa. Adapun makanan hari ketiga menjadi kebanggaan (kesombongan). Dan sesiapa yang sombong Allaj sombong pula kepadanya" (HS Riwayat Tirmizi dan lain-lainnya)
Bila pada jamuan - jamuan itu sesuatu yang terlarang oleh syarak, umpamanya perbuatan-perbuatan mungkar, maka tidaklah wajib menghadirinya, malah dilarang sama sekali. Perbuatan mungkar itu ialah seperti ada dijamukan minuman keras, tari-menari, mengadakan permainan judi dan sebagainya. Kecuali, bila kita hadir, mungkin perbuatan-perbuatan itu tadi tidak jadi dilakukan orang, maka wajiblah ketika itu menghadirinya.
Termasuk juga dalam hal-hal yang mungkar tadi perbuatan menghidangkan makanan yang sengaja untuk ditanyangkan sahaja dan bukan untuk tujuan dimakan. Bila seseorang itu menghadiri majlis yang terdapat padanya kemungkaran, maka bererti ia menyetujui adanya kemungkaran tersebut. Teringat pada Firman Allah SWT surah Ali Imran ayat 104 yang bermaksud;
"Dan hendaklah ada segolongan umat daripadamu, yang menyeru kepada kebaikan dan melarang berbuat kemungkaran dan mereka itulah orang-orang yang menang"
Bagaimana pula dengan karaoke?. Ini satu bab yang selalu dihadapi sesiapa yang menghadiri majlis kenduri kahwin, seolah-olah tiada lengkap kenduri tanpa acara mengasah bakat nyanyian ini? Insyaallah satu n3 khas bab ini, setelah dirujuk kepada pakar2 tenaga pengajar terpilih.
11 comments:
Selain Hari Raya, di bulan enam dan dua belas juga perlu memenuhkan kantong-kantog ang paw!
huhuhuu
kena pulak tu sekali buat majlis jemputannya 12 buah rumah sehari!
Mau pitam bagasi wang woo,
Mau kembung perut gak hari-hari makan nasi minyak!
Mungkinkah akan berlaku yang berwang akan bertukar menjadi beruang! hmm?!
wakakakaka
tapi rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicarik.. hehehheh
pernah jugak dengar cerita..ada tuan rumah kenduri terima sampul kosong jer. ada dua tiga kes. Nak tergelak ada, sedih pun ada. Macam2 style manusia ni huhu.
@maza,
bulan jun kena kerja keras jogging n p gym, bahana makan nasik minyak lebih.
pastu bulan Julai budget lari, byg angpaw n cadeaux utk pengantin
@ Kak Iza,
sampul kosong? cilakak, ada ke, pastu tadi depa makan nasi kosong ke?
Aykay
Akak pernah terbaca kat satu website ni..pasal bab salam salam ni pada mak atau pak pengantin...antara nya menyebut..pergi rumah orang kawin tak wajib kita menghulur sebab kita di undang ke majlis tersebut..Tuan rumah memang memanggil orang ramai untuk makan nasi minyak so tak pa kalau tak bagi duit ni..tapi lebih afdal kalau kita hulur kan bantuan duit kepada keluarga yang kematian apa lagi ada orang tu anak yatim...
tapi mau pengsan rasa nya kalau bersalam tak dapat apa apa kan...duit kemah sapa nak bayar...huhuhu
@Kak Ezza,
memanglah tak wajib pun menghulur envelop berisi time kita ke kenduri kahwin. itu cuma niat sedekah saje.
cuba ingat2 time dulu2, mana ada trend salam berisi nih, pasal mostly buat kerja sederhana, pastu gotong royong serba sedikit. Now ni dgn wedding planner, photographers, caterer, etc, memang mak ayah pengantin sengaja pakai baju banyak kocek time hari kenduri tu,,, sendiri faham la
Taktau lah makan nasi atau makan pinggan. Ada yg lagi sadis ada satu tu siap ada nota "maaf kami tiada duit"
(adik yg cerita, cerita dari mulut ke mulut, wallahualam betui ker tidak) huhu, istigfar panjang kami yg dengar.
@kak Iza,
cerita saya dengar sadis jugak, bila bapa pengantin terima sampul yg dalamnya ada duit syiling 50sen (ini pada tahun 2006 bukan tahun 1956). Dan ada jugak yg kasi envelop kosong.... kesian masyarakat kita, tahap sivik makin turun
emm..bg i xpelah kita hulur duit setiap kenduri tu..anggap jer itu rezeki tuan rmh..bila kita pemurah insyAllah, Allah akan murahkan rezeki kita pula..klu mampu kasi 50sen pon xpelah..itu yg termampu..janji niat ikhlas..
bab sampul kosong tu..rasanye mmg byk berlaku..mungkin tetamu tu malu klu dia bersalam dgn tgn kosong..tp bg saya itu perkara kecil jer..niat tuan rmh nak jamu org mkn..bknnya nak caj makanan tu kan..halalkan saja lah..
sapa² yg pertikaikan x patut kasi duit tu..rasanye org tu mmg tangkai jering kot huhu...(penah terbaca dlm akhbar org pertikaikan adat 'mengele' x reti eja..di kelantan tu) klu ingat rezeki tu Allah akan beri jua pada kita..perkara camtu pasti x jd masalahkan..
ape pon tepuk dada tnya imann ;-)
@Qish,
nak huluq sampoi saya terima jaa,,tapi biorle berisi..
nak salam kosong pun tak pa ehh,, tapi jangan lak makan nasik lauk kosong je,,, kan tak habis lauk tu..
Hal yang sama dinotakan dalam ruangan agama BHarian 4/6/09 yg antara lainnya menyebut..
Dalam membicarakan soal maksiat dan kemungkaran dalam majlis perkahwinan, isu inilah yang sering tidak diambil perhatian berat ramai anggota masyarakat.
... Oleh kerana majlis diadakan bertujuan mendapat keredaan Allah, usahlah dicemari dengan perkara bercanggah dengan syariat Islam. Pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan, pertuturan yang keji dan lucah, nyanyian dan tarian yang melalaikan, senda gurau melampau adalah contoh beberapa situasi yang sering berlaku dalam majlis kenduri kahwin.
berita lanjut sila rujuk http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Agama/20090604010017/Article/index_html
Post a Comment