Pengalaman semasa berasak2 dalam saf2 yang ketat dan amat rapat bersama2 dengan ribuan jemaah lain semasa di Baitullah baru2 ini mengingatkan saya kepada betapa rehat dan selesanya kita bila berjemaah di masjid taman rumah ataupun di masjid negeri semasa Jumaat.
Teringat pada satu Hadits dari himpunan Bukhari yang bermaksud;
"Telah bersabda Baginda Rasulullah s.a.w, tidak mandi seseorang lelaki pada hari Jumaat dan bersuci sebolehnya daripada bersuci dan berwangian dari rumahnya, kemudian ia keluar, maka dia tidak memisahkan antara dua orang kemudian ia bersolat apa yg difardhukan kepadanya, kemudian ia diam apabila berkhutbah imam, melainkan diampunkan baginya antara dengan Jumaat yang lain."
Jadi, berapa ramai di antara kita yg bersungguh2 menyucikan diri, berwangian dan mengenakan pakaian istimewa semasa melangkah ke masjid pada hari Jumaat? Malang sekali, untuk ke parti, kenduri kendara, dating, bersukan dsbnya, kita akan kenakan pakaian khas. Namun untuk Jumaat, yang menjadi pakaian pejabat itulah juga pakaian solatnya. Kekadang, dalam keadaan berpeluh dan membebaskan pelbagai bau yg kurang enak ... :-(
Terlintas difikiran satu lagi Hadits dari susunan Al Bukhari Muslim yang bermaksud; "sesiapa yang makan dari pokok ini (bawang putih) maka jangan hampiri masjid kami."
Kalau bau bawang putih pun di mulut sudah ditegah Nabi s.a.w untuk menghampiri masjid, bagaimana pula dengan bau kita yang kekadang menyebabkan orang di kiri dan kanan menjadi tidak selesa.
Kesimpulannya: jika keadaan mengizinkan, kenakanlah pakaian yg istimewa bila ke masjid untuk berjemaah, dengan wangian yang sesuai mengikut syarak, dgn tujuan kerana taat kepada perintah Allah dan RasulNya.
5 comments:
Blue,
Selamat pulang dari Tanah Suci dan selamat berblogging semula..
Abeli Gukita,
Tk & insyaAllah ada masa akan memblogging sama2 utk melunaskan tanggungjawab menyebarkan yg baik utk ikutan & yg tidak baik (utk batasan)
Melainkan bagi pekerja yang banyak mengeluarkan peluh.
setujuuuu..klu boleh blk rmh dulu tukar baju or else bwk baju spare khas utk solat di masjid..tp masih adakah yg sanggup buat camtu..
so far alhamdulillah my hubby mmg tukar baju melayu bersih2 wangi² baru gi sejid..dia ada masa la maklum cikgu :-D
Insaflah,
peluhpun kalau ditukarkan baju khas utk solat kuranglah skit baunya.
Qish,
tak semua org bernasib baik mcam ur cikgu, dapat tukar baju utk ke masjid solat jumaat. Tapi ada gak yg memang buat2 tak kesah, janji dia solat.
kalau semua kenakan pakaian indah dan berwangi2an, kan indah dipandang mata dan selesa dibau hidung. yg indah tak semestinya yg baru.
Post a Comment