Monday, March 30, 2009

Syukur...segalanya selesai dgn aman makmur

Alhamdulillah... selepas 12 hari menghadirkan diri sebagai tetamu Allah dan penziarah (penjiarah.. sebutnya ustaz di sana) Rasulullah di bumi bertuah Makkah dan Madinah, kami tiga beranak telah selamat pulang kepangkuan anak2 lain yang ditinggalkan pada 28th March 2009.

Perasaan bercampur aduk antara sedih untuk melangkah pulang meninggalkan Baitullah, dan rasa gementar untuk bertemu kalian sabahat handai di tempat halaman, kawan2 bloggers dan rakan2 sepejabat. Namun langkah pulang terpaksa diambil dengan doa untuk datang lagi ke bumi bertuah ini lagi dan menjadi tetamu Allah dan penziarah kekasihNya lagi.


Terima kasih diucapkan kepada rakan2 bloggers yg mendoakan kesihatan kami semasa disana. Kepada yang ingin merasakan buah tangan dari bumi bertuah, rajin2lah e-mailkan untuk bertemu muka, kami sentiasa tunggukan panggilan dan email anda. InsyaAllah kita akan dapat bersua muka suatu masa yg sudah ditentukanNya kelak.


Banyak sekali yang dilalui, dipelajari, diingatkan, dilihat, dikecapi sepanjang berada di bumi bertuah Mekah dan Madinah. Ada yang akan kekal menjadi pengalaman peribadi, sangat peribadi, dan sudah tentu ada yg akan dikongsi bersama, dengan satu tujuan... agar kita semua, sama2 dapat mendapat faedahnya nanti. Kepada yang sudah merancang, sedang menunggu hari, sedang kumpul wang, untuk ke sana, insyaAllah akan dapat ke sana dan merasakan sendiri keajaiban bumi bertuah itu.


Kepada semua, sekali lagi, terima kasih.

7 comments:

AQisH said...

alhamdulillah..dah selamat tiba yer..

nnt saya emel² hehehe..

Fadh Rahman said...

alhamdulillah...semuanya selamat dan sihat2...moga akan ada lagi kesempatan untuk ke sana...

fazemy said...

Selamat kembali. Mesti sronok kan di sana. Org kata bumi nya tak sama mcm bumi lain. Saya berdoa agar dpt jejak kaki ke sana sebelum umur 30thn. amin..

Kak Ezza@makcik Blogger said...

Selamat pulang ke tanah air Aykay dan family...

Selepas ni boleh lah cerita pasal pengalaman di sana...
Siapa rakan makcik blogger tu yang kamu cakap kawan kamu..yang mana satu eerk...kat situ cuma akak jer yang tak berkerja...

AyKay said...

Qish, Fadh, Emy...

insyaAllah tiba masa anda2 semua akan kesana juga, kalau itu yg telah 'tertulis'.

insyaAllah....

AyKay said...

kak Ezza,

rasa ana nama rakan makcik blogger tu Bella. Tu rakan sama2 belajor dulu...rasanya dia now ni menetap di Sg Buloh.

Sikit2 pengalaman tu nanti ada waktu dan dilapangkan masa akan di-n3kan, utk pengajaran bersama. insyaAllah

Anonymous said...

alhamdulillah...