Wednesday, April 01, 2009

Madinah & Makkah : tempat membeli belah

Selain dari menyucikan jiwa di depan Kaabah di Masjidil Haram dan menjadi penziarah Rasulullah di Madinah, setiap jemaah umrah atau haji akan juga menjadi pakar shopping dalam masa beberapa hari berada di bumi bertuah ini.

Ada sahaja yang akan menjadi daya tarikan dan terasa ringan sahaja untuk terusan mengeluarkan nota2 riyal dari wallet. Ada yang berpendapat, inilah barakahnya bumi ini, bilamana kita berterusan membeli dan terusan membeli, maka bertambah2lah ekonomi orang2 di sini dan juga berkembanglah muamalat islam secara tunai. Kami sekeluarga tidaklah terkecuali, terusan menjadi pembeli, penawar harga, pembayar yang bertauliah. Apa yang dibeli? Oohhh tak larat nak disenaraikan, jika nak disenaraipendekkan, cukuplah dinyatakan ianya untuk ole2 kepada sanak saudara, sahabat handai, kaum kerabat, rakan pejabat sdbnya.

Ada juga yang nakal dan bertanya2 berapa banyak duit ada bawak?... eishhhh sampai ke situ pun nak ditanya. Dek kerana tak mau menipu di bumi bertuah ini, kami cuma katakan ... tak bawak banyak cash, tapi yang ada dalam akaun al-Rajhi bank tu lah. Untung kami dah buka akaun al-Rajhi bank di Shah Alam sek 9 (promo nih). So, tak perlu carry byk cash, cuma bawak je debit card tu merata2. Nampak je al-Rajhi ATM terus je cucuk, cuma touch screen dia je kekadang hanya berbahasa arab. Kenalah buat2 terror dan main2 tekan je.


Dalam duk jalan2 mencari barangan yg tak tersenarai, terserempak dengan beberapa kedai budget aka kedai RM2 versi Saudi. Tapi signboard dia macam semua org yg masuk kedai tu herge Riyal 2.

Adeih penatnya bila fikirkan semula. Sampai lupa pulak ada had berat muatan bila nak boarding Saudi Airline kat Jeddah time nak balik. Tapi itu cerita lain kali lah... pasal byk betul kerenahnya.

7 comments:

Izzah said...

eh...kat sana pun ada kedai dua inggit erk..

AQisH said...

anyone 2 riyals?? haha..lain mcm je bunyiknye kan..

AyKay said...

any1 dua riyal utk barang2 je, tak termasuk abe paki yg jadi jurujual dlm tu. bila tanya dia pasal beli dia dua riyal, dia jawab yes can.... for every 1 minute :-)

suara said...

borong barang sampai terlebih muatan tak? hehe
Saya pun harap dapat ke sana dlm tahun ni... Moga Allah permudahkan.

AyKay said...

kak Su,

had berat bagasi diberi 35kg je termasuk satu tong 10kg zamzam. so net net 25kg je, tolak berat bag n baju yg dibaw dari Msia, tinggal berapa kg je utk semua tok tok ki barangan yg dibeli; dari sekecik2 barang i.e. minyak atar kpd sebesar2 brg i.e sejadah, carpet, dan segala jenis minyak i.e minyak qibash, minyak unta, minyak dhab (tolak minyak petrol je). Nanti diceritakan pasal byk ceritanye

fazemy said...

Mak saya cakap org arab ni kasar. jgn tunjuk duit depan dia. contoh klw kita nak bayar barang..pastu terkial2 kira duit tu depan dia..nanti dia rampas semuanya. mmg terjadi kat mak saya.

Pastu kebanyakan penjual di sana mmg pandai ckp melayu dah. Ya hajjah..bla bla katanya..

AyKay said...

Emy,
betul lah tu.

kita kekadang terkial2 nak cakap apa dlm arabic depa trus je jawab ''murah2 haji, bole kurang... brapa mau'.. tapi boleh get better deal if we can converse a bit of their lingo.