Wednesday, March 04, 2009

Yang Gawat Cuma Kita2 Je

Dalam masa satu dunia duduk sibuk2 cerita pasal gawatnya ekonomi dan gawatnya masa akan datang, sesetengah dari kita yang sedikit masih gah dengan kemewahan. Mula2 tu ingat time kita, golongan org banyak ni gawat, sure golongan org sedikit pun gawat. Tapi meleset sekali tohmahan....
Tengah2 sibuk melayan komitmen keluarga, hari Sabtu lepas (28/2/09) sempat saya menjenguk bilik pameran hartanah di kawasan taman perumahan. Bukan saja2 pergi tapi menyambut jemputan pemaju yang tengah sibuk membuat promosi. Mungkin untuk cepat2 get comfirmed order sebelum pasaran menjunam.

Wakil pemaju memaklumkan siri2 hartanah yang akan dilancarkan dalam masa sebulan dua. Rupa2nya hartanah semi-dee dengan harga DARI RM 1.1 juta ringgit selepas 7% diskaun bumi. Rasa terharu jugak kerana pemaju mengkategorikan saya dalam golongan yg mampu beli rumah dengan harga sedemikian (dia blom tahu hal sebenor)....Tapi lagi terharu bila diberitahu,,, yang semua 50 unit semi-dee yg harganya DARI RM1.1 juta itu telah pun HABIS ditempah...mengucap panjanglah dibuatnya, time2 kita tengah gawat ni ada juga org yg berebut membeli hartanah sebegitu hebat, sebelum pun dibuka untuk tempahan. Hebatnya org Malaysia nih.


Kesimpulannya: (1) Tak kala kita, orang kebanyakkan ni tengah budget2 dalam perbelanjaan seharian, termasuklah Kak Ezza, teman blog dari Klang (promo kak), ada juga manusia lain yg lebih bernasib baik dan mencari peluang untuk membuat pelaburan atau pindah rumah yg lebih gah. (2) Mungkinkah nasib 50,000 pekerja yg telah hilang pekerjaan itu akan mendapat pembelaan yg lebih baik berbanding dgn 50 pembeli rumah harga lebih sejuta ringgit di taman saya ini. (3) nasib saya tidaklah seteruk ramai lagi yang lain, dan saya bersyukur seadanya. Semoga Allah terus merahmati hidup kami sekeluarga.


Amin

4 comments:

Kak Ezza@makcik Blogger said...

Salam Aykay,
memang benar..kita ni jer yang dok bising pasal harga barang naik,
ada orang lain tak terasa langsung.

Ini lah nasib kita yang makan gaji dan punya anak ramai...

Nak buat cam ner..kena la pusing sana pusing sini..tapi makin kita nak berjimat,lagi banyak yang keluar..camner ni...

AyKay said...

Kak Ezza,

betul sgt la tu, kita2 je duk sibuk budget situ budget sini.

Time2 camni ada ramai jiran tetangga saya baru bawak balik 5Series baru, renovate rumah, p cuti2 tengok kenggaruu, eish... melambaklah ringgit mika.

kita...? errr duit gaji dah masuk ke? :-)

fazemy said...

Saya suka jalan2 tgk rumah org2 kaya atas bukit. Mmg aktiviti kami suami isteri..haha. Bknlahh kdg2 saje je jln2 area umah org kaya. Tenang je tgk. Pastu terbeliak je bijik2 mata menengoknya. Kagum btol. Rasanya tiang seri rumah dia 1 je dah ribu2 harganya. Tak kira lg dgn kereta mewah berbijik2 dlm pagar rumah. Ish ish..kdg terfikir diorg ni kerja apa yer. Semua benda besar2..byk..tp kelibat org biasanya nmpk pengwal keselamatan dia je.

Tringin gak nak rumah mcm tu. Tp klw saya ada 1 rmh mcm tu agak2nya saya nak mati tak? Gulp.

AyKay said...

Emy,
saya nasib baik psal memang menetap tpt yg namanya 'bukit'. so dptlah tengok rumah2 ni bertiang besau hari2. cuma rumah kami je yg duk dlembah...tapi syukur, tak lah sampai naik air.

Kekawan yg duk d'puncak tu mostly buat bisnes, kerjenya lobby2 plojek, dpt je terus jual plojek, dpt komisyen, mika beli kreta yg sama herge ngan rumah kite2 nih.

Kekadang Allah uji dgn kemewahan dan kesusahan...hanya utk pilih hambaNya yg lebih taat..