Bukan niat untuk memceburi bidang politik atau mencetuskan semula kehangatan isu2 sensitip berkenaan perhimpunan bawah pokok di negeri Yeop, yang sesetengah golongan memandang enteng dan sesetengah lagi memandang tinggi, dan sebahagiannya tidak kesah langsung.
Dalam2 melawati seerah2 Nabi s.a.w (al maklum now ni bulan Maulidur Rasul, rajin je baca buku sejarah), terjumpa sepotong ayat Qur'an dimana Allah berfirman dalam surah Al Fath ayat 18;
Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Dia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya; (18)
Baru saya sedar, rupa2nya persidangan, perbincangan, mesyuarat bawah pokok bukanlah perkara yang tidak pernah di buat orang. Mungkin juga kesah Hudaibiyah inilah yang menjadi teras kepada Allahyarham Tan Sri P Ramlee untuk membuat ceritera persidangan dewan orang2 besar di bawah pokok dalam filemnya (tajuknya sudah lupa daaaa).
Persidangan aman bawah pokok pernah dijalankan oleh junjungan Baginda Nabi s.a.w dalam peristewa perjanjian Hudaibiyah, yang ada sesetengah kisah disebut Bai'at Tahta Sahjara (perjanjian di bawah pokok).
Kesimpulannya: saya amat cetek, lupa2 bab2 seerah Islam, kalau bab2 sejarah Melayu lagi kurengg, yang tahu lebih cuma sejarah world cup, kisah2 bola dan model2 HPhone. Inilah kelemahan diri yang sangat2 perlu diperbaiki hari demi hari.
6 comments:
salam
sejarah islam sejarah permulaan semua peristiwa di dunia ini...kite aje yg tak berape nak amik tau...moga Allah masih memberi kita kesempatan utk membaca dan megkajinya...
kite dari kecik disogok dgn cerita2 tak bersangkutan, bila dah besar skit disogok lagi dgn cerita songsang, mana nak tahu criter2 sejarah Rasul N Sahabat
Filem P Ramlee itu adalah Laksamana Do-Re-Mi.
Persidangan di bawah pokok tidak ada masalah tanpa motif tertentu. Persidangan bawah pokok Yeop nih lain sikit; dalam car park, reporters berduyun-duyun, ada yang tak dibenar hadir kerana akan menggugat bilangan ... Jangan disamakan dengan Perjanjian Hudaibiyah...
Plat persidangn bwh pokok tu telah dimusnahkan oleh pihak berkuasa. Pakatan rakyat melelong serpihan plat2 tersebut sehingga bernilai 42k klw tak silap. Jumpah dia area mcm tu lah. 40k lebih. Sekadar makluman.
Abeli,
bukan niat ana nak samakan perjanjian Yeop dgn perjanjian Hudaibiyah, cuma nak menyangkal sesetengah cemuhan yg kata kerja gini tak pernah dibuat orang yg berakai.
apa2pun ini telah melakarkan satu sejarah negara
Emy,
memang dah diagak dari awal, plak yg tiada permit akan dirobohkan oleh pihak PBT 'kerajaan of the day', mereka hanya menjalankan tugas.
duit RM42k tu baiklah dihantar ke Palestin, pihak yg sangat2 memerlukan...
Post a Comment